Isnin, 7 Mac 2011

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Hakim Tolak Tiga Barangan Sebagai Bukti

Posted: 07 Mar 2011 07:30 PM PST

Dari Malaysiakini

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini memerintahkan tiga barangan – berus gigi, botol air minuman dan tuala ‘Good Morning’ tidak boleh diterima sebagai bukti.

Hakim, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah dalam penghakiman dalam bicara dalam perbicaraan berkata barangan berkenaan diperolehi dengan cara yang tidak sah.

“Mahkamah mendapati tiga barang itu diperoleh secara tidak adil. Barang-barang dan perkara yang berkaitan akan ditolak daripada perbicaraan ini," katanya.

Justeru, katanya, sampel DNA yang diperolehi itu juga tidak boleh diterima.

Sehubungan keputusan itu, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata pihak pendakwaan belum bersedia untuk meneruskan perbicaraan, meskipun beliau mempunyai tiga saksi lagi.

Mahkamah kemudiannya ditangguhkan hingga pagi esok.

Sebelum itu, peguam Karpal Singh pagi tadi menjawap hujah Yusof semalam dalam usaha tidak membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk menjadikan tiga barangan kontroversial itu sebagai bukti.

Menurut Karpal, memandangkan tangkapan ke atas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dijalankan secara tidak sah dan barang berkenaan diperolehi secara tidak adil, justeru ia harus ditolak.

Sebaliknya, Yusof pula berkata mahkamah perlu mempertimbangkan sama ada barangan itu adalah relevant meskipun cara ia diperolehi mengkin ‘tidak sah’.

Sambil memetik kes mahkamah di negara-negara Komanwel seperti Britain, Amerika, Jamaica dan Afrika, Yusof dalam hujahnya selama dua jam setengah itu berkata puntung rokok dan botol air minuman daripada tertuduh juga diterima sebagai bukti dalam kes serangan seksual dan pembunuhan.

Berdasarkan hujah kedua-dua pihak, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat penghakimannya hari ini.

Fitnah II: Penahanan Tak Sah, ‘Bukti Pendakwa Raya’ Perlu Ditolak

Posted: 06 Mar 2011 11:38 PM PST

Dari Keadilan Daily

Karpal Singh menegaskan penahanan Datuk Seri Anwar Ibrahim secara tidak sah dan pemerolehan DNA-nya secara tipu muslihat adalah alasan kukuh untuk Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, menolak bukti yang mahu dikemukakan pendakwa raya.

Beliau berkata demikian dalam bicara dalam perbicaraan untuk menolak tuala 'Good Morning', botol air mineral 'Cactus' dan berus gigi sebagai bahan bukti perbicaraan kes Fitnah II.

Kata Karpal, penahanan Anwar pada 16 Julai 2008 bertentangan dengan Perkara 5(3) Perlembagaan Persekutuan serta Seksyen 28A(1) Kanun Acara Jenayah.

Beliau berkata, Superintendan Ahmad Taufik Abdullah – pegawai polis yang menahan Anwar gagal mengemukakan waran tangkap mahupun asas penahanan sewaktu Ketua Pembangkang itu ditahan.

"Mengikut Perkara 5(3) dan Seksyen 28A(1) Kanun Acara Jenayah, polis yang menahan seseorang tanpa waran, perlu memberitahu individu berkenaan asas penahanannya," katanya.

Malah, katanya, Anwar menerusi peguam beliau, Sankara Nair sudah memberi jaminan kepada polis untuk hadir memberi keterangan pada jam 2 petang pada hari beliau ditahan secara tidak sah.

Selain itu, Karpal berkata, tuala 'Good Morning', botol air mineral 'Cactus' dan berus gigi – barangan diambil tanpa kebenaran Anwar sewaktu beliau tidak lagi berada di lokap.

Sedangkan, katanya, Seksyen 64 Kanun Acara Jenayah menyatakan polis perlu menyenarai barang-barang yang diambil daripada individu yang menghuni lokap manakala Seksyen 65 kanun sama menyebut, individu berkenaan perlu hadir sewaktu rampasan dibuat.

Karpal berhujah demikian pada hari ketiga bicara dalam perbicaraan, sebahagian kes Fitnah II yang cuba mensabitkan Anwar dengan tuduhan liwat – mengulangi wayang 1998.

Pertuduhan itu dipercayai sebahagian usaha terancang untuk menyekat kebangkitan Anwar dalam menyakinkan rakyat untuk menolak Barisan Nasional (BN) selepas kejayaan memimpin Pakatan Rakyat memenangi lima negeri dalam pilihan raya umum 2008.

Tiada ulasan: