Selasa, 8 Mac 2011

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak


Mereka Masih Berkuasa

Posted: 07 Mar 2011 08:56 PM PST

Saudara dan Saudari,

Tiga tahun sudah berlalu sejak tsunami politik melanda negara. Tanggal 8 Mac 2008 telah memberi harapan baru kepada rakyat seolah-olah kita akhirnya punyai suara untuk tentukan masa depan negara.

Namun ianya tidaklah semudah seperti yang disangkakan.   

Kebangkitan tersebut telah menimbulkan keresahan dikalangan yang masih berkuasa. Sistem undang-undang dipermainkan, serangan politik diperhebatkan dan malangnya rakyat terus disisihkan. Lihat sajalah betapa bangganya mereka mewarwarkan kononnya ekonomi negara bertambah baik, sedangkan rakyat biasa makin dihimpit dengan kesengsaraan hidup. 

Adakah kita tidak mampu menilai?

Sebagai seorang rakyat Malaysia saudara dan saudari pasti berasa sedih dan kecewa.  Polimik perkauman terus diapi-apikan, duit ditabur untuk meraih sokongan sedangkan kekayaan negara terus rakus dirompak. Tidak hairanlah mengapa ruang untuk kita bersuara terus dinafikan.

Mungkin benar bahawa dengan sistem yang sedia ada, kita tidak mampu membawa perubahan.

Dengan kongkongan media yang berterusan, mungkin luahan ini sampai bila tidak akan didengari mereka.

Saya percaya
saudara dan saudari terus kecewa diluar sana. Pesanan saya kepada saudara dan saudari, janganlah putus harapan. Walaupun kita pasrah kerana mereka terus berkuasa, ingatlah bahawa tiga tahun yang lalu kita begitu hampir menumbangkan mereka.


www.keadilannetwork.com
Afif Nasri

Muat Turun Buku Jingga

Posted: 07 Mar 2011 07:47 PM PST


Buku Jingga yang diperkenalkan sewaktu konvensyen Pakatan Rakyat 2010, yang menggariskan perancangan jangka panjang dan jangka pendek dalam masa 100 hari Pakatan Rakyat mentadbir negara, sudah diteliti dan bersifat realistik.

Menurut Pengarah Strategi Keadilan, Rafizi Ramli, antara lain, buku jingga berkenaan menjanjikan penghapusan tol melalui pengambil alihan syarikat konsesi tol oleh kerajaan dalam masa 100 hari mentadbir Putrajaya.

"Apabila kita kata mencadangkan agar Khazanah Berhad mengambil alih dan menyerahkan operasi tol kepada kerajaan, kita sudah buat perkiraan bahawa kalau sekarang ini Khazanah dan Wang Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP) mampu membeli 21 peratus saham daripada pemegang saham minoriti, lambat laun Khazanah pasti mampu mengambil alih konsesi tol lebuhraya dan menyerahkannya kepada kerajaan," katanya ketika ditemui KeadilanDaily.

Menurutnya, setiap perkara yang dijanjikan dalam Buku Jingga, sudah diperhalusi dan melalui perkiraan yang teliti, seperti cadangan kenaikan gaji guru dan kakitangan pendidik sebanyak RM500.

Jadi, menurut Rafizi, tidak timbul isu samada cadangan-cadangan dalam Buku Jingga boleh dilaksanakan atau tidak kerana itu adalah prasyarat utama yang sudah diperhalusi sebelum ia disenaraikan dalam Buku Jingga.

Mengulas pertanyaan sebab beberapa akta kontroversi seperti Akta Penerbitan dan Percetakan yang tidak dicadangkan penghapusannya serta merta dalam 100 Pakatan mentadbir Putrajaya, Rafizi menjelaskan satu undang-undang yang lain diperlukan untuk penerbitan akhbar baru seperti permit dan sebagainya.

Namun, akta-akta yang bersifat menindas dan membenarkan penahanan tanpa bicara seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dihapuskan serta merta.
"Langkah untuk menghapuskan akta melibatkan (penindasan) seperti ISA memang tidak perlu kepada alternatif kerana kita sememangnya mahu menghapuskan undang-undang tersebut," Kata Rafizi yang merupakan antara individu yang merangka buku berkenaan.
Buku Jingga adalah dokumen yang menggariskan falsafah besar Dasar Bersama Pakatan Rakyat untuk rakyat Malaysia menjelang pilihan raya umum yang akan datang.

Selain penghapusan kadar tol, buku jingga berkenaan turut menjanjikan pemansuhan Akta keselamatan Dalam Negeri (ISA), merombak subsidi negara, membatalkan Felda Plantations, menaikkan royalti minyak di Sabah dan Sarawak dan penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi memulihkan sistem kehakiman negara.


Untuk Muat Turun Sila Klik Buku Jingga

Tiada ulasan: