Anak Muda Kampung Nak Senang |
- 300,000 Pengunjung BN Youth Job Bukti Isu Pengangguran Serius
- Ceramah Konspirasi III Kuala Pilah 5 April 2011
- Peniaga Melayu kaya raya di Melaka Maju, Syabas Umno
- Tarian Poco Poco UMNO Haram kata Mufti Perak
300,000 Pengunjung BN Youth Job Bukti Isu Pengangguran Serius Posted: 29 Mar 2011 07:33 PM PDT ![]() Merujuk kepada berita yang diterbitkan oleh The Star hari ini mengatakan bahawa 300 000 orang pengunjung karnival BN Youth Jobs. Biro Mahasiswa Angkatan Muda Keadilan Malaysia percaya bahawa jumlah ini membuktikan bahawa anak muda terutama dikalangan graduan mengalami masalah pengangguran dan pekerjaan tidak mengikut taraf pendidikan yang serius. Berdasarkan jawapan parlimen dan kenyataan akhbar oleh Menteri Sumber Manusia Datuk S. Subramaniam pada Jun 2010 dan statistik Jabatan Perangkaan Jun lepas, menyatakan kadar pengangguran adalah pada tahap 3.7 peratus atau sekitar 426 600 orang yang menganggur. Daripada 426 600 ribu ini, 7.5 peratus atau sekitar 32 000 adalah penganggur dikalangan graduan. Kadar pengangguran ini sudah cukup membuktikan bahawa generasi muda masih dalam krisis pekerjaan. Maka tidak hairan kehadiran yang ramai ke karnival ini menuntut tindakan yang lebih tegas menyelesaikan masalah pengangguran. Karnival semata-mata tidak mampu menyelesaikan masalah Graduan menganggur dan Graduan bekerja tidak mengikut taraf pendidikan. Ini melibatkan langkah kerajaan mengurus ekonomi dan tatakelola yang baik bagi membanyakkan peluang pekerjaan baik diperingkat kerajaan mahupun swasta. Dasar kerajaan Barisan Nasional yang boros, mengkayakan syarikat kroni dengan projek mega dan masalah rasuah yang melebar dalam pentadbiran kerajaan menjadikan Negara muflis dan akhirnya dana bagi membaiyai peluang-peluang pekerjaan di kurangkan diperingkat kerajaan dan pelabur tidak berminat melabur akibat rasuah dan dasar ekonomi yang berat sebelah. Diakhir kenyataan ini, Biro Mahasiswa Angkatan Muda Keadilan Malaysia ingin menegaskan bahawa masalah pengangguran dikalangan generasi muda terutama dikalangan graduan adalah masalah yang membelenggu kelompok ini. Justeru, karnival semata-mata bukanlah tindakan mampan yang mampu menyelesaikan masalah pengangguran jangka masa panjang. Dasar ekonomi yang lebih adil, menghapus rasuah adalah merupakan prinsip penting bagi membanyakkan peluang pekerjaan dalam Negara. MOHD SAIFULLAH MOHD ZULKIFLI Pengarah Biro Mahasiswa, Angkatan Muda Keadilan (AMK) http://www.suara-keadilan.com/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=1123:300000-pengunjung-bn-youth-job-bukti-isu-pengangguran-serius&catid=2:terkini&Itemid=2 |
Ceramah Konspirasi III Kuala Pilah 5 April 2011 Posted: 29 Mar 2011 07:31 PM PDT ![]() Ceramah pendedahan Konspirasi III di Kuala Pilah 5 April KEADILAN Cabang Kuala Pilah, Negeri Sembilan akan mengadakan ceramah 'Pendedahan Konspirasi III' di Pejabat Pakatan Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Juasseh, Jemapoh pada jam 9 malam 5 April 2011 (Selasa) ini. Antara yang dijadual menyampaikan ucapan ialah Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Baharin Abas; Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dan Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff. Timbalan Ketua Cabang itu, Hazman Hashim berkata, orang ramai yang berminat mengetahui pelbagai penerangan dan pendedahan mengenai isu tanah air termasuk konpirasi video seks palsu, dipelawa hadir Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=10128 |
Peniaga Melayu kaya raya di Melaka Maju, Syabas Umno Posted: 29 Mar 2011 07:29 PM PDT ![]() |
Tarian Poco Poco UMNO Haram kata Mufti Perak Posted: 29 Mar 2011 04:52 PM PDT ![]() |
You are subscribed to email updates from Anak Muda Kampung Nak Senang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan