Anak Muda Kampung Nak Senang |
Hebatnya Indonesia, cipta Bot boleh Menyelam Posted: 23 Mar 2011 02:55 AM PDT Hebat sungguh industri pertahanan di Indonesia. Mereka dah buat Bot yang boleh Menyelam, modifikasi dari model Inggeris akan tetapi lebih stabil dan lebih baik. Sebelum ini Indonesia telah membuat kapalterbang, helikopter, kereta perisai, senapang tempur, hoverkraf mereka sendiri dan akan membuat jet dan kapal selam sendiri. Apakan daya, politik Malaysia cerita lucah sahaja. Sumber : http://alutsista.blogspot.com/2011/03/sea-skimmer-ditampilkan-di-jidd.html KEHEBATAN INDUSTI PERTAHANAN INDONESIA Akan buat jet pejuang di http://amkns.blogspot.com/2010/06/indonesia-akan-buat-jet-pejuang-sendiri.html Akan buat kapal selam di http://amkns.blogspot.com/2010/09/indonesia-buat-kapal-selam-sendiri.html Telah buat hoverkraf di http://amkns.blogspot.com/2010/11/indonesia-mampu-bina-landing-hovercraft.html Telah buat kereta perisai di http://amkns.blogspot.com/2010/06/malaysia-beli-kereta-perisai-indonesia.html Telah buat helikopter di http://amkns.blogspot.com/2010/01/malaysia-beli-30-helikopter-dari.html |
Tiada laut biru, cuma sampah di Port Dickson Posted: 22 Mar 2011 08:41 PM PDT Pengunjung tak tahan keadaan kurang menyenangkan di Port Dickson AIR PARIT CEMARI PANTAI Berita Harian 23 Mac 2011 PORT DICKSON: Hitam, busuk dan menjijikkan! Air parit bersebelahan Marina Bay Apartment, di sini menyebabkan penghuni dan penyewa yang tinggal di apartmen itu pada hujung minggu termasuk warga asing, tidak senang duduk dengan keadaan kurang menyenangkan itu. Bukan tidak pernah membuat aduan, malah penghuni dan pihak pengurusan apartmen mendakwa sudah beberapa kali membuat aduan berhubung masalah itu, tetapi keadaan tetap sama. Parit yang mengalir dari kawasan penempatan berdekatan juga mengalir ke pantai, menyebabkan penghuni bimbang air kotor itu akan mencemarkan laut di pantai berdekatan yang menjadi tumpuan pelancong. Pengurus Perbadanan Pengurusan Marina Bay Apartment, Phang Han Kim, berkata masalah itu berlaku sejak 2008 dan pihaknya yang tidak tahan dengan keadaan itu mengemukakan aduan kepada Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD). Bagaimanapun, beliau mendakwa tiada tindakan konkrit diambil untuk mengatasi masalah itu yang masih berterusan hingga kini. "Seorang penghuni apartmen ini dari Jerman yang tidak tahan menghidu bau dan pemandangan yang menyakitkan mata, pernah membuat laporan di balai polis, tetapi saya tidak tahu apa tindakan susulan kerana keadaan masih sama. "Hanya selepas keadaan parit itu semakin teruk, pihak berkuasa datang dan menjalankan siasatan, malangnya air kotor itu tetap mengalir seperti biasa," katanya ketika ditemui. Phang mahu MPPD dan agensi berkaitan berusaha menangani masalah itu supaya tidak menjejaskan penghuni apartment itu dan mencemarkan nama baik Port Dickson yang terkenal sebagai pantai peranginan. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Airparitcemaripantai/Article BERITA BERKAITAN : Tiada Laut Biru , Hanya Sampah : Port Dickson Kotor di http://pasns.blogspot.com/2009/09/bagan-pinang-pantai-port-dickson-kotor.html Pantai Porti Dickson semakin tercemar, bahaya dan berbau busuk http://amkns.blogspot.com/2011/03/pantai-porti-dickson-semakin-tercemar.html Pantai Port Dickson pusat pembuangan abu mayat http://amkns.blogspot.com/2010/11/pantai-port-dickson-pusat-pembuangan.html |
You are subscribed to email updates from Anak Muda Kampung Nak Senang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan