Selasa, 22 Mac 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Hebat polis Iran, guna Mercedes C200 dan jaket kulit

Posted: 22 Mar 2011 12:50 AM PDT


Hebat betul polis di Iran, kalah polis Malaysia rasanya. Guna Mercedes C200, jaket kalis peluru dan jaket kulit, tapi bukan kereta peribadi mereka, ianya adalah kereta peronda MPV mereka. Macam ni, barulah penjenayah gerun. Polis Malaysia tak jealous ke dengan polis Iran. Dengan pelbagai sekatan ekonomi Iran boleh perlengkapkan pasukan polis mereka, kalau tak ada sekatan ekonomi agaknya pakai Bugatti Veyron.

Kalau Malaysia dikenakan sekatan ekonomi, pakai apa agaknya polis peronda kita?

Gambar-gambar polis Iran guna Mercedes C200 dan jaket kulit di http://www.uskowioniran.com/2011/03/tehran-police-review-pictorial.html

Kisah Iran cipta UFO dan perlbagai peralatan canggih di http://amkns.blogspot.com/2011/03/iran-cipta-ufo-hebat-saintis-mereka.html


Ancaman Radioaktif penduduk di Kuantan, Pahang?

Posted: 21 Mar 2011 09:13 PM PDT


Dedahkan segala maklumat loji Lynas, kata bekas pakar geologi
Oleh Shannon Teoh - The Malaysia Insider
March 22, 2011

KUALA LUMPUR, 22 Mac — Kedua-dua kerajaan Australia dan Lynas Corporation digesa tampil menjawab banyak soalan yang masih belum dijawab berhubung loji pemprosesan nadir bumi yang sedang dibina di Gebeng dekat Kuantan, kata seorang bekas pakar geologi kanan kerajaan.

Bekas pegawai Jabatan Penyiasatan Kajibumi Malaysia (GSM) itu juga berkata, ketiadaan ketelusan bermakna sukar bagi pihak ketiga dengan kepakaran teknikal untuk menawarkan pandangan mengenai kemungkinan bahaya alam sekitar ekoran kerja-kerja pemprosesan itu.

"Ada banyak soalan tanpa jawapan," kata Wong Yew Choong kepada The Malaysian Insider semalam.

Wong berkata beliau telah menjalankan siasatan mengenai radiasi kepada GSM, yang kini sebahagian daripada Jabatan Mineral dan Geosains lewat 1980-an bagi loji Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah.

Loji itu kemudian ditutup pada 1992 ekoran protes awam.

Hampir dua dekad kemudian loji itu yang dikaitkan dengan lapan kes leukemia di kalangan penduduk tempatan masih berhadapan dengan kerja-kerja pembersihan yang menelan kos RM303 juta.

Lynas berharap untuk memulakan operasinya di Gebeng menjelang September ini, untuk bersaing dengan China yang menguasai 95 peratus pasaran nadir bumi.

Syarikat itu menjangkakan pulangan hampir RM8 bilion setahun bermula 2013.

Bagaimanapun di sebalik krisis nuklear di Jepun ekoran bencana berganda baru-baru ini, laporan New York Times mengenai operasi itu awal bulan ini menyebabkan kebimbangan dan mencetuskan polemik baru mengenai isu tersebut.

Sehubungan itu, Wong berkata, seolah-olah kelihatan sebagai "rahsia kerajaan tidak membolehkan rakyat mengetahui butiran projek yang sedang dibangunkan itu."

"Rakyat seharusnya boleh memperoleh pandangan pihak ketiga, bukan daripada kerajaan ataupun Lynas, mengenai kesemua aspek," kata beliau.

Lynas berulang kali menegaskan, logam nadir bumi yang akan diproses di Gebeng hanya mempunyai dua peratus elemen radioaktif, torium yang wujud dalam bahan mentah digunakan di Bukit Merah.

Bagaimanapun, Wong BERKATA MENURUT TULISAN AKHBAR AMERIKA SYARIKAT ITU LOJI TERSEBUT AKAN MEMPROSES 10 KALI GANDA NADIR BUMI DAN BOLEH MENYEBABKAN JUMLAH SISA PEMBUANGAN RADIOAKTIF DALAM JUMLAH YANG BANYAK.

"Sementara saya ragu-ragu dengan respons bahawa bahan mentah hanya akan mempunyai 0.16 peratus kandungan torium, ia masih satu kadar yang besar jika mereka hendak memproses beratus tan bahan mentah," katanya lagi.

Malah kata beliau, bahaya radiasi akan terus mengalami pertumbuhan daripada himpunan sisa buangan dan juga debu yang dilepaskan ketika pemprosesan.

Pakar alam sekitar dan penduduk di Kuantan menuntut butiran operasi loji itu daripada Lynas dan pihak berkuasa tempatan.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dedahkan-segala-maklumat-loji-lynas-kata-bekas-pakar-geologi/


AMK NS baiki rumah usang, edar risalah Buku Jingga

Posted: 21 Mar 2011 08:45 PM PDT

PRIHATIN...Pimpinan KEADILAN Negeri Sembilan menyampaikan sumbangan kepada pemilik rumah usang

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Negeri Sembilan bergotong royong membaiki bumbung sebuah rumah yang berusia lebih separuh abad di Batu 3, Jalan Jelebu, Ampangan pada 19 Mac lalu.

Selain membaiki rumah yang dibina pada 1937 itu, pimpinan AMK negeri yang diketuai Mohd Nazree Yunus turut memberi sumbangan barang keperluan harian kepada pemilik rumah berkenaan.

Program Ziarah Mesra Rakyat itu turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ampangan Rashid Latif; ADUN Ampangan, Adun Sikamat, Aminudin ADUN; Ketua Cabang Seremban, Dr Azam dan timbalannya, Dr Rafaie.

Selain itu, AMK negeri juga mengedar risalah Buku Jingga dan akhbar Selangor Kini di sekitar DUN Ampangan dan Parlimen Rasah yang mendapat sambutan menggalakkan dari semua lapisan masyarakat, baik Melayu, Cina, India dan lain-lain, seolah-olah suasana pilihan raya sedang berlangsung.

BERMAKLUMAT...Risalah Buku Jingga diedar supaya rakyat memahami agenda reformasi

Malah, ketika pengedaran risalah itu, ramai yang berharap kerajaan mempercepat pilihan raya umum kerana rakyat sudah ada pilihan di dalam memilih kerajaan.

Ini sekali gus menjadi petanda sokongan dan keyakinan rakyat terhadap Program 100 Hari Pakatan Rakyat.

Turut serta dalam program itu ialah Exco AMK Pusat, Ramlan Roes.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=9353

http://www.keadilandaily.com/amk-negeri-sembilan-baiki-rumah-usang-edar-risalah-buku-jingga/

Tiada ulasan: