Anak Muda Kampung Nak Senang |
Iran cipta UFO, hebat saintis mereka Posted: 19 Mar 2011 11:14 PM PDT AGENSI berita Fars menyiarkan ilustrasi yang menunjukkan bentuk piring terbang ciptaan saintis Iran yang kelihatan sama dengan gambar piring terbang dalam filem keluaran Hollywod pada tahun 1950-an. ----------------------- Iran berjaya cipta piring terbang Kosmo 19 Mac 2011 TEHERAN - Para saintis di Iran berjaya mencipta piring terbang yang pada kebiasaannya dikaitkan dengan teknologi makhluk asing, lapor sebuah akhbar semalam. Agensi berita Fars di negara itu turut menyiarkan ilustrasi sebuah piring terbang yang didakwa ciptaan para saintis negara berkenaan yang sedang berlegar-legar di sebuah kawasan hutan. Dalam ilustrasi itu, bentuk piring terbang tersebut mirip sebuah piring terbang yang terdapat dalam satu filem keluaran Hollywood pada 1950-an. Menurut laporan tersebut, ukuran dan saiz piring tersebut tidak dinyatakan tetapi mendakwa ia kecil dan mampu terbang. "Antara kelebihan piring terbang itu adalah ia merupakan pengangkutan yang mudah dikendalikan ketika mula bergerak, semasa terbang dan bunyi yang tidak kuat. "Ia dikendalikan secara automatik dengan dilengkapi penstabil imej, sistem penentuan global (GPS), perakam aerial dengan gambar kualiti HD (berdefinisi tinggi)," lapor agensi berita ISNA. Cita-cita Iran dalam mengembangkan program angkasa lepas telah mengejutkan dunia Barat. Pada tahun lepas, negara itu turut mengumumkan kejayaan melancarkan roket ke angkasa lepas yang membawa tikus, kura-kura dan cacing. Iran sering kali mengemukakan kejayaan mereka yang pelik dalam bidang saintifik dengan bukti-bukti yang sukar dipercayai. Tentera laut Amerika Syarikat (AS) di Teluk Parsi masih lagi belum mengesan sebarang kehadiran piring terbang Iran itu. - Agensi http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0319&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm Beberapa ciptaan dan teknologi terkini hasil ciptaan saintis Iran pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2010/08/melayu-setakat-main-mercun-je-iran-buat.html http://amkns.blogspot.com/2010/08/iran-rasmi-kilang-peluru-meriam.html http://amkns.blogspot.com/2010/09/iran-lancar-bot-terbang-buatan-sendiri.html |
Ulama Umno sokong Injil Bahasa Melayu Posted: 19 Mar 2011 06:21 PM PDT Bible atau Kitab Injil dalam Bahasa Melayu tidak menjadi masalah menurut pandangan Islam dan Perlembagaan Persekutuan, menurut Fathul Bari Mat Jahya seorang ulama Umno. Beliau menyatakan bahawa masyarakat harus sedar bahawa bahawa bahasa bukan mewakili mana-mana agama. Fathul juga berkata tiada masalah juga utntuk orang Kristian untuk menggunakan perkataan Allah. The Star, Saturday March 19, 2011 Use of Bahasa Bible is fine, says ulama PETALING JAYA: The usage of Bahasa Malaysia Bible is perfectly fine both in the eyes of Islam and the Federal Constitution, said Umno ulama Fathul Bari Mat Jahya. He said people must not confuse the fact that a language did not represent a particular religion. "Arabic is the original language used in the Al-Quran. But Prophet Muhammad had never stopped or forbade others in using Arabic to spread their own religions," he said. Fathul said although the Federal Constitution forbade the preaching of other religions to Muslims, the AlKitab (Bible) did not contravene its spirit. "It should only be for Christians. If the Bahasa Malaysia Bible is not used to preach to Muslims, then there is nothing wrong," he said. Fathul said it was also perfectly acceptable for Christians to use the word "Allah". http://www.thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=%2F2011%2F3%2F19%2Fnation%2F8301418 |
You are subscribed to email updates from Anak Muda Kampung Nak Senang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan