Anak Muda Kampung Nak Senang |
- Dilema para doktor di N.Sembilan, pesakit jadi mangsa
- Minum Petang PAS Seremban 2 April 2011
- Ceramah Buku Jingga 20 Mac 2011 Seremban
Dilema para doktor di N.Sembilan, pesakit jadi mangsa Posted: 17 Mar 2011 12:46 AM PDT Kalau benarlah apa yang dikhabarkan di bawah ini, ianya sesuatu yang harus diberi perhatian serius oleh rakyat N.Sembilan atau mereka yang dari luar N.Sembilan yang mendapat rawatan di klinik dan hospital seluruh N.Sembilan. Apakah para pesakit yang akan menjadi mangsa akibat lambakan doktor yang tidak terlatih di negeri ini? JABATAN KESIHATAN NS TAK MESRA DOKTOR Berita Harian 17 Mac 2011 SAYA seorang doktor di Negeri Sembilan yang merasa terpanggil meluahkan pendapat selepas melihat semakin ramai rakan yang sudah dan sedang meninggalkan perkhidmatan awam ke sektor swasta atau ke negara jiran. Pada asalnya kami berasa terpanggil menyahut seruan kerajaan untuk mengatasi masalah 'brain-drain' yang menyebabkan negara ini kurang berdaya saing. Pada asalnya, semangat kami berkobar-kobar untuk berkhidmat untuk negara walaupun sedar akan hakikat pendapatan tinggi di sektor swasta dan di negara jiran. Tetapi pentadbiran baru Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan adalah sangat mengecewakan dan menghampakan. Doktor dipindahkan sesuka hati setiap enam dan 12 bulan, ke seluruh klinik dan hospital di Negeri Sembilan. Kami pada asalnya sanggup berkhidmat di pedalaman atau hospital kecil, tetapi siapa yang sanggup menanggung kos perpindahan, perjalanan jarak jauh dan perbelanjaan kerana perpindahan yang kerap? Bagaimana pula anak kami yang bersekolah, memerlukan penjaga harian dan pasangan kami yang juga bekerja? Rayuan kami ditempelak kerani pentadbiran yang biadap dan angkuh. Kenapa harus begitu? Ramai doktor daripada pelbagai lapisan, saya lihat sudah meninggalkan Negeri Sembilan ke negeri lain, sektor swasta malah ada yang sudah dan sedang dalam proses untuk berhijrah ke luar negara. Kecewa dengan pentadbiran negeri yang dilihat langsung tidak mesra doktor. Kami tidak dapat memberi fokus bekerja kerana berasa tertekan dan takut sekiranya 'nama kami naik' untuk dipindahkan. Lebih teruk lagi Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan dilihat memainkan dasar pekak badak dan buta kayu melihat ada sesetengah doktor yang sedang sibuk mengambil ujian kepakaran. Akhir penyelesaian, kami terpaksa berhijrah. Doktor yang tinggal hanya doktor baru yang tidak terlatih dan negara jiran serta sektor swasta bergembira dengan kehadiran kami yang mempunyai pengalaman. Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia terus mengalami migrain berpanjangan terpaksa membanting tulang menyelesaikan masalah 'brain-drain' sedangkan Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan meneruskan dasar yang menggalakkan lagi perpindahan tenaga profesional keluar dari sektor awam. Saya selaku seorang daripada penyokong kuat aspirasi kerajaan memohon agar kerajaan Pusat terutamanya Kementerian Kesihatan campur tangan dalam mengatasi masalah ini. WAKIL PEGAWAI PERUBATAN, Negeri Sembilan. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/JabatanKesihatanNStakmesradoktor/Article |
Minum Petang PAS Seremban 2 April 2011 Posted: 16 Mar 2011 11:18 PM PDT MAJLIS JAMUAN HI TEA Tarikh : 2 April 2011 (SABTU) Tempat : PASTI Wildan (sebelah Masjid Ampangan, Seremban) Masa : Selepas Asar Kupon RM10 Tetamu : Ust Nik Mohamad Abduh bin Dato Nik Abd Aziz Ust Muhd Khalil bin Dato Seri Hj Abd Hadi Hubungi Zulkarnain 016- 2097990, Nasrulhakim 012-6953255 CERAMAH UMUM Tarikh : 2 April 2011 (SABTU) Tempat : PASTI Al- Hadi, Taman Panchor Jaya, Seremban Masa : 9 malam Penceramah : Ust Nik Mohamad Abduh bin Dato Nik Abd Aziz Ust Muhd Khalil bin Dato Seri Hj Abd Hadi Anjuran : Lajnah Pilihanraya PAS Kawasan Seremban dengan kerjasama PAS Cawangan |
Ceramah Buku Jingga 20 Mac 2011 Seremban Posted: 16 Mar 2011 11:17 PM PDT CERAMAH PERDANA Penjelasan Buku Jingga Bersama : Rafizi Ramli, YB Dr Dzulkefly Ahmad, YB Anthony Loke Tarikh : 20 Mac 2011 (AHAD) Masa : 8.45 mlm hingga - Tempat : Markas KeADILan Cabang Seremban, Taman Bukit Setia, Ampangan, Seremban Sumber http://myharakah.net/diary.php?id=109 |
You are subscribed to email updates from Anak Muda Kampung Nak Senang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan