Selasa, 15 Mac 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Polis Bodoh atau Menteri yang Bangang isu Saman Ekor ni

Posted: 14 Mar 2011 03:45 PM PDT


Semakin hari makin banyak kisah lucu dan tidak masuk akal dalam isu saman ekor ni. Datuk 85 tahun bawa superbike 500cc disaman ekor bawa melebihi had laju. Penunggang motosikal tak pakai tali pinggang keselamatan disaman ekor. Kini guru agama pula disaman ekor bawa kapcai buruk 70cc di tempat yang dia tak pernah pergi. Kisah macam ni boleh masuk Raja Lawak, kah, kah, kah. Malaysia Darul Lawak, Hidup Raja Lawak.

Kesian polis trafik, mereka cuma ikut arahan Menteri dan software yang canggih, Menteri pula tak faham operasi software dan peralatan yang canggih ini yang tak fool proof langsung. Akhirnya polis jadi bahan ketawa, menteri lepas tangan.

Kisah datuk 85 tahun disaman di http://amkns.blogspot.com/2011/01/warga-emas-malukan-pdrm-dan-menteri.html
Kisah naik motor tak pakai tali pinggang keselamatan di http://amkns.blogspot.com/2011/03/saman-ekor-bawa-motor-tak-pakai-tali.html

GURU AGAMA DISAMAN BAWA MOTOSIKAL LEBIH HAD LAJU
Utusan Malaysia 15 Mac 2011


BALING 14 Mac – Seorang guru agama yang kabur mata kiri terkejut apabila menerima saman trafik atas kesalahan menunggang motosikal melebihi had laju di Km 46 Jalan Alor Setar-Butterworth, tiga tahun lalu.

Abdul Wahab Tampal, 65, yang mengalami masalah kabur mata kirinya berkata, selain tidak pernah melakukan kesalahan melebihi had laju itu, dia juga tidak pernah melalui jalan tersebut selama ini.

Dia yang hanya mampu menunggang motosikal tidak sampai 10 km di sekitar tempat tinggalnya di sini, hairan bagaimana dia boleh dikenakan saman menggunakan motosikal berkuasa antara 90 hingga 250 kuasa kuda.

Sedangkan, kata Abdul Wahab, dia hanya mempunyai motosikal Honda berkuasa 70cc dan tidak pernah ke mana-mana dengan motosikal itu kecuali ke masjid atau ke rumah saudara berdekatan.

"Saya hanya menunggang motosikal buruk berkuasa 70 cc sahaja itupun di daerah ini sahaja," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Telok Durian, Kupang dekat sini hari ini.

Dalam notis saman yang diterimanya, Abdul Wahab didakwa menunggang motosikal jenis Honda bernombor Plat PEX 9314 dan melakukan kesalahan tersebut pada 10 September 2008, kira-kira pukul 7.30 pagi. - Utusan

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0314&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_14.htm&arc=hive

Tiada ulasan: