Rabu, 9 Mac 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Umno Taman Rasa Sayang Seremban didakwa sebar fitnah

Posted: 09 Mar 2011 01:10 AM PST




Ingkar perintah Agong: KEADILAN Rembau lapor polis
9 Mac 2011

SEREMBAN: KEADILAN Rembau dan PAS Paroi hari ini membuat laporan polis
menggesa siasatan berkenaan kertas mesyuarat tahunan Umno Cawangan Taman Rasa Sayang, Bahagian Rembau kerana didakwa mengandungi isu perkauman dan fitnah.

Ini juga berikutan ahli Umno di cawangan berkenaan tidak menghormati dan
mengingkari titah Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin yangmahu rakyat negara ini tidak membangkitkan isu sensitif menyentuh
perkauman.

"Antara yang jelas ditimbulkan mereka adalah isu agama dan perkauman.
Ini cukup membuktikan mereka ingkar dengan titah Tuanku Mizan supaya
menjauhi amalan ini," kata Setiausaha Cabang KEADILAN Rembau, Nor Azizi
A Aziz sambil menunjukkan bukti beberapa gambar di dalam kertas
mesyuarat itu yang didakwa boleh mencetuskan perbalahan kaum.

Kertas mesyuarat tahunan 2011 tersebut mengandungi lapan halaman yang
keseluruhannya menerbitkan perihal sentiviti kaum.

Antara tulisan pada salah satu gambar yang terpampang wajah Penasihat
DAP, Lim Kit Siang berbunyi, "Kita hapuskan hak Melayu, kita tolak
Islam, mari bersama kami, PAS, PKR dan DAP!!".

Nor Azizi yang mewakili ketuanya, Badrul Hisham Shaharin berkata,
perkara itu dipandang serius kerana melibatkan penyuburan budaya politik
kotor di kalangan penyokong parti.

"Oleh itu, kami menuntut polis menyiasat supaya tindakan membudayakan
fitnah dan adu domba seperti ini dielakkan untuk kepentingan politik
pihak tertentu bertujuan melihat perpecahan antara kaum di negara kita,"
katanya di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban pada sidang media
selepas laporan itu dibuat.

"Apa yang kita mahukan adalah politik matang kerana kerajaan Pakatan
Rakyat (PR) menganjurkan pengetahuan politik dengan penghujahan untuk
membawa rakyat kepada pemilihan parti yang layak disokong.

"Tapi (apa) yang dilakukan Umno itu tidak menggambarkan sikap
profesional mereka menghadapi parti pembangkang, sebaliknya menghentam
perkara yang mengingkari titah Agong," kata Nor Azizi.

Sementara itu, PAS yang diwakili Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi,
Mohamad Taufek Ab Ghani turut menyelar tindakan Umno dan menggesa supaya penyiasatan segera dilakukan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Umno Taman Rasa Sayang itu.

"Jika usaha-usaha jahat ini tidak dihentikan, ia akan membawa kepada
permusuhan dan kebencian antara kaum yang akhirnya menggugat kestabilan
dan keamanan negara.

"Pelbagai tuduhan palsu dan fitnah dilemparkan kepada pemimpin PR untuk
menimbulkan kebencian rakyat," kata Taufek.

http://www.keadilandaily.com/ingkar-perintah-agong-keadilan-rembau-lapor-polis-2/

PAKATAN LEADERS MALIGNED IN UMNO DOCUMENT
Zefry Dahalan March 9, 2011

PKR lodges police report against Taman Rasa Sayang Umno branch in Senawang for seditious statements and pictures fanning racial tensions

SEREMBAN: The Taman Rasa Sayang Umno branch in Senawang under the Rembau division earned the ire of Pakatan Rakyat for instigating tensions between the Malays and Chinese.

Rembau PKR secretary, Norazizi Abdul Aziz, said an eight-page document appended to the minutes the Umno's division annual meeting contains seditious statements and pictures maligning Pakatan leaders.

"The contents of the document, dated March 5, is seditious and designed to instigate racial tensions among the Malays and the Chinese in Pakatan," said Norazizi after lodging a police report at the

district police headquarters here.

Titled "Pendedahan Untuk Kesedaran" it has a picture of DAP advisor Lim Kit Siang under a sub-heading heading which reads: "DAP Anti Islam" and the words "Ketuanan Rakyat" (proposed by Pakatan Rakyat) was changed to "Ketuanan Cina".

Another picture shows Kit Siang delivering a speech and the caption reads: "Kita hapuskan hak Melayu, kita tolak Islam! Mari bersama kami, PAS, PKR dan DAP"

PKR's de facto leader Anwar Ibrahim is portrayed as a No 1 liar and branded as a traitor of the Malays, Muslims and the nation.

Disrespecting the King

Kelantan Menteri Besar and PAS spiritual leader Nik Aziz was not spared either.

A caricature depicts Taiping MP and former Perak exco member Nga Kor Ming as an imam leading a prayer session with Nik Aziz and Anwar behind Kor Ming.

The prayer rug used by Muslims called "sejadah" has the DAP logo on it. Nik Aziz and Anwar are caricatured on prayer rugs with their respective party logos.

Rembau PAS chief, Mohd Taufek Abdul Ghani, slammed Umno for showing disrespect to King's speech at the opening of the new parliament session Monday, where he said narrow racial sentiments must be nipped in the bud before they festered in the community.

Mohd Taufek urged Umno not to resort to cheap and dangerous tactics to divide the races.

The Umno meeting was officiated by Negeri Sembilan Menteri Besar who is also the Rembau Umno chief.

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/03/09/pakatan-leaders-maligned-in-umno-document/

Saman ekor bawa motor tak pakai tali pinggang, BANGANG

Posted: 08 Mar 2011 03:46 PM PST


Ini memang bangang dan bodoh namanya. Ada ke orang kita di Sabah ni kena saman ekor sebab bawa motosikal tidak pakai tali pinggang keledar? Bukankah ini menunjukkan sistem Saman Ekor ni hari demi hari menunjukkan KEBODOHAN, KEBANGANGAN dan KEDEGILAN pihak polis termasuk MENTERI dan PERDANA MENTERInya sekali? Cukuplah, hentikanlah mengugut rakyat suruh bayar saman ekor. Lebih banyak kes bodoh begini akan keluar dalam akhbar.

Sebelum ni atok umur 85 tahun di saman ekor bawa motosikal kuasa besar 500cc, kisahnya di http://amkns.blogspot.com/2011/01/warga-emas-malukan-pdrm-dan-menteri.html

POLIS PERLU PASTIKAN DATA SAMAN EKOR TEPAT ELAK KEKELIRUAN
BERITA HARIAN 9 Mac 2011

HAMPIR semua rakyat mempunyai saman yang perlu dijelaskan menyokong perlanjutan tempoh pembayaran saman.

Bukan kerana tidak mahu membayar, tetapi disebabkan sibuk dengan tugasan harian dan tidak menyedari mereka mempunyai 'saman ekor'. Saman bermaksud mengenakan hukuman atau denda kepada pesalah trafik dengan harapan pesalah tidak mengulangi kesalahan terbabit. Masalahnya, apakah matlamat saman dikeluarkan terutama 'saman ekor'? Apakah saman itu dikeluarkan dengan betul kepada pesalah trafik? Apakah nombor pendaftaran kenderaan juga betul?

Apa yang dikesali, apabila saya membuat pemeriksaan saman di Ibu Pejabat Polis (IPD) Penampang, didapati sebuah kenderaan didaftar atas nama saya disaman pada 2005 oleh PDRM daerah Tawau. Tetapi, kenderaan itu digunakan di Kota Kinabalu sejak 2000 hingga 2008.

Pada 2008 barulah kenderaan itu dihantar ke Tawau untuk kegunaan anak saya.

Lebih mengejutkan, apabila diperiksa kesalahan itu, kenderaan saya adalah motosikal, tetapi disaman atas kesalahan 'tidak memakai tali pinggang keledar'.

Apabila saya menjelaskan perkara itu kepada pegawai terbabit, saya dinasihatkan merujuk kepada IPD pengeluar saman di Tawau.

Saya yakin bukan hanya saya seorang menghadapi keadaan sebegitu berhubung 'saman ekor' di negara ini bahkan ramai lagi tetapi tidak ingin membesar-besarkannya.

Sepatutnya, sebelumnya pihak polis mengeluarkan saman, terutamanya 'saman ekor', pastikan dulu data kenderaan adalah betul. Jangan hanya mengutamakan kuantiti tetapi kualiti diabaikan.

EMJAY'S@Mojasa06,
Bundusan, Penampang.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Polisperlupastikandatasamanekortepatelakkekeliruan/Article

Tiada ulasan: