Anak Muda Kampung Nak Senang |
Rahsia PKR Gempur DUN Labu N.Sembilan terbongkar Posted: 06 Mar 2011 10:03 PM PST Nampaknya bersungguh betul PKR di DUN Labu, N.Sembilan untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke 13. PKR DUN Labu telah mula mengedarkan pelbagai risalah penerangan kepada pengundi DUN Labu membongkar kepincangan Umno dan Wakil Rakyatnya di DUN Labu ketika ini. Takkan Pakatan Rakyat nak tawan DUN Labu saja, DUN lain macamana, bila nak mula buat kerja penerangan turun padang macam PKR DUN Labu? Atau asyik sibuk buat kertas kerja, seminar dan bengkel? Bacalah sendiri begitu banyak risalah masalah setempat di DUN Labu pada pautan berikut http://buletinlabu.blogspot.com/2011/03/blog-post.html |
Saman Ekor, ini dia pemimpin Umno berjiwa rakyat Posted: 06 Mar 2011 07:17 PM PST Siapa kata pemimpin Umno tidak berjiwa rakyat dalam isu Saman Ekor? Muhyiddin Yasin Timbalan Perdana Menteri dan Mohamad Hasan Menteri Besar Negeri Sembilan adalah merupakan pemimpin yang berjiwa rakyat. Mereka telah menunjukkan cara atau membuat demonstrasi kenapa Saman Ekor ini tidak relevan dengan contoh yang ditunjukkan. Gambar kedua-dua pemimpin ini diambil sumbernya dari pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2010/12/pemimpin-umno-ajar-rakyat-tak-hormat.html |
You are subscribed to email updates from Anak Muda Kampung Nak Senang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan