Ahad, 6 Mac 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


ADUN Umno N.Sembilan Perasuah Pemfitnah, kata Mahkamah

Posted: 06 Mar 2011 03:12 AM PST


Itu mahkamah yang kata, mahkamah dunia, bukan mahkamah akhirat. Bukan Pakatan Rakyat yang kata, bukan PKR yang kata, bukan PAS yang kata juga bukan DAP yang kata, tapi mahkamah yang kata. Hukuman di dunia untuk perasuah dan pemfitnah ikut mahkamah dunia, hukuman di akhirat, ikut mahkamah akhirat. Nampaknya ADUN Umno N.Sembilan ini kena hadir kursus agama anjuran JAKIM atau Majlis Agama Islam N.Sembilan, bagaimana untuk mengelakkan diri dari jadi perasuah dan pemfitnah.

Baik buat cepat kursus tersebut sebelum Pilihanraya Umum ke 13, rakyat dah celik sekarang, mereka perhati saja, protes secara senyap lagi bahaya dari tunjuk perasaan.


ADUN LENGGENG BERSALAH ATAS TUDUHAN RASUAH
4 Mac 2011

ADUN Lenggeng, Mustafa Salim hari ini didapati bersalah atas tuduhan menerima rasuah RM2,000 sebagai dorongan untuk mengeluarkan surat sokongan bagi mengeluarkan surat sokongan berkaitan dengan projek pasir, lebih dua tahun lalu.

Beliau didapati bersalah atas tuduhan menerima wang berkenaan di sebuah restoran di Mantin pada 31 Ogos, 2008.

Sehubungan itu, Mahkamah Sesyen Seremban pada petang ini memutuskan supaya hukuman ke atas wakil rakyat itu ditetapkan pada 1 April.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen Amran Jantan.

ADUN Umno itu didakwa mengikut Seksyen 10(a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Tuduhan tersebut membawa hukuman penjara antara 14 hari hingga 20 tahun dan didenda lima kali jumlah rasuah atau minimum RM10,000.
http://malaysiakini.com/news/157675

MAHKAMAH ARAH ADUN LENGGENG BAYAR RM18,000
Khamis, Februari 24, 2011

Harakahdaily. SEREMBAN, 24 Feb 2011: Mahkamah Sesyen Seremban hari ini mengarahkan Adun Lenggeng, Mustafa Salim membayar sebanyak RM18,000 kepada seorang imam masjid ekoran tindakannya mengeluarkan satu surat yang dikira bersifat fitnah.

Dalam perbicaraan yang ditetapkan hari ini Adun Lenggeng tersebut dengan tanpa pengakuan liabiliti BERSETUJU MEMBAYAR IMAM TERSEBUT.

Pada 12 September 2008 imam tersebut Sungai Machang Hilir, Haji Baharudin Jalu memfailkan saman fitnah ke atas Adun berkenaan atas dakwaan memfitnah beliau melalui surat Adun tersebut kepada pegawai agama Islam, pejabat Agama Islam daerah Seremban bertarikh 16 Juali 2007.

Surat itu juga disalinkan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, mantan Adun lenggeng dan Setiausaha JKKK Kampung Sungai Machang.

Dalam surat tersebut antara lain Adun lenggeng tersebut menulis:

"Saya difahamkan bahawa Haji Baharudin bin Jalu yang merupakan imam (ketua pakatan pemecah masyarakat kampung)...

"Di kesempatan ini Haji Baharudin Jalu sebagai manusia rakus dan bodoh sombong bertindak melulu untuk mencapai matlamat nafsu dia terutama kewangan."

Dalam penyata pembelaannya sebelum ini, Adun tersebut menafikan beliau ada mengeluarkan surat tersebut.

Dalam perbicaraan hari ini, imam tersebut diwakili Mohamed Hanipa Maidin manakala Adun Lenggeng itu diwakili Encik Rafizi Zainal Abidin manakala hakim adalah Puan Rosnani

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=31033:mahkamah-arah-adun-lenggeng-bayar-rm18000&catid=1:utama&Itemid=50

Tiada ulasan: