Selasa, 1 Februari 2011

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Perutusan YB Dr Xavier Jayakumar Sempena Tahun Baru Cina 2011

Posted: 01 Feb 2011 04:00 PM PST

Saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakyat yang meraikannya khususnya di negeri Selangor.

Seperti yang kita sedia maklum, Tahun Baru Cina diraikan setiap tahun dengan penuh kemeriahan. Berasal dari sambutan musim bunga bagi meraikan kejayaan hasil tanaman, golongan muda di perantauan akan pulang ke pangkuan keluarga masing-masing bagi meraikannya. 

Menerusi peredaran zaman, tradisi murni ini tetap diteruskan, dan pada hari ini Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan bersama ibubapa dan golongan tua, tetapi diraikan bersama-sama dengan jiran tetangga dan rakan-rakan.

Sinonim dengan sambutan yang meriah ini, perhiasan serta pakaian baru dipersiapkan, juadah tradisi disediakan, limau mandarin dan ang pow menjadi suatu kemestian. 

Bersempena dengan musim perayaan ini, ingin saya mengambil kesempatan berpesan supaya kita berbelanja dengan bijak dan cermat serta teruskan amalan kunjung-mengunjungi bagi mengeratkan hubungan sesama kita.

Pada tahun ini, kita raikan tahun arnab yang disimbolkan dan dikaitkan dengan ketenangan dan ketahanan. Kepada mereka yang membuat perjalanan pulang ke kampung, terapkanlah nilai-nilai ini, amalkan sikap bersabar dan berhati-hati di jalan raya.

Akhir kata, saya dan keluarga, mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina, mulakanlah tahun baru ini dengan satu lembaran yang baru dan semoga tahun ini dilimpahkan dengan penuh kejayaan dan kebahagiaan. Xin Nian Kuai Le, Gong Xi Fa Cai!


YB DR XAVIER JAYAKUMAR
EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR




I would like to wish a Happy Chinese New Year to all, especially to the citizens of Selangor.

As we all know, Chinese New Year is celebrated every year with joy and excitement. Originally, this festival was celebrated in spring, marking the success of the harvest yield. People would return to the bosom of their family to celebrate this festival together.

This tradition has continued through the years  and today Chinese New Year is not only celebrated with ones own family, but  with neighbours and friends.

As part of this joyous celebration, new decorations and clothes are prepared, traditional dishes offered, eating mandarin oranges and the giving of ang pow has become imperative.
     
In conjunction with this festive season, I would like to take this opportunity to remind us to spend wisely and carefully, and to strengthen relationship by visiting one  another.

This year, we celebrate the year of rabbit which symbolises  peace and endurance. To those making journey to their hometown, please apply this values, be patient and careful on the roads.

Finally, my family and I, and the Dun Sri Andalas team, wish everyone a Happy Chinese New Year!  Begin your new year with a new chapter and hopefully this year will bring about change that will lead to greater justice and happiness for all Malaysians.
 Xin Nian Kuai Le, Gong Xi Fa Cai!



YB DR XAVIER JAYAKUMAR
SELANGOR STATE EXCO

Kementerian Kesihatan DiSaran Buat Laporan Audit

Posted: 31 Jan 2011 07:30 PM PST

Shah Alam - Kerajaan Negeri Selangor menyarankan Kementerian Kesihatan supaya membuat laporan audit secara menyeluruh berhubung aspek pembinaan bagi seluruh bangunan hospital di negara ini.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata laporan audit itu dibuat bertujuan untuk memastikan tidak berlakunya pembinaan bangunan yang kurang berkualiti sehingga boleh membahayakan pesakit di masa hadapan.

Katanya, Kerajaan Negeri tidak mempunyai kuasa untuk mengatasi masalah ini kerana tugas tersebut adalah di bawah tanggungjawab Kerajaan Pusat.

"Saya berpendapat masalah ini tidak mungkin akan berlaku sekiranya pembinaan hospital tersebut mengikut spesifikasi pembinaan yang telah ditetapkan."


"Saya juga mahu cadangkan kepada Kementerian Kesihatan supaya membuat audit berhubung aspek pembinaan sesebuah hospital di negara ini bertujuan bagi mengelakkan berlakunya kes pembinaan hospital kos rendah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Beliau juga melahirkan perasaan khuatir masalah ini akan berterusan sekiranya masalah pembinaan tidak mengikut spesifikasi seperti yang berlaku di Hospital Serdang.

"Nasib baik tiada pesakit yang mengalami kecederaan ketika melalui laluan pejalan kaki di hospital itu," katanya.

Kelmarin, siling di kawasan lobi utama Hospital Serdang di kawasan lobi utama Hospital Serdang di laporkan runtuh, dipercayai insiden pertama seumpamanya yang berlaku di hospital itu sejak ia mula beroperasi pada Disember 2005.

Insiden yang berlaku kira-kira 12.30 malam itu telah mengakibatkan bahagian-bahagian dan serpihan siling bertaburan di kawasan lantai lobi.

Jurucakap hospital berkata, tiada kecederaan yang berlaku kerana ketika kejadian tiada orang awam atau pelawat berada di sekitar lokasi.


Sumber: Sinar Harian, 1 Februari 2011.  

Sambutan Ponggal Negeri Selangor, 1210 Periuk Ponggal Dicatat Dalam The Malaysia Book of Records

Posted: 30 Jan 2011 03:00 AM PST

Klang, 30 Januari 2011 – Sambutan Ponggal Negeri Selangor yang berlangsung pada hari ini di Little India, Jalan Tengku Kelana berjaya menyaksikan satu rekod dicatat ke dalam The Malaysia Book of Records.

Walaupun hujan turun dan beberapa halangan kecil berlaku, hasil daripada usaha dan kerjasama peserta-peserta dari seluruh negeri Selangor berjaya menghasilkan 1210 periuk juadah ponggal! 

Ini juga adalah hasil daripada koordinasi beberapa NGO serta jawatankuasa kuil yang bekerja keras mewujudkan tenaga kerja, menguruskan logistik serta menyediakan bahan dan perkakasan yang diperlukan.

Sambutan Ponggal ini dihadiri oleh YB Dr Xavier Jayakumar dan pemimpin-pemimpin kaum India yang turut meraikannya, antaranya YB Charles Santiago. Lebih 4,000 orang hadir pada sambutan tersebut.


Dr Xavier Jayakumar mengucapkan tahniah kepada kesemua yang terlibat menjayakan program yang juga berjaya mencatat satu pencapaian dalam The Malaysia Book of Records bagi kaum India.

Dalam majlis tersebut juga, akhbar tamil iaitu Selangor Indru dilancarkan oleh Dr Xavier Jayakumar dan diedarkan kepada orang ramai. Pelancaran akhbar berbahasa tamil ini adalah bagi memudahkan orang ramai mendapat maklumat terkini dan sebenar berkaitan program-program kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Sumbangan cek juga diberikan kepada beberapa organisasi, antaranya RM4,000 kepada Persatuan Bulan Sabit Merah dan Majlis Kanser Nasional sebanyak RM10,000.

Ponggal secara amnya diraikan setiap tahun pada bulan Januari oleh kaum India bagi mensyukuri rezeki yang telah diberikan tuhan dengan menyediakan juadah yang disediakan pada waktu pagi hari sambutan tersebut.









Tiada ulasan: