Isnin, 14 Februari 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Negara Malaysia Dalam Pembentukan

Posted: 14 Feb 2011 01:15 AM PST

Melihat dari segi apa yang sedang berlaku di Negara ini, Malaysia sebagai sebuah Negara Bangsa yang berdaulat dan bertemaddun masih belum ujud.

Kalau Malaysia ini bergerak mengikut Perlembagaan Persekutuan, ia adalah sebuah Negara yang baik. Tetapi akta-akta yang diperbuat dibawah Perlembagaan itu menghakis dasar-dasar murni yang cuba diterapkan oleh Perlembagaan.
Malaysia adalah sebuah Negara cacarmurba dan masih didalam proses pembentukan. Malaysia adalah dikatakan sebuah Negara Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Konsep ini cukup baik dan boleh merangsang kesetiaan, perpaduan, keadilan dan kebebasan.
Tetapi malangnya wujud lebih banyak undang-undang yang tidak mengizinkan Negara ini menjadi Negara yang mengamalkan demokrasi dan Raja Berperlembagaan.
Eksekutif di Negara ini mengatasi kuasa-kuasa Kehakiman dan Pentadbiran. Parlimen/Kehakiman dan Pentadbiran melutut kepada Eksekutif . Kuasa-kuasa yang hanya tinggal sedikit kepada Raja-Raja juga terpaksa melutut kepada Eksekutif.
Yang hanya tinggal apa yang dikatakan demokrasi hanyalah Pilihanraya. Dan Pilihanraya itu pula tidak berlandas kepada demokrasi kerana Parti yang memerintah boleh menyalahguna kuasa tanpa perlu akur kepada kekuasaan Undang-Undang dan Mahkamah. Rasuah politik secara terbuka dan secara besar-besaran boleh dilakukan dan tidak ada sebarang kekangan boleh dilakukan. Tindakan Mahkamah tidak berupaya seolah-olah tidak ada kuasa untuk menyekat/menghalang rasuah politik yang melampau-lampau.
Semua cabang pentadbiran boleh digunakan oleh Parti Pemerintah, dan tidak berlaku didalam Pilihanraya itu perlawanan diantara parti-parti politik, bahkan apa yang berlaku adalah perlawanan diantara Parti-Parti Pembangkang dengan Parti-Parti BN yang dibelakangnya semua Kementerian/Jabatan Kerajaan dan segala harta benda rakyat kesemuanya dijadikan habuan untuk memancing undi bagi Barisan Nasional.
Perkara seumpama ini tidak berlaku di Negara-Negara demokrasi, bahkan di negara-negara itu, penyalahgunaan kuasa seumpama ini adalah jenayah yang boleh menjatuhkan Parti yang melakukan salahguna itu.
Badan-badan sepatutnya menjadi badan bebas seperti Polis dan SPR tampak jelas memihak kepada Parti yang memerintah dan mereka itu akan bertindak sangat berbeza terhadap perbuatan Pembangkang dengan perbuatan Parti yang memerintah.
Dasar-dasar yang baik demi membangunkan satu-satu kaum yang ketinggalan disalahgunakan oleh Parti Pemerintah untuk mengkayakan anak buah pemimpin-pemimpin serta kroni-kroni mereka sehingga anak buah/kroni mereka boleh menjadi jutawan dan kaya raya manakala kaum yang ketinggalan itu tetap ketinggalan.
Hak rakyat untuk menunjuk perasaan dibenarkan jika tunjuk perasaan itu dilakukan oleh UMNO/BN tetapi ditentang dengan ganas jika dilakukan oleh Pembangkang.
Kebebasan Akhbar dibenarkan untuk media-media pro-Kerajaan tetapi ditapis dan halang untuk Pembangkang.
Pelajar-pelajar yang memihak kepada UMNO/BN tidak dilarang tetapi mereka yang mahu memihak kepada Pembangkang dilarang dan dihalang bukan sahaja oleh Akta, tetapi juga oleh Polis dan Pihak Universiti.
Perpaduan kaum yang lohor tidak pernah ujud di Negara ini kerana parti-parti BN berteraskan parti-parti perkauman dan mereka mengembangkan dasar perkauman apabila berhadapan dengan ahli-ahli mereka yang hanya terdiri daripada satu-satu kaum, dan mereka cuba pula memecah-belahkan Pembangkang dengan isu-isu perkauman. Mereka itu akan hanya hidup kerana meniupkan isu-isu perkauman, dan dengan penuh kepuraan bersatu diperingkat tertinggi semata-mata untuk mengaut harta-benda negara untuk pimpinan mereka.
Rata-rata Malaysia sebagai sebuah Negara Bangsa yang berdaulat masih belum wujud, dan masih terlalu jauh akan wujud Negara Malaysia yang berdaulat jika Negara ini terus menerus diperintah oleh Barisan Nasional!

Tiada ulasan: