Selasa, 1 Februari 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


SELAMAT TAHUN BARU CINA

Posted: 01 Feb 2011 10:44 PM PST

KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN KAUM CINA MALAYSIA
SELAMAT TAHUN BARU
GONG XI FA CHAI

Merlimau jangan jadi Tenang

Posted: 01 Feb 2011 08:02 PM PST

Tak kisahlah siapa yang bertanding di PRK Merlimau. Calon PAS pun ok, calon PKR pun ok. Dan semua parti-parti PR hendaklah memainkan peranan yang aktif bagi memenangkan calon PR samada dari PAS atau dari PKR.
Tetapi jangan ulangi kesilapan Tenang. Tenang menampakkan bahawa PR tidak bersatu, ia semacam BN, dimana kalau dalam BN, MIC berkempen dikawasan India, MCA dikawasan Cina dan UMNO dikawasan Melayu.
Di Tenang, PAS berkempen di kawasan Melayu, DAP dikawasan Cina dan PKR dikawasan campuran.
Kempen secara bersegmen ini tidak menguntungkan PR, seolah-olah didalam PR pun ada agenda perkauman.
Saya turun ke Tenang dengan satu harapan iaitu untuk berkempen didalam kawasan Felda. Saya ingin bawa sedikit sebanyak pengalaman semasa berkempen di Hulu Selangor dimana ada Felda Sg Tengi, Felda Sungai Tengi Selatan, Felda Suharto dan Felda Gedangsa.
Betul kita tak menang didalam keempat-empat kawasan Felda itu, tetapi kita berjaya menaikkan undi PR disana dengan lebih 300 undi.
Saya tengok disemua kawasan Felda di Tenang ditempatkan petugas-petugas parti yang begitu ramai terdiri daripada anggota-anggota PAS, tetapi daripada petugas-petugas yang ramai itu tidak digembelingkan tenaga secara bersungguh-sungguh untuk pergi ke setiap rumah setiap hari didalam Rancangan Felda itu.
Jika sekiranya petugas-petugas di kawasan-kawasan Felda seperti Tenang, Chempelak dan Chempelak Barat itu berkempen dari rumah ke rumah setiap hari dengan setiap hari pula bersilih ganti dengan edaran mengenai perjuangan pembelaan terhadap peneroka Felda, satu kesan yang sangat baik dapat ditanamkan kepada Peneroka-Peneroka dan anak-anak Peneroka.
Setiap kali saya sampai ke rancangan-rancangan Felda disana, saya tengok petugas-petugas berlonggok di markas dan dikedai-kedai kopi sehingga penuh kedai-kedai kopi. Tetapi yang pergi rumah ke rumah tidaklah begitu ramai.
Saya beri salut juga kepada petugas-petugas yang memasang poster dan bendera, dan penyediaan ceramah-ceramah. Tetapi poster dan bendera walaupun bagus dari segi saikologinya hanya memainkan peranan kurang dari 10% dari segi penarikan undi. Poster dan banner yang banyak adalah pembantu untuk memudahkan kerja-kerja kempen rumah ke rumah.
Apabila kita pergi rumah ke rumah, kita dapat bertemu secara direct dengan pengundi-pengundi dan boleh berinteraksi dengan mereka, bertanya khabar dan bertanya masalah, dan boleh bertukar fikiran samada dia menyokong parti kita atau sebaliknya dan boleh kita memberikan pandangan kita.
Pengalaman saya di Chempelak (Felda) sangat menyeronokkan. Beberapa rumah yang saya masuk dihiasi dengan bendera BN, dan bila saya memberi salam, saya diajak naik kerumah. Tuan Rumah menyatakan bahawa Pembangkang takut datang ke rumahnya kerana dihiasi dengan bendera BN, tapi dia menyatakan bahawa bukan dia yang meletakkan bendera itu.
Dia menceritakan kedudukan dia yang susah. Peratusan perahan KPG bagi dia hanyalah antara 16%-17% sahaja dan kehidupannya sukar. Dia sangat berharap kepada pembelaan. Setelah berbincang beliau menarik muka manis dan beliau adalah orang yang akan menyokong untuk menyaman Felda jika usaha itu mahu dibuat di Chempelak.
Seorang lagi yang saya jumpa adalah yang sudah sangat tua. Dengan terang dia menyatakan bahawa beliau akan tetap bersama BN dalam keadaan senang dan susah. Tetapi beliau tidak mengongkong anak-anaknya untuk menyokong mana-mana parti yang mereka suka. Dan dua orang anaknya, seorang lelaki dan seorang perempuan, menyatakan bahawa mereka akan mengundi PAS.
Pengalaman seumpama ini tidak akan kita jumpai melainkan kita pergi rumah ke rumah walaupun di rumah itu telah ditampal dengan poster BN.
Sangatlah diharapkan agar kempen di Merlimau nanti dapat diberikan penekanan baru. Petugas-petugas dari semua parti perlu berganding bahu dan menjalankan tugas bersama untuk pergi rumah ke rumah.
Dan petugas-petugas yang dibawa oleh parti-parti PR untuk bertugas biarlah mereka yang mahu bertugas, bukan terdiri daripada mereka yang hanya mahu meramaikan kehadiran ditempat bertugas dengan keseronokan menghisap rokok, dan berbual sesama sendiri apatah lagi dengan memberikan keyakinan sesama sendiri bahawa "parti kita kali ini amat kuat", dan waktu malamnya berhibur dengan menghadiri tempat ceramah.
Memang, apabila ceramah diadakan dan dihadiri oleh pemimpin-pemimpin ternama, kehadiriannya melaut, tetapi bila dikaji betul-betul yang hadir itu adalah "orang-orang luar" yang sepatutnya hadir untuk bertugas.
Bilakah kelemahan ini dapat diatasi?

Tiada ulasan: