Selasa, 15 Februari 2011

s

s


Raja Tan Sri Arshad Canselor Baru Universiti Selangor

Posted: 14 Feb 2011 11:17 AM PST


Unisel: Pelantikan Raja Arshad bukti Selangor telus
Harakahdaily 

SHAH ALAM, 14 Feb: Pelantikan Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda (gambar) sebagai Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) bukti ketelusan dan kebertanggungjawab Kerajaan Selangor yang memilih professional berpengalaman luas sebagai peneraju sebuah universiti yang berperanan melahirkan generasi muda berkemahiran tinggi dan berilmu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali berkata, Raja Arshad dilantik Canselor Unisel yang baharu bagi menggantikan Datin Seri Rosmah Mansor manakala Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Ismail Adam dilantik sebagai Pro-Canselor Unisel.

"Pelantikan kedua-dua tokoh ini berkuatkuasa pada 21 Februari 2011. Tempoh pelantikan Rosmah sebagai Canselor Unisel telah tamat pada 5 Februari lalu," ujarnya pada sidang media mengenai pelantikan itu, di sini, petang.


Beliau menambah, Kerajaan Selangor berbangga apabila kedua-dua tokoh ekonomi dan pentadbiran itu menerima pelantikan itu dan berharap Unisel akan terus mencapai kejayaan lebih gemilang pada masa akan datang.

"Kerajaan Negeri yakin dan percaya, gabungan dua tokoh professional dan berpengalaman ini akan memberi manfaat yang besar kepada pelajar dan rakyat Selangor khasnya kerana Unisel adalah milik rakyat negeri ini," ujarnya yang juga Adun Selat Klang.

Raja Arshad berpengalaman luas dalam bidang ekonomi dan pentadbiran. Beliau adalah Pengarah Sime Darby Berhad, anggota Panel Kajian Semula Pencukaian (Tax Panel Review).

Beliau juga adalah Pengarah Pro-Canselor Unisel, Pengerusi Yayasan Raja Muda Selangor, anggota Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Fellow Institut Akauntan Bertauliah England dan Wales, anggota Institut Akauntan Malaysia.

Raja Tan Sri Arshad juga ahli Institut Akauntan Awam Bertauliah selama 24 tahun termasuk tiga tahun sebagai Presiden. Beliau juga adalah bekas Pengerusi Eksekutif PricewaterhouseCoopers (PwC) Malaysia.

Tan Sri Ismail Adam dilantik sebagai Ketua Pengarah JPA pada tahun 2004 sehingga sekarang. Beliau juga dalah Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia sejak tahun 2000.

Beliau menceburi sektor perkhidmatan awam pada 1972 sebagai Penolong Pengarah Kementerian Perdagangan dan Industri selama tiga tahun.

Sejak itu beliau bertukar ke beberapa jawatan antaranya Penyelaras Program di Institut Pentadbiran Awam (INTAN), Ketua Pegawai Pentadbir di Jabatan Statist

ik Malaysia, Ketua Unit Perancangan JPA dan Timbalan Ketua pengarah JPA.

Tiada ulasan: