Sabtu, 26 Februari 2011

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


Video : Penamaan calon bagi PRK Merlimau dan Kerdau

Posted: 26 Feb 2011 04:08 AM PST

Video yang dirakamkan dihari penamaan calon bagi dua DUN yang akan menghadapi Pilihanraya Kecil iaitu DUN Kerdau, Pahang dan juga DUN Merlimau, Melaka.

Saksikan ribuan penyokong mengiringi Calon-calon PAS/PR di kedua-dua kawasan mengundi tersebut.. semoga kejayaan juga turut mengiringi mereka biarpun kelihatan sedikit sukar, namun perjuangan perlu diteruskan..

Merimau




Kerdau




Video bagi penamaan calon di Merlimau adalah hasil kerja Tripodnodvideo manakala Video bagi penamaan calon di Kerdau pula adalah hasil kerja Buletinonline

BIARKAN CICAK MENGKARUNG LAPAR MENCARI MAKAN

Posted: 26 Feb 2011 03:59 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS


BILA adanya pilihanraya, maka adalah cerita ahli-ahli PAS, PKR dan DAP yang keluar parti. Itu kelazimannya dan rakyat sudah jemu mendengar cerita basi tersebut. Begitu juga lah dengan laporan di sini.

Apa yang penting, setiap kali kita adakan program ceramah maka kita akan dapat menyaksikan penyerahan borang menyertai PAS, PKR dan juga DAP. Sudah tentu berita ini tidak akan disiarkan di dalam media pencacai yang ada.

Pedulikan yang mahu keluar parti kerana bukan semua pejuang sangup bersusah dan berlapar. Jika PR menguasai Putrajaya, kita tengoklah nanti puak-puak itu akan menyembah lutut kita. Mereka ini hanya pentingkan perut semata-mata. Jika tidak, masakan bila ada pilihanraya baru tersedar bahawa PR tidak boleh dipercayai.

Di Kelantan khususnya, rakyat Kelantan sudah masak dengan sandiwara seperti ini. PAS sudah tidak hairan dengan cicak mengkarung yang kelaparan itu. PAS pernah menghadapi keadaan yang lebih dahsyat di mana Presiden dan Naib Presiden mereka keluar parti. Namun, PAS tetap kuat dan bertambah disiplinnya. Itu lah yang menggusarkan Umno Kelantan yang siang malam bermimpin untuk memerintah Kelantan. Kirim salam buat mereka./

Sumber: http://wfauzdin.blogspot.com/

RM50 kena sehari, kalau RM540 juta... kahkahkah...

Posted: 26 Feb 2011 12:18 AM PST

Aku pun tau, rasuah ni kalau RM50 pun rasuah... RM540 juta pun rasuah... dua dua tu salah. Tapi yang aneh kat Malaysia ni, RM50 kena tangkap dan denda, RM540 juta buat tak tau macam tak dak apa.

Lelaki yang sogok polis RM50 dipenjara satu hari dan denda RM10,000 tapi yang RM540 juta boleh pulak bebas berbelanja. Perabih harta negara dan wang rakyat ikut suka mak bapak depa...

Inilah salah satu contoh, ikan bilis saja yang tersangkut jaring, ikan besar besar bebas berenang. Mohd Yasin Fauzi, 38, telah mengaku bersalah dan mahkamah telah jatuhkan hukuman. Dia terpaksa meringkuk enam bulan sekiranya gagal menjelaskan wang denda tersebut. Alahaii... pasai lampu belakang kereta sebelah kiri saja yang tak berfungsi, sampai begini pulak si mamat ni kena...

Sumber: http://shalehudin.blogspot.com/

Tiada ulasan: