Isnin, 21 Februari 2011

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


SEGALANYA TAK MUSTAHIL....MIMPI NGERI

Posted: 21 Feb 2011 07:17 AM PST

Apa strategi umNO akhir akhir ini. Nampak sangat Mahathir dan Pak Lah mula ditonjolkan semula. Pak Lah yang dah lama tenggelam mula dilaporkan semula akhbar berkaitan komentar tentang keperluan hal ehwal bukan islam di Pulau Pinang. Mahathir sibuk dengan macam macam isu...

Apakah ini tanda Najib sedang mengalih perhatian rakyat dan Pakatan rakyat terhadapnya dan First lady nya...??? apakah ini tanda Najib sudang hilang daya tahan menghadapi serangan Pakatan rakyat.??? ia sesuatu yang menarik....

Kebangkitan rakyat seluruh dunia khususnya di negara Arab dan utara Afrika telah mengecutkan pemimpin zalim seluruh dunia terutama yang lama bertahta. Di Malaysia, Najib belum puas menikmati honeymoonnya kerana menggantikan Pak Lah dalam keadaan kehilangan lima negeri kepada Pakatan Rakyat.

Walaupun Najib baru menjadi PM tetapi BN sudah nazak menunggu maut. semua yang dibuat serba tak kena.... Hujah bohong dan mengarut semakin disedari rakyat... kenaikan harga barang khususnya minyak tidak dipercayai lagi sebagai "Wajar" atau :masih rendah" oleh rakyat Malaysia...

PRU 13 dikatakan semakin hampir... BN sendiri dilihat sedang mempersiapkan diri mereka dengan pelbagai cara. najib adalah anak didik Mahathir... Jika Mahathir mampu melakukan tindakan luar jangka termasuk Memali dan Ops Lalang... apakah mungkin Najib tidak sanggup melakukan sesuatu yang mampu mengekalkannya di puncak tahta?

Apatah lagi jika tuduhan yang dipalitkan kepada Najib selama ini satu kebenaran... ia akan membawa makna... tiada yang mustahil akan dilakukan Najib sekalipun bercanggah dengan demokrasi dan undang undang... Tidakkah rampasan kuasa di Perak adalah buktinya...???

PR bukan hanya perlu memikirkan jalan ke Putrajaya... malah jalan bagaimana merempuh sekatan ke Putrajaya... tidak cukup dengan itu memikirkan bagaimana memastikan keputusan rakyat untuk mengambil alih Putrajaya akan menjadi kenyataan..

Tidakkah Najib telah menyatakan secara terbuka bahawa beliau akan melakukan apa sahaja bagi mempertahankan Putrajaya... Cuma tak pasti ... apakah ucapan itu sama dengan ucapan Hosni di Mesir??? yang pasti PRU 13 akan menyaksikan pelbagai perkara luar biasa dan luar jangka kerana umNO tidak mungkin rela kehilangan kuasa... mereka telah melihat nasib pemerintah yang dihambat rakyat dari takta mereka.... ia mimpi ngeri....

Sumber: http://anaksengat.blogspot.com/

Gobala!! Satu Pergi.. 200 Mari...

Posted: 21 Feb 2011 06:35 AM PST

Wakil dari Ranting Sembilang Pantai yang baru ditubuhkan.

SEBERANG JAYA: Keadilan Pulau Pinang menerima kemasukan 200 ahli baru ke dalam parti itu dari kawasan Parlimen Permatang Pauh.

Penyertaan itu juga mneyaksikan dua ranting baru KEADILAN turut ditubuhkan di Kampung Pelet dan Sembilang Pantai, Seberang Jaya.

Ini yang menarik..

Borang kemasukan tersebut diterima Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika program ceramah di padang awam Sembilang Pantai, di sini, 19 Februari lalu.


Wakil dari Ranting Kampung Pelet juga sebuah Ranting baru..

Saudara Jalil menyerahkan 90 borang Ahli baru PKR


Saudara Ramli juga menyerahkan hampir 50 borang Ahli baru dari Tuna.


Sumber: http://darisungaiderhaka.blogspot.com/

Tiada ulasan: