Jumaat, 18 Februari 2011

BULETIN RAKYAT

BULETIN RAKYAT


Free Mammogram testing for women voters in DUN Batang Kali under MammoSEL

Posted: 17 Feb 2011 07:56 PM PST

We invite women voters in DUN Batang Kali who are above 35 years old are invited to attend a special mammogram test to detect breast cancer. The programme conducted by the Forrest Medical Centre in Kepong is open to the first 40 applicants.
"The applicants should have a combined family income of less than RM2,000 a month"
Under the MammoSEL, all eligible women of Selangor 35 years above can enjoy the benefit of FREE breast cancer screening with transport as well as light refreshment provided. The Selangor government is committed to invest RM5 million to cover 56,000 women for breast cancer screening.The programme was aimed at creating awareness on the dangers of breast cancer especially for women above 40.According to the 2006 National Cancer Registry, the overall Age-Standardised Incidence Rate (ASR) was 39 per 100,000 population.
"The incidence of breast cancer was highest among the Chinese where the ASR was 46.4 per 100,000 followed by Indians and Malays at 38.1 and 30.4 per 100,000 respectively.
"There were 3,525 female breast cancer cases registered with NCR the same year. Those aged between 40 and 59 years account for 63%"
The special mammogram test was strictly for voters in DUN Batang Kali, the target group were the middle-class, applicants should show proof of earnings and a copy of their identity card to be eligible. Eligible participants will be ferried to the medical centre for the test on Feb 20th or Mac 6th.
Those interested, can call 019 3291967 (Pusat Khidmat Rakyat Dun Batang Kali)

ShaifulAnuar Sulaiman (Peg Khas Dun Batang Kali)

PROJEK KG KOSKAN, SG BUAYA TERBENGKALAI 10 TAHUN

Posted: 17 Feb 2011 07:22 PM PST

SUNGAI CHOH - Berang dengan sikap berdalih pemaju, seorang daripada 41 pembeli rumah Projek Pembesaran Kampung Koskan di sini, nekad mengadakan demonstrasi seorang diri walaupun tidak mendapat sokongan pembeli lain.

Apa yang diharapkan pembeli ini yang juga seorang guru, tindakannya mampu mematahkan 'taring' pemaju yang selama ini didakwa 'dibela' pihak tertentu.

Jayaseelan Anthony, 46, berkata, 10 tahun satu tempoh yang lama baginya untuk menantikan rumah teres setingkat bernilai RM97,500 untuk disiapkan.

Menurutnya, malah dalam tempoh itu juga, pelbagai alasan diberikan pihak pemaju kepada pembeli.

"Saya benar-benar marah dengan sikap pemaju yang langsung tidak bertanggungjawab dan sanggup menipu pembeli serta memberikan pelbagai alasan apabila ditanya mengenai status pembinaan rumah ini.

"Bermula Mac 2001 selepas perjanjian ditandatangani, pemaju sudah mula menunjukkan tanda mereka tidak mematuhi perjanjian dibuat, sehinggalah tahun 2003, iaitu tarikh rumah ini sepatutnya disiapkan," katanya ketika ditemui ditapak projek tersebut di Kampung Ehsan Ibu di sini semalam.

Jayaseelan berkata, bermula daripada tahun tersebut, dia bersama beberapa pembeli kerap mengemukakan aduan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan wakil rakyat termasuk membawa kepada kementerian berkaitan, namun tiada penyelesaian.

Menurutnya, apa yang dilakukan pemaju hanyalah mengemukakan pelbagai alasan termasuk melalui surat yang menyatakan kerja sedang berjalan.

Difahamkan, keadaan itu berlarutan selama lima tahun dan projek itu hanya dapat disiapkan pada 2008 setelah desakan pembeli.

Menurutnya, mereka masih tidak boleh mendiami rumah ini kerana segala bekalan asas seperti air dan elektrik belum disalurkan termasuk jalan perhubungan ke perumahan ini.

"Kami sekali lagi mengemukakan surat kepada pihak pemaju berserta deposit dan kos penyambungan elektrik.

"Apa yang memeranjatkan kami apabila menerima surat daripada pemaju bertarikh 19 Januari 2011 meminta kami membayar caj tambahan untuk penyambungan bekalan elektrik sebanyak RM1,282, sedangkan kami telah menjelaskannya dua tahun lalu," katanya.

Bagaimanapun, Jayaseelan terkejut, apabila pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang ditemui menjelaskan selama ini pihak mereka tidak pernah menerima sebarang bayaran daripada pemaju terbabit dan surat yang dihantar pembeli pada 2008, baru diterima tahun ini.

Menurutnya, pembayaran yang dituntut pemaju adalah untuk pemasangan pencawang TNB yang dianggarkan RM71,000 kerana kawasan perumahan tersebut memerlukan sebuah pencawang khas.

Hairan dengan tindakan pemaju yang kerap meminta bayaran, Jayaseelan bertindak menyiasat perkara tersebut dan hasilnya beliau mendakwa pemaju telah beberapa kali memanipulasi wang pembeli.

Beliau turut mendakwa, bayaran premium tanah yang sepatutnya dijelaskan kepada pejabat tanah telah dilesapkan pemaju.

Projek Pembesaran Kampung Koskan bermula pada tahun 2001 dan dijadualkan siap pada 2003, namun pemaju gagal mematuhi tarikh perjanjian sehingga berlarutan sehingga tahun ini.

Sebanyak 41 unit rumah teres setingkat sepatutnya disiapkan tetapi hanya 39 unit yang dapat dibina sehingga 85 peratus.

Jayaselan berkata, usahanya membongkar kegiatan penipuan pemaju terbabit telah dilakukan sejak dulu lagi termasuk mendedahkannya ke dalam media cetak dan elektronik, namun semuanya tidak berhasil.

Beliau juga telah mendapat maklum balas daripada Pejabat Exco Kerajaan Negeri berkenaan melalui emel yang dikirimkan, namun belum pasti status penyelesaiannya.

Kontraktor silih berganti

Sementara itu, seorang wakil penduduk kampung, Abd Wahab Shaari, 49, berkata, sejak 16 tahun tinggal di kampung terbabit, beliau perhatikan kontraktor pembinaan projek rumah tersebut silih berganti.

Beliau turut melahirkan rasa terkilan dengan sikap pemaju yang sanggup menipu pembeli dan melesapkan wang haram.

"Saya pasti ramai pembeli muak dengan sikap pemaju sehingga mereka sudah tidak sanggup tampil mengajukan masalah mereka bersama Jayaseelan," katanya.

Beliau menggesa supaya masalah tersebut mendapat perhatian sewajarnya daripada wakil rakyat dan dapat diselesaikan sepenuhnya.

Hanya mampu beri milikan tanah

Dalam pada itu, Pegawai Daerah Hulu Selangor, Nor Hisham Ahmad Dahlan ketika dihubungi berkata, pihaknya telah beberapa kali mengadakan pertemuan dan perbincangan bersama pihak pemaju, namun masalah itu gagal diselesaikan.

Menurutnya, beliau tidak menolak kemungkinan pemaju berdepan dengan masalah kewangan sehingga sanggup membebankan pembeli.

Beliau berkata, pihaknya tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut kerana pembeli telah membuat perjanjian lebih awal dan segalanya di bawah tanggungjawab antara pembeli dan pemaju.

"Seperkara yang mampu kami lakukan adalah dengan memberikan hak pemilikan tanah kepada pembeli.

"Tetapi, pembeli akan berdepan tanggungan yang besar kerana segala kos pembinaan rumah akan ditanggung sepenuhnya oleh pembeli," katanya.

Nor Hisham berkata, permasalahan tersebut turut dikemukakan kepada Kerajaan Negeri untuk tindakan selanjutnya.

Tiada ulasan: