Isnin, 21 Februari 2011

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Mentafsir Mesej ‘Mayat’ Dalam Pilihan Raya Kampus

Posted: 21 Feb 2011 06:08 PM PST

Dari Harakah
Oleh Ahmad Lutfi Othman

Agak lama kita tidak mendengar khabar menarik tentang gerakan mahasiswa institusi pengajian tinggi tempatan, sehinggalah tercetusnya beberapa kekecohan semasa proses penamaan calon pilihan raya kampus, Khamis lalu. Itu pun ia hanya membabitkan beberapa kampus utama dan “dewasa” di sekitar Lembah Klang, seperti Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Tambah panas apabila pada petang Ahad, 20 Feb, iaitu hari terakhir kempen, dua laporan polis dibuat ekoran kehilangan seorang calon pro-Mahasiwa (pro-M) UM, Masturah Abu Bakar, yang bertanding kerusi umum dalam pilihan raya kampus. Dalam laporan yang dibuat rakannya, Nurhanis Wahidah Mohd Mansor di balai polis Pantai, Masturah tidak dapat dikesan ketika membeli tambahan kredit telefon, selepas berkempen kepada pelajar UM yang tinggal di pangsapuri sekitar Pantai Dalam. Sebelum itu, Masturah pernah mendapat ugutan melalui SMS.

Rupanya Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) terus mengongkong dan memenjara kehidupan anak-anak muda dan “membudaksekolahkan” mereka, ditambah teruk lagi dengan kuasa tidak terbatas Hal Ehwal Pelajar (HEP) dalam menentukan “apa yang boleh dan tidak boleh dibuat” di kampus. Rata-rata pentadbir universiti masih memandang rendah keupayaan mahasiswa untuk mengatur aktiviti dan melangsungkan fungsi gerakan pelajar secara berkesan dan matang, sekali gus membataskan “lingkungan operasi” mereka.

Tidak hairanlah apabila kita menyaksikan bagaimana seorang pegawai keselamatan UM bertindak menekup mulut seorang mahasiswa yang cuba mengadakan sidang media di hadapn para wartawan. Saya mencadangkan kepada rakan-rakan pelajar agar foto eksklusif penuh bermakna itu diedar dan dipamerkan secara meluas, sebagai bukti kebebasan bersuara di kampus kita sudah mencapai tahap kronik dan memalukan. Anak muda yang sering dikaitkan dengan idealisme luhur jurucakap masyarakat patut berasa terhina dan terpukul dengan insiden berkenaan.

Aksi-aksi protes dan gimik berani pelajar-pelajar yang tidak berpuas hati dengan peraturan pilihan raya kampus, seperti mengusung “keranda” di UPM dan membaringkan “mayat” di UM, begitu menarik untuk diperhatikan. Luahan rasa mereka tidak boleh diremehkan; ada mesej besar yang mahu disampaikan. Apatah lagi dalam suasana politik dunia yang banyak “ditakrifkan” oleh orang muda, khususnya revolusi di Tunisia dan Mesir, yang kini menjalar di negara-negara Timur Tengah lainnya.

Mahasiswa membantah — secara kreatif — penolakan pencalonan beberapa calon Pro-Mahasiswa, atas alasan remeh HEP, yang dilihat bermotif jahat. Apabila merasa diperbodohkan, amarah mereka tidak dapat dikawal lagi sehingga pejabat Timbalan Naib Canselor HEP pun diserbu. Itu bukan reaksi kecil. Jika universiti dan pemimpin kerajaan terus-menerus memperkecilkan potensi mahasiswa, usah terkejut apabila tercetus gelodak rasa yang boleh menyamai fenomena anak muda di Mesir dan Tunisia.

Anak muda, apatah lagi yang berkampung di kampus, sentiasa dan begitu berminat mengikuti proses pembentukan sejarah baru di Timur Tengah itu. Dengan kepesatan teknologi maklumat, khususnya melalui media sosial seperti Facebook, mereka cepat berinteraksi dan bertukar-tukar idea tentang gelombang pendemokrasian di seluruh dunia. Mungkin mereka sudahpun mempunyai hubungan dengan aktivis politik atau penggerak sosial di kalangan anak-anak muda di negara-negara bergolak itu.

Malang sekali di negara kita, HEP (dan juga pegawai kanan universiti), yang sepatutnya bebas dan adil mengendalikan pilihan raya kampus, secara terang-terangan memihak calon-calon yang cenderung kepada Umno-BN. Peraturan pilihan raya dimanipulasi dan sering diperketatkan bagi menyukarkan calon-calon pro-M. Sikap diskriminasi atau pilih kasih jelas diamalkan, membeda-bedakan kumpulan pelajar atas pertimbangan sempit politik.

Bagi saya, isu kritikal bukannya pembabitan pihak luar, terutama parti politik, untuk mempengaruhi dunia kampus. Mahasiswa sudah cukup matang untuk menentukan kecenderungan politik mereka. Yang patut dibahaskan adalah sikap sembunyi tangan orang politik yang mendalangi pentadbiran universiti sehingga timbul peraturan (dan penguatkuasaan) pilihan raya kampus yang “berat sebelah”. Selain itu, hak asasi yang diiktiraf sejagat, seperti kebebasan bersuara dan berorganisasi, tidak langsung dihormati pihak universiti.

Perjalanan pilihan raya, yang merupakan petunjuk penting amalan demokrasi, bukan sahaja tempang di luar kampus, malah lebih buruk dan pincang keadaannya di pusat intelektual. Universiti tidak lagi berfungsi sebagai medan terbaik menimba ilmu, mencanai bakat, bergelut dengan pengalaman baru, meluaskan interaksi khususnya dengan dunia luar terutama untuk mempengaruhi dasar-dasar awam. Pelajar yang lantang bersuara dan bersikap kritikal seolah-olah dimusuhi walhal mereka merupakan aset bermanfaat untuk semua.

Saya tertarik dengan pandangan Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, yang dilihat konsisten mahu kongkongan Auku (membabitkan banyak seksyen 15 dan 16) dilonggarkan dan mahasiswa bebas berhubung serta terbabit dengan pihak luar termasuk parti-parti politik, tanpa perlu mendapat kebenaran Naib Canselor.

Dalam bukunya, Kalau Saya Mahasiswa, Saifuddin menjelaskan, program mahasiswa jenis “aktiviti” dan “bakti” memang tidak dihalang, tetapi yang berbentuk “advokasi” (yang membezakan mahasiswa dengan pelajar sekolah) dilarang Auku. Advokasi adalah proses pembuatan atau mempengaruhi pembuatan keputusan dasar. Ia dilakukan melalui memorendum, perundingan, melobi dan sebagainya. Ada masanya ia melibatkan proses mempengaruhi pandangan khalayak seperti melalui kenyataan akhbar, seminar, perhimpunan, perarakan dan demonstrasi. Dan gerakan mahasiswa ditandai oleh sifat atau ciri advokasi itu.

Saifuddin, semasa mengulas perkembangan terkini pilihan raya kampus, mengingatkan agar pihak berkuasa dapat meraikan hak-hak asasi pelajar. Jika hak berkenaan dinafikan, jangan pelajar pula yang dipersalahkan sekiranya mereka dilihat bertindak balas secara radikal.

Justeru, insiden mengusung “keranda” dan “mayat” pada hari penamaan calon pilihan raya kampus baru-baru ini tidak boleh dibiarkan berlalu begitu sahaja. Mesej dan amarah mahasiswa itu tidak boleh dipandang ringan. Ternyata rimas-gelisah Saifuddin itu tidak dikongsi rakan-rakannya dalam BN, termasuk menterinya sendiri.

Pimpinan muda Pakatan Rakyat — seperti disuarakan Nurul Izzah Anwar bersama pimpinan muda lainnya, seperti Dr Mujahid Yusuf Rawa, Anthony Loke dan Nik Nazmi Nik Ahmad dalam memorandum “Bersihkan Pilihan Raya Kampus” kepada Menteri Pengajian Tinggi — harus lebih proaktif dan serius menangani krisis di menara gading ini. Jangan mengulangi kesilapan pemimpin Umno-BN, yang mahu terus memperbudak dan memperbodohkan mahasiswa kita.

Saya tetap konsisten, iaitu biarkan anak-anak muda kita di kampus melakukan eksperimen dalam proses pembelajaran yang menyeluruh. Bebaskan semua rantai belenggu yang mencengkam kreativiti mereka. Sewajarnya mereka sendiri diberikan hak untuk mengendalikan pilihan raya kampus. Dan usah risau dan panik dengan kecenderungan politik anak-anak muda ini…

Anwar Ibrahim: “Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia”, Kerdau

Posted: 21 Feb 2011 04:20 PM PST




Kabinet Bayangan: PM Tak Faham Istilah- Tian Chua

Posted: 21 Feb 2011 01:51 AM PST

Dari TV Selangor

Cabaran Datuk Seri Najib Razak agar Pakatan Rakyat(PR) menamakan ‘Kabinet Bayangan’ menunjukkan Perdana Menteri itu tidak faham dengan istilah berkenaan.

Mengulas isu ini, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua menganggap cabaran ini tidak masuk akal jika kerajaan sendiri tidak mengiktiraf kewujudan ‘Kabinet Bayangan’ tersebut.

“Perdana Menteri tak faham, kita hanya boleh adakan ‘Kabinet Bayangan’ bila ada pengakuan dari parti pemerintah.

“Kabinet Bayangan merupakan satu janji kepada rakyat bila kita menang kita akan lantik sekian nama untuk menjadi menteri, dia bukan portfolio, kalau kita kata Kabinet Bayangan, Menteri Kewangan, Tony Pua, maksudnya selepas kita menang tak boleh lantik orang lain.

“Ini tidak pernah berlaku di Malaysia, tak mungkin kita bagi janji ini sebelum kita menang, Najib pun tidak ada Kabinet Bayangan, kalau dia menang hanya rombakan akan dibuat,” katanya kepada Tv Selangor.

Menurut Tian lagi, perancangan yang dibuat oleh PR adalah dengan menubuhkan panel bayangan sahaja dan ia telah ditubuhkan sejak dua tahun lalu, namun kerajaan Barisan Nasional tidak mengiktirafnya, jadi bagaimana Perdana Menteri mencabar PR untuk mewujudkan Kabinet Bayangan.

“Najib pun tak bersedia untuk berunding dan bekerjasama dengan pembangkang jadi ini maksudnya mereka hipokrit bila dia kata kita tak tubuhkan Kabinet Bayangan,” katanya.

Beliau juga membidas kenyataan Najib yang menuduh PR merupakan parti yang belum diuji dan buat masa sekarang hanya pandai membuat gambaran sahaja.

“Kita boleh tunjuk kerana kita telah memerintah di beberapa negeri dan negeri-negeri ini kita bolehlah gambarkan apabila kita memerintah seluruh negara apakah gambaran kasar corak pemerintahan kita,” jelasnya.

Najib berkata demikian ketika sambutan Tahun Baru Cina, di Dataran Politeknik di Merlimau, Melaka malam tadi.

Pakar Gagal Lapor DNA Misteri di Rektum, Seluar Saiful

Posted: 21 Feb 2011 01:20 AM PST

Dari Malaysian Insider

Peguam pembela Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mencetuskan keraguan terhadap laporan profil DNA disediakan pakar kerajaan dengan mendakwa dokumen itu gagal menyertakan dua lagi profil DNA yang tidak dikenali.
Peguam Ramkarpal Singh mendakwa Dr Seah Lay Hong telah gagal untuk mematuhi garis panduan antarabangsa berhubung proses pemprofilan DAN dan oleh itu, laporan tersebut adalah bias.

Katanya, meskipun bacaan graf menunjukkan dua lagi profil DNA yang tidak dikenali pada bahagian rendah rektum Mohd Saiful Bukhari Azlan dan pada seluar hitamnya, Dr Seah tidak menyertakan maklumat pada laporannya.

Pakar itu setakat ini telah bersetuju bahawa ada tiga profil DNA melibatkan kes ini iaitu lelaki Y, satu profil DNA yang tidak dikenali dan satu lagi milik Saiful.

"Ia kelihatan DNA separuh pasukan bola sepak ditemui tetapi anda memilih untuk tidak melaporkannya," kata Ramkarpal di mahkamah hari ini.

Ketika ditanya mengapa beliau tidak melaporkannya, Dr Seah berkata beliau tidak menemui bacaan yang signifikan.

"Bacaan tidak dilaporkan meskipun ia mempunyai bacaan yang tinggi," kata Ramkarpal.

Beliau menggunakan prosiding sebelah pagi tadi untuk memeriksa balas kredibiliti laporan kimia disediakan Dr Seah.

Sambil menekankan laporan kimia itu tidak konsisten, peguam itu menambah, Dr Seah telah gagal untuk mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Persatuan Antarabangsa Forensik Genetik.

"Beliau telah gagal mematuhi garis panduan yang penting. Saya menyentuh soal garis panduan di sini.

"Saya mengesyorkan kepada beliau beberapa senario yang memberikan satu gambaran berbeza daripada apa yang beliau syorkan," kata Ramkarpal kepada pemberita kemudian.

Perbicaraan disambung pukul 2 petang tadi.

Jumaat lalu, Dr Seah memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa Jabatan Kimia mempunyai garis panduannya sendiri untuk menjalankan analisis.

Dr Seah berkata walaupun pengeluar dan pembekal perisian memiliki garis panduan masing-masing, namun makmal boleh mengikuti garis panduan sendiri seperti yang disarankan oleh Persatuan Antarabangsa Forensik Genetik.

Saksi kelima pendakwaan itu memberitahu mahkamah bahawa sebagai anggota persatuan itu, beliau mengikuti perkembangan terkini dan saranannya terutama yang berkaitan pemprofilan DNA.

Dr Seah juga berkata beliau menggunakan perisian penganalisis biosistem genetik dan 'DNA view' bagi membantunya mendapatkan keputusan konklusif daripada sampel berkenaan.

Ditanya lanjut oleh peguam itu sama ada kedua-dua perisian tersebut selalu dikemas kini, Dr Seah berkata, kali terakhir ialah pada 2007.

Beliau memberi keterangan pada perbicaraan kes Anwar, 63, yang didakwa meliwat Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Perbicaraan didengar di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Mubarak Jatuh Kerana Rakyat Tolak Pilihanraya Tipu

Posted: 21 Feb 2011 12:48 AM PST

Dari Harakah

Antara faktor penting kejatuhan regim Hosni Mubarak di Mesir adalah disebabkan penolakan rakyat terhadap pilihanraya-pilihanraya penuh penipuan.

Setiap kali pilihanraya, pihak pemerintah sentiasa mendapat kemenangan luarbiasa sedangkan hak sebenar rakyat dalam proses itu dinafikan.

Demikian dinyatakan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap di majlis makan malam anjuran Keadilan Kelantan di PUTIK kelmarin.

Meskipun dalam bentuk berbeza, keresahan rakyat berkait perkara yang sama di negara ini bukan sesuatu yang harus dipandang mudah.

Rakyat yang semakin sedar dan mengikuti secara dekat tuntutan rakan-rakan mereka di Asia Barat perlu menuntut hak supaya pihak pemerintah tidak terus menerus mempermainkan rakyat dengan pelbagai kesangsian dalam proses ini.

“Rakyat boleh terima siapa kalah, siapa menang tapi rakyat tidak harus kompromi jika terang-terang pilihanraya dikendalikan dengan cara tidak adil dan berat sebelah, kata Anwar.

Perbahasan berkaitan pelbagai kes meragukan dalam pilihanraya di negara ini memang telah berlanjutan setiap kali pilihanraya berjalan.

Dari perkara paling asas, daftar pemilih hingga soal hak semua calon di media dan sokongan berat sebelah jentera kerajaan kepada calon parti pemerintah terus menerus dipertikaikan.

Proses pendaftaran pengundi di negara ini amat aneh dan meragukan. Pendaftaran pengundi dijalankan oleh SPR melalui ejen badan itu sendiri atau melalui parti-parti politik.

Menurut SPR sendiri, begitu ramai rakyat tidak mendaftar. Manakala ramai yang terdaftar sebenarnya tinggal di kawasan lain.

Bila berlaku pilihanraya, jumlah mereka yang boleh mengundi amat kecil berbanding jumlah sebenar rakyat.

Sebahagian besar mereka yang ada dalam senarai di sesebuah lokasi pengundian pula datang dari kawasan lain, sama sekali tidak di kenali penduduk setempat.

Keadaan ini menimbulkan satu isu dipanggil “pengundi hantu” di mana setiap kali pilihanraya, terutama pilihanraya kecil menjadi gawat dan tegang.

Pada pilihanraya ke 12 lalu SPR dalam perundingan dengan sebuah badan yang menuntut pilihanraya adil, BERSIH, SPR bersetuju untuk menggunakan dakwat cat jari bagi mengurangkan keserahan pihak-pihak yang bertanding.

Malang dan mengejutkan, SPR membatalkan persetujuan ini di saat akhir selepas sejumlah besar perbelanjaan telah pun dibuat membeli dakwat dari negara asing.

Lebih besar dan mengelirukan ialah berkenaan hak semua calon untuk berkempen dalam media massa milik kerjaan atau pihak lain yang dilesenkan.

Calon-calon yang dikemukakan parti pemerintah akan diberi ruang tanpa batas dalam semua media sedangkan calon-calon lain seperti tidak bertanding atau “pengacau” kalau liputan media sama diperhati.

Lebih teruk ialah penggunaan wang rakyat melalui egensi-agensi yang dibiayai rakyat dalam menyokong calon-calon yang sebakul dengan pemerintah.

Dalam kes terbaru di plihanraya kecil DUN Tenang baru-baru ini adalah satu contoh malapetaka kepada demokrasi. Sejak Awal lagi secara terbuka jabatan pelajaran Johor, di peringkat negeri mahupun peringkat daerah Labis bekerja lebih keras dari jentera parti Umno dalam menyokong calon Barisan Nasional.

Sepanjang kempen, tidak perlu diceritakan lagi bagaimana pelbagai agensi diperalat secara bogel memihak calon parti kerajaan. Lebih mengejutkan kali ini jetolak celorong celoreng (milik tentera) turut datang membaiki longkang di kampung yang terlibat dengan pengundian.

Ini semua hanya yang jelas dilakukan dan boleh dilihat semua orang. Ramai yang bercerita tentang pelbagai pelbagai sogokan dalam gelap yang dilakukan. Inilah mungkin sebab dalam pilihanraya kecil, parti kerajaan enggan meletakkan calon wanita walaupun begitu serius di desak.

Seperti kata Anwar, kalau benar negara ini mahu muncul sebagai negara dan bangsa bermaruah, semua ini mesti dihapuskan. Kalah menang adat pertandingan, tapi kalau terang-terang padang senget sebelah, mana ada pasukan yang boleh berkompromi.

BMF Senarai 49 Firma Berkait Taib Di Seluruh Dunia

Posted: 21 Feb 2011 12:42 AM PST

Dari Malaysiakini

NGO yang berpangkalan di Switzerland – Tabung Bruno Manser (BMF) hari ini mengeluarkan senarai 49 firma di empat benua di seluruh dunia yang didakwanya berkaitan dengan ketua menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya.

Senarai itu termasuk 13 syarikat di Malaysia, 10 di Australia, sembilan di Kanada, tujuh di Hong Kong, empat di Amerika Syarikat, tiga di British Virgin Islands, satu di pulau Jersey dan dua lagi di United Kingdom.

“Tujuan senarai ini adalah untuk membantu pihak berkuasa pencegahan rasuah dan pengubahan wang haram di negara-negara berkenaan mengenal-pasti dan membekukan aset Taib," kata pertubuhan itu dalam satu kenyataan.

Senarai itu disiarkan di lamanweb anti-rasuah barunya dan dikemaskini dari semasa ke semasa.

BMF juga melancarkan petisyen di lamanwebnya mendesak pihak berkuasa di negara-negara berkenaan bagi menyiasat kedudukan kewangan Taib dan keluarganya serta membekukan aset mereka.

Petisyen itu juga akan dihantar ke pihak berkuasa di Australia, the British Virgin Islands, Kanada, Hong Kong, Jersey, Malaysia, United Kingdom dan Amerika Syarikat serta Kumpulan Pengubahan Wang Haram Asia Pasifik yang mempunyai keahlian 139 negara.

Antara syarikat Malaysia yang disenaraikan itu termasuk Borsarmulu Resort Sdn Bhd, Cahya Mata Sarawak Sdn Bhd, K&N Kenanga, Kumpulan Parabena Sdn Bhd, Mesti Bersatu Sdn Bhd, Sarawak Energy Bhd, Naim Holdings dan Kumpulan Ta Ann.

Sesetengah syarikat berkenaan dimiliki sebahagiannya oleh kerajaan negeri dan terbabit dengan projek yang disokong oleh kerajaan negeri seperti Royal Mulu Resort dan empangan Murum.

Sebahagian besar firma yang disenaraikan itu membabitkan syarikat yang terbabit dalam hartanah, termasuk Sakti International Corporation Incorporated, yang berpangkalan di Amerika Syarikat.
Negara-negara UNCAC

Dokumen yang disiarkan oleh lamanweb Sarawak Report menunjukkan syarikat itu bernilai lebih kurang RM250 juta.

Juga disenaraikan adalah kumpulan syarikat-syarikat di Kanada, Sakto yang didakwa Sarawak Report mempunyai hartanah bernilai lebih RM300 juta.

Gesaan yang sama dibuat oleh BMF ke pelbagai pertubuhan di Kesatuan Eropah untuk membekukan aset milik bekas presiden Mesir, Hosni Mubarak yang telah melarikan diri ke luar negara.

Semua negara, termasuk Malaysia – di mana syarikat-syarikat yang disenaraikan oleh BMF itu terletak telah menandatangani dan mengesahkan perjanjian Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai pencegahan rasuah (UNCAC).

Semua negara-negara UNCAC diwajibkan untuk menyelaras dengan satu sama lain dan membekalkan bantuan perundangan di mana kes dana-dana tertentu dikaitkan dengan jenayah, termasuk mendapatkan perintah ekstradisi ke atas orang yang dituduh.

Chemist Refuses To Answer Some Questions

Posted: 20 Feb 2011 09:12 PM PST

From Malaysia Kini

The Anwar Ibrahim sodomy trial continues today at the Kuala Lumpur High Court with the cross-examination of chemist and DNA specialist Dr Seah Lay Hong.

Lawyer Ram Karpal Singh is expected to finish the cross-examination by mid-day and this is followed by re-examination by the prosecution.

The court had heard many technicalities on how DNA tests are conducted and how it is determined. More of this is expected today as another chemist is expected to testify.

The court has not been filled to its maximum capacity of 70 people as on the average about 60 people including journalists are in court.

LIVE REPORT

8.35am: Anwar arrives with wife and PKR president Dr Wan Azizah Wan Ismail.

8.53am: Defence counsels Sankara Nair, Param Cumaraswamy and Ram Karpal Singh arrives. Aussie DNA specialist Dr Brian Mc Donald is seated between them.

9.01am: Hearing begins with Justice Mohamad Zabidin Mohd Diah presiding.

9.13am: Seah said the maximum number of alleles (number of repeat units) on swab marked as exhibit B5 (the peri-anal area) is four and this indicates that the swab contained DNA from more than two person.

She explains peri means “round” and it is the region around Saiful’s anus.
9.40pm: Seah said she did not do any statistical evaluation of swab B5.

9.47pm: Seah (right) said her presence in court is meant to provide an expert opinion over who was there at the scene of the alleged incident and identify those responsible for it.

10.01am: A journal from the International Society of Forensic Genetics stating the importance for DNA analysts to view drop outs (the alleles not detected) in their reading and findings was referred to by Ram.

Seah who is a member of the society agreed with what is being stated. Ram applied for the journal be marked.

Balik Pulau MP Yusmadi Yusoff steps in the court room.

10.28pm: Court resumes after a 10 minute break sought by Ram.

10.39am: Seah agrees that she did not follow the international guidelines set in the International Society of Forensic Genetics, of which she is a member, with regards to what is stated in the journal.

“I did not follow this international guideline, but since it may have changed,” he said.

10.44am: Seah disagreed that she was bias in preparing the report and that she had based it on information given to her.

Ram: Based on international guideline as suggested in this journal, you had not follow or abide by it.

Seah: I disagree.

Judge asks why did Seah did not follow the guideline to which she failed to reply.

11.20am: Ram pointed one allele which was not reported on B9, the low rectal area.

This does not belong to Saiful or “Male Y”. The reading 28 allele is not reported although it has a high peak.

When Ram continue to put this suggestion, the chemist refused to answer.

Ram complained to judge that witness did not want to answer question.

11.27am: Ram suggest that what is reported in the chemist report is what is different from what is seen in graph.

“It seems half a football team’s DNA is found but you chose not to report as it is detected on the underwear, trousers and B5 peri-anal area and now B9,” said Ram.

11.49am: Seah verified that she did not found any stains on the carpet and blue duvet which she received from the crime scene.

These items were earlier tendered as evidence.

11.56am: Seah said she does not know who is male Y, the DNA found on Saiful’s peri-anal, high rectal and low rectal.

“There is no specimen or reference sample provided,” she said.

Ram suggested as to the other unidentified male it could be anyone including the investigating officer Jude Blacious Pereira.

12.08am: Court in recess. Hearing resumes at 2pm with the cross-examination on Seah.

Ahli Kimia Akui Tidak Patuhi Piawaian

Posted: 20 Feb 2011 09:08 PM PST

Dari Malaysiakini

Ahli kimia dan pakar DNA Dr Seah Lay Hong hari ini mengakui beliau tidak mengikuti piawaian antarabangsa yang ditetapkan oleh International Society of Forensic Genetics ketika menyediakan laporan berhubung ujian DNA pada perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau mengakui meskipun menganggotai pertubuhan itu tetapi tidak mematuhi apa yang dinyatakan pada jurnal berkenaan.

“Saya tidak mematuhi peraturan antarabangsa tetapi sejak itu, ia mungkin telah berubah," katanya.

Dr Seah juga tidak bersetuju bahawa beliau berat sebelah dalam menyediakan laporan dan berkata ia disediakan berdasarkan maklumat yang dibekalkan kepadanya.

"Berdasarkan piawaian antarabangsa seperti yang ditetapkan dalam jurnal ini, awak tidak mengikuti ataupun mematuhinya," kata peguambela Ram Karpal Singh.

"Saya tak setuju," balas Dr Seah.

Hakim, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah kemudian menyoal doktor itu mengapa beliau gagal mematuhi arahan tersebut tetapi Seah gagal menjawab soalan berkenaan.

Ram juga berhujah satu ‘allele’ yang dilaporkan pada B9, di kawasan rektal bawah.

"Ini bukan milik Saiful atau ‘Lelaki Y’. Bacaan allele 28 tidak dilaporkan walaupun ia adalah di puncaknya.”

Apabila Ram terus mengasak, ahli kimia itu enggan melayan serta tidak memberikan jawapan.

Menurut Ram apa yang dicatatkan oleh laporan kimia adalah berlainan dengan apa yang diperlihat dalam geraf.

“Ia seolah-olah separuh DNA pasukan bolasepak dijumpai tetapi awak memilih untuk tidak melaporkannya kerana ia dikesan di seluar dalam, seluar, kawasan B5 peri-anal dan sekarang B9," kata Ram.

Dr Seah juga memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak tahu siapa ‘Lelaki Y’ – DNA yang dijumpai di peri anal Saiful dan sekitar kawasan duburnya.

“Tidak ada spesimen atau rujukan sampel diberikan," katanya.

Ram berkata lelaki misteri yang tidak dikenali itu mungkin sesiapa juga termasuk pegawai penyiasat, Jude Blacious Pereira.

Minggu lalu, pelbagai persoalan teknikal berhubung bagaimana ujian DNA dijalan dan ditentukan. Lebih banyak perkara seumpama itu dijangkakan hari ini apabila seorang lagi ahli kimia akan memberi keterangan.

Tiada ulasan: