Anwar Ibrahim |
- Tahniah rakyat Mesir!
- Engage Muslim Brotherhood, Anwar Tells US
- Mubarak Family Fortune Could Reach $70bn, Say Experts
- Bukan Sumpah Tutankhamun, Bukan Salah Jebat Derhaka
- The Future of Democracy in the Islamic World
Posted: 11 Feb 2011 06:18 PM PST Tahniah rakyat Mesir! Akhirnya selepas 18 hari berhimpun di Medan Kemerdekaan atau lebih dikenali sebagai Medan Tahrir, mereka berjaya memastikan Hosni Mubarak, seorang diktator yang memerintah selama 30 tahun, berundur dari tampuk pemerintahan. Rakyat Mesir akhirnya berjaya meruntuhkan tembok ketakutan yang selama ini mengepung mereka. Dihimpit kesusahan akibat kos sara hidup yang semakin melonjak, kadar pengangguran yang tinggi dan mual dengan keganasan pihak keselamatan, rakyat Mesir memilih untuk berdepan dengan aparat pemerintah yang terkenal memerintah secara kuku besi. Saya berharap pengorbanan rakyat Mesir tidak akan disia-siakan begitu sahaja. Kebangkitan ini sewajarnya disusuli dengan usaha memulihkan Perlembagaan, sistem keadilan serta pilihanraya yang adil dan telus. Majlis Tertinggi Tentera yang kini mengambil alih kuasa dari Mubarak sewajarnya segera mengembalikan kuasa kepada rakyat. ANWAR IBRAHIM |
Engage Muslim Brotherhood, Anwar Tells US Posted: 11 Feb 2011 11:11 AM PST From Malaysiakini The United States should not fear engaging Egypt’s Muslim Brotherhood as it is crucial to support people’s choices in the Islamic world, opposition leader Anwar Ibrahim said. Anwar said that Egypt presented a special “opportunity” due to the country’s outsized influence across the Arab and Islamic worlds. “Engagement works in meaningful ways. They will have to engage on every single issue,” Anwar said late today at the New America Foundation think-tank. While many Egyptians may disagree with the Muslim Brotherhood, the group represents a significant part of the population and “the only other option is to wage war against them,” Anwar said. “We can only succeed in Muslim societies if you are seen to be respectful of the choice made by Muslims, or Egyptians in this case,” Anwar said. He added that engagement must come only after strict constitutional guarantees for freedom of expression, freedom of religion, the rule of law and “economic justice.” The Muslim Brotherhood was founded in 1928 and is Egypt’s most powerful organized opposition, although it has taken a back seat in the mass demonstrations against strongman President Hosni Mubarak. The future role of the Muslim Brotherhood is a heated topic of discussion in Washington, with some US policymakers uneasy about the movement’s goals but others believing that it is comparatively moderate in ideology. US President Barack Obama’s spokesperson said on Monday that the White House had had no contact with the Muslim Brotherhood. “We have many disagreements with the rhetoric of some of the leaders in that organization,” spokesperson Robert Gibbs told reporters. - AFP |
Mubarak Family Fortune Could Reach $70bn, Say Experts Posted: 11 Feb 2011 11:07 AM PST From Guardian (UK) Egyptian president has cash in British and Swiss banks plus UK and US property President Hosni Mubarak’s family fortune could be as much as $70bn (£43.5bn) according to analysis by Middle East experts, with much of his wealth in British and Swiss banks or tied up in real estate in London, New York, Los Angeles and along expensive tracts of the Red Sea coast. After 30 years as president and many more as a senior military official, Mubarak has had access to investment deals that have generated hundreds of millions of pounds in profits. Most of those gains have been taken offshore and deposited in secret bank accounts or invested in upmarket homes and hotels. According to a report last year in the Arabic newspaper Al Khabar, Mubarak has properties in Manhattan and exclusive Beverly Hills addresses on Rodeo Drive. Amaney Jamal, a political science professor at Princeton University, said the estimate of $40bn-70bn was comparable with the vast wealth of leaders in other Gulf countries. “The business ventures from his military and government service accumulated to his personal wealth,” she told ABC news. “There was a lot of corruption in this regime and stifling of public resources for personal gain. “This is the pattern of other Middle Eastern dictators so their wealth will not be taken during a transition. These leaders plan on this.” Al Khabar said it understood the Mubaraks kept much of their wealth offshore in the Swiss bank UBS and the Bank of Scotland, part of Lloyds Banking Group, although this information could be at least 10 years old. There are only sketchy details of exactly where the Mubaraks have generated their wealth and its final destination. Christopher Davidson, professor of Middle East politics at Durham University, said Mubarak, his wife, Suzanne, and two sons were able to accumulate wealth through a number of business partnerships with foreign investors and companies, dating back to when he was in the military and in a position to benefit from corporate corruption. He said most Gulf states required foreigners give a local business partner a 51% stake in start-up ventures. In Egypt, the figure is commonly nearer 20%, but still gives politicians and close allies in the military a source of huge profits with no initial outlay and little risk. “Almost every project needs a sponsor and Mubarak was well-placed to take advantage of any deals on offer,” he said. “Much of his money is in Swiss bank accounts and London property. These are the favourites of Middle Eastern leaders and there is no reason to think Mubarak is any different. Gamal’s Wilton Place home is likely to be the tip of the iceberg.” Al Khabar named a series of major western companies that, partnered with the Mubarak family, generated an estimated $15m a year in profits. Aladdin Elaasar, author of The Last Pharaoh: Mubarak and the Uncertain Future of Egypt in the Obama Age, said the Mubaraks own several residences in Egypt, some inherited from previous presidents and the monarchy, and others the president has commissioned. Hotels and land around the Sharm el-Sheikh tourist resort are also a source of Mubarak family wealth. Source: Guardian |
Bukan Sumpah Tutankhamun, Bukan Salah Jebat Derhaka Posted: 11 Feb 2011 02:04 AM PST Dari Merdeka Review Pagi masih awal. Sekumpulan demonstran sedang membuat senaman ringan. Ada yang masih lena tidur, dingin diselimuti hawa pagi. Pihak tentera bertukar giliran mengawal keadaan. Khemah-khemah besar kelihatan merata-rata. Dataran Tahrir telah menjadi tempat tinggal bagi sebahagian besar warga. Begitulah fenomena di Kaherah sekarang ini. Rakyat Mesir sedang menunggu era kegemilangan mereka. Sejak bermulanya revolusi lebih kurang tiga minggu lalu, ekonomi Mesir telah lumpuh. Kedai-kedai, pejabat dan perusahaan telah ditutup. Sebahagian besar pekerja sibuk membuat kerja baru mereka kepada negara; menurunkan pemimpin melalui jalan raya! Kerajaan Mesir mahu “krisis ini dihentikan segera”. Rakyat sudah tidak peduli malah makin seronok berdemonstrasi. Demonstrasi adalah pesta demokrasi. Seorang teman saya melawak. Beliau berkata bahawa demonstrasi di Mesir ini sudah menjadi sebuah budaya yang dilihat cool dan hip. Walaupun protes ini telah mengorbankan sekitar 300 orang, rakyat Mesir sama sekali tidak gentar malah semakin berani dan bersemangat. Perjuangan untuk membebaskan negara dari cengkaman kukubesi harus diteruskan! Ruang untuk terus berkuasa semakin suntuk buat regim Hosni Mubarak. Kerajaan Mesir melalui Timbalan Presidennya Omar Sulaiman cuba berkompromi dengan para demonstran tetapi menemui jalan buntu. Malah, lebih ramai rakyat dan kesatuan-kesatuan pekerja turun ke jalan raya bersama yang lain. Mereka terdiri dari pekerja-pekerja sektor elektrik, mekanikal, keretapi, pekerja bas, pekerja kilang tekstil, tidak terkecuali para doktor dan sebagainya. Menurut agensi berita AP, kehadiran semakin ramai demonstator ke jalan raya adalah disebabkan mereka “termotivasi” dengan maklumat terkini yang menyatakan jumlah harta terkumpul keluarga Mubarak! Mubarak dipercayai manusia paling kaya di dunia. Menurut laporan The Guardian; harta keluarga diktator itu bernilai sekitar USD70 billion! Sekiranya di Malaysia; orang Melayulah yang paling suka pemimpinnya kaya walaupun dia hidup melarat. Katanya “…asal Melayu tak apa…” Hosni cuba rasuah kakitangan awam Untuk meredakan kebangkitan rakyat, Hosni Mubarak (gambar bawah) dilihat cuba merasuah sebahagian kakitangan awam dan pesara tentera dengan menawarkan kenaikan bayaran dan gaji sebanyak 15% bermula April ini. Malangnya, tawaran ini tidak mendapat tempat di hati. Apalah sangat 15% dengan kesengsaraan yang dihadapi rakyat selama ini. Rakyat Mesir telah sedar. Pemerintahan kuku besi Mubarak selama 30 tahun bukanlah suatu jangka masa yang pendek. Sumber Gambar: Reuters Rasuah bermaharajalela di Mesir. Sama halnya yang berlaku di Tunisia, Yaman dan negara-negara Arab yang lain. Duit negara dibazirkan dan diselewengkan sewenang-wenangnya. Berbilion-bilion dolar telah masuk ke poket pemimpin tertentu. Semakin hari semakin ramai rakyat mesir berhimpun di Dataran Tahrir. Jalan-jalan di sekitar Kaherah-Iskandariah dipenuhi dengan lautan manusia yang terus bangkit mendesak regim Mubarak supaya berundur. Penganut Islam dan Kristian bersatu bergandingan tangan. Malah, sejak akhir-akhir ini, anggota tentera dan polis kelihatan sangat akrab dengan demonstrator. Ini merupakan isyarat kepada regim Mubarak agar turun segera! Demonstrasi solidariti di Malaysia Sebagai sokongan kepada Revolusi Sungai Nill ini; Jumaat lalu, Kuala Lumpur disaksikan dengan perhimpunan solidariti yang berarak dari masjid As-Syakirin KLCC ke kedutaan AS. Perhimpunan ini lebih disertai lebih kurang 7000 demonstrator yang terdiri dari rakyat Malaysia dan rakyat Mesir sendiri. Walaupun ini merupakan sebuah demonstrasi aman, kerajaan Malaysia begitu serius menangani demonstrasi ini (malah demonstrasi-demonstrasi lain). Aksi Polis memukul, sepak dan meludah demonstran tidak kurang sama dengan apa yang berlaku di Mesir bahkan Israel. Sebagai negara dunia ketiga yang sedang membangun dengan pesat, kerajaan sepatutnya bertindak matang dalam menghadapi situasi sebegini. Demonstrasi aman merupakan sebuah hak dalam sesebuah negara demokrasi. Sumber gambar: Reuters Saya masih ingat ketika zaman reformasi 1998. Masa itu saya baru berumur 17 tahun. Pada waktu itu, kadar penggunaan internet agak terhad. Kebanyakan maklumat yang sampai ke tangan adalah melalui fotostat, kaset-kaset dan VCD. Dan sekarang, situasi telah jauh berbeza (sangat jauh); segalanya diketahui melalui internet dengan mudah dan pantas di manapun kita berada. Rakyat Malaysia tahu apa yang sedang berlaku. Kerajaan Malaysia perlu sedar bahawa saat ini adalah saat kritikal bagi rakyat dalam menghadapi masalah ketidaktentuan ekonomi. Rakyat sedaya upaya berjuang untuk kehidupan mereka yang lebih baik. Apakah ertinya jika saat kritikal ini tidak dikongsi? Kerajaan perlu tahu bahawa bukan semua rakyat bekerja sebagai kakitangan awam yang boleh dikatakan berada pada skala kehidupan yang berbeza. Malah ramai rakan-rakan saya yang menjawat jawatan sebagai pekerja kontrak dan sambilan di sektor kerajaan telah tidak disambung kontrak mereka. Apakah makna semua ini? Ya. Kerajaan bertindak begini mungkin sebagai langkah berjimat cermat (kononnya). Dalam situasi ekonomi dunia yang diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga, saya hairan mengapa kerajaan boleh menamatkan kontrak sebahagian penjawat awam dan berbelanja jutaan ringgit untuk perkara yang membazir? Saya merujuk kepada pendedahan pemimpin pembangkang bahawa pembelian enam kapal tentera laut oleh Kementerian Pertahanan di mana pihak kementerian bersedia membayar RM6 bilion untuk kapal-kapal tersebut. Pada masa yang sama; rakyat mempersoalkan mengapakah pembelian itu 870% lebih mahal dari bayaran negara lain untuk kapal yang sama? Apa yang telah berlaku sebenarnya? Duit rakyat keluar begitu sahaja dengan mudah. Takkan kita sudah lupa, kerajaan Malaysia dilihat sangat membazir dengan melantik APCO sebagai syarikat perundingan antarabangsa dengan membayar lebih RM76 juta setahun. Isu ini telahpun mendapat liputan meluas. Tak perlulah saya menjelaskan lagi. Ini tidak lagi mengambil kira projek-projek kerajaan yang lain. Bagaimana pula dengan pendedahan oleh Anwar Ibrahim mengenai “skandal” yang melibatkan RM888 billion yang lesap dalam tempoh sembilan tahun? Selain itu, rakyat juga persoalkan di mana datangnya peruntukan untuk FLOM dan mengapa peruntukan untuk ubahsuai Seri Perdana sehingga RM65 juta? Duit negara dilihat keluar dengan mudah. Kerajaan mungkin akan berkata bahawa ia adalah satu “pelaburan” untuk masa akan datang. Saya yakin rakyat tahu. Semuanya terang lagi bersuluh. Kita tidak mahu segala penyelewengan ini mengundang kemusnahan untuk Malaysia. Malah kita sebagai rakyatlah yang menanggung beban perbelanjaan oleh kerajaan. Harga petrol naik beberapa kali dalam satu jangka masa yang dekat. Kenaikan ini disertai dengan kenaikan harga makanan dan barang keperluan yang lain. Kasihan melihat rakyat terutamanya golongan berpendapatan sederhana dan rendah menanggung kesan kenaikan ini. Apabila kadar jenayah semakin berleluasa, apabila tekanan hidup semakin dirasai, apabila rasuah dianggap perkara biasa, apabila pemimpin korup dianggap bersih. Apakah semua ini merupakan petanda kejatuhan sesebuah negara? Bukan salah kalau Jebat derhaka lagi. Kita berdoa agar Malaysia akan terus aman dan makmur. Kita mahu kekayaan negara dapat dirasai oleh seluruh rakyat. Kita tidak mahu ekonomi Malaysia lumpuh seperti apa yang berlaku di Mesir. *Hafiz Zainuddin ialah penulis bebas. |
The Future of Democracy in the Islamic World Posted: 11 Feb 2011 01:04 AM PST |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan