Selasa, 1 Februari 2011

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak


Menang Tenang

Posted: 31 Jan 2011 08:29 AM PST


Apapun alasan PR untuk menidakkan keputusan Tenang ia tidak akan dapat melawan fakta yang terjadi di sana. Keputusan nyata menunjukkan apa saja yang telah dilakukan BN adalah baik belaka. Majoriti pengundi di Tenang menyatakan begitu. Kenyataan ini agaknya juga adalah gambaran kepada pola sokongan pengundi seluruh Malaysia.

BN dengan ini nyakin bahawa mereka disokong dan rakyat Malaysia tidak kisah dengan keadaan kesusahan akibat keputusan yang dibuat oleh kerajaan.

Bagi suri rumah, harga barangan dapur amat mengejutkan. Harga bawang minggu lepas dan minggu ini jauh berbeza. Tetapi suri rumah juga tak kisah dan masih memberi sokongan keada BN.

Atas keyakinan pengundi tidak kisah dengan beban harga yang ditanggung, maka mulai jam 12.01am tadi harga minyak RON97 dinaikan RM0.10.

Kenaikan ini akan mengakibatkan kos pengeluaran pengilang bertambah dan seterusnya kenaikan harga barangan penguna lain turut terkesan.

Ada sapa-sapa kisah?

Tiada ulasan: