Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA |
- ISA: Dr M selamatkan diri, kambing hitam polis
- Kempen: Anak muda tidak ‘makan’ mi segera
- Kompaun lalu lintas bakal tumbangkan BN
ISA: Dr M selamatkan diri, kambing hitam polis Posted: 17 Feb 2011 11:01 PM PST KUALA LUMPUR, 18 Feb: TindakanTun Dr Mahathir Mohamad menyalahkan pihak polis berhubung pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semasa pemerintahannya hanya cuba menyelamatkan dirinya, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub. Katanya, sebagai pemegang kuasa eksekutif, Dr Mahathir sepatutnya mempunyai wibawa membuat keputusan dan bukannya tunduk kepada kata-kata pihak polis selaku pelaksana undang-undang. "Benda dah berlalu, dia boleh la sebut macamtu. Dia sekarang cuba letak lialibiliti kepada polis untuk selamatkan diri dia sahaja," katanya yang juga ahli parlimen Kubang Kerian. Dr Mahathir ketika berucap sebuah forum mengenai demokrasi semalam berkata beliau pernah cuba untuk memansuhkan ISA ketika memegang jawatan perdana menteri. Namun jelasnya, ketika beliau menyarankan supaya ISA dimansuhkan, pihak polis berkata 'tidak boleh' kerana bahawa masih ada ancaman. Dalam ucapan itu juga beliau mengaku undang-undang itu dilaksanakan oleh penjajah Inggeris untuk berdepan dengan ancaman komunis pada 1950-an yang kini sudah tidak releven lagi. Jika benar Dr Mahathir berpendirian begitu kata Salahuddin, mantan perdana menteri itu seharusnya berani mencabar Datuk Seri Najib Razak selaku perdana menteri ketika ini untuk berbuat demikian. "Dia seharusnya mencabar Najib untuk hapuskan ISA, kalau dia benar-benar konsisten benci ISA. "Tapi saya rasa, dia lah sebenarnya yang tidak mahu ISA dimansuhkan," katanya. Tambah Salahuddin lagi, Dr Mahathir juga wajar bersetuju dengan pendirian Pakatan Rakyat (PR) seperti termaktub dalam Buku Jingga berhubung janji 100 hari PR yang mahu menghapuskan akta yang didakwa zalim itu.
Sumber: Harakah Daily Dr Mahathir sering dituduh menyalahgunakan ISA, yang membolehkan penahanan tanpa bicara, terutama ketika Operasi Lalang pada 1987 dan era reformasi, terhadap penentang kerajaan. |
Kempen: Anak muda tidak ‘makan’ mi segera Posted: 17 Feb 2011 10:59 PM PST KETEREH, 18 Feb: Mantan Setiausaha Sulit kepada bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr Suhaimi Wan Daud mendakwa Umno Barisan Nasional yang mendominasi kerajaan menggunakan habis-habisan jentera kerajaan bagi mempertahankan parti pemerintah terutama bagi menenangi pilihan raya kecil. Beliau berkata, bagi mempertahankan kuasa, Umno BN banyak menghabiskan wang untuk dicurahkan pada kawasan pilihan raya kecil berkenaan di samping menggunakan banyak agensi kerajaan termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Jabatan Penerangan, Komunikasi dan Penerangan. "Keadaan itu berlaku terutama pada pilihan raya kecil di kawasan luar bandar seperti di kawasan Felda, yang masih lagi 'termakan' kempen pembangunan mi segera Umno BN. "Ini berbeza dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS yang menguasai bandar, namun mudah untuk masuk kampung mendekati rakyat," katanya pada majlis ringkas upacara penyerahan borangnya memasuki PKR (gambar) yang berlangsung di hadapan lebih 10,000 hadirin di Padang Majlis Perbandaran Islam, Ketereh, malam tadi. Beliau menyerahkan borang kemasukan dalam PKR itu kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan disaksikan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Menurutnya, golongan terpelajar termasuk anak masyarakat luar bandar tidak akan terpengaruh dengan langkah Umno BN itu. "Orang muda tidak akan terpengaruh dengan kempen Umno BN itu. Anak-anak kita khususnya di Kelantan dan di mana saja, apabila pulang ke pangkuan keluarga diharap menerangkan kedudukan sebenarnya tentang Umno BN," katanya. Mengulas tindakannya menyertai PKR, beliau menjelaskan bahawa beliau amat prihatin terhadap pengalaman yang dihadapi masyarakat bandar yang berdepan dengan 'kemiskinan bandar' termasuk pemandu teksi. "Berjuang dalam PKR, saya boleh berjuang dengan lebih luas, lebih jauh untuk membantu orang Kelantan khususnya termasuk di Pasir Mas, selaras dengan kelulusan saya dalam jurusan ekonomi," tegasnya sambil sinis menyatakan tidak akan terikut-ikut dengan mereka yang melompat parti termasuk dari Pasir Mas. Sumber: Harakah Daily |
Kompaun lalu lintas bakal tumbangkan BN Posted: 17 Feb 2011 10:57 PM PST KUALA LUMPUR, 18 Feb: Parti Rakyat Malaysia (PRM) berpendapat kadar kompaun yang bakal dikuatkuasakan akan menjadi salah satu sebab kekalahan Barisan Nasional pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 nanti. Pengerusi PRM Wilayah Persekutuan, Zulkarnain Abdullah berkata, BN akan tumbang jika kompaun itu tidak dikaji semula demi rakyat yang kini menghadapi masalah ekonomi yang sangat teruk. Katanya, kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak mengaku kononnya beliau prihatin terhadap rakyat, tetapi menaikkan kadar kompaun di waktu ekonomi negara sangat teruk. PRM, katanya berpendapat bahawa kerajaan Barisan Nasional perlu lebih mengutamakan langkah-langkah keselamatan untuk menurunkan kadar jenayah yang kini sangat membimbangkan di negara ini berbanding dengan kompaun lalu lintas yang hendak diselaraskan pada 1 Mac 2011 nanti. "Tidakkah ini bertentangan dengan apa yang digembar-gemburkan?" tanya beliau dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Sumber: Harakah Daily |
You are subscribed to email updates from Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan