Jumaat, 18 Februari 2011

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


PAS cabar Mahathir kemuka bukti Nik Aziz salah tafsir Islam

Posted: 18 Feb 2011 12:14 AM PST


KUALA LUMPUR, 18 Feb – Pemimpin-pemimpin PAS mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad kemukakan bukti yang mengatakan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyalah guna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri.

"Saya cabar beliau (Dr Mahathir) untuk kemukakan bukti yang mana kenyataan Nik Aziz selama ini bertentangan dengan ajaran Islam dan merugikan orang Islam.
"Tolong kemukakan bukti yang mana satu, kalau ada bukti baru boleh cakap," kata Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Jelas beliau, PAS mempunyai banyak bukti yang menunjukkan Dr Mahathir dan Umno menghina Islam, agama rasmi negara ini.

"Kita ada banyak bukti, selama ini Dr Mahathir dan Umno ada kuasa tapi tidak melaksanakan tanggungjawab untuk mengangkat martabat rakyat dan Islam.
"Selama 53 tahun Umno memerintah tapi mereka gagal, jadi saya minta supaya Dr Mahathir kemukakan bukti dulu sebelum nak keluarkan apa-apa kenyataan," katanya.

Dalam entri terbaru di blognya kelmarin, bekas perdana menteri menggesa Nik Aziz, Mursyidul Am PAS, yang juga Menteri Besar Kelantan berhenti daripada menyalah guna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri.

"Saya akui pengetahuan agama Nik Aziz dalam tetapi alangkah baiknya jika Nik Aziz berhenti daripada menyalahguna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri.

"Tidak ada sesiapa yang dapat lari daripada hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.," kata bekas perdana menteri ini dalam jawapan panjang lebar menjawab tulisan Nik Aziz awal bulan ini.

Justeru, Dr Mahathir yang juga bekas presiden Umno memberitahu Nik Aziz, "bertaqwalah kepada Allah s.w.t. dan hentikanlah mengeliru umat Islam di Malaysia kerana ingin menang pilihan raya."

Dalam pada itu, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar pula berkata, Dr Mahathir tidak sepatutnya menyalahkan Nik Aziz dalam perkara tersebut.

Sebaliknya, Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, Dr Mahathir perlu memperbaiki diri daripada bercakap soal agama Islam.

"Banyak pendedahan yang kita buat sebelum ini menunjukkan Dr Mahathir yang salah tafsir Islam, banyak kenyataan yang beliau keluarkan tidak bersandarkan kepada ajaran Islam.

"Jadi Dr Mahathir perlu perbaiki diri daripada kata Tok Guru (Nik Aziz) salah tafsir Islam demi kepentingan politik," katanya.

Jelas Mahfuz, apa yang dibagkitkan Nik Aziz selama ini tidak bertentangan dengan ajaran Islam, malah turut digalakkan.

"Politik ada dalam Islam, apa yang beliau (Nik Aziz) buat selama ini ikut Islam.

"Saya tidak nampak apa-apa yang dibangkitkan beliau selama ini bertentangan dengan ajaran Islam, tiada satu pun, malah tiada tindakan yang diambil terhadap beliau," katanya.

Katanya, jika Nik Aziz menyalah guna dan menyalah tafsir Islam sudah pasti jabatan agama akan mendakwa beliau kononnya membawa ajaran sesat.

"Tapi tiada tindakan yang diambil, tidak pernah beliau disenaraikan sebagai pembawa ajaran sesat.

"Kalau ada sudah tentu beliau ditangkap," katanya.

Sementara itu, Ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib berkata, bukan Nik Aziz yang salah tafsir Islam tapi Dr Mahathir sendiri yang tidak tahu Islam.

"Bukan Nik Aziz tapi Dr Mahathir sendiri yang tak faham Islam atau beliau sendiri memang tak faham apa itu Islam.

"Dr Mahathir tak faham Islam ... beliau memang tak faham sungguh, beliau tak belajar Islam sebab kalau faham Islam, mesti beliau tahu Islam mengamalkan politik, ekonomi, pendidikan dan banyak lagi.

"Tapi apa yang keluar dari mulut beliau ini seolah-olah menunjukkan beliau tidak tahu Islam, bagi saya beliau cakap atas dasar yang beliau sendiri tak faham," katanya.

Awal bulan ini, Nik Aziz menjawab tuduhan Dr Mahathir ke atasnya dengan menegaskan, Umno yang selama ini "menzalimi orang-orang Melayu" dan menafikan beliau menjadi punca perpecahan orang Melayu Islam negara ini.

Sehubungan itu Nik Aziz berkata, Dr Mahathir sudah mula dijangkiti penyakit "Melayu Mudah Lupa" yang pernah disebutnya satu ketika dahulu, ketika menjadi perdana menteri dan presiden Umno.


Sumber: Malaysian Insider

SPR bertemu parti politik Sarawak esok

Posted: 18 Feb 2011 12:13 AM PST

KUALA LUMPUR, 18 Feb – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan siri perjumpaan dengan pemimpin parti-parti politik atau wakil mereka, khususnya untuk memberikan taklimat mengenai peraturan menjelang pilihan raya negeri itu.

"Ini akan diikuti dengan mesyuarat khas SPR mengenai PRK Kerdau pada keesokan harinya untuk memutuskan tarikh pilihan raya kecil bagi (DUN) Kerdau, Pahang," kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar kepada Bernama.

Wan Ahmad turut mengesahkan semua pegawai SPR di Sarawak akan menjalani kursus latihan selama dua minggu pada Mac sebagai persiapan menghadapi pilihan raya negeri selepas selesainya pilihan raya kecil DUN Merlimau, Melaka pada 6 Mac.

Kursus itu akan diadakan di semua 71 kawasan di negeri itu bagi pegawai pilihan raya, timbalan pegawai pilihan raya dan kerani pilihan raya.

Walaupun terdapat spekulasi yang pilihan raya negeri Sarawak akan diadakan dalam waktu terdekat kerana penggalnya sekarang tamat pada 24 Julai, Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud (gambar) masih belum memberikan isyarat nyata bila Dewan Undangan Negeri akan dibubarkan.

Dua hari lepas, Taib, yang akan genap 30 tahun memegang jawatan Ketua Menteri pada 26 Mac ini, menyangkal desas-desus yang beliau akan membubarkan Dewan Undangan Negeri pada minggu ini. SPR disyaratkan mengadakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari selepas Dewan Undangan Negeri dibubarkan.

Suruhanjaya itu dilaporkan telah memperuntukkan RM45 juta bagi pilihan raya negeri akan datang.

Parti-parti politik dan pemimpin dari negeri itu dan pusat sudahpun mula berkampung Sarawak untuk membuat persediaan bagi pilihan raya negeri dengan BN akan mengadakan konvensyennya pada 6 Mac di Kuching.

BN Sarawak menguasai 63 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri yang mempunyai 71 kerusi, dengan 35 kerusi dipegang Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), 12 oleh Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan masing-masing lapan kerusi oleh Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP).

Bagi baki lapan lagi kerusi, DAP menguasai enam, Parti Keadilan Rakyat satu, dan satu lagi oleh wakil rakyat Bebas.

BN dijangka mengekalkan kuasa dengan majoriti selesa walaupun parti-parti pembangkang, terutamanya DAP cuba menawan lebih banyak kerusi di kawasan bandar.

Pada 2006, Dewan Undangan Negeri dibubarkan pada 24 April dengan penamaan calon diadakan pada 9 Mei dan pengundian 20 Mei.

Pada Ahad ini, SPR akan menetapkan tarikh bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau di mana mesyuarat akan diadakan di Kuching semasa ia mengadakan perjumpaan dengan parti-parti politik di Sarawak sebagai persediaan untuk pilihan raya negeri.

Kerusi itu kosong ekoran kematian penyandangnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim dari Barisan Nasional (BN) Sabtu lalu.

"Selain mesyuarat parti-parti politik dan mesyuarat khas SPR mengenai PRK Kerdau, SPR juga akan mengadakan siri mesyuarat lain di Sarawak pada minggu depan, yang termasuk mesyuarat bulanannya. Alasan bagi kami mengadakan mesyuarat di Kuching kerana kami tidak mahu membazir masa," kata Wan Ahmad.


Sumber: The Malaysian Insider

Pakatan Rakyat Komited Laksana Dasar Gaji Minima

Posted: 18 Feb 2011 12:10 AM PST

PR_2
Berbekalkan fakta bahawa dalam sepuluh tahun yang lalu (2000-2010) purata peningkatan gaji di Malaysia cuma 2.6% berbanding 3.2% di peringkat antarabangsa, Pakatan Rakyat mengajukan persoalan-persoalan berikut berlatar cadangan kerajaan mengadakan dasar gaji minima melalui Majlis Perundingan Gaji Kebangsaan (National Wage Consultation Council):

- Adakah badan penetapan gaji minima kebangsaan ini benar-benar bebas, mewakili semua pihak dan berwibawa, atau adakah ianya bakal diganggu-gugat campur tangan politik pihak kerajaan pusat sekarang?

- Adakah pihak kerajaan pusat sekarang sengaja menyimpan dari umum data dan maklumat penting - Laporan Guna Tenaga Kebangsaan, Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah, Laporan Penyiasatan Perbelanjaan Penggunaan Isi Rumah, Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh - dan jika benar, mengapa? Bukankah maklumat sedemikian patut boleh dibaca, dianalisa, dan dikaji badan penetapan gaji minima ini?

- Mengapakah Bank Dunia (World Bank) dilibatkan sebagai moderator dalam makmal gaji minima yang diadakan di Putrajaya baru-baru ini? Apakah hubungan dan mandat yang diberi kerajaan Barisan Nasional kepada Bank Dunia berkenaan isu gaji minima? Dan berapakah jumlah wang ringgit rakyat yang dibelanjakan untuk penglibatan Bank Dunia ini?

Demi kepentingan rakyat, Pakatan Rakyat meminta kerajaan pusat sekarang membuktikan keseriusan mereka dalam isu gaji minima ini dengan:

1) mengakui bahawa badan penetapan gaji minima sedia ada telah dikompromi dan ianya gagal menetapkan dasar yang benar-benar mengutamakan pekerja bergaji rendah;
2) menubuhkan suatu suruhanjaya yang benar-benar bebas, mewakili semua pihak dan berwibawa yang akan menumpukan perhatian bagi mengkaji mekasnime yang mampu menetapkan gaji minima paling wajar dan adil bagi pelbagai sektor pekerjaan;
3) memberikan kesemua maklumat dan data yang diperlukan bagi melancarkan tugasan badan penetapan gaji minima ini, dan mengumumkan segala perjalanan perbincangan yang dilakukan badan ini;
4) menetapkan satu nilai gaji minima nasional yang tidak berdasarkan modifikasi mengikut sektor, dengan pelaksanaan beransur-ansur untuk industri kecil dan sederhana yang terlibat;
5) melaksanakan dengan serta-merta dasar gaji minima untuk setiap syarikat berkaitan kerajaan (government-linked companies), terutamanya buat pekerja-pekerja di peringkat paling bawah seperti pekerja estet, untuk menandakan kesanggupan politik (political will) Barisan Nasional dalam hal ini.

Maka dengan ini Pakatan Rakyat, seperti yang dijanjikan dalam Buku Jingga, menyatakan pendirian yang tak berbelah bagi untuk memperkenal gaji minima yang menyeluruh, wajar dan adil buat semua rakyat Malaysia.

YB Abdullah Sani (Ahli Parlimen Kuala Langat)
YB M Kulasegaran (Ahli Parlimen Ipoh Barat)
YB Nurul Izzah Anwar (Ahli Parlimen Lembah Pantai)
YB Chua Tian Chang (Ahli Parlimen Batu)
YB Liew Chin Tong (Ahli Parlimen Bukit Bendera)
YB Dr Mujahid Yusof Rawa (Ahli Parlimen Parit Buntar)

NGO pelawa Mahathir sertai kempen mansuh ISA

Posted: 18 Feb 2011 12:00 AM PST

NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mempelawa Tun Dr Mahathir Mohamad secara sukarela menyertai kempen menuntut akta kontroversi ISA dimansuhkan jika bekas perdana menteri itu berkongsi hasrat yang sama.

gmi indonesian embassy memo isa detainees 180108 e nalini
"Jika Dr Mahathir melihat ISA membenarkan pencabulan hak asasi dan penyalahgunaan kuasa oleh pihak berkuasa, dia patut segera mendesak pemansuhan akta kuku besi ISA," kata penyelaras Suaram Nalini E (kanan).

Semalam, Dr Mahathir mendakwa beliau pernah cuba untuk memansuhkan ISA ketika menjadi perdana menteri tetapi mendakwa polis berkata 'tidak boleh'kerana bahawa masih ada ancaman.

Dalam kenyataan hari ini, Nalini berkata, jika dakwaan Dr Mahathir tentang tindakan polis itu benar, beliau sendiri dan kerajaan patut memberi jawapan kerana memberikan "kuasa mutlak" kepada polis untuk menggunakan ISA dan menahan orang ramai tanpa perbicaraan.

azlan
"Pasukan polis perlukan reformasi segera. Walaupun terdapat saranan daripada Suruhanjaya Pasukan Polis pada 2005 untuk mengurang dan memantau kuasa polis, sehingga ini saranan itu kekal begitu saja.

"Satu-satunya sebab polis menyalahgunakan kuasa kerana kerajaan gagal melaksanakan sistem pemantauan semak dan imbang untuk keseluruhan pasukan polis di Malaysia," kata Nalini.

Mengulas dakwaan Dr Mahathir semalam, Nalini berkata pendedahan Dr Mahathir semalam menimbulkan banyak persoalan berbangkit.

"Jika dakwaan Dr Mahathir itu benar (bahawa polis menghalangnya mansuhkan ISA), kenapa dia ghairah mempertahankan ISA selama ini? Kenapa ISA terus digunakan meluas bertahun-tahun, menjelang Operasi Lalang pada 1987, gerakan reformasi 1999 hingga 2001 dan perang menentang keganasan selepas 11 September?

"Apa yang menggerakkan Dr Mahathir mencadangkan pemansuhan ISA? Adakah polis terlalu berkuasa untuk menghalang arahan perdana menteri?" soal Nalini.


Sumber: Malaysiakini

DAP minta KDN henti beri alasan tempang

Posted: 17 Feb 2011 11:59 PM PST

DAP mendesak kerajaan berhenti bermain politik dan memberikan alasan tempang berhubung penolakan terhadap hasrat kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menubuhkan pasukan polis bantuan sendiri bagi mengurangkan jenayah.

NONE
Setiausaha publisiti DAP Tony Pua (kanan) berkata alasan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein - bahawa tindakan itu bertentangan dengan perlembagaan - itu tidak bertanggungjawab.

"Alasan menteri dalam negeri, bahawa pasukan polis bantuan bertentangan dengan perlembagaan pincang sepenuhnya ekoran tiada sebarang peruntukan menghalang pembentukan pasukan itu, sebagaimana tiada peruntukan menentang penggajian petugas keselamatan," kata Tony.

Semalam, Hishammuddin dilaporkan tidak berganjak daripada keputusan menolak permohonan Selangor yang mahu meneruskan permohonan menubuhkan pasukan polis bantuan sendiri kerana ia "bertentangan dengan perlembagaan".

Beliau sebaliknya mendakwa, kerajaan negeri mahu melakukan provokasi sedangkan mereka didakwa tahu ia bercanggah dengan perlembagaan dan tidak masuk akal.

NONE
Hishammuddin turut dilaporkan melahirkan rasa terkilan terhadap kerajaan Selangor yang didakwa tidak pernah tampil ke hadapan membantu polis dalam usaha mengurangkan indeks jenayah di negeri itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Tony mencabar Hishammuddin membuang semua pagar keselamatan, penghadang automatik dan rumah pengawal keselamatan sekiranya dia benar-benar yakin bahawa kadar jenayah menurun.

Tony menambah, kerajaan negeri selama ini bertolak ansur dengan pembinaan pagar yang munasabah - walaupun keabsahannya dibangkitkan - kerana simpati dengan perasaan takut penduduk kepada jenayah yang memuncak pada 2008 dan 2009.

"Tindakan rakyat Malaysia itu sebaliknya membuktikan bahawa mereka tidak percaya polis mempunyai sumber yang cukup untuk melindungi mereka dan sebaliknya terpaksa mengambil alih fungsi itu sendiri," kata Tony.

"Bagaimanapun, sekiranya diberi peluang, rakyat Malaysia tidak perlu mengeluarkan wang sendiri untuk membayar pengawal keselamatan dan tinggal dalam kawasan berpagar yang tidak selesa, yang menjadikan bandar seperti Petaling Jaya umpama "zon perang".

Sumber: Malaysiakini

Portfolio halehwal bukan Islam: 'Umno mudah lupa'

Posted: 17 Feb 2011 11:55 PM PST


Pemuda PAS Perak menyifatkan serangan terhadap kepimpinan kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang kerana mewujudkan portfolio pengerusi jawatankuasa hal ehwal bukan Islam, sebagai agendapolitik sempit Umno bagi meraih sokongan.

Sedangkan, kata timbalan ketuanya, Mohd Munir Ali, selepas rampasan kuasa oleh Umno/BN di Perak, Menteri Besarnya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang sebenarnya terlebih dahulu mewujudkan portfolio yang sama di dalam pentadbirannya di negeri itu.

"Jawatan portfolio pengerusi jawatankuasa hal ehwal bukan Islam tersebut dipegang oleh seorang wakil tunggal MCA iaitu Datuk Mah Hang Soon.

"Tidak pula ianya dijadikan isu oleh Umno dan tidak pula Umno mengatakan bahawa taktik yang sama untuk menarik undi rakyat?" kata Mohd Munir dalam satu kenyataan.

Menurutnya lagi Umno perlu sedar bahawa tindak tersebut juga telah dilakukan oleh kepimpinan mereka di Perak, namun malangnya tiada siapa di kalangan mereka "yang sudi mengingatkan Datuk Mukhriz Tun Mahathir yang sudah tentu terlupa akan perkara tersebut".

Semalam, Mukhriz yang juga timbalan pengerusi Umno Kedah dilaporkan berkata penubuhan portfolio baru itu taktik DAP untuk menarik undi rakyat.

Beliau juga dilaporkan berkata, setiap tindakan yang dibuat oleh DAP ada agenda di sebaliknya yang semata-mata bertujuan meraih undi untuk menang dalam pilihan raya.

Mukhriz yang juga timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri berkata dalam Perlembagaan Persekutuan jelas dinyatakan bahawa agama Islam adalah agama rasmi persekutuan manakala agama-agama lain juga bebas dianuti oleh warganegara Malaysiakecuali yang beragama Islam.

"Jadi, apabila ditubuhkan portfolio baru (ini), ia seolah-olah satu usaha untuk menghina raja jika dipandang berdasarkan aspek itu," kata Mukhriz lagi.

Sehubungan itu, Mohd Munir berkata, amat jelas Umno sentiasa mengamalkan 'double standard' dalam memberikan persepsi yang buruk terhadap musuh politik mereka dan mudah melupakan keburukan sendiri.

"Mengapa pula tidak dikatakan bahawa agenda yang sama sebagai agenda politik Umno/BN di Perak? Pemuda PAS Perak melihat semua kenyataan Datuk Mukhriz patut dilabelkan juga di Perak," tegasnya.

Oleh itu, Mohd Munir berkata, Pemuda PAS Perak berharap Umno/BN Perak akan bersuara terhadap kritikan yang telah dilemparkan oleh Datuk Mukhriz terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang.

Katanya, ini kerana kritikan tersebut juga terkena kepada kerajaan negeri Perak di bawah BN yang telah menubuhkan portfolio yang sama.

"Adalah tidak adil tindakan Datuk Mukhriz yang tidak mencemuh perkara yang sama berlaku di Perak hanya kerana ianya di bawah pemerintahan BN

dan cuma menjadikan mana-mana kerajaan negeri di bawah Pakatan sebagai sasaran serangan politik mereka," katanya.


Sumber: Harakah Daily

Barisan bersatu lawan BN dalam p'raya mengejut

Posted: 17 Feb 2011 11:02 PM PST

Menjelang kemungkinan pilihan raya umum mengejut yang ramai menduga akan dipanggil oleh perdana menteri, parti pembangkang, badan sivil dan apa yang digelar 'kuasa ketiga', telah bertemu bagi membentuk satu barisan bersatu untuk berdepan dengan BN.

Mereka telah mencapai kata sepakat dalam satu pertemuan Rabu lalu, yang dihadiri semua pihak yang kritikal terhadap regim BN sekarang, untuk bergabung tenaga untuk berdepan satu lawan satu dengan BN di semua kerusi dalam pilihan raya akan datang.

Bagaimanapun, mekanisme untuk tujuan tersebut belum dapat dibereskan, dengan banyak isu-isu yang yang dibangkitkan.

Salah daripadanya ialah bagaimana 'kuasa ketiga' - yang diilhamkan oleh Pergerakan Masyarakat Sivil Malaysia (MCLM) yang bertegas untuk meletakkan calon-calon mengikut kriterianya sendiri - dapat bekerjasama dengan Pakatan Rakyat berhubung agihan kerusi.

NONE
Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvan mengesahkan kepada
Malaysiakini bahawa pertemuan tersebut adalah atas dayausaha PSM untuk menyatukan seluruhkekuatan, dalam menghadapi kemungkinan berlangsungnya pilihan raya mengejut.

Bagaimanapun, Arutchelvan (kanan) enggan mendedahkan butir lanjut mengenai pertemuan tersebut, kerana ia adalah pertemuan tertutup.

Adalah difahamkan, pertemuan yang pertamakali seumpamanya diadakan sejak pilihan raya umum 2008, dihadiri oleh wakil PKR, DAP, PAS, PSM dan Parti Hak Asasi Manusia (HRP).

MCLM, pimpinan penulis blog Raja Petra Kamarudin yang kini tinggal dalam buangan di United Kingdom, dan peguam hak asasi manusia, Haris Ibrahim, sedang berusaha menyenaraikan calon yang 'berwibawa' untuk bertanding dalam pilihanraya umum akan datang.

Peserta lain yang menghadiri pertemuan tersebut ialah dari NGO seperti Aliran, Jemaah Islah Malaysia (JIM), Persatuan Masyarakat Selangor dan Wilayah Persekutuan (Permas) dan badan pemantau hak asasi manusia, Suaram.

Sumber-sumber yang menghadiri pertemuan tersebut berkata, berlaku perdebatan panas berhubung peranan MCLM dan parti-parti pembangkang bukan Pakatan, mengenai sama ada mereka akan membantu mengukuhkan Pakatan menuju sistem dua parti atau membina 'kuasa ketiga' yang bebas.


Sumber: Malaysiakini

Tiada ulasan: