Jumaat, 25 Februari 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Tawaran Istimewa untuk Anak Rembau di Perantauan

Posted: 25 Feb 2011 01:26 AM PST

Tawaran istimewa khusus untuk Anak Rembau di Perantauan juga kepada sesiapa yang ingin menyumbang untuk Dana Pilihanraya PAS Kawasan Rembau.

Sila muat turun borang sumbangan pada pautan berikut http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2011/02/tawaran-istimewa-untuk-anak-rembau-di.html

ADUN Johol, N.Sembilan sakit, mari doakan beliau sembuh

Posted: 24 Feb 2011 07:35 PM PST


ADUN Johol sakit sehinggakan EXCO N.Sembilan ganti tugas beliau di DUN Johol ketika ini. Marilah kita doakan agar ADUN Johol cepat sembuh. Dah letih dah , satu demi satu pilihanraya kecil ni. Habis duit rakyat kat satu-satu kawasan ni bila ada pilihanraya kecil ni. Sudah-sudahlah tu menjanjikan macam-macam projek bila ada pilihanraya kecil.


Dilantik membantu wakil rakyat
Sinar Harian 25 Feb 2011

JOHOL – Walaupun pemimpin kawasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johol kurang sihat, inisiatif pihak Kerajaan Negeri untuk terus membela rakyat tetap diteruskan dengan melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Menanti yang juga Exco Kerajaan Negeri, Datuk Abd Samad Ibrahim bagi membantu wakil rakyat di situ.

Setelah memegang jawatan selama tiga minggu, beliau turun padang bertemu dengan masyarakat di samping meninjau masalah di kawasan itu.

Difahamkan, beliau akan berjumpa penduduk kawasan Johol, pada setiap Jumaat di Pusat Khidmat DUN Johol.

Abd Samad berkata, pemilihan beliau membantu wakil rakyat Johol buat sementara waktu atas arahan daripada Menteri Besar (MB), Datuk Seri Mohamad Hasan.

Menurutnya, beliau menerima amanah itu dengan rasa tanggungjawab bagi membantu ADUN Johol, Datuk Roslan Md Yusof yang kurang sihat.

"Apabila beliau sudah pulih, jawatan ini akan digalas semula beliau.

"Ringan sama dipikul, berat sama dijinjing. Itulah yang perlu kita lakukan sebagai rakan seperjuangan dalam kepimpinan Barisan Nasional (BN), jika seseorang wakil rakyat ditimpa musibah, kita cuba sedaya upaya membantu," katanya ketika ditemui Sinar Harian pada majlis penyampaian bantuan elaun bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Balairaya Padang Jual, Johol.

Pada majlis itu, seramai 457 orang penerima elaun berkenaan melibatkan sembilan tempat.

Abd Samad berkata, melalui dasar sistem jaringan keselamatan sosial, rakyat di Negeri Sembilan akan terbela kerana sistem itu berhubung kait dengan agensi yang terlibat.

"Kita akan mengutamakan mereka yang amat memerlukan kerana ini adalah tanggungjawab untuk membantu masyarakat.

"Seiring dengan jaringan sosial yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan untuk mengatasi masalah kemiskinan rakyat terutama di luar bandar, saya akan berusaha mencari golongan miskin untuk dibantu," katanya.

Katanya, sistem itu bertujuan mengagihkan pendapatan dan sumber kepada golongan memerlukan bagi membantu mengatasi kemiskinan dalam jangka masa pendek.

"Sistem ini akan terus diperluaskan untuk kebaikan rakyat, namun mereka juga perlu bekerjasama untuk meningkatkan taraf ekonomi keluarga masing-masing.

"Dengan bantuan JKM dan pihak berkaitan, Insya-Allah, golongan miskin di sini akan terbela termasuk masyarakat daripada bangsa lain. Pihak kerajaan tidak menyisihkan mereka malah, kita turut sama membantu," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8801335.asp

Calon BN DUN Kerdau takut dengan Rembau?

Posted: 24 Feb 2011 04:44 PM PST


Dikhabarkan apabila disebut sahaja nama Syed Ibrahim bin Syed Ahmad sebagai calon BN untuk Pilihanraya Kecil DUN Kerdau di Pahang, ada orang Rembau yang cukup marah. Dan salah seorang orang Rembau tersebut adalah merupakan seorang yang amat berpengaruh bukan sahaja di Rembau malahan hampir seluruh Malaysia sampai ke Timur Tengah. Ada baiknya Muhyiddin atau Adnan Yaakob tanya sendiri kepada Syed Ibrahim ni kenapa orang Rembau itu marah sangat dengan beliau.

Dengar cerita juga disebabkan sesuatu perkara beberapa tahun sudah maka Syed Ibrahim ini tidak berani lagi datang Rembau, betul atau tidak tak tahulah.

Apakah Syed Ibrahim akan menjadi liabiliti bukan sahaja kepada Umno Pahang malahan lebih penting lagi Umno Rembau dan Negeri Sembilan, kita tengoklah nanti.

Mungkin ianya ada kaitan dengan program di bawah ini.

***************
Tajuk : Seminar Perpaduan Ummah dan Kemurnian Aqidah
Anjuran : Kerajaan Negeri Pahang
Tarikh : 25 - 28 Ogos 2006
Tempat : Dewan Jubli Perak , Bandar Kuantan, Pahang
Penyertaan : Terbuka kepada semua ( 800 orang yang pertama , tempat adalah TERHAD, siapa dahulu dia dapat ).

Bayaran Penyertaan : PERCUMA
Majlis Perasmian : YAB Perdana Menteri Malaysia
Majlis Penutup : YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Dari Meja Sekteriat :
Syed Ibrahim bin Syed Ahmad
Tel : 019 912 ****

Tiada ulasan: