Anak Muda Kampung Nak Senang |
- Khairy Jamaludin berhubung rapat dengan Dato Kamarul PKR?
- Pengundi Merlimau dan Kerdau contohi orang Paroi
- Kempen Bantah Saman Ekor 6 Mac 2011 Seremban
- Ceramah Dr Badrul Amin 27 Feb 2011 Seremban
Khairy Jamaludin berhubung rapat dengan Dato Kamarul PKR? Posted: 22 Feb 2011 10:40 PM PST Rupa-rupanya Khairy Jamaluddin, Ahli Parlimen Rembau belum masuk suku lagi. Juga YB Khairy ini masih berhubung rapat dengan Dato Kamarul Ahli Parlimen PKR Telok Kemang. Lagi kisah-kisah menarik antara KJ dan Dato Kamarul di http://waris-gadong.blogspot.com/2010/12/bila-lagi-kj-nak-masuk-suku.html Tak kenal , maka tak cinta. |
Pengundi Merlimau dan Kerdau contohi orang Paroi Posted: 22 Feb 2011 07:00 PM PST Wakil Rakyat DUN Paroi di Negeri Sembilan adalah dari PAS. BN setakat ini membentuk kerajaan di N.Sembilan. Tetapi banyak projek dan program diadakan di Paroi. Itulah untungnya rakyat di kawasan yang wakil rakyatnya dari PAS. Orang Merlimau dan orang Kerdau tak iri hati ke tengok banyak projek di Paroi selepas pilihanraya bukan hanya semasa kempen pilihanraya? Kompleks anak yatim baru di Paroi Sinar Harian 23 Feb 2011 SEREMBAN – Seramai 300 anak yatim akan menikmati kemudahan belajar dan meneruskan kehidupan dengan adanya Kompleks Anak Yatim di Paroi tidak lama lagi. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau telah meluluskan pelan pembangunan kompleks berkenaan yang akan didirikan di Paroi, dilengkapi warden, guru dan pelbagai lagi kemudahan untuk anak yatim. "Ia boleh menempatkan seramai 150 anak yatim lelaki dan 150 anak yatim perempuan. "Ada warden, ada guru dan pelbagai lagi supaya anak ini dijaga. Pastikan supaya mereka belajar kerana pelajaran penting dan kita mesti buat," katanya. Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat Persatuan India Muslim Seremban di Taman Seri Rahang, dekat sini, kelmarin. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Infrastruktur, Air, Tenaga dan Telekomunikasi, Datuk Ismail Lasim; Presiden Persatuan India Muslim Seremban, Kassim Abdul Hamid dan Presiden Kimma, Ibrahim Musa. Pada majlis itu, Mohamad turut melahirkan rasa bangganya apabila hasrat masyarakat India Muslim memiliki sebuah bangunan serba guna menjadi kenyataan dengan adanya bangunan Persatuan India Muslim di Taman Sri Rahang. "Walaupun belum siap tetapi dapat digunakan untuk solat. Tahniah kerana impian berkenaan dapat diterjemahkan," katanya. Dalam pada itu, Mohamad turut memberi sumbangan daripada kerajaan negeri berjumlah RM50,000 kepada Persatuan India Muslim Seremban. http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8795092.asp |
Kempen Bantah Saman Ekor 6 Mac 2011 Seremban Posted: 22 Feb 2011 06:29 PM PST CERAMAH UMUM Sempena Pelancaran Kempen Bantah Swasta Saman Ekor Peringkat N.Sembilan Tarikh : 6 Mac 2011 , AHAD Masa : 9 mlm Tempat : Lot 13015, Ampangan, Seremban (sebelah Surau Hitam) Penceramah : YB Dato' Mahfuz Omar Shamsul Iskandar Mohd Akin Zulkefly Mohamad Hj Omar Semua Dijemput Hadir Dapatkan Risalah Bantah Swasta Saman Ekor di http://mohdtaufek.blogspot.com/2011/01/kempen-anti-saman-ekor-kase.html |
Ceramah Dr Badrul Amin 27 Feb 2011 Seremban Posted: 22 Feb 2011 04:12 PM PST CERAMAH PERDANA Ahad 27 Feb 2011 9 malam Bersama : Zulkefly Mohamad Hj Omar Dr Badrul Amin Bahron Ustaz Kamal Ashaari Tempat : Lot 13015, Ampangan, Seremban (sebelah Surau Hitam) Semua dijemput hadir |
You are subscribed to email updates from Anak Muda Kampung Nak Senang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan