Ahad, 20 Februari 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Tak nak undi BN kerana Bil Astro naik?

Posted: 19 Feb 2011 08:45 PM PST

Nampaknya rakyat Malaysia tidak tahu mana yang perlu diberi keutamaan, harga barang naik atau bil Astro naik. Harga petrol naik atau bil Astro naik. Sukar mendapat biasiswa utk ke IPT, sukar dapat pekerjaan, jenayah yang semakin ganas, perumahan terbengkalai atau bil Astro lebih penting. Kalau yuran Astro naik tak perlulah langgan. Tapi kalau harga barang naik, yuran sekolah naik, yuran IPT naik, jenayah makin ganas, perumahan terbengkalai tak selesai, bas awam di pinggir bandar sukar, selalu kena saman ekor orang lain guna plet palsu, apa pilihan yang rakyat ada.

Kalau tak nak undi BN, tumpukan kepada masalah yang lebih besar, lebih penting, lebih utama.

Macam isu Interlok, sekolah banyak yang daif, banyak yang tak siap-siap, banyak yang terbengkalai, ada yang guna kabin untuk bilik darjah apa cerita ? Nampaknya isu Interlok berjaya mengalihkan perhatian semua kaum akan masalah sebenar anak-anak mereka di sekolah.

Sinar Harian 18 Feb 2011

MUNGKIN ramai yang tidak menyedari bayaran bil sebuah stesen televisyen berbayar. Rupa-rupanya mulai 2011 setiap bayaran bil akan dikenakan cukai RM3. Bertambahlah beban rakyat dengan harga barang keperluan yang semakin melambung. Pendek kata, di segenap penjuru kena berbelanja lebih. Disebabkan ia keperluan, terpaksalah bayar. Sama-sama kita saksikan pada pilihan raya umum ke-13 nanti. Insya-Allah. - ABANG OM

Tiada ulasan: