Anak Muda Kampung Nak Senang |
Dua pelatih PLKN meninggal dunia, seorang koma Posted: 16 Feb 2011 05:04 PM PST Laman portal Freemalaysiatoday pada 16 Feb 2011 melaporkan seorang pelatih PLKN dari Melaka meninggal dunia akibat kelalaian dan sikap sambil lewa pihak hospital seorang. Sementara akhbar The Star 17 Feb 2011 melaporkan dua orang pelatih PLKN meninggal dunia dalam tempoh 4 hari, manakala seorang lagi masih koma. Perkara ini perlu pehatian serius semua pihak, terutama ibu bapa pelatih PLKN. Pelatih PLKN meninggal dunia akibat kecuaian February 16, 2011 Akibat kelalaian dan sikap sambil lewa pihak hospital seorang pelatih PLKN meninggal dunia. KOTA KINABALU: Seorang pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Wawasan Ovai, Papar dekat sini meninggal dunia pagi kelmarin didakwa akibat kelalaian dan sikap sambil lewa pihak hospital yang merawatnya. Mohd Zulhaili Noraihan, 18, berasal dari Melaka dan kini menetap bersama keluarganya di Cheras, Kuala Lumpur disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11 pagi kelmarin (Feb 15) di Hospital Queen Elizabeth (QEH) di sini selepas dikatakan menerima rawatan di Hospital Papar. "Zuhaili mula demam sejak minggu lepas dan pergi meminta rawatan di pusat perubatan kem sebelum diberikan ubat demam. "Bagaimanapun, demam dia (Zuhaili) bertambah teruk pada Jumaat minggu lepas dan telah pergi ke pusat perubatan untuk kali kedua lalu dibawa ke hospital untuk menerima rawatan oleh petugas pusat perubatan kem," menurut sumber dari Kem Wawasan Ovai, Papar. Menurutnya, ketika berada di hospital, Zuhaili hanya dirawat oleh pembantu perubatan malah ubat diberi selepas pembantu perubatan itu menerima arahan daripada doktor melalui telefon. "Pembantu perubatan itu juga hanya berhubung dengan doktor melalui telefon untuk meminta arahan ubat jenis apa yang sesuai diberikan dan akhirnya Zuhaili diberi ubat tahan sakit. "Pada masa itu, keadaan Zuhaili juga agak kritikal dengan keadaan mata dan kakinya yang bengkak," katanya menambah Zuhaili bersama dengan jurulatih yang membawanya ke hospital balik semula ke kem selepas diberi ubat tersebut. Mengadu sakit Pada sebelah malam, Zuhaili sekali lagi mengadu dia sakit dan mendakwa telah salah diberikan ubat kerana keadaannya semakin teruk tetapi pusat perubatan kem tidak berbuat apa-apa termasuk menghantarnya semula ke hospital. "Zuhaili hanya dibawa ke hospital Papar pada keesokkan harinya itu pun oleh jurulatih yang bertugas kerana pusat perubatan kem tidak beroperasi pada hari Sabtu dan Ahad," tegasnya. Katanya lagi, setibanya di hospital Papar, Zuhaili telah dirawat di unit kecemasan dan ditahan di wad biasa selepas itu. "Sepanjang tempoh dia ditahan juga, agak jarang doktor yang datang menjenguknya sedangkan keadaan fizikalnya berubah dan semakin teruk," dakwanya lagi. Zuhaili yang dikatakan semakin kritikal kemudiannya dipindahkan ke QEH di sini untuk rawatan lanjut di Unit Rawatan Rapi (ICU) pada Ahad lepas. Ibu bapa Zuhaili yang dimaklumkan mengenai kejadian itu juga dikatakan tiba di ibu negeri pada hari yang sama untuk melihat anak mereka. Bagaimanapun, Zuhaili disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital kira-kira jam 11 pagi kelmarin dan mayatnya juga telah diterbangkan menggunakan pesawat ke Kuala Lumpur untuk dikebumikan di kampung halamannya. "Apa yang saya ingin persoalkan di sini ialah tindakan pihak hospital yang hanya memberi ubat tahan sakit ketika kali pertama dia (Zuhaili) meminta rawatan di hospital dan ubat tersebut juga diberi selepas menerima arahan melalui telefon daripada seorang doktor. "Mungkin perkara sedih ini dapat dielakkan jika pihak tertentu termasuk pihak hospital tidak mengambil sikap sambil lewa," ujarnya. http://www.freemalaysiatoday.com/2011/02/16/pelatih-plkn-meninggal-dunia-akibat-kecuaian/ Thursday February 17, 2011 Two NS trainees die of illnesses, another still in coma KUALA LUMPUR: Two National Service trainees died in the past four days of different causes and at separate hospitals. Mohamad Zulhaili Noraihan, 17, died of meningoencephalitis (bacterial infection of the brain) at the Queen Elizabeth Hospital on Tuesday. The Kuala Lumpur boy had reported for training at the Wawasan Papar camp in Sabah on Jan 2. A medical form prior to his entry to the camp had stated that he was being treated for nephrotic syndrome and that he suffered from gastric and kidney problems and had previously suffered from head injuries. "He was treated initially at a clinic at the camp on Jan 24 for a pain in the ear and also on Feb 10 for fever and headache," said NS Department director-general Datuk Abdul Hadi Awang Kechil last night. He said the boy was then referred to Papar district hospital when his headache did not ease off, adding that he was subsequently sent to the Queen Elizabeth Hospital. Apparently, he had developed fever after swimming with friends in a pond at the camp. In another case, Fatini Aqilah Fadhil died of neutropenic sepsis (leukaemia) at the Raja Permaisuri Bainun Hospital in Ipoh last Sunday. Fatini, 17, was based at the Chenderiang camp in Tapah starting Jan 2. "She was given a Chinese New Year break like other trainees from Feb 2 to Feb 6," Abdul Hadi said. However, the girl was admitted to the intensive care unit at Taiping Hospital on Feb 7. At the PDS Resort camp in Port Dickson, where NS trainee A. Tamilarasi fell into a coma due to high fever, spokesman Mej Mohd Rafee Zain said the authorities did not refer her to the hospital as her condition had not been serious. "She was still able to attend all the programmes. Our medical staff examined her thoroughly to ensure she was able to undergo training," he said, adding that the camp authorities were not negligent in not referring her to a government clinic or hospital. "We always have medical officers who examine trainees showing signs of being ill. When she was here, her condition was not serious enough to warrant her being sent for treatment outside the camp," he said. Tamilarasi is fighting for her life at the Tuanku Ja'afar Hospital intensive care unit where she has been warded since Feb 8. Mej Mohd Rafee said that when Tamilarasi did not return to the camp after the five-day break on Feb 7, the camp authorities called her father who said a private clinic had given her seven days' medical leave. She slipped into a coma the next day. Yesterday, Tamilarasi's father K. Anandan, 39, said doctors had told him that the girl might require dialysis and minor surgeries. "They (doctors) are almost certain that she must have contracted an illness during training," he said. http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/2/17/nation/8083220&sec=nation |
Posted: 16 Feb 2011 05:03 PM PST KOSMO 17 Feb 2011 ISMAIL (kanan) menunjukkan air kumbahan yang melimpah memasuki longkang di hadapan rumahnya di Alor Gajah, Melaka semalam. -------------------------------------- ALOR GAJAH - Sudah lebih 10 aduan dibuat, namun masih tiada tindakan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) menyebabkan 15 keluarga di Taman Rumah Awam Paya Datuk di sini terpaksa terus 'menelan' bau najis sejak tiga minggu lalu. Penduduk mendakwa masalah bau busuk itu berpunca daripada paip pembentungan najis di beberapa rumah di kawasan itu yang telah tersumbat menyebabkan air najis melimpah keluar melalui tandas. Seorang penduduk, Ismail Bharom, 65, berkata, masalah tersebut telah beberapa kali diajukan kepada PBT namun tiada siapa yang datang melihat keadaan tempat tinggal mereka. "Kami tiada tempat untuk mengadu sebab beberapa aduan yang telah dibuat seperti tidak dilayan. "Kami sudah tidak tahan lebih-lebih lagi ketika hujan lebat kerana air najis ini akan melimpah keluar dan masuk ke dalam longkang rumah kami," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0217&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm |
You are subscribed to email updates from Anak Muda Kampung Nak Senang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan