Khamis, 10 Februari 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Rais Yatim pun tak sudi naik bas awam di Jelebu agaknya?

Posted: 09 Feb 2011 06:37 PM PST


Rakyat didahulukan untuk jalan kaki, pemimpin diutamakan naik helikopter, naik jet, naik Mercedes. Pengangkutan awam ni tak ada class lah, terutama di Jelebu. Sudikah Rais Yatim bersama Menteri Besar Negeri Sembilan, EXCO dan semua wakil rakyat di Negeri Sembilan ini pergi kerja, pergi pasar, pergi klinik, pergi hantar anak sekolah naik bas. Nak naik bas macamana , bas pun tak ada. Mungkn boleh naik bas maya melalui jalur lebar agaknya.

Betapa teruknya pengangkutan awam di kawasan selamat Umno ni di http://pasns.blogspot.com/2010/04/perkhidmatan-bas-di-nsembilan-teruk.html

Urusan terbatas kerana tiada pengangkutan awam
Sinar Harian 10 Feb 2011

KUALA KLAWANG - Ketiadaan perkhidmatan pengangkutan awam sejak setahun lalu, menyebabkan pergerakan masyarakat sekitar Jelebu yang ingin berurusan di pekan Kuala Klawang terbatas.

Keluhan masyarakat tempatan dilihat dipandang sepi oleh pihak bertanggungjawab yang mahukan perkhidmatan pengangkutan beroperasi di Kuala Klawang ke Simpang Pertang.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, perhentian bas lenggang dengan kehadiran bas dan teksi.

Keadaan ini menyukarkan pergerakan orang ramai untuk melakukan tugasan seharian, terutamanya warga emas yang sering ke hospital.

Salah seorang pengguna yang dikenali sebagai Nur berkata, hampir setahun perkhidmatan bas ke Simpang Pertang tidak beroperasi di sini.

"Saya bekerja berhampiran di kawasan ini, sering kali mendengar rungutan daripada warga emas yang terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan perkhidmatan pengangkutan awam.

"Pernah terjadi, seorang warga emas tertidur di perhentian bas berkenaan sehingga ada yang terpaksa menghantarnya ke rumah di Peradong,'' katanya.

Nur berkata, pada waktu kemuncak ramai murid sekolah dari Simpang Pertang tidak dapat hadir ke sekolah berikutan ketiadaan pengangkutan awam.

"Sekurang-kurangnya pastikan ada perkhidmatan pengangkutan bas dan teksi pada waktu pagi dan petang untuk memudahkan mereka berulang-alik.

"Selain itu, peniaga di sini turut terjejas kerana tiada pelanggan yang datang ke perhentian bas ini sehingga menyebabkan ada peniaga yang gulung tikar,'' katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8741940.asp

Umno N.Sembilan akan lingkup, isu elaun Guru Kafa dan GSTT?

Posted: 09 Feb 2011 05:51 PM PST


Perhatian kepada semua guru KAFA, guru SARA, Guru Sandaran Tidak Terlatih untuk sekolah agama di Negeri Sembilan. Berita baik untuk guru tersebut di negeri Selangor yang diterajui oleh Pakatan Rakyat. Gaji guru KAFA dia orang sekarang ialan RM1300 sebulan. WOW, tak terliur dengar berita ini. Kalau nak dapat manafaat macam di Selangor sama-samalah kita bekerja keras pastikan kemenangan Pakatan Rakyat di N.Sembilan dalam PRU 13 , insyaALLAH.

Sebelum beri apa-apa komen, pergi tanya sendiri mana-mana Guru KAFA, Guru SARA, Guru GSTT berapa elaun mereka di Negeri Sembilan.

Jangan lupa baca cerita sebelum ini ISLAM MAKIN TERPINGGIR DI N.SEMBILAN, MAKSIAT MAKIN BERLELUASA di http://amkns.blogspot.com/2011/02/islam-makin-terpinggir-di-nsembilan.html

Selangor naikkan elaun guru Kafa RM300
Harakahdaily

SHAH ALAM, 9 Feb: Kerajaan Negeri Selangor meluluskan tambahan elaun sebanyak RM300 sebulan kepada guru-guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) yang bertugas di Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) di seluruh negeri.

Dengan tambahan elaun RM300 itu menjadikan elaun bulanan guru-guru Kafa di SRA dan SRAI Selangor sebanyak RM1,300 sebulan berkuatkuasa 1 Januari lalu.

Kelulusan untuk kenaikan elaun itu dibuat pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang diadakan hari ini.

Tambahan elaun ini melibatkan 3,935 guru Kafa yang mengajar di 208 SRA dan 11 buah SRAI seluruh negeri.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika mengumumkan perkara itu pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco berkata, kenaikan elaun bulanan itu akan melibatkan peruntukan tambahan kerajaan negeri lebih RM14 juta setahun.

Pada masa ini, guru Kafa di SRA dan SRAI di Selangor menerima elaun sepenuhnya dari kerajaan negeri dan Baitulmal sebanyak RM1,000 sebulan atau RM61 juta setahun.

"Kerajaan negeri berharap kenaikan elaun bulanan ini akan mendorong guru Kafa di SRA dan SRAI berusaha meningkatkan kualiti kerja seharian," kata Khalid.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30778:selangor-naikkan-elaun-guru-kafa-rm300&catid=1:utama&Itemid=50

Tiada ulasan: