Anak Muda Kampung Nak Senang |
- Apa susah, Boikot saja hotel di Pahang ni?
- Pengarah Jabatan Agama sila baca Hadith ini, isu Guru KAFA
- Islam makin terpinggir di N.Sembilan, maksiat makin berleluasa
Apa susah, Boikot saja hotel di Pahang ni? Posted: 06 Feb 2011 10:34 PM PST Apa susah, orang Melayu yang mengaku Islam BOIKOT saja hotel di Pahang ni, atau mana-mana hotel yang berperangai sama. Parti dan persatuan Melayu pun patut BOIKOT hotel macam ni. Kuasa di tangan kita, bukan di tangan mereka. Banyak hotel lain, resort lain, homestay lain boleh duduk , boleh kerja. Sumber dari http://pahangdaily.blogspot.com/2011/02/memalukan-jabatan-agama-islam-pahang.html Monday, February 7, 2011 Memalukan: Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Di Gesa Pantau Tindakan Pengurusan The Zenith Hotel Di Percayai Menghina Wanita Melayu Islam KUANTAN, 7 Feb [11.05 am] - Orang ramai terutamanya umat Islam di bandar ini kecewa dengan sikap pengurusan The Zenith Hotel (foto) yang sanggup menghina agama Islam semata-mata ingin mempertahankan prinsip pemilik hotel terbabit. Kejadian berlaku melibatkan beberapa orang "gadis Melayu" yang memohon kerja sebagai "Penyambut Tetamu" di hotel berkenaan baru-baru ini. Sungguh memalukan apabila pegawai penemuduga yang merupakan orang Melayu beragama Islam mengeluarkan peraturan supaya mereka yang mahu bekerja di hotel terbabit "tidak dibenarkan bertudung" dan diwajibkan memakai "mini skirt". Apabila dipertikaikan oleh mereka yang menghadiri temuduga terbabit, pegawai tersebut mengatakan ia adalah arahan pihak atasan dan mengatakan bahawa pemilik hotel itu adalah bukan Islam (bukan Melayu). Akibatnya, ramai dikalangan mereka yang memohon jawatan terbabit terpaksa melepaskan hasrat untuk berkhidmat di hotel berkenaan gara-gara tindakan memalukan tersebut. Tinjauan kami ke hotel berkenaan baru-baru ini ternyata mendapati gadis-gadis Melayu dipakaikan "mini skirt" dan "tidak dibenarkan bertudung" sama sekali. Susulan kejadian tersebut, ramai dikalangan mereka yang menghadiri temuduga di hotel terbabit kecewa dan terasa tertipu. Tambahan pula, dalam syarat-syarat pada borang yang disediakan langsung tidak dinyatakan arahan berkenaan. Sebaliknya, ketika temuduga lisan mereka diarahkan berbuat demikian. Oleh yang demikian, sebilangan besar daripada mereka akhirnya mengambil keputusan untuk melupakan hasrat memohon jawatan itu. Justeru itu, pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) digesa menyiasat dan memantau perkara ini. Jika benar dakwaan tersebut, maka ternyata ia merupakan satu penghinaan yang nyata terhadap agama Islam itu sendiri. Alasan mengatakan "tokey hotel bukan Islam" adalah tidak wajar untuk merendahkan martabat wanita Islam. Jika alasan itu digunakan, maka kita perlu tanya pula hotel tersebut dibina di negara mana? Dan ketua negara terbabit adalah orang Melayu Islam atau pun sebaliknya?. [Sebenarnya, apa yang berlaku ini memang terjadi di mana-mana. Namun, kes yang terjadi di The Zenith Hotel ini amatlah tidak wajar sama sekali kerana pegawai penemuduga yang berkata demikian adalah orang Melayu Islam itu sendiri. Tergamak dia menyuruh dan mewajibkan anak-anak gadis Melayu Islam membuka aurat dan "pakai mini skirt" untuk membolehkan dipertimbangkan ke jawatan yang dipohon itu. Jika kejadian ini berlaku di negeri yang ditadbir oleh pemimpin bukan Islam seperti Pulau Pinang (Lim Guan Eng), maka sudah pastilah ia akan dijadikan isu oleh penyokong UMNO BN. Tapi anehnya, kejadian ini berlaku di negeri Pahang Darul Makmur yang diperintah oleh pemimpin Melayu beragama Islam. Mungkin MB Pahang, Dato' Seri DiRaja Adnan Yaakob tidak sedar akan perkara ini, justeru itu sebagai Exco Agama Islam maka beliau juga digesa mengambil perhatian atas perkara ini. Kesucian dan martabat agama Islam perlulah dipelihara serta tidak dihina sesuka hati. Lebih menyedihkan penghinaan pula dilakukan oleh orang Melayu Islam itu sendiri. Semoga pihak The Zenith Hotel dapat mengambil perhatian dan tindakan segera terhadap apa yang berlaku ini hendaknya]. |
Pengarah Jabatan Agama sila baca Hadith ini, isu Guru KAFA Posted: 06 Feb 2011 05:53 PM PST Berkaitan isu rungutan GURU KAFA BELUM DAPAT KENAIKAN ELAUN DIJANJIKAN KERAJAAN BN di http://amkns.blogspot.com/2011/01/guru-kafa-belum-dapat-kenaikan-elaun.html , adalah diharapkan Pengarah Jabatan Agama baca hadith berikut dalam Laman Web JAKIM di http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=265 HIMPUNAN HADITH HARIAN JAKIM Tajuk : Islam Dan Pekerjaan Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Berikanlah upah kepada pengambil upah (orang yang bekerja) sebelum kering peluhnya" Riwayat Ibn Majah Huraian i) Bekerja merupakan keharusan mutlak yang harus dilakukan oleh seorang muslim untuk mendapat rezeki yang telah disediakan oleh Allah S.W.T, bahkan kalau perlu, seseorang itu digalakkan merantau ke pelbagai pelusuk dunia untuk meraih rezeki yang halal. Hal ini juga termasuk dalam kontek jihad. ii) Bekerja adalah senjata utama untuk memerangi kemiskinan, modal dalam mencapai kekayaan dan faktor dominan dalam mencipta kemakmuran hidup. iii) Seseorang itu dituntut supaya redha dengan pekerjaannya dan menjalankan kerja-kerja yang telah diamanahkan dengan tekun untuk menjamin kebersihan upah yang diterima daripada pekerjaan tersebut. Oleh itu, sesuatu pekerjaan yang dibuat hendaklah diniatkan kerana Allah. iv) Terdapat sekurang-kurangnya 3 jenis balasan bagi mereka yang kerjanya menjadi ibadah iaitu: i) mendapat balasan dalam bentuk material (gaji) ii) mendapat balasan dalam bentuk kepuasan kerana dapat menyiapkan atau menyelesaikan kerjanya iii) mendapat pahala untuk bekalan di hari akhirat. v) Dalam konteks hubungan majikan-pekerja pula Islam melihat bahawa pekerja itu bukanlah sebagai hamba kepada manusia lain untuk menghasilkan sesuatu pengeluaran kerana penghambaan hanya dikhususkan untuk Allah S.W.T. Oleh itu hendaklah ada keadilan antara majikan dan pekerja di mana gaji yang diberi hendaklah setimpal dengan kerja serta tanggungjawab yang dipikul oleh pekerja tersebut bahkan kalau perlu sebelum keringatnya kering kerana Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: Alangkah besar dosanya orang yang menahan-nahan makan (upah dan sebagainya) orang yang menjadi tanggungjawabnya." . Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia |
Islam makin terpinggir di N.Sembilan, maksiat makin berleluasa Posted: 06 Feb 2011 04:02 PM PST Terlalu banyak bukti Islam semakin terpinggir di Negeri Sembilan. Dari kisah masjid yang nak runtuh, nak roboh. Surau yang terlalu daif, masjid yang menjadi sarang kelawar, masjid yang bocor, masjid yang guna kanvas. Elaun guru KAFA yang tidak naik-naik, Orang Asli yang dahagakan agama Islam dipinggirkan. Apakah Jabatan Agama tiada Pengarah yang berkaliber? Majlis Agama tiada Pengerusi yang prihatin akan nasib umat Islam? Penguatkuasa agama tidak cukup, kelengkapan tidak cukup, WANG ZAKAT TIDAK CUKUP? Maksiat di lebuh raya BERITA HARIAN 7 Feb 2011 PAROI: Segelintir pasangan kekasih dikesan menjadikan laluan kecemasan Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS) berhampiran Taman Bukit Margosa di sini, sebagai `port' memadu kasih berikutan keadaan jalan yang agak gelap. Kebanyakan mereka melakukan aktiviti maksiat itu pada waktu tengah malam sehingga awal pagi di dalam kereta yang diberhentikan di laluan kecemasan berkenaan. Dalam pada itu, Mohd Fadil Baharuddin, 39, meminta pihak berkuasa terutama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEINS) melakukan rondaan di kawasan berkenaan. "Pasangan berkenaan berani bertindak sedemikian kerana tiada siapa yang pernah menahan atau mengambil tindakan terhadap mereka. Jika ada penguatkuasaan, pasti mereka tidak akan melakukan melakukan kegiatan maksiat di kawasan berkenaan," katanya. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Maksiatdilebuhraya/Article BEBERAPA BUKTI ISLAM SEMAKIN TERPINGGIR DI NEGERI SEMBILAN DI BAWAH INI : MASJID BERSEJARAH N.SEMBILAN NAK RUNTUH, UMNO TAK KISAH di http://amkns.blogspot.com/2011/01/masjid-bersejarah-nsembilan-nak-runtuh.html GURU KAFA BELUM DAPAT KENAIKAN ELAUN DIJANJIKAN KERAJAAN BN di http://amkns.blogspot.com/2011/01/guru-kafa-belum-dapat-kenaikan-elaun.html TIADA YANG SUDI AJAR ORANG ASLI AGAMA ISLAM, TUNGGU PILIHANRAYA AGAKNYA di http://amkns.blogspot.com/2011/01/tiada-yang-sudi-ajar-orang-asli-agama.html MASJID DI N.SEMBILAN TAK SIAP-SIAP di http://pasns.blogspot.com/2010/02/masjid-di-nsembilan-tak-siap-siap.html LIHATLAH KEDAIFAN SURAU DI N.SEMBILAN, JOM BANTU di http://waghih.blogspot.com/2010/01/lihatlah-kedaifan-surau-di-nsembilan.html SURAU USANG PERLU SEGERA BAIK PULIH di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2010/08/surau-usang-perlu-segera-baik-pulih.html MASJID DI N.SEMBILAN TAK SIAP-SIAP di http://pasns.blogspot.com/2010/02/masjid-di-nsembilan-tak-siap-siap.html MASJID CHEMBONG GUNA KANVAS, ATAP BOCOR di http://pasns.blogspot.com/2010/04/atap-masjid-nsembilan-guna-kanvas-uzur.html MASJID DI FELDA N.SEMBILAN DISERANG KELAWAR di http://waghih.blogspot.com/2010/12/masjid-nsembilan-diserang-kelawar.html APA DAH JADI MASJID KARIAH SIRUSA, PORT DICKSON di http://pasns.blogspot.com/2009/10/apa-dah-jadi-masjid-kariah-sirusa-bagan.html MASJID DI N.SEMBILAN BANYAK DAIF, ATAP BOCOR, KARPET BASAH di http://pasns.blogspot.com/2010/12/masjid-di-nsembilan-banyak-daif-atap.html |
You are subscribed to email updates from Anak Muda Kampung Nak Senang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan