Ahad, 6 Februari 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Derita orang Pilah, jambatan runtuh dah 6 bulan

Posted: 06 Feb 2011 02:34 AM PST


Penduduk terputus hubungan
Sinar Harian 6 Feb 2011

KUALA PILAH – Penduduk Kampung Parit, dekat sini terputus hubungan akibat jambatan menghubungkan penduduk dengan kampung lain roboh akibat tanah runtuh. Masalah yang berlaku sejak enam bulan lalu sehingga kini masih belum ada tanda akan diperbaiki sehingga menggusarkan penduduk setempat.

(Kisah sebelum ini Masalah Perlombongan Pasir dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009 untuk Negeri Sembilan di http://amkns.blogspot.com/2010/11/bila-sprm-nak-siasat-kes-lombong-pasir.html dan Masjid bersejarah N.Sembilan nak runtuh, UMNO tak kisah di http://amkns.blogspot.com/2011/01/masjid-bersejarah-nsembilan-nak-runtuh.html )

Penduduk mendakwa, kejadian itu bukan kali pertama berlaku, sebaliknya pernah terjadi pada 2009.

Seorang penduduk, Abdul Rahim Omar, 70, berkata, kejadian tanah runtuh itu disebabkan kerja-kerja mengorek pasir yang tidak jauh dari kawasan itu.

"Memang ada kerja-kerja mengorek pasir di sini yang dipercayai menyebabkan jambatan itu runtuh. Tambahan pula, air sungai deras menghentam tebing sehingga berlakunya hakisan teruk.

"Tanah runtuh itu juga menyebabkan jalan menghubungkan ke pekan Kuala Pilah dan Kampung Tanjung Ipoh terputus dua.

"Walaupun ia jalan pintas, tetapi jalan ini sering dilalui dan digunakan penduduk untuk mengelak kesesakan lalu lintas," katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Abdul Rahim juga kecewa kerana masih belum ada apa-apa tindakan susulan terhadap aduan dibuatnya sebelum ini.

"Saya memang sudah buat aduan kepada pihak berkaitan selain pimpinan kampung untuk maklumkan perkara itu. Bagaimanapun, ia masih tiada jawapan.

"Pada mulanya saya ikut jalan jauh selepas jambatan itu runtuh. Tetapi ia amat meletihkan. Akhirnya saya mengambil tindakan membina titi kecil tetapi hanya boleh dilalui pengguna motosikal sahaja," katanya.

Selain itu, katanya, ada antara mereka tidak tahu jalan itu terputus dua dan terpaksa berpatah balik dan mengikut jalan luar.

"Hujan lebat beberapa hari lalu juga menyebabkan air sungai naik mengakibatkan struktur jambatan bertambah teruk," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8717671.asp

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK MAHU UMNO SERTA SEMUA SAYAP PARTI MENGADAKAN LEBIH BANYAK PROGRAM BERBENTUK MENDAMPINGI RAKYAT DI KAWASAN-KAWASAN YANG DIKUASAI PEMBANGKANG DAN BUKANNYA DI KAWASAN SELAMAT.- UTUSAN MALAYSIA 17 OKT. 2010

Tiada ulasan: