Rabu, 2 Februari 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Audit dah jangka banjir besar 2011 di Johor, Melaka, N9, Pahang TAPI?

Posted: 02 Feb 2011 02:56 AM PST


Adakah kelemahan pemantauan kerja perlombongan pasir di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang memburukkan lagi banjir besar yang berlaku pada hujung Januari 2011 dan awal Februari 2011? Perkara ini didedahkan secara terperinci dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009, TAPI tiada pihak yang ambil berat perkara ini terutama TV1, TV3, Utusan Malaysia dan Berita Harian. Cuba baca balik Laporan Ketua Audit Negara 2009. Kalau dah malas sangat nak baca laporan Ketua Audit Negara yang berjela-jela tu, baca ringkasannya pada pautan di bawah ini :

Masalah Perlombongan Pasir dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009 untuk Pahang di http://amkns.blogspot.com/2010/11/banyak-projek-sakit-di-pahang.html

Masalah Perlombongan Pasir dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009 untuk Johor di http://amkns.blogspot.com/2010/11/johor-kritikal-hakim-syariah-pendedahan.html

Masalah Perlombongan Pasir dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009 untuk Melaka di
http://amkns.blogspot.com/2010/11/pengambilan-pasir-di-melaka-boleh-bawa.html

Masalah Perlombongan Pasir dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009 untuk Negeri Sembilan di http://amkns.blogspot.com/2010/11/bila-sprm-nak-siasat-kes-lombong-pasir.html

Dua tahun Melayu kampung tak dapat air paip di Pahang

Posted: 02 Feb 2011 02:29 AM PST


Penduduk di sembilan kampung di kawasan mukim Tembeling, Kuala Tahan dekat sini termasuk tanah rancangan FELCRA pasrah menunggu bekalan air bersih walaupun paip utama Jabatan Bekalan Air (JBA) sudah tersedia sejak dua tahun lalu tetapi masih tidak boleh digunakan.

Tiada air
Berita Harian 2 Feb 2011

Mohamad menunjukkan tanda paip utama Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang yang siap dipasang tetapi masih tidak boleh digunakan mukim Tembeling, Kuala Tahan.
Penduduk mukim Tembeling mahu JBA bertindak

JERANTUT: Penduduk di sembilan kampung di kawasan mukim Tembeling, Kuala Tahan dekat sini termasuk tanah rancangan FELCRA pasrah menunggu bekalan air bersih walaupun paip utama Jabatan Bekalan Air (JBA) sudah tersedia sejak dua tahun lalu tetapi masih tidak boleh digunakan.

Nasib kira-kira 2,000 penduduk di Kampung Kuala Tahan, Kampung Gol, Kampung Teresek, Kampung Belebau, Kampung Tekah, Kampung Tuit, Kampung Padang, Kampung Gol dan Perumahan Felcra Tembeling Tengah diibaratkan menanti buah yang tidak gugur.

Ini berikutan pemasangan paip utama itu masih belum boleh disalurkan kepada kira-kira 500 rumah, 18 chalet, dua sekolah, masjid, lima surau dan beberapa bangunan kerajaan dan agensi kerajaan di situ.

Tinjauan Edisi Wilayah mendapati penduduk di kawasan itu hanya dapat memerhatikan saluran paip di rumah masing-masing seperti barang perhiasan yang menyakitkan hati.

Penduduk Kampung Tekah, Azman Hassan, 36, berkata paip utama yang siap dipasang hampir dua tahun lalu masih tidak boleh menyalurkan air ke rumah.

"Kadang kala apabila melihat paip yang sedia ada untuk digunakan tetapi hanya sekadar hiasan sungguh menyakitkan hati dan sampai bila kami terpaksa menanggung masalah ini walaupun semua kemudahan sudah ada," katanya.

Penduduk Kuala Tahan, Azizi Kamaruzaman, 30 , berkata JBA sepatutnya dapat menyegerakan bekalan air bersih ke kawasan berkenaan kerana sudah menyediakan paip utama dan saluran paip.

"Mereka tidak sepatutnya memberi sebarang alasan untuk membekalkan air kepada kami. Perkara ini tidak sepatutnya menjadi sesuatu yang rumit. Jangan menganggap kami tidak tahu menahu perkara sebegini," katanya.

Seorang lagi penduduk Kuala Tahan, Mohamad Abdullah, 57, berkata mereka memang berharap JBA menyegerakan bekalan air bersih ke rumah mereka kerana sudah sekian lama menggunakan air bukit yang disekat untuk dijadikan seperti empangan kecil tetapi kadang kala tergendala terutama musim kemarau.

"Apakah kami memerlukan masa sehingga 50 tahun lagi untuk merasai nikmat kemudahan yang sudah lama orang lain kecapi," katanya.

Sementara itu, pengusaha chalet, Zainuddin Daman, berkata pihaknya mengharapkan bekalan air dan berharap pihak berwajib menyegerakan usaha itu kerana selain menjamin keselesaan pelancong, ia juga meningkatkan kehadiran pelawat.

Penduduk Perumahan Felcra, Zamri Mat Amin, 44, berkata isu itu pernah dirujuk ke pihak berwajib, tetapi dimaklumkan projek berkenaan belum diserahkan kontraktor kepada pentadbiran daerah.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Tiadaair/Article

Tiada ulasan: