Suara Sri Andalas |
Lapan Puluh hamper disumbangkan di Kuil Sri Maha Mariamman Sempena Ponggal Posted: 15 Jan 2011 01:00 AM PST Sebanyak lapan puluh hamper telah diagihkan kepada warga miskin termasuk ibu tunggal dan warga emas berketurunan India. Sumbangan sempena perayaan Ponggal ini telah disempurnakan oleh YB Dr Xavier Jayakumar, Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri Selangor yang juga merangkap ADUN Seri Andalas di Kuil Sri Maha Mariamman, Batu 8, Jalan Bukit Kemuning. Hamper yang diagihkan kepada warga miskin termasuk ibu tunggal dan warga emas tersebut merupakan sumbangan bernilai RM30 setiap satu yang mengandungi semua bahan keperluan untuk perayaan Ponggal. Perayaan Ponggal diraikan oleh kaum India pada pertengahan Januari setiap tahun bagi merakamkan Uttarayan atau pergerakan matahari menuju ke utara. Perayaan ini diadakan selama empat hari berturut-turut dan merupakan acara terbesar selain sambutan Deepavali dan Thaipusam. Dr Xavier berharap dengan sumbangan yang diberikan dapat membantu sedikit sebanyak warga miskin pada musim perayaan Ponggal ini. |
You are subscribed to email updates from Suara Sri Andalas To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan