MOH...KITE LAWAN YEOP!!! |
- 135 termasuk bekas orang kuat Umno sertai PKR di Kemaman
- Lawatan MB Perak: Laungan 'katak' bergema di KHAR
- Terimakasih dan tahniah buat kerajaan pakatan rakyat negeri selangor yang berjaya menyelamatkan projek terbengkalai suri puteri hampir 7 tahun
135 termasuk bekas orang kuat Umno sertai PKR di Kemaman Posted: 17 Jan 2011 05:38 AM PST KEMAMAN - Kehadiran Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang diberi cuti selama enam bulan ke kawasan Parlimen Kemaman meningkatkan gelombang program Himpunan Kebangkitan Rakyat 'PAS Ganti Umno dan Pakatan ganti Barisan'.yang dianjurkan PAS Terengganu Petang Sabtu menyaksikan seramai 200 orang hadirin yang terdiri dari ahli dan penyokong PKR bersama Anwar dalam majlis minum petang yang dianjurkan PKR Cabang Kemaman. Anwar memperkuatkan komitmen yang dinyatakan oleh Ketua Cabang PKR Rafizi Ramli untuk bersama-sama parti-parti dalam Pakatan meletakkan sasaran merampas kembali 4 DUN dan Satu Parlimen Kemaman. Anwar menegaskan program 100 hari Pakatan Rakyat sekiranya diberi peluang memerintah bukanlah setakat untuk membuat lebih baik sedikit dari Umno dan Barisan Nasional. Menurutnya, Barisan Alternatif gabungan antara PAS dan Keadilan pernah menumbangkan Umno dan BN pada tahun 1999. Justeru, katanya, tidak mustahil Pakatan Rakyat mampu mengambil alih pemerintahan Terengganu dan Putrajaya pada pilihanraya ke-13 akan datang. Dalam majlis yang sama seramai 135 orang telah menyerahkan borang keahlian menyertai PKR di ketuai oleh Bekas ahli Umno, Cikgu Khairuddin (Gambar) Sumber: http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/ |
Lawatan MB Perak: Laungan 'katak' bergema di KHAR Posted: 17 Jan 2011 05:33 AM PST Tanjong Malim,17 Disember - Lawatan MB Perak Dato' Dr Zambry Ab. Kadir ke Kolej Harun Aminulrashid Universtiti Pendidikan Sultan Idris pada jam 4 petang tadi turut dihadiri oleh YB ADUN Behrang Jamaluddin Radzi dan ADUN Slim. Kehadiran Jamaluddin Radzi dan Dato' Dr. Zambry telah diiringi oleh laungan 'katak' dan MB 'haram' daripada beberapa mahasiswa yang berteriak dari tingkat atas bangunan kolej berkenaan. Dalam pada itu, suara-suara yang berteriak dari tingkat atas KHAR telah diusir oleh JMK kerana dikatakan telah menganggu tumpuan program. Sumber: http://upsikini.blogspot.com/ |
Posted: 16 Jan 2011 12:17 PM PST |
You are subscribed to email updates from MOH...KITE LAWAN YEOP!!! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan