Isnin, 3 Januari 2011

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


Daulat Tuanku ! Sejarah Tercipta Di Bumi Darul Ehsan !

Posted: 03 Jan 2011 02:03 AM PST

Masuk jam 6.45 pagi, tetapi belum cukup masa 5 petang, Khusrin Munawi akhirnya terpaksa akur dengan undang-undang!

Apa sekalipun, hari ini EMPAT sejarah telah tercatat secara tidak sengaja dengan sendirinya hanya kerana kaitan SATU peristiwa!

1) Sultan sudah lama kehilangan kuasa dalam perlembagaan lantaran kerakusan Mahathir Mohamad meminda imuniti (kekebalan) Raja-Raja Melayu pada 1993 hingga KERAjaan Persekutuan terlalu berkuasa di negara ini!

2) Menteri Besar kini dikembalikan haknya untuk bersama dengan Tuanku Sultan melantik serta menitahkan pegawai dalam kerajaan negeri bertugas dengan selesa dan selamat tanpa kekeliruan yang cuba dicetuskan Umno-APCO.

3) Dewan Undangan Negeri juga telah berkuasa semula meminda (dengan syarat majoriti 2/3) undang-undang perlantikan pegawai kerajaan negeri tanpa campur tangan KERAjaan Persekutuan melalui Ketua Setiausaha Negara dan Putrajaya.

4) Tamparan buat Umno-APCO yang tidak sudah-sudah mahu merampas kerajaan negeri melalui politik kebencian serta cuba melaga-lagakan antara kerajaan negeri yang sah dipilih rakyat dengan Sultan sebagai ketua kerajaan.

Tindakan pantas dan bijaksana Menteri Besar, Khalid Ibrahim mengadap Sultan Sharafuddin Idris Shah memaklumkan perkara ini sangat dipuji kerana berjaya meyakinkan baginda bahawa perlantikan Khusrin ini sesuatu yang di luar bidang kuasa baginda.

Dan Umno-APCO terutamanya Najib sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri tidak dapat merampas hak rakyat dari yang berhak!

Kekeliruan ini jelas terungkai, malah Umno-APCO pula kini berdepan dengan persoalan di kalangan orang Melayu, ke manakah kuasa Sultan dan Raja Melayu kini dicampakkan.

Satu isu yang ternyata memakan diri sendiri, jika dimanipulasi Pakatan Rakyat, sokongan selama ini terhadap Umno-APCO bakal memakan tuan!

Syabas Kerajaan Selangor!

Syabas Rakyat Selangor!

Tahniah buat Sultan Sharafuddin Idris Shah!

Dirgahayu Tuanku!

Sumber: http://wargamarhaen.blogspot.com/

Mana yang lebih teruk !!!

Posted: 02 Jan 2011 09:46 PM PST


Yang ni ker....


Atau yang ni...



Gambar-gambar diatas adalah gambar yang diambil dalam sebuah majlis makan malam anjuran Sony di Marriot Hotel, Putrajaya 16 Disember lalu..gambar dikirim oleh seorang hamba Allah yang prihatin..(semoga Allah merahmati beliau)..

p/s: Maaf, gambar agak tidak menyenangkan...

Sumber gambar: http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/


Dr Lo'Lo' dakwa 'tiger show' dibiar...

PAS mempersoal sikap 'tutup mulut' pemimpin Umno berhubung isu sebuah pertunjukkan yang didakwa berunsur maksiat ala-tarian 'tiger show', pada satu majlis makan malam di sebuah hotel di Putrajaya pada 16 Disember lalu, lapor Harakahdaily.

Menurut ahli jawatankuasa PAS pusat, Dr Lo'lo' Mohamad Ghazali, beliau pelik apabila Umno cepat menyelar cara pemakaian ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching dalam satu majlis senam robik, namun dalam isu pakaian separuh bogel ala-tarian 'tiger show', Umno seperti tidak peduli.

"Adalah malang isu YB Teo Nie Ching yang hanya bersenam robik dengan pakaian sukan yang biasa dipakai wanita bukan Islam menjadi berita muka depan Utusan Malaysia, tetapi kemungkaran yang lebih besar seperti ini didiamkan oleh media pro-Umno," katanya yang juga ahli parlimen Titiwangsa.

Majlis makan malam berkenaan didakwa dianjurkan sebuah firma swasta dan sebahagian yang hadir adalah orang Melayu beragama Islam.

Mengulas lanjut, Lo'lo' berkata, beliau juga kesal dengan sikap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang dikatakan tidak memperdulikan atau gagal bertindak ke atas penganjur majlis makan malam itu.

Katanya, majlis berkenaan dengan jelas telah menghina Islam namun seperti dihalalkan pula oleh kerajaan Umno BN.

"Pertunjukan ini yang bukan setakat 'free show', malah 'free touch' dihadiri sebahagian besarnya oleh orang-orang Melayu yang mungkin beragama Islam.

"Lebih malang lagi YB selaku Menteri Hal Ehwal Islam, (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) Jakim dan (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) JAWI sebagai berwajib terlalu 'mandom' dalam menangani isu ini," katanya lagi yang bercadang membuat surat terbuka kepada menteri.

Minggu lalu, akhbar rasmi PAS itu juga melaporkan kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan yang mahu pihak berwajib dalam hal ehwal agama bertindak segera.

Katanya, Malaysia sekali-kali tidak boleh dibiarkan menjadi hub maksiat atau hub tarian lucah seperti yang dianjurkan syarikat pengeluar barangan elektrik dan elektronik itu dalam majlis makan malam di hotel berkenaan.

Gambar-gambar pertunjukan pada majlis makan malam tersebut, kini tersebar dan hangat diperdebatkan di blog-blog dan laman sosial Facebook.

Sehubungan itu, mereka mencabar menteri dan pihak bertanggungjawab mengambil tindakan segera ke atas firma itu sebagai penganjur dan pihak hotel berkenaan sebagai pengendali majlis.

Sumber: http://www.malaysiakini.com/

Isu SU Selangor - Nasihat seorang Ahli UMNO kepada Pemimpin UMNO

Posted: 02 Jan 2011 09:16 PM PST


Kalau BN hendak mengambil alih kerajaan Selangor buatlah cara yang 'gentleman'. Lakukan semasa pilihanraya nanti. Kempen kuat-kuat dan yakinkan rakyat Selangor yang BN perlu memerintah Selangor kembali. Janganlah menggunakan taktik kotor untuk mencapai kuasa politik dinegeri ini kerana mendapat kuasa dengan bermain kotor tidak akan sampai berkatnya nasihat dari seorang Ahli UMNO kepada Pemimpin UMNO..



Isu SS Selangor - Hormati semangat Persekutuan.

by Aspan Alias

Isu perlantikkan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor masih belum reda. Apa kesudahan terhadap isu ini belum lagi kita dapat jangkakan. Tetapi saya percaya isu itu akan dapat diselesaikan apabila setiap pihak yang terbabit itu kembali kepada kepangkal jalan dan selesaikan masalah itu dengan cara dan tata-cara perlantikkan dengan baik dan ikut cara dan semangat serta sistem bernegara yang lazim kita praktikkan.

Kita mesti kembali kepada asas, iaitu mengakui bahawa negara ini adalah negara Persekutuan (Federation) dan negara kita bukannya negara 'unitary' seperti Thailand dan negara jiran yang lain. Kita ada perjanjian Persekutuan yang ditandatangani pada 2hb Februari 1948 dahulu semasa perjanjian ini ditanda tangani diantara negeri-negeri bersekutu dan bukan bersekutu. Perjanjian Persekutuan itu adalah untuk menggantikan Malayan Union (MU), dan Persekutuan itu diwujudkan untuk menggantikan usaha keparat British mewujudkan sebuah negara 'unitary' disemenanjung ini.


Jika kewujuddan perjanjian Persekutuan itu dibuat untuk menggantikan MU, kenapa pula kita sekarang hendak mentadbir negara ala MU itu? Kita sepatutnya memperkayakan semangat Persekutuan itu kerana terbukti dalam banyak negara Persekutuan yang benar-benar mengamalkan semangat itu telah mencapai kejayaan untuk memajukan negara dan rakyatnya.

Negeri Selangor adalah salah sebuah negeri dalam Persekutuan ini Negeri Selangor seperti juga dinegeri-negeri lain mempunyai Lagislatifnya sendiri, kerana Selangor ada Dewan Undangan Negerinya sendiri. Selangor ada kerajaannya sendiri dan ada ketua kepada kerajaan negeri itu dan dianya dinamakan Menteri Besar yang dipilih diantara ahli-ahli Lagislatif yang dipilih oleh rakyat Selangor. DAN Menteri Besar itu ialah Abdul Khalid Ibrahim yang mewakili Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Ijok.

Bagi seorang rakyat yang menjunjung semangat Persekutuan ini, kerajaan persekutuan mesti mempunyai perhubungan dengan Selangor berlandaskan kepada semangat persekutuan dengan negeri Selangor, sebuah negeri yang berdaulat. Kerajaan Persekutuan mesti berhubung dengan Selangor dalam semangat itu dan kerajaan persekutuan mesti menghormati negeri Selangor sebagai sebuah negeri yang berdaulat.

Jika kerajaan persekutuan tidak menghormati pandangan kerajaan negeri Selangor ianya bermakna persekutuan tidak menghormati rakyat negeri Selangor. Ini adalah 'basic'. DiPutrajaya itu adalah Pusat Pentadbiran kerajaan Persekutuan, bukannya kerajaan Pusat. Kedaulatan kerajaan Persekutuan itu datangnya dari kedaulatan kerajaan-kerajaan negeri yang berada didalam Persekutuan ini.

Sepatutnya kerajaan pusat mesti bertanya kepada rakyat Selangor dalam isu perlantikkan Setiausaha Kerajaan ini. Cara untuk bertanya rakyat Selangor itu ialah bertanyakan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besarnya yang mewakili rakyat Selangor seperti yang dipilih oleh mereka didalam pilihanraya yang lalu. Itu caranya yang patut dilakukan oleh kerajaan dan pemimpin persekutuan jika benar menghormati rakyat yang telah membuat pilihan secara demokrasi.

Yang sepatutnya mengadap Kebawah Duli Tuanku Selangor itu ialah TS Abdul Khalid Ibrahim kerana Khalidlah yang sepatutnya menasihati DYMM Tuanku, bukannya dari sesiapa yang datang dari Persekutuan. Jika ada usaha dari kerajaan Persekutuan untuk menasihati DYMM Tuanku Selangor itu merupakan usaha yang cuba untuk memecah belahkan Raja dan kerajaan Selangor yang berdaulat.

Ketua Setiausaha Negara (Sidek Hasan) wajib menjaga dan menghormati kedaulatan Negeri Selangor dan mesti mengakui yang Negeri Selangor adalah salah sebuah negeri yang berdaulat yang menganggotai Persekutuan ini. Hormatilah diri kita sebagai seorang rakyat negara Persekutuan. Ikut cara dan semangat Persekutuan itu. Negara kita bukan negara kominis.

TETAPI kenapa agaknya isu seperti ini berlaku? Pastinya kerana politik kepartian. Kalau itu sebabnya betullah kata banyak pihak ini merupakan usaha pemimpin parti yang berkuasa dari Putrajaya untuk memcahkan keutuhan kerajaan Negeri Selangor sebab pilihanraya akan tiba dan BN sedang berusaha untuk mengambil alih kepimpinan kerajaan Selangor, negeri yang terkaya dalam Persekutuan ini.

Kalau itulah sebabnya saya tidak mahu melanjutkan komen ini. Perkara yang sama telah dilakukan diPerak dan hasilnya memudharatkan rakyat Perak. Bolehlah mendapat kuasa dengan 'arm-twisting' seperti ini tetapi ramai menjangkakan yang rakyat Perak akan memberikan pengajaran kepada pihak yang sudah hilang hidayah ini. Kata mereka yang PR akan kembali mentadbir dibangunan Setiausaha Kerajaan diIpoh.

Kalau BN hendak mengambil alih kerajaan Selangor buatlah cara yang 'gentleman'. Lakukan semasa pilihanraya nanti. Kempen kuat-kuat dan yakinkan rakyat Selangor yang BN perlu memerintah Selangor kembali. Janganlah menggunakan taktik kotor untuk mencapai kuasa politik dinegeri ini kerana mendapat kuasa dengan bermain kotor tidak akan sampai berkatnya.

Tetapi siapa pula yang aka menerajui kerajaan Selangor jika BN menang?? Noh Omar? Khir Toyo? Atau siapa? Oh! Ezam Mohd Nor? Kalau inilah nama-nama yang tersenarai ramai rakyat Selangor berkata biarkanlah negeri Selangor diperintah oleh Pakatan Rakyat sepenggal lagi, sehingga BN boleh mencari pemimpin yang 'viable'.

Buat masa sekarang BN, bagi pendapat mereka belum lagi berjaya mencari pemimpin yang diyakini rakyat Selangor. Jika permainan seperti ini diteruskan juga maka percayalah rakyat akan lebih menyampah kepada kita. Apabila rakyat menyampah dan menolak kita, kita juga yang terloncat kesana kemari macam cacing dalam kepanasan. Lepas itu salahkan orang lain pula.

"Tak payah nak ganti-ganti!" kata mereka.


Isu SUK: Bekas hakim sokong Khalid

Posted: 02 Jan 2011 08:17 PM PST

Perlantikan oleh kerajaan pusat melalui Ketua Setiausaha Negara untuk jawatan Setiausaha Kerajaan negeri Selangor (SUK) dilihat oleh seorang bekas hakim mahkamah Persekutuan sebagai satu perkembangan yang mengecewakan yang boleh menyebabkan satu lagi masalah pertembungan perlembagaan di antara kerajaan pusat, negeri dan pihak istana Selangor.

Datuk N.H Chan (gambar) memberitahu bahawa perlembagaan persekutuan dan negeri Selangor sendiri memberi kuasa penuh kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk mengambilalih kuasa yang dipunyai oleh kerajaan pusat di bawah Barisan Nasional (BN) untuk memilih penjawat jawatan SUK Selangor.

Chan yang menyebelahi Khalid dengan tegasnya memberitahu kuasa Khalid kini boleh melantik sesiapa sahaja menjawat jawatan Pemangku SUK Selangor buat masa ini sebagai tanda menolak perlantikan Datuk Mohd Khusrin Nawawi yang melaporkan diri bertugas di pejabat SUK Selangor jam 7 pagi tadi.

Khalid boleh melantik Pegawai Kewangan negeri itu sebagai pemangku SUK buat sementara waktu sekiranya ingin membawa kes ini dibincangkan dengan Sultan Selangor dan juga jika ingin dibawa ke mahkamah.

Chan menjelaskan masalah yang timbul sekarang yang menyebabkan pihak tertentu mengambil kesempatan di dalam isu ini ialah di dalam peruntukan perlembagaan tidak menyebut secara jelas nama penuh sebenar suruhanjaya perkhidmatan yang sepatutnya melantik Setiausaha Kerajaan negeri. Ini telah menyebabkan pihak kerajaan pusat melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengambil kesempatan untuk melantik SUK.

Menurut perlembagaan lagi, SUK hanya boleh memberi cadangan nama calon-calon yang sesuai untuk jawatan tersebut dan tidak berkuasa melantik sesiapapun mengikut selera mereka kerana keputusan terletak pada tangan Menteri Besar.

Selain itu, menurut beliau lagi, masalah yang timbul ini juga disebabkan kesilapan JPA yang tidak mengikut prosedur yang sepatutnya iaitu JPA sewajarnya memberikan senarai nama calon mereka kepada MB dan menunggu keputusan MB. JPA tidak seharusnya membelakangkan kerajaan negeri dan terus berhubung dengan pihak istana.

Nyata jelas beliau lagi, tindakan melangkau ini yang menyebabkan MB tidak mengetahui apa pun langsung adalah salah dan jelas langkah ini satu langkah politik kerajaan pusat. Khusrin dijangka mengangkat sumpah pada 6 Januari nanti di hadapan Sultan Selangor.

Chan mengingatkan semua pihak bahawa Malaysia melaksanakan sisten pemerintahan raja berperlembagaan dan raja-raja Melayu tidak mempunyai kuasa mutlak sepertimana negara-negara beraja yang lain seperti Brunei dan Swaziland.

Raja berperlembagaan akan bertindak di atas nasihat oleh pegawai tertinggi negara atau negeri (dalam Selangor ialah MB) dan beliau tidak boleh bertindak secara mutlak ataupun mengikut nasihat atau arahan orang lain kerana ini adalah undang-undang perlembagaan yang mesti diikuti.

Chan sangat hairan kenapa MB tidak dihubungi dalam isu perlantikan ini kerana orang inilah (SUK) yang akan bekerja di bawahnya. Isu profesionalisma di sini ialah kedua-duanya mestilah mereka yang boleh bekerja bersama-sama dengan kebaikan rakyat.

Sebelum ini, pakar perlembagaan negara, Profesor Dr. Abdul Aziz Bari menyarankan kerajaan pusat jangan membuang masa dan diminta bawa sahaja isu ini diselesaikan di mahkamah.

Sumber: http://www.kl-today.com/

Tiada ulasan: