BULETIN RAKYAT |
Harapan tinggi di Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa... Posted: 31 Jan 2011 02:27 AM PST Dimana letaknya Bukit Sentosa? Dimana Bukit Beruntung? Kekadang sukar untuk menjawab soalan ini apabila ada saudara yang jauh datang melawat penduduk disekitar kawasan ini. Mana tidaknya, papan tanda kawasan perumahan di kebanyakan tempat di Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung telah pun lusuh, nama jalan pun sudah lebur hilang entah kemana.... ini adalah antara keluhan penduduk disini. Pelaburan TESCO memesatkan pembangunan ekonomi, peluang pekerjaan dan peningkatan nilai hartatanah di Bandar Bukit Sentosa. Bayangkan TESCO Transit (Gudang) betul-betul terletak di sebelah Tol Bukit Beruntung yang telah beroperasi sejak tahun lalu. Kini, Kompleks perniagaan TESCO sedang dibina di Bandar Bukit Sentosa (di tapak Juara Rakyat). Sedangkan TESCO Rawang di Batu 16 juga telah mula operasi sejak akhir tahun lepas. Disamping itu, projek kompleks dan deretan kedai , pejabat dan bank sedang di bina sepanjang laluan antara Tol Bukit Beruntung hingga ke Bandar Bukit Sentosa (gambar atas). Kemakmoran yang dibawa oleh Kerajaan Selangor di bawah Pentadbiran Pakatan Rakyat terus berkat di mana sebuah Universiti Madinah akan dibina diantara Bukit Beruntung dan Bandar Bukit Sentosa. Malangnya kelembapan samada sengaja atau tidak sengaja dan kemungkinan kurang percaya pihak bank-bank (kecuali Public Bank) kepada DS Najib melambatkan proses pembelian rumah dan hartatanah di sini. PM harus melobi bukan sahaja melobi di Abu Dhabi tapi di tempat saperti Hulu Selangor pun Najib kena pastikan agar bank-bank dan institusi insuran membuka pasaran di sini. Penduduk di sini sudah menunggu hampir 10 tahun kehadiran institusi kewangan (yang ada sekarang cuma bank Public dan ATM). Hendak di katakan tidak ramai penduduk bukanlah alasan lagi bagi KFC dan PIZZA HUT untuk terus menjadikan destinasi yang kekal bagi cawangan mereka. Jangan disebabkan Negeri Selangor di tadbir Pakatan Rakyat maka usaha sambil lewa saja dilakukan. Yang rugi rakyat di kawasan Hulu Selangor dan Malaysia amnya juga, jadi dimana semangat 1Malaysia Najib dalam hal ini? Projek Bas samada bas mini atau perlu van sapu perlu diadakan segera dari Bandar Bukit Sentosa melalui Bukit Sentosa 2, Bukit Sentosa 3 , Bukit Beruntung 3 dan ke Pekan Rasa dan seterusnya ulang alik . Projek Bandar Kuala Kubu ke 2 patut disegerakan dan kemudahan Balai Bomba dan klinik kesihatan perlu diwujudkan segera di Bukit Sentosa 2. Jika semua keperluan ini dapat disediakan maka secara langsung kepadatan penduduk akan bertambah, rumah-rumah yang sediaada akan terbeli , aktiviti ekonomi dan perniagaan baru akan lebih giat dan akhirnya cukai lebih banyak dapat dikutip, menjadikan pendapatan majlis daerah (PBT) akan meningkat . (edit/padanan dari PAS Bkt Sentosa2) |
Penyokong PAS Hulu Selangor mengunjungi Tuan Guru Nik Aziz Posted: 31 Jan 2011 12:20 AM PST Seramai 31 orang Ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Hulu Selangor yang terdiri dari kalangan India bukan Islam telah mengunjungi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat dan dibawa beliau naik ke masjid Pulau Melaka. Sebelum itu rombongan yang diketuai Adnan Mat Nor selaku Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Hulu Selangor turut diraikan di dalam majlis makan tengahari di kediaman rasmi Manteri Besar, JKR-10. Rombongan juga telah diberi taklimat oleh Pegawai Penerangan Zon daripada Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan (UPKN) mengenai Dasar-Dasar Kerajaan Negeri dan kehidupan masyarakat India dan kaum bukan Islam di Kelantan yang tidak pernah terpinggir dan sentiasa dilibatkan di didalam setiap program. Pada sebelah petang ahli rombongan telah menemui Tuan Guru di perkarangan Masjid Pulau Melaka seterusnya memasuki masjid untuk mendengar tazkirah yang disampaikan Nik Aziz. Antara kandungannya Nik Aziz berkata, di Kelantan PAS mengamalkan sistem pemerintahan Islam kerana ia adil untuk semua kaum. "Kita semua adalah keturunan dan cucu cicit Nabi Adam a.s yang merupakan adik beradik, Umno tidak pernah memberitahu sedemikian kerana mereka tidak mengamalkan sistem politik Islam, sebaliknya mereka mengamalkan sekularisme, dan ini boleh memecahbelahkan keharmonian kaum. Namun di Kelantan menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk memberitahu perkara ini. "Soal orang bukan Islam memasuki masjid sengaja diperbesar-besarkan demi politik murahan mereka, di Kelantan kita menggalakkan orang bukan Islam untuk memasuki masjid, dan banyak program telah diadakan di masjid yang turut melibatkan orang bukan Islam," jelasnya. Beliau juga menyifatkan orang bukan Islam yang memasuki masjid akan dapat belajar apa yang diajarkan oleh Islam tetapi mestilah dengan beradab dan sopan. Nik Aziz juga menyeru supaya perkara-perkara yang baik seperti diuar-uarkan kepada masyarakat bukan Islam khususnya di negeri-negeri selain Kelantan kerana orang-orang bukan Islam di Kelantan kini telah dapat menerimacorak pemerintahan Islam yang diamalkan oleh Kerajaan Kelantan kerana Islam adalah adil untuk semua. Selepas itu ahli rombongan telah dipelawa oleh Nik Aziz ke kediamannya yang terletak bersebelahan dengan masjid. Harakahdaily/- |
You are subscribed to email updates from BULETIN RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan