Selasa, 18 Januari 2011

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Pandangan Umum Berhubung Penolakkan Najib Untuk Berdebat

Posted: 18 Jan 2011 06:46 PM PST

From Malaysiakini

‘Najib is a coward for taking cheap shots at Anwar. If you like, you can bring up the personal issues at the debate as well.’

Najib: Me? Afraid of Anwar?

Jefferson76: PM Najib Razak, you have given the public lame excuses about why you cannot debate another political party on your economic policies. It is also quite shameful to see a prime minister talking in such a course and degrading manner.

If you have all the answers, so by all means do enlighten us in a public debate. It has nothing to do with Sodomy II and everything to do with showing the voters how you handle criticism on the issues at hand.

Blackknight: Najib, after hearing your obscene and crude remarks, I want to raise another one – how can we trust you when you appointed former Negeri Sembilan menteri besar Isa Samad who was guilty of money politics to be Felda chairperson? This alone will pave the way to Felda’s bankruptcy.

Naaah: If the PM isn’t afraid of Anwar Ibrahim, then why does the police often stop Anwar from speaking in public ceramah? Why do Utusan Malaysia and all the BN-controlled media slander Anwar?

I would like to correct the PM – the sodomy charge against Anwar is not his personal problem. The people of Malaysia and renowned international figures see this as improper prosecution.

Habib RAK: Yes Najib, you are afraid to debate Anwar. You are the PM and he is the opposition leader. Both are official positions recognised in Malaysia and the world over. So, since you have all the information, just debate. Don’t give excuses.

Docs: How come Najib does not want to debate with Anwar on political and economic issues? In most developed nations (eg, UK, US, etc), we see politicians squaring off live on TV. Isn’t developed nation status is what BN is vying for?

Citing “personal problem” is a lame excuse. What about Najib’s personal problems: Altantuya Shaariibuu and an uncontrollable wife?

VP Biden: Najib is a coward for taking cheap shots at Anwar. If you like, you can bring up the personal issues at the debate as well. But first things first, be a man and take up the challenge.

Anonymous_5fb: Lihatlah macam mana Najib berucap. Nilai-nilai kemelayuan yang disegani oleh rakyat Malaysia bangsa lain sudah musnah oleh Umno sejak zaman Dr Mahathir Mohamad dan kini jadi lebih teruk lagi oleh Najib. Tengoklah MB Abdul Ghani Othman yang bersama dengannya dalam gambar, dia pun rasa malu dengan Najib.

Ya, mungkin memang benar Najib tak takut dengan Anwar kerana dia (Najib) boleh guna jentera-jentera kerajaan dengan sewenang-wenangnya. Tapi, adakah dia tu takut dengan bayangnya sendiri? Kematian gadis Mongolia Altantuya pun belum selesai, bukan?

Kesian, nilai-nilai kemelayuan yang cantik dan halus sudah terkecai dalam tangan orang yang anggap mereka Musliman. Sungguh sakit hati kelakuan sedemikian terang-terang dibogelkan di mata orang-orang Melayu Felda ini. Apa sudah jadi dengan Melayu Umno ni?

Buat apa nak caci orang secara peribadi, Najib? Anda memang tak takut dengan Anwar, mungkin kerana ada isteri anda Rosmah Mansor di hadapan kamu. Alangkah lebih baik debat dengan Anwar mengenai ekonomi dan polisi negara?

Seperti yang anda kata, kamu ada informasi dalam tangan anda. Kamu pasti menang dalam debat. Tetapi kamu harus ingat, peneroka-peneroka Felda sudah ditipu kerajaan Umno bukan? Makamah pun sudah putuskan Felda harus membayar pampasan kepada peneroka-peneroka tersebut. Bukankah begitu?

Marvin: Anwar has challenged you to debate on the economic and other public policies, why can’t you just accept the challenged and face him like a man? What is the point of threatening him with other revelations of his personal life while you have some skeletons in your own closet (we all know about Port Dickson and Mongolia)?

JBGuy: Najib, all the rhetoric or innuendos is not want we the rakyat want. We want an intelligent debate by our PM against the opposition leader to be able to judge who is better placed to lead Malaysia. Your stance clearly shows that you are skirting the issues by hiding behind an obviously trumped-up charge as proven in Sodomy I.

I am disappointed with your attitude as I have not witnessed much change since you took over. In fact, things are looking increasingly bad with prices going up and various scandals mushrooming, such as PKFZ, Sime Darby and KTMB.

You are not half the man your father was, even when he wasn’t much of a leader.

Orang_Gila_Malaya: Now we know who our PM is. He only dares to counter Anwar’s challenge in front of Felda settlers where people have limited access to the Internet. There are only a few settlers that have access to Internet, the rest just rely on Astro, mainstream media and papers. Why don’t he say it at Dataran Merdeka, where people are well-versed with the current political situation in Malaysia?

Felda has helped the bumiputeras to achieve a better life but besides the monthly cash received from Felda and the land, what else do the settlers get in term of self-development? Go and see yourself what the youth of Felda are doing daily. It’s not them who work the farm. The credit shall go to the Indonesians, Nepalis and Bangladeshis.

Anonymous: Najib, we have two murderers with no motive. One of the people accused, Abdul Razak Baginda, was your buddy. There was a controversial submarine purchase when you were defence minister. The immigration records of the victim erased. One of her friends testified she saw you photographed with the victim.

A private investigator P Balasubramaniam testified in a statutory declaration that you knew the victim. The SMS messages you sent to a Umno-linked lawyer showed your extraordinary concern in the case.

Then there was the Perak power grab, Teoh Beng Hock’s death, Sodomy II, the Selangor state secretary crisis. I think you have more personal problems than anybody else in Malaysia.

Berdebatlah Najib, Rakyat Mahu Lihat Anwar Demam

Posted: 18 Jan 2011 06:41 PM PST

Dari Harakah

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak jangan terus menikus kerana rakyat benar-benar ingin melihat beliau mengakibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim demam kerana berdebat dengannya.

“Berdebatlah. Cakap besar dari jauh apa gunanya.

“Kalau betul Najib ada semua maklumat mengenai Anwar dan kalau dia dedahkan, Anwar akan demam, tunggu apa lagi?

“Janganlah menikus tak habis-habis. Sambutlah cabaran Anwar untuk berdebat dan dedahkan semua maklumat itu. Rakyat pun nak tahu juga,” kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Sebelum itu, ketika berucap kepada para peneroka di Felda Chemplak, Tenang, Najib berkata: “Kenapa saya harus takut berdebat dengannya? Saya adalah perdana menteri. Saya ada semua maklumat. Kalau saya dedahkannya… adoi… dia akan demam”.

Mahfuz juga membidas Najib yang menyuruh Anwar menyelesaikan masalah peribadinya sedangkan beliau sendiri tak henti-henti melarikan diri dari masalah peribadinya.

“Tak usahlah menyuruh Anwar menyelesaikan masalah peribadinya kalau diri sendiri tak henti-henti melarikan diri dari masalah peribadi ekoran pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

“Penyiasat diculik, muka yang didakwa sebagai pembunuh sentiasa ditutup dan hari ini tak tahu di mana mereka berada, akhbar-akhbar antarabangsa tuduh terang-terangan Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya tetapi dia tak berani ambil tindakan walaupun dicabar oleh Tengku Razaleigh tetapi terus bersifat bacul melarikan diri dari masalah peribadi,” kata Mahfuz.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga mengingatkan Najib supaya jangan cuba melarikan diri dari membahaskan masalah ekonomi negara dengan bercakap besar kononnya dia boleh mengakibatkan Anwar demam kalau dia mendedahkan isu peribadi Ketua Pembangkang itu.

Beliau mengingatkan Najib bahawa debat di antara beliau dan Anwar bukan isu peribadi tetapi debat tersebut adalah untuk rakyat dan berpaksi kepada isu-isu negara.

Anwar, kata Mahfuz, mengajak Najib berdebat dalam hal dan isu pengurusan negara selepas Najib menghentam program 100 hari Pakatan Rakyat (PR).

“Sebagai Perdana Menteri, Najib harus berani mempertahankan dasar-dasar dan tatacara pentadbirannya di khalayak umum ketika Anwar sendiri bersedia mempertahankan program 100 hari PR yang diburuk-burukkan oleh Najib,” katanya.

Mahfuz mempersoalkan, adakah Perdana Menteri tidak tahu membezakan hal ehwal negara dengan isu peribadi?

“Kalau isu peribadi, orang tidak berdebat, malah boleh bersembang kedai kopi sahaja. Susahlah negara kalau Perdana Menteri mempunyai gaya pemikiran yang setahap pemikiran (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk) Ahmad Maslan,” katanya.

Malaysia – Terus Celaru Dalam Pentadbirannya

Posted: 18 Jan 2011 06:24 PM PST

Dari Blog Gajah Menta

Sesebuah negera di ujudkan dengan berlandaskan pelembagaan -perlembagaan bertindak sebagai ” tiang seri ” nya dan apa saja perbuatan tindakan dan tindak buat adalah berdasarkan dan dirujukan kepadanya. Dan setiap kali perubahan dalam pelembangaan, parlimen adalah tempat segala-gala perubahan yang difikiran perlu nak diubah.

Kita sering riuh dengan perkara 153, 152 – kedualatan Ketuanan Orang Melayu. Kita juga sering mengatakan Bahasa Melayu adalah bahasa pertuturan utama negera, Kita juga meletakkan Institusi Istana mengatasi segala-galanya dan kita juga meletakan Islam agama rasmi negara. Ini semua sebagai tiang dalam pembangunan negara.

Selain ini, untuk menggerakan institusi jabatan kerajan pula, selain dari perlembangaan, ” surat Pekeliling ” menjadi garis panduan dan pihak pengurusan ” mesti ” bergerak dengan berpandukan pekeliling yang perlu dikemaskini setiap masa mengikut keperluan.

Tapi apa yang belaku sejak akhir-akhir ini, sudah ada petanda yang kepimpinan di jabatan kerajaan sama ada di peringkat persekutuan mau pun di negeri, ketua-ketua jabatan dan ada juga kalangan kakitangan kerajaan sudah tidak mengamalkan ” to respect the goverment of the day “. Bagaimana kepimpinan di SPRM, PDRM, SPR, Institusi Mahkamah, sudah bertindak tidak berkecuali dan pengurusan dan pentadbiran mereka.

Perubahan sikap ini jelas dan cukup ketara apabila berlakunya “tsunami politik ” pada PRU12 tempoh hari. Kebetulan pula sejak piliharaya tersebut hingga kini sudah ada 13 PRK yang mana hampir semua negeri di Malaysia mengadakannya, dan bilangan kemengangan memihak kepada Pakatan Rakyat. Mungkinkah ini yang menyebabkan ” arahan, tangan ghaib ” yang menyebabkan berlakunya sedimikiaan rupa?

Lihat bagaimana Perlakuan Rampasan Kuasa di Perak, bagaimana KSN ( Ketua Setiauaha Negera & SUK Selangor ) dan yang terakhir bagai bagai Pengarah Pelajaran Johor dalam isu PRK Dun Tengan.

Kini celaru, penjawat awam semakin terserlah bertindak berkecuali dalam pentadbirannya. Selepas KSN dalam isu mengumumkan perlantikan SUK, beliau sudah tidak mengindahkan prosedur kerajaan negeri, bertindak sudah tidak telus dan membelakankang ketua kerajaan negeri pada waktu ini. Juga menyebabkan pihak istana terjerumus dalam pertikaian politik jahat parti pemerintah.

Terdesaknya kerajaan BN kini, dan mereka sanggup ” memadamkan ” pekeliling yang tidak membenarkan Guru-Guru Siswazah terlibat dalam politik akhirnya semua mereka dari DG41 – DG 48 dibenarkan berpolitik. Pengumam Muhyiddin ini memberikan laluan kepada semua guru siswazah tersebut, Apakah nak jadi dengan sekolah? Tetapi mengapa Markom Giran, selaku Pengarah Pelajaran Johor kini di tangga gaji DG54 yang dilarang membuat kenyataan yang menyebelahi mana-mana parti politik atau menerbitkan risalah, atau merayu undi dan bertindak bagi merayu undi telah bertindak dan berkempen untuk parti tertentu di DUN Tenang?

” Justifikasi tindakan Markom sebagai penjawat awam telah menyalahi Peraturan 21 (I), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, pegawai awam dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang dilarang daripada mengambil bahagian dalam aktiviti politik atau memakai mana-mana lambang sesuatu parti politik ”

Apa komen YAB Mahyuddin Yassin – Menteri Pelajaran
Apa kata YB Fuad Zarkashi – Timbalan Menteri Pelajaran
Apa pula komen KPPM melihat anak didiknya berlaku sedimian rupa?
Atau apakah kini, semua agensi kerajaan sudah di jadikan budak suruhan kepada UMNO? dan mereka sudah hilang pertimbangan untuk bertugas untuk rakyat yang berbilang bangsa, berbilan keturunan, berbilang fahaman, berbilangan anutan agama di Malaysia Kini?

Lima Projek Diberi Kepada Shamsuddin Hayroni Secara Runding Terus

Posted: 18 Jan 2011 08:30 AM PST

KENYATAAN AKHBAR
18 JANUARI 2011

Kerajaan Negeri Selangor sedia maklum dengan kes melibatkan mantan Menteri Besar, Dr Mohamad Khir Toyo yang berdepan tindakan mahkamah kerana didakwa terlibat dalam gejala rasuah.

Kerajaan Negeri Selangor yang kini ditadbir Pakatan Rakyat tidak terlibat dengan pemberian projek secara runding terus kepada syarikat-syarikat yang dimiliki Shamsudin Hayroni.

Bagi mengelak timbul spekulasi dan tanggapan buruk terhadap Kerajaan Negeri Selangor menjelang perbicaraan kes Dr Khir, Kerajaan Negeri telah mengarahkan maklumat lanjut diperolehi melibatkan projek-projek yang telah diberikan kepada Shamsuddin Hayroni ketika Dr Khir menjadi Menteri Besar.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 16 Disember 2010 membuat keputusan supaya maklumat tentang jenis projek dan nilai projek yang diberikan kepada syarikat milik Shamsuddin Hayroni didedahkan untuk pengetahuan umum.

Sebanyak lima projek runding terus telah diberikan kepada Majulia Sdn Bhd dengan nilai projek berbeza iaitu:

1. Pembinaan kuarters kakitangan kerajaan di Seksyen 16,Fasa 1 dengan nilai RM22,880,000

2. Pembinaan kuarters kakitangan kerajaan di Seksyen 16 fasa 2 dengan nilai RM61 juta

3. Cadangan merekabentuk, membina dan menyaipkan bangunan Perpustakaan Selangor Maju bernilai RM71,080,000

4. Cadangan membina dan menyiapkan jalan dari Simpang B15/B11 Lama Daerah Sepang bernilai RM73,750,871.53

5. Cadangan projek pembangunan sebuah stadium terbuka, sebuah pencawang elektrik, dua kebuk dan satu unit loji kumbahan atas sebahagian tapak Kompleks Sukan atas tanah kerajaan, mukim Dengkil bernilai RM14,999,000.00

Sementara itu, dua lagi syarikat milik Shamsuddin iaitu Getrahome Sdn Bhd dan Kanasutra Sdn Bhd telah diberikan projek secara penswastaan.

Getrahome Sdn Bhd mendapat projek pembangunan perumahan dan perniagaan secara penswastaan atas tanah seluas 134.57 ekar mukim Dengkil, Daerah Sepang bernilai RM16 juta pada tahun 2000.

Kanasutra Sdn Bhd pula diberikan projek cadangan pembangunan perumahan dan perniagaan secara penswastaan atas tanah kerajaan lot 5395 dan 5396 Mukim Dengkil pada 2005 bernilai RM14 juta. Bagaimanapun, MMKN pada 27 Januari 2010 telah membatal dan menarik balik projek berkenaan.

Pendedahan maklumat ini dibuat bagi memastikan Kerajaan Selangor dan kakitangan awam tidak dikaitkan dalam perbicaraan kes Dr Khir dan Shamsuddin Hayroni.

Ini juga sejajar dengan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban pentadbiran yang didokong oleh Pakatan Rakyat yang sama sekali menolak sebarang penyelewengan dan salah guna kuasa di kalangan pemimpin dan ahli politik demi kepentingan peribadi.

Dr Khir didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Kerajaan Negeri berpendapat maklumat yang diberikan ini dapat membantu pihak berkuasa menjalankan siasatan.

FAEKAH HJ HUSIN
SETIAUSAHA POLITIK KEPADA DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

Surat Tawaran Debat Terbuka Kepada Perdana Menteri

Posted: 18 Jan 2011 12:14 AM PST

Klik Imej Untuk Besarkan

Speech by Ragunath Kesavan, Chairman of The Bar Council, at The Opening Of The Legal Year 2011 (15 Jan 2011)

Posted: 17 Jan 2011 09:50 PM PST

In PP v Anwar Ibrahim, the Federal Court rolled back statutory amendments introduced in Section 51A of the Criminal Procedure Code to augment the rights of accused persons. By enacting this provision that imposes a statutory duty on the prosecution to provide documents to the defence prior to the commencement of trial, Parliament made it plain its intention to level the playing field between the prosecution and the defence.

In a regrettably regressive decision, the Federal Court refused to allow the defence access to documents other than the usual basic documents pre-dating the amendments. The full and timely disclosure of documents and statements would surely assist in a speedy disposal of the trial. More crucially, courts must exercise their discretion in favour of enhancing an accused person's right to a fair trial, and increasing transparency and fairness in the country's criminal justice system. Non production of documents and information merely gives rise to the perception, in the public mind, of a cover up and will not assist in enhancing public confidence in the criminal justice system.
—–

Yang Amat Arif, saya dengan rendah diri memohom izin meneruskan hujah saya dalam Bahasa Inggeris.

My Lord,

I am honoured to speak not only for the Bar Council but also on behalf of the Sabah Law Association and the Advocates Association of Sarawak, who are represented here today with the presence of their respective Presidents, Datuk John Sikayun and Khairil Azmi bin Mohd Hasbie.

It gives me great pleasure to be able to address this distinguished gathering on the occasion of the opening of the 2011 Malaysian legal year.

A year on from the historic first ceremony in January 2010, we cannot rest on our laurels but must continually strive to improve the administration of justice and the rule of law in Malaysia. We cannot be satisfied with pioneering first steps, but must be sufficiently courageous to extend boundaries. This may transgress well-worn customs and traditions, and may find displeasure among those with vested interests in preserving the status quo. However, we cannot be inhibited by such considerations. If adjustments are required we must be bold and mature enough to stand up for such corrections purely in the interest of justice and fairness.

The introduction of court mandated mediation, court recording transcription services, structured and uniform case management directions and the introduction of the "New Civil and Commercial" courts have increased the efficiency of our judiciary. The changes brought about by Your Lordship have, by and large, been welcomed by the legal fraternity. We were plagued with problems of public distrust and disdain of the judiciary for reasons of judicial indiscipline, alleged corruption even at the highest level of the judiciary, judge fixing, an administration system that had not been revamped for decades, inconsistent case management styles and directives issued at the whims and fancies of each judicial officer. The appointment of three inept and unacceptable chief justices post Tun Salleh Abas led to the near complete breakdown and destruction of our judiciary.

We can stand tall and reflect that we had firmly and consistently spoken out and acted against the massive decline in judicial independence.

Your Lordship had the most arduous task of instilling discipline, order and direction in the judicial system.

However, we caution that reform including the pace of such reform, must always be in tandem with the needs of all stakeholders, including the capacity of the judges, lawyers and court system. Speed alone cannot be the sole and overriding factor, for there must be no miscarriage of justice in the prompt completion of cases. In the matter of postponements and adjournment of cases, it is a critical part of the individual independence of judicial officers that they have sole control of cases before them, including the discretion whether or not to grant an adjournment because they must be guided by the need to do "substantial justice" between the parties.

The criminal justice system requires a much more detailed and tempered approach. The problems faced there are considerably different from those of the civil courts and expediting hearings may not entirely be in the public interest if this results in more instances of acquittals, or an accused is denied the right to a proper and full defence.

The paramount objective of the administration of justice must be to achieve qualitative justice in every instance. An excellent justice system requires a combination of a fair conduct of cases, their prompt disposal and well reasoned decisions so as to ensure that justice is done and seen to be done.

As we consider the challenges that lie ahead, we would do well to reflect on the following words, taken from Chapter VI of Machiavelli's "The Prince":

". . . there is nothing more difficult to take in hand, more perilous to conduct, or more uncertain in its success, than to take the lead in the introduction of a new order of things, because the innovator has for enemies all those who have done well under the old conditions, and lukewarm defenders in those who may do well under the new. This coolness arises partly from fear of the opponents, who have the laws on their side, and partly from the incredulity of men, who do not readily believe in new things until they have had a long experience of them."

The reforms that have been implemented have resulted in a significant improvement in the quality of the administration of justice. We welcome such changes even though disagreements are bound to exist from time to time. We do not always agree or achieve consensus on issues but we have a good working relationship with the Judiciary and the Attorney General's Chambers upon which we can build, and we look to continued constructive dialogue and discussion with both parties.

Judicial temperament

My Lord,

The life of a Judge requires independence of thinking and fearlessness of character. It is indeed a high challenge and a very lonely pursuit. A judge must be independent, impartial, conduct him or herself with integrity, act with propriety and must at all times ensure equality of treatment to all before the Courts.

We would do well to recall the one of the guidelines issued to AbuMusa al-Ashari, the then-Governor of the Iraqi port city of Basra, by Umar bin al-Khattab, the second Khalifa of Islam (13-23AH) (634-644 CE). The thirdh guideline reads as follows:

Treat the people equally in your court and give them equal attention, so that the noble shall not aspire to your partiality, nor the humble despair of your justice.

Judicial boldness

My Lord,

Our judges in taking their oath of office set out in paragraph 1 of the Sixth Schedule of the Federal Constitution undertake to

……."faithfully discharge [their] judicial duties in that office to the best of their ability, they will bear true faith and allegiance to Malaysia, and will preserve, protect and defend its Constitution.

The judiciary must boldly uphold this duty to adjudicate any dispute before it guided solely by the Federal Constitution. In all such deliberations, the underlying principles of the rule of law must remain fundamental and omnipotent.

In many jurisdictions, it is the Courts that lead in expanding the rights of individuals and curbing the excesses of the executive. In 1995, the South African Constitutional Court in the celebrated case of The State v T.Makwanye and M.Mchunu held that the death penalty breached the "right of life" provision contained in the Section 9 of the South African Constitution. Significantly, the Court did not abdicate its constitutional role and leave it to the legislature to abolish the death penalty.

An independent judiciary is an indispensable element of a working democracy as it is not beholden to constituents who elect it into office. There are no shackles of loyalty to any particular group and therefore the Judiciary can and must fulfil its primary duty of upholding the Federal Constitution. Judges must rule on the basis of the law within the context of the Federal Constitution and not be influenced by public opinion and they must be indifferent to pressures of the times.

My Lord,

We have our own challenges, Shamala Sathiyaseelan v Dr. Jeyaganesh C. Mogarajah was a recent matter before the Federal Court, involving essentially conflict of laws between the separate jurisdictions of Syariah and civil laws, in respect of the custody and guardianship of children arising out of the conversion of one spouse to Islam.

This matter presented the Court with a clear occasion to resolve fundamental questions that affect public interest. The Federal Court refused to decide on the matter, on the basis that Shamala, by leaving the jurisdiction with her children, was in contempt of an earlier High Court order giving the father the right of access to the children.

The Federal Court abdicated its role as the ultimate arbiter in this dispute. Politicians have dithered and wavered in looking for a solution, pandering to the various interest groups. The Federal Court missed this opportunity to lead the way and set down the law in accordance with the Federal Constitution.

The Judiciary ought to have stepped in to fill the legal lacuna. The Court must fulfil its responsibility to right an injustice, no matter how difficult or divisive the issues are.

In PP v Anwar Ibrahim, the Federal Court rolled back statutory amendments introduced in Section 51A of the Criminal Procedure Code to augment the rights of accused persons. By enacting this provision that imposes a statutory duty on the prosecution to provide documents to the defence prior to the commencement of trial, Parliament made it plain its intention to level the playing field between the prosecution and the defence.

In a regrettably regressive decision, the Federal Court refused to allow the defence access to documents other than the usual basic documents pre-dating the amendments. The full and timely disclosure of documents and statements would surely assist in a speedy disposal of the trial. More crucially, courts must exercise their discretion in favour of enhancing an accused person's right to a fair trial, and increasing transparency and fairness in the country's criminal justice system. Non production of documents and information merely gives rise to the perception, in the public mind, of a cover up and will not assist in enhancing public confidence in the criminal justice system.

Access to justice

My Lord,

Access to justice remains a central priority for the Bar Council. Currently, too many persons are unrepresented in criminal trials, a situation that is very troubling. With the coming into force of the amendments to the Criminal Procedure Code formalising plea bargain and introduction of pre-trial conferences, it will be critical to ensure that legal representation is provided to all accused persons.

Constitutional guarantees of the right to legal representation are meaningless if one is unable to access legal representation because of insufficient means. All developed nations have in place some form of a comprehensive legal aid structure for those who cannot afford legal services. This has not been quite the case in Malaysia. We are proud to be one of the few law associations in the world that runs a fairly comprehensive legal aid scheme funded solely by a levy imposed on all our members. However, in order to be effective, any legal aid system that is introduced must be sustainable, and far more comprehensive than the current Bar Council legal aid scheme has the means to be.

We are therefore heartened by the establishment of a national legal aid foundation, to be known as Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, a collaborative effort involving the Government, the Malaysian Bar, and the private sector. The Foundation will be an independent body that will fund the provision of legal aid, enhance services for lawyers to represent those needing legal representation, determine the guidelines for the administration of the national legal aid scheme, and initiate and carry out educational programmes designed to promote understanding amongst members of the public of their rights and duties under the laws of Malaysia. The Foundation will focus on obtaining representation for persons from the point of arrest to court hearings – and those who do work for YBGK will be remunerated.

I must place on record our greatest appreciation to the learned Attorney General for his relentless push and the efforts of his officers in setting up the the Foundation.

We are also heartened that the Inspector-General of Police, Tan Sri Ismail Omar at a recent dinner he had hosted for the Bar Council emphasised the need for all stakeholders to work together to improve our criminal justice system. The Inspector General had also reiterated that human rights and the rule of law must be an integral part of the criminal justice system. His commitment that the Police will work in tandem with the Foundation is most welcome.

Justice for all

It is important to understand and accept that the future of Malaysia must be built on a multi-racial, multi-religious approach of respect and acceptance.

Ultimately we have to ask ourselves this question: What kind of country do we want to be? In order to answer this question, we have to understand the rules and regulations that govern the relationship between the government and the people. We need to go back to the basics.

One of the most important projects the Bar Council had undertaken in the last two years is the "MyConstitution" campaign, where the Constitutional Law Committee of the Bar Council has gone round the country to promote knowledge and understanding of the Federal Constitution. The aim is to create awareness and to simplify the Constitution for all, and to empower the people to take charge of the Constitution, which is rightfully the peoples' document.

The campaign projects the essence of democracy in which the government, whatever its political composition, is bound by a higher set of rules, embodied in a constitution. Although democracy is based on the principle of the rule of the majority, at the same time, democracy also requires that the rights of minorities are safeguarded.

We affirm the two tenets of the Rukunegara which are relevant here, namely "Keluhuran Perlembagaan" or "the Supremacy of the Constitution" and "Kedaulatan Undang-Undang" or "Upholding the Rule of Law".

The way forward is to assure the people that there is a place for everyone in Malaysia regardless of race or religion. This assurance must be reiterated not only by the government of the day but by all of us. We must believe and must commit and unite in our efforts to build a nation that progresses on diversity.

We have consistently, over the years, reiterated that our objective is the betterment of Malaysia. We want to see a Malaysia coming together in unity of purpose, through upholding the rule of law and the Federal Constitution.

I stand here to reaffirm and reiterate that we shall proceed to uphold the Rule of Law without fear or favour.

We accept and understand that there is so much more to be done and we strive to remain independent and engage and interact with any and all groups, with the objective of building a stronger and better Malaysia for all.

Conclusion

My Lord

As we collectively mark the first anniversary of the Opening of the Legal Year on a Federal level, I must take this opportunity to record our appreciation for Your Lordship's openness, humility and tireless effort to achieve change which has resulted in a renewed vigour in the judiciary. Your Lordship has always been approachable and sympathetic to the issues we have raised, and Your Lordship has always been open to criticism.

We welcome this new judicial environment, and want this to continue, as it is vital that all of us work together for a common objective, that of strengthening and enhancing our judicial system, towards a better Malaysia. We are committed to supporting this process, and look forward to opportunities for us to contribute in this regard.

We shall continue to uphold the rule of law and to act in the best interest of Malaysia.

It remains for me on behalf of the Bar Council, the Advocates Association of Sarawak and the Sabah Law Association to wish you good health and every happiness in the New Year.

Suburkan Dialog Antara Agama & Budaya Yang Melibatkan Isu-Isu Sensitif

Posted: 17 Jan 2011 09:46 PM PST

NOTA PANDANGAN BIPPA.
(Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama, Parti Keadilan Rakyat)

“Merujuk kepada Isu laungan azan di Masjid Al-Ikhlasiah, Kg Kerinci, Kuala Lumpur dan Isu umat Islam bekerja di premis yang menjual arak di Selangor dan kontroversi Novel Interlok.”

Mutakhir ini isu-isu sensitif yang melibatkan agama dan budaya terus menjadi-jadi di negara kita. Ini adalah sebahagian daripada fenomena terkini yang dikaitkan dengan kehidupan manusia yang semakin rencam akibat dari arus globalisasi. Sistem pemerintahan demokrasi yang dipraktikkan dikebanyakan negara di dunia yang mengutamakan soal hak asasi manusia serta kebebasan beragama memerlukan kebijaksanaan untuk mengurus rakyat yang berbilang bangsa dan agama. Bermula atas premis ini maka persoalan interaksi dan sifat tolak ansur (tasamuh) sangat penting untuk menjadi wahana bagi mengatasi isu-isu yang sensitif.

Oleh itu, adalah amat penting untuk kita suburkan dialog antara agama dan antara budaya bagi meminimakan perbezaan pandangan agar ia tidak meruncingkan lagi sehingga boleh merosakkan negara. Dialog atau perbincangan antara dua pendapat yang berbeza dengan tujuan utama untuk saling tegur menegur agar boleh meningkatkan kefahaman dan berubah kearah yang lebih mulia adalah suatu keperluan semasa yang sangat penting. Matlamat akhir dari proses ini adalah bagi memastikan kehidupan yang lebih harmoni, sejahtera antara rakyat , serta amalan agama dan budaya akan lebih terjamin.

Pandangan Dr Mohd Farid Sharan (UIA) (Dibentang dalam "Muzakarah Pendisiplinan Dialog Antara Agama dan Peradaban" pada 22 Januari, 2008, di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Kuala Lumpur.) amat menarik untuk dijadikan panduan mengenai dua pendekatan dialog yang boleh dilaksanakan.

"Pertama : dialog yang lebih khusus dengan tujuan menjelaskan kebenaran agama masing-masing dan mengelakkan kesilapfahaman di kalangan penganut agama lain. Asas kepada dialog bentuk ini ialah menjalin persefahaman. Ia bukan bertujuan untuk mengubah mana-mana doktrin agama akan tetapi untuk menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai kepercayaan dan kefahaman agama masing-masing. Ia mungkin menjadi bentuk perdebatan, akan tetapi ia harus dilakukan dengan ilmiah dan sihat. Di peringkat ini, dialog harus diwakili oleh para ilmuwan yang berwibawa dari kedua-dua belah pihak. Sebaiknya ia dijalankan secara tertutup dengan dihadiri oleh mereka yang benar-benar faham mengenai maudu' yang dibahaskan."

"Kedua ; Dialog yang menumpukan terhadap penyelesaian masalah-masalah semasa yang lebih berkait dengan urusan pentadbiran agama dan maslah-masalah semasa. Tujuan dialog bentuk ini ialah untuk menjamin kelangsungan keharmonian dalam kehidupan bersama (peaceful co-existence). Ia bersifat lebih pragmatik dalam erti kata membahaskan masalah-masalah yang timbul yang memberi kesan langsung kepada keharmonian kehidupan bersama masyarakat beragama. Ia termasuk membincangkan persoalan common enemies yang dihadapi oleh setiap agama seperti aliran-aliran sekular, kepentingan prinsip-prinsip etika yang dapat dikongsi bersama. Ia bukan untuk berkompromi mengenai nilai-nilai agama yang dipegang oleh setiap agama akan tetapi mencari titik pertemuan yang dapat dijadikan titik tolak tasamuh antara penganut-penganut agama."

Asas utama untuk menjayakan dialog ini adalah sikap kelompok yang terlibat bersedia dengan keupayaan untuk memberikan reaksi yang meyakinkan terhadap sebarang permasalahan yang dibangkitkan. Dalam hal yang dipersetujui bersama hendaklah didahulukan dan terus dijayakan , manakala hal-hal yang tidak dapat dikompromi atas dasar prinsip agama atau budaya maka hendaklah kita berlapang dada dan saling hormat menghormati antara satu sama lain. Asas inilah yang digunapakai oleh Pakatan Rakyat yang dibentuk selepas pilihanraya 8 Mac yang lalu.

Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama , Parti Keadilan Rakyat mengucapkan tahniah atas usaha yang dilakukan oleh Pemuda PAS yang telah mengadakan pertemuan muhibah antara penulis, budayawan dan NGO dengan tujuan untuk mencari formula penyelesaian dan kontroversi yang melanda novel Interlok. Ternyata dialog yang penuh keilmuan, kematangan dan saling hormat menghormati telah menghasilkan suatu jalan penyelesaian yang lebih harmoni. Tindakan yang bersifat emosi melulu dan bertujuan untuk mencari publisiti umum tidak akan berkesudahan malah akan mengakibatkan kelompok yang kalah akan memberontak.

Berkumandangnya azan setiap waktu di masjid-masjid seluruh dunia adalah sebahagian daripada syiar Islam. Ketika kita bersedia bertolak ansur untuk menerima bunyi-bunyi lain yang berbentuk keagamaan atau adat sesuatu kaum dalam negara kita, maka harus ada kesediaan untuk pihak yang berkenaan juga bersedia dengan laungan azan yang hanya lebih kurang lima minit. Sekiranya bantahan itu dalam bab yang lebih khusus , selain dari bunyi azan, itu kita sedia untuk berdialog dan berbincang secara ilmiah dan saling hormat menghormati. Dalam hal ini juga antara pandangan seorang dan pandangan kolektif yang melibatkan lebih ramai amat wajar diambil kira. Pandangan individu ini mungkin kes yang amat terpencil yang boleh diberi nasihat secara peribadi dan tertutup. Maksudnya pendapat individu ini bukan isu umum yang perlu dibahaskan secara terbuka.

Termasuk isu orang-orang Islam yang bekerja di premis-premis yang menjual arak di Selangor dan melibatkan pandangan berbeza antara dua Exco Kerajaan Negeri Selangor. Ini melibatkan pandangan dalam urusan agama dan urusan pentadbiran. Saya amat percaya sekiranya dialog yang mengambil kira pandangan pakar-pakar dalam hal agama dan pentadbiran disatukan dalam satu majlis, serta memegang kepada prinsip yang telah di nyatakan di atas, sudah pasti isu ini dapat di leraikan dengan jayanya.

Pihak yang berkenaan perlu bersedia untuk menerima perubahan dengan meletakkan keutamaan kepada kehidupan yang lebih harmoni ,sejahtera serta saling menghormati kepada pegangan agama masing-masing. Pegangan agama adalah perkara pokok yang susah untuk dikompromi, kerana agama berkait rapat dengan kepercayaan, keyakinan dan pegangan hidup yang bersifat mutlak dalam kontek kesucian yang sukar untuk menerima perubahan. Ini bersesuaian dengan perintah Allah dalam al-Quran Surah Al-kafirun bahawa " Bagi mu agama kamu dan bagiku agamaku" (Lakum di nukum waliyadin). Manakala dalam urusan pentadbiran adalah amat mudah diubah serta di kompromi.

Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama Parti Keadilan Rakyat menyarankan :-

Semua pihak yang mempunyai pandangan yang berbeza khususnya dalam isu-isu yang sensitif yang melibatkan persoalan agama dan budaya sesuatu kaum untuk duduk semeja berdialog dengan penuh beradap dan saling hormat menghormati.

Majlis dialog ini boleh dianjurkan oleh pelbagai pihak termasuklah parti politik , pihak kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ingin melihat kepentingan hidup harmoni lagi sejahtera dalam konteks negara Malaysia. Kenyataan sebelah pihak melalui media terbuka hendaklah dihentikan, kerana ia tidak membantu menjayakan majlis dialog ini.

Dialog ini perlu melibatkan pihak-pihak yang berkaitan dan individu yang mempunyai autoriti dan keilmuan dalam bidang tersebut. Ini bagi menghasilkan tindakan yang lebih konprehensif selepas mencapai resolusi dialog ini. Sekiranya tidak dialog ini hanyalah perbahasan ilmiah yang direkodkan untuk bacaan generasi akan datang.

Disediakan oleh :

Ahmad bin Kasim,
Ahli Parlimen Kawasan Kuala Kedah.
Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama,(BIPPA)
Parti Keadilan Rakyat.

KPRU: Dedahkan Butiran Rundingan Pembelian Bakun

Posted: 17 Jan 2011 09:41 PM PST

Dari Merdeka Review
Oleh KPRU

Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) berpendapat bahawa, jika proses penjualan Empangan Bakun tidak dijalankan secara telus dan terbuka, usaha kerajaan untuk menarik pelaburan asing melalui pelbagai program transformasi hanya akan menjadi omongan kosong yang tidak meyakinkan.

Untuk memulihkan keyakinan para pelabur, kerajaan wajib menjalankan penilaian terkini yang komprehensif terhadap projek Empangan Bakun untuk pengetahuan umum. Ini termasuklah nilai sebenar, ketirisan, jumlah kerugian dan kos sosial sepanjang pelaksanaan projek tersebut. Laporan penilaian sedemikian dapat memberikan ruang penyertaan dan maklumat penuh kepada sektor swasta selain mengembalikan keyakinan umum yang semakin terhakis terhadap keupayaan tadbir urus kerajaan berhubung projek mega.

Dalam konteks projek mega dikendalikan oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tanpa ketelusan, kerajaan sewajarnya mengemukakan laporan penilaian sedemikian bagi mengelakkan pihak swasta daripada mengalami kesan himpitan (crowding-out effect). Jika laporan penilaian sedemikian tidak dikemukakan oleh kerajaan, projek Bakun akan kekal sebagai “monumen korupsi” seperti mana yang disebut oleh Transparency International Malaysia (TI-M).

Terbaru, sudah ada bidaan untuk membeli Empangan Bakun daripada Syarikat Sarawak Hidro Sdn Bhd (SHSB). Tiga pihak yang membida Empangan Bakun adalah Sarawak Energy Bhd (SEB), 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan Qatar Investment Authority (QIA). Ketiga-tiga pembida terbabit menawarkan harga pembelian dalam lingkungan RM6.3 bilion sehingga RM8.8 bilion kepada SHSB.<1> Adalah dimaklumkan secara tidak rasmi bahawa pembida yang menawarkan harga terendah, iaitu SEB akan memperoleh empangan tersebut.

KPRU mendapati bahawa proses penjualan secara keseluruhannya penuh dengan keraguan. Kos keseluruhan Empangan Bakun yang dilaporkan adalah RM7.3 bilion.<2> Namun SEB hanya menawarkan harga RM6.3 bilion, kurang RM1 bilion daripada kos asal Empangan Bakun. Ini tidak merangkumi faedah pinjaman dan tanggungan kerajaan selama lebih kurang 10 tahun sejak pengambil-alihan projek tersebut oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 2000.

Apa yang membimbangkan adalah, perundingan penjualan Empangan Bakun dilakukan secara tertutup antara Kerajaan Sarawak dengan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, dan telahpun diadakan sejak beberapa bulan lalu. Kemudian, berita penjualannya diumumkan secara mengejut tanpa melalui sebarang proses pembidaan terbuka yang dimaklumkan kepada pelabur-pelabur yang berminat. Amalan sedemikian bercanggah dengan jaminan kerajaan dalam mentransformasikan ekonomi negara kita selari dengan pelancaran 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) baru-baru ini.

Dalam pada itu, apakah kelebihan kelayakan SEB yang membolehkan Kerajaan Persekutuan menjual Empangan Bakun kepada mereka? Lebih-lebih lagi, Kerajaan Negeri Sarawak telah menangguhkan kelulusan proses penakungan air yang menyebabkan kelewatan operasi Empangan Bakun, sehingga mengakibatkan kerugian kos faedah sebanyak RM10 juta sebulan mulai tahun depan. Persoalannya, adakah SEB menggunakan kelebihan tersebut untuk memenangi bidaan pemilikan Empangan Bakun?

Laporan terkini juga mengesahkan desas-desus selama ini bahawa kabel dasar laut tidak akan dibina. Berdasarkan perancangan asal pembinaan Empangan Bakun, Kerajaan Persekutuan pernah berhasrat untuk menyalurkan tenaga elektrik ke Semenanjung Malaysia menerusi kabel dasar laut. Atas sebab-sebab tertentu dan dasar yang tidak menentu (flip-flop), projek tersebut dihentikan.

Kini, Menteri mengumumkan bahawa dua stesen janakuasa arang batu akan dibina di Semenanjung bagi menampung kehilangan tenaga yang pada asalnya disalurkan dari Bakun. Pembinaan stesen janakuasa arang batu merupakan satu langkah mundur (backward) dan telah memberi satu tamparan besar kepada hasrat kerajaan untuk menjayakan dasar tenaga hijau. Hal ini juga telah membuktikan kerajaan tidak mempunyai Dasar Tenaga Nasional yang konsisten dan mapan.

<1> The Edge Financial Daily, September 24, 2010
<2> The Star, Costs at Bakun Dam project set to balloon, August 9, 2010

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://kpru2010.wordpress.com/.

*Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) merupakan sebuah pusat kajian yang bebas dan kritikal. KPRU ditubuhkan pada era pasca 8 Mac dengan tujuan membawa idea perubahan kepada rakyat Malaysia melalui kajian dan sesi dialog.

KPRU memberi fokus kepada kajian terhadap bidang ekonomi politik dan sektor strategik yang dapat membawa impak jangka masa panjang kepada masyarakat. Dengan penerapan idea baru dan interaksi dengan pelbagai pihak berkepentingan, kajian KPRU diyakini akan membawa pemikiran dan wacana segar untuk menghadapi cabaran negara dalam dekad yang akan datang.

Tiada ulasan: