Anwar Ibrahim |
- Perlembagaan Negeri Selangor: Isu Perlantikan Setiausaha Kerajaan
- Pelan 100 Hari: Najib Tak Mahu Bantu Rakyat
- Datuk Seri Anwar Ibrahim di Sidang Media Mingguan KEADILAN
- Selangor: Mereka Tunjuk Lagi Perangai Itu
Perlembagaan Negeri Selangor: Isu Perlantikan Setiausaha Kerajaan Posted: 10 Jan 2011 06:39 PM PST Isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri sedang hebat dibincangkan dikalangan rakyat Negeri Selengor khususnya dan Malaysia secara amnya. Sehubungan dengan itu, saya ingin mengemukakan isi kandungan perlembagaan Negeri Selangor berhubung perlantikan Setiausaha Kerajaan, sebelum dan selepas pindaan yang dibuat oleh BN pada tahun 1993. Berdasarkan apa yang dikemukakan, tuan-tuan dan puan-puan bolehlah membuat keputusan sendiri akan siapa sebenarnya yang merampas kuasa Sultan dan kerajaan Negeri dan menyerahkannya kepada kerajaaan Pusat. PERLEMBAGAAN SEDIA ADA SELEPAS PINDAAN PERLEMBAGAAN SEBELUM PINDAAN (Maaf yang dalam BM tiada. Saya catit dalam BI dan terjemah) Provided that before acting on the recommendation of the Service Commission His Highness shall consider the advice of the Menteri Besar and may once refer the recommendation back to the Commission in order that it may be reconsidered. Terjemahan oleh saya Asalkan sebelum bertindak mengikut cadangan dari Suruhanjaya Perkhidmatan Baginda mempertimbangkan nasihat dari Menteri Besar dan boleh merujuk semula cadangan tersebut kepada Suruhanjaya satu kali untuk ianya dipertimbangkan kembali. Harap dimaafkan sekiranya terjemahannya tidak setepat yang diinginkan, kerana bahasanya merupakan bahasa undang-undang yang agak rumit. Namun secara dasarnya maksudnya tidak lari, insyaAllah. Apa yang penting, sebelum 1993, peranan DYMM Sultan disebut dan begitu juga peranan Menteri Besar. Walaubagaimanapun, selepas 1993, pindaan yang dibawa oleh 'Mamak Bendahara' yang gila kuasa langsung tidak memberikan apa-apa peranan kepada Sultan atau pun Menteri Besar. Perkara ini tidak hanya melibatkan Setiausaha Kerajaan tetapi juga Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri! Maka inilah sebabnya mengapa DYMM Sultan Selangor bertitah kepada TS MB, bahawa Baginda tidak mempunyai kuasa untuk menolak orang yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan. Kalau mengikut teks perlembagaan, maka restu DYMM pun tidak diperlukan, namun secara adat kebiasaan, ianya dipinta. Begitu juga upacara angkat sumpah di hadapan DYMM Sultan. Apabila kedua-dua ini dilakukan, maka ianya digunakan oleh UMNO sebagai sebahagian dari sandiwara mereka untuk mendakwa Dato Khusrin adalah 'pilihan Sultan' dan siapa menentang, menentang Sultan. Oleh yang demikian, apa yang jelas, UMNO tidak mahu mengaku bahawa Dato Khusrin adalah pilihan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia yang di bawah telunjuknya, tetapi dalam masa yang sama ingin sangat berselindung di sebalik Sultan. Tujuannya adalah untuk melagakan Kerajaan PR dengan Sultan dan seterusnya bangsa Melayu. Dengan itu mereka akan melaungkan istilah "Derhaka, derhaka!" Sedangkan jelas dari apa yang tercatit di atas, yang merampas kuasa Sultan pada 1993 adalah UMNO yang dipimpin oleh Mamak Bendahara pada ketika itu. Sikap mengkhianati dan memperkecilkan peranan Sultan terus dilakukan mereka, sehinggalah kini. Maka pada pendapat saya, pindaan perlembagaan yang dicadangkan oleh kerajaan PR untuk mengembalikan kuasa kepada Negeri, iaitu DYMM Sultan dan MB adalah satu langkah yang bijak. Ianya juga lebih bertepatan dengan konsep Federalisma di mana kuasa dan hak Negeri dihormati oleh Pusat. Pada masa yang sama ianya memberi peluang kepada UMNO untuk membuktikan kesetiaan serta keikhlasan mereka kepada Sultan dan negeri Selangor itu sendiri dengan mengembalikan kuasa kepada Sultan dan Menteri Besar. Ianya juga memberi mereka peluang untuk menebus dosa-dosa lama. Bagi saya, sekiranya cadangan pindaan ini ditolak oleh UMNO, maka adalah jelas sekali siapakah pendekar dan siapakah penderhaka. Wallah u ‘Alam |
Pelan 100 Hari: Najib Tak Mahu Bantu Rakyat Posted: 10 Jan 2011 04:28 PM PST Dari Harakah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membidas pelan 100 hari Pakatan Rakyat sebagai bukti bahawa Umno BN sememangnya tidak mahu meringankan beban rakyat. Beliau ketika ditemui Harakahdaily hari ini berkata, ianya juga membuktikan kedangkalan pemikiran pemimpin tertinggi Umno BN itu apabila mendakwa pelan tersebut tidak berpaksi kepada kenyataan dan mempersoal punca kewangannya. Sedangkan menurutnya, apa yang ditawarkan Pakatan Rakyat itu adalah keperluan rakyat yang sememangnya di dalam kemampuan negara jika sumber hasil diurus dengan baik. “Ini menyerlahkan bahawa mereka tidak mahu hapuskan tol, tidak mahu beri imbuhan kepada guru dan tidak mahu hapuskan Felda Plantation. “Kita telah tunjuk bukti dalam masa yang singkat di negeri-negeri yang kita perintah termasuk Kelantan. Dulu orang kata Kelantan akan muflis dalam masa tiga bulan, tapi kita tengok sekarang sudah 20 tahun,” katanya. Beliau berkata demikian sebagai mengulas bidasan Najib yang dilapor media hari ini berhubung pelan tersebut. Najib mendakwa tawaran yang terkandung di dalam pelan tersebut sebagai populis dan tidak bertanggungjawab kerana akan menggadaikan masa depan negara. Pelan itu juga jelasnya dibuat tanpa mengambil kira kemampuan negara, dan belaiu menjangkakan negara akan bankrap dalam masa dua tahun jika pelan itu dilaksanakan. “Kalau dia kata sebagai populis, kita nak tanya RM65 juta baiki rumah Perdana Menteri dan bayar RM70 juta kepada Apco itu bukan untuk populis ke?” soalnya lagi. Katanya, negeri-negeri Pakatan Rakyat juga terbukti lebih kedepan menjaga kebajikan rakyat termasuk memperkenal pelbagai program untuk warga emas, ibu tunggal dan warga miskin. Jika dibanding dengan mentaliti BN katanya, parti pemerintah itu hanya tahu memeras rakyat dan bukan mahu meringankan beban mereka. “Walaupun nilai yang diberi kecil, tapi 50 tahun Umno perintah dia tak mampu buat. “Dia nak urus negara, dia ambil wang subsidi dalam poket rakyat dan beri kepada kroni-kroni,” jelasnya. Mengulas lanjut Mahfuz berkata, jika Najib mahu melihat bukti dan ingin tahu dari mana sumber kewangan yang akan diguna, beliau mencabar presiden Umno itu menyuruh rakyat bersama Pakatan. “Kalau dia nak tahu sumber kita, kita minta dia isytihar kepada rakyat supaya ubah sekarang untuk tengok bukti mana sumber dan hasil kita,” katanya mencabar Najib. Bulan lalu, Pakatan Rakyat mengemukakan tawaran dalam Program 100 hari yang mengandungi sembilan perkara termasuk pengurusan negara, ekonomi dan pendidikan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari jika menang pada pilihan raya umum (PRU) ke-13. Antaranya mengarahkan Khazanah Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyempurnakan pengambilan alih aset lebuh raya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol, merombak struktur subsidi bagi mengurangkan subsidi kepada swasta dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat, menaikkan imbuhan perguruan RM500 sebulan dan melupuskan Felda Plantations bagi membuka ladang yang diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda. “Program 100 hari ini kalau kita tengok, semuanya untuk bagi rakyat rasa lega bukan untuk bagi rakyat merana,” tegasnya membidas telahan Najib. |
Datuk Seri Anwar Ibrahim di Sidang Media Mingguan KEADILAN Posted: 10 Jan 2011 01:43 AM PST Sidang Media Mingguan KEADILAN akan diadakan pada 11.00 pagi 11 Fokus Sidang Media: 1. Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum KEADILAN akan memberi respons terhadap serangan Datuk Seri Najib Tun Razak tentang Program 100 Hari Buku Jingga Pakatan Rakyat. 2. Dr. Muhd Nur Manuty, Ketua Penerangan KEADILAN / Pengerusi MPN Perak akan mengulas fitnah Utusan bahawa Pakatan anti Raja-Raja Melayu —— KEADILAN’s weekly Media Conference will be held at 11.00 am 11 January 2011 (Tuesday) at the KEADILAN Headquarters. The focus of this week’s Media Conference: 1. Datuk Seri Anwar Ibrahim, KEADILAN De-Facto Leader will be 2. Dr. Muhd Nur Manuty, the Information Chief for KEADILAN / Chairman of Perak State Leadership Council will be responding to Utusan’s claim that Pakatan is anti-Malay |
Selangor: Mereka Tunjuk Lagi Perangai Itu Posted: 09 Jan 2011 09:42 PM PST Dari Harakah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menasihatkan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor agar bersabar menghadapi segala bentuk serangan pihak lawan yang mahu merampas negeri itu. Beliau ketika menyampaikan pidatonya di Stadium Malawati, Shah Alam malam tadi berkata, apa yang menimpa Selangor hari ini bukan perkara baru, malah PAS sudah menghadapinya sejak tahun 1959 lagi. “Kita mesti bersabar dan kami dalam PAS telah lama alami keadaan ini. “Kita berpengalaman sejak tahun 1959 apabila kerajaan PAS Terengganu diguling sebelum kita ambik balik pada tahun 1999,” katanya yang menjelaskan terpaksa bersabar lebih 40 tahun sebelum dirampas pula pada tahun 2004. Beliau berucap demikian dihadapan lebih 30 ribu hadirin yang hadir pada Majlis Solat Hajat dan Pidato Perdana di sini malam tadi. Ianya dianjurkan PAS Pusat ekoran beberapa insiden terbaru melanda Pakatan Rakyat, khususnya percubaan rampasan kuasa di Selangor dan isu penggantungan Datuk Seri Anwar Ibrahim selama enam bulan dari Dewan Rakyat. Tambahnya lagi, pengalaman sama turut menimpa kerajaan PAS Kelantan, apabila diguling pada tahun 1978 dengan menggunakan akta darurat pada waktu itu. Namun PAS Kelantan kemudiannya bangkit semula mengambil Kelantan pada tahun 1990. Dan terbaru pula jelasnya, rakyat dipertonton dengan tragedi rampasan kuasa kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Perak pada tahun 2009. Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang, mahu rakyat tahu bahawa tindakan merampas negeri secara zalim, adalah strategi orang yang lemah. “Cara begini bukan kekuatan, menipu ini satu kelemahan, tindakan tidak bijak dan tidak pandai. “Dan sekarang mereka tunjuk lagi perangai itu,” katanya. Namun apa yang penting tegasnya, Pakatan Rakyat perlu melangsungkan perjuangan dengan konsisten dan bersabar. Perjuangan tersebut tambahnya, perlu dibuat pada landasan yang betul dan jangan terpesong atau mengikut golongan yang tidak mengerti. “Ini bukan janji PAS, bukan Keadilan, tapi ini janji Allah dalam al-Quran. “Teguhkan ikatan ini, perbetulkan cara bertindak kita. Insya Allah, Tuhan akan memberikan kemenangan kepada kita dalam pilihan raya umum ke-13 nanti,” katanya. Turut berucap pada malam tadi, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan