Isnin, 3 Januari 2011

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Mubahalah Menurut Islam

Posted: 03 Jan 2011 05:57 PM PST

Dari Risalah Pakatan Rakyat
Oleh Albakistani

MUBAHALAH DALAM ISLAM

PERTAMA : SUMPAH

DEFINISI

Sumpah [bahasa arab : aiman] bermakna, mengukuhkan kata-kata yang tidak pasti kebenaran kandungannya dengan menyebut salah satu dari Nama-nama Allah, ataupun menyebut salah satu dari sifat-sifatnya dengan lafaz tertentu. [Al-Fiqh Al-Manhaji : 3/575]

HUKUM SUMPAH

Hukum sumpah adalah makruh.

Firman Allah;

Maksudnya;

(dan janganlah kamu jadikan nama) Allah Dalam sumpah kamu sebagai benteng Yang menghalangi kamu daripada berbuat baik dan bertaqwa, serta mendamaikan perbalahan antara sesama manusia. dan (ingatlah), Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa mengetahui
[Al-Baqarah : 224]

Larangan dalam ayat ini bermaksud larangan makruh, bukan haram. Ini kerana, dalam beberapa keadaan hukum sumpah boleh bertukar menjadi haram, wajib, sunat dan harus.

Sumpah yang wajib adalah, apabila seseorang itu tidak dapat menyatakan kebenaran dan menyatakan sesuatu kebenaran kecuali dengan cara bersumpah, maka bersumpah menjadi wajib.

Sumpah yang sunat adalah, apabila untuk memberi kesan kepada pendengar ketika memberi ketika memberi peringatan atau nasihat. Dan sumpah yang harus pula adalah, apabila untuk melakukan perkara ketaatan atau menjauhi maksiat, atau menunjuk jalan yang benar atau melarang dari melakukan kebatilan.

Contohnya, Nabi Saw pernah berkata;

Maksudnya;

Sesungguhnya Allah tidak pernah jemu, tetapi kamu yang boleh merasa jemu. Perkara yang paling disukai dalam agama adalah, perkara yang dilakukan secara sentiasa oleh pelakunya
[Al-Bukhari : 41]

SUMPAH JADI HARAM

Sumpah boleh jadi haram, sekiranya ia digunakan untuk dipermain-mainkan.

Firman Allah;

Maksudnya;

(dan janganlah kamu jadikan nama) Allah Dalam sumpah kamu sebagai benteng Yang menghalangi kamu daripada berbuat baik dan bertaqwa, serta mendamaikan perbalahan antara sesama manusia. dan (ingatlah), Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa mengetahui
[Al-Baqarah : 224]

Sumpah juga boleh jadi haram, apabila bersumpah untuk melakukan perbuatan haram, ataupun untuk meninggalkan perkara yang wajib, atau berdusta mengenai sesuatu perkara yang tidak benar.

Nabi SAW pernah bersabda;

Maksudnya;

Dosa besar itu adalah, syirik kepada Allah, derhaka ibu bapa, membunuh dan sumpah yang dusta

[Al-Bukhari : 6182]

ORANG MUNAFIQ SUKA BERSUMPAH

Firman Allah;
Maksudnya;

mereka bersumpah kepada kamu Dengan nama Allah untuk mendapat keredaan kamu, padahal Allah dan RasulNya jualah Yang lebih berhak mereka mendapat keredaanNya, jika betul mereka orang-orang Yang beriman
[At-taubah : 62]

Menurut Imam Fakhruddin Ar-Razi, ayat ini diturunkan selepas dari berlaku peperangan tabuk. Ini kerana, dalam peperangan tersebut, orang munafiq tidak hadir. Apabila pulang dari tabuk, orang-orang munafiq datang berjumpa dengan Rasulullah SAW dan memberikan sebab. Bagi meyakinkan nabi, mereka bersumpah dihadapan Nabi SAW. Tindakan itu, menyebabkan Allah SWT menurunkan firman ini.
[at-tafsir Al-Kabir : 8/82]

KEDUA : MUBAHALAH

Makna Mubahalah dari sudut bahasa adalah, saling Laknat melaknati. [Mukjam Al-Mustalahat wa Al-Alfaz Al-Fiqhiyyah : 3/204]

Adapun makna Mubahalah dari sudut syarak adalah, saling laknat melaknati, iaitu berdoa agar diterima laknat dari Allah terhadap orang yang dusta daripada dua pihak yang saling laknat melaknati [Tahrir Alfaz At-Tanbih : 1/247]

DALIL MUBAHALAH

Firman Allah;
Maksudnya;

kemudian sesiapa Yang membantahmu (Wahai Muhammad) mengenainya, sesudah Engkau beroleh pengetahuan Yang benar, maka Katakanlah kepada mereka: “Marilah kita menyeru anak-anak Kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan Kami serta perempuan-perempuan kamu, dan diri Kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah Dengan bersungguh-sungguh, serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang Yang berdusta”.
[Surah Al-Imran : 61]

Sebab turun ayat ini, berkaitan dengan perdebatan antara Nabi SAW dengan beberapa orang nasrani dari Najran. Mereka terdiri dari 13 orang, yang diketuai oleh seorang yang bernama Al-?Aqib, atau dikenali juga sebagai Abdul Masih.

Dalam perdebatan itu, semua hujjah-hujjah Nasrani itu dijawab oleh nabi SAW, tanpa mereka berjaya membalas lagi. Namun begitu, mereka tetap berkeras juga hendak berhujjah, walau mereka sudah mempunyai hujjah lagi.

Mengenangkan sifat begitu, Allah SWT pun menurunkan ayat ini.
[Ibnu Kathir : 2/50]

SYARAT-SYARAT MUBAHALAH

Melihat kepada asbab nuzul kepada ayat ini, ulama menetapkan syarat-syarat mubahalah adalah seperti berikut;

Pertama, hendaklah dilakukan dalam keadaan Ikhlas kerana Allah. Ia tidak boleh dilakukan dengan tujuan hawa nafsu, sebaliknya hendaklah digunakan dengan tujuan mempertahankan kebenaran atau menzahirkan kebenaran.

Kedua, hendaklah ia berlaku selepas dari pertikaian ilmu. Tanpa pertikaian terlebih dahulu, maka tidak seharusnya berlaku mubahalah. Dan mubahalah itu, hendaklah dalam perkara yang berlaku dalam perkara keilmuan.

Firman Allah;
Maksudnya;

dan ada di antara manusia Yang membantah Dalam perkara-perkara Yang berhubung Dengan Allah Dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan, dan tidak berdasarkan sebarang keterangan, dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah Yang menerangi kebenaran;
[Al-Haj : 8]

Ketiga, hendaklah orang yang mengajak mubahalah itu dari kalangan orang yang dikenali sebagai ahli kebaikan dan ketaqwaan. Ini kerana, dalam mubahalah, ia mengandungi doa bersedia mendapat laknat. Doa orang yang bukan dari ahli taqwa dan kebaikan, tidak dimakbulkan oleh Allah SWT.

Firman Allah;

Maksudnya

dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang Yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.
[Al-Baqarah : 186]

Keempat, ia hendaklah dilakukan selepas kedua-dua belah pihak telah mendatangkan hujjah masing-masing. Hujjah itu pula, hendaklah hujjah yang nyata dan jelas. Sekiranya mereka tetap berkeras atas pendapatnya yang kekal atas kesesatan, tanpa bersedia menerima kebenaran, maka baru boleh mengajak kepada mubahalah.

Ibnu Qayyim menyatakan;

Maksudnya;

Sesungguhnya sunnah dalam berdebat golongan sesat, apabila didatangkan hujjah Allah [hujjah yang benar], mereka tetap tidak mahu kembali [kepada kebenaran], malahan tetap dengan kedegilan, bahawa mengajak mereka kepada mubahalah. Allah SWT menyuruh Rasulullah SAW melakukan demikian [Mubahalah]. Tidak betul jika ada yang berkata bahawa ia tidak dikenakan kepada umat kamu [wahai muhammad] selepas dari kamu. Ini kerana, sepupu Nabi SAW yang bernama Abdullah bin Abbas pernah mengajak mubahalah terhadap mereka yang mengingkari beberapa masalah-masalah furu [Fiqh] tanpa diingkari oleh seorangs sahabat pun. Juga, Awzaie pernah mengajak Sufyan As-Sauri bermubahalah dalam masalah angkat dua tangan [angkat takbir dalam solat], tanpa diingkari oleh seorang pun. Ia digunakan untuk mencapai kesempurnaan hujjah
[Zad Al-Ma'ad : 3/643]

Kelima, hendaklah mubahalah ini berlaku dalam perkara agama yang terlalu penting. Ia digunakan untuk menghasilkan kemaslahatan kepada Islam dan orang islam, atau menolak kemafsadan terhadap Islam dan orang islam.

Imam Ibnu Qayyim menyatakan;
Maksudnya;

adapun hukum mubahalah, ia telah ditulis oleh sebilangan ulama? tentang syarat-staratnya yang teristinbat [dikeluarkan hukum] dari Al-Quran dan As-Sunnah, amalan sahabat dan perkataan para imam. Kesimpulan dari perkataannya adalah, tidak harus mubahalah kecuali dalam perkara yang terlalu penting dalam syarak, iaitu sekiranya tanpa mubahalah, ia mampu melahirkan kecelaruan dalam pemahaman agama. Ia disyaratkan bahawa selepas ditegakkan hujjah, melakukan usaha yang kuat dalam menghilangkan kesamaran, dan didahului dengan nasihat dan pesanan
[Syarh Qasidah : 1/37]

TIDAK DIGALAKKAN MUBAHALAH

Dalam mengomentari tentang Mubahalah, Dr Yusuf Al-Qaradhawi ada berkata;

Maksudnya;

Aku tidak mengajak kepada mubahalah. Ini kerana, mubahalah ini berlaku pada orang yang cerdik; yang beragama. Mereka takut akan azab Allah disamping mereka mengelak dari mendapat kecelakaan dari Allah. Ia sama seperti yang berlaku kepada Nabi SAW dengan orang-orang nasrani Najran, dalam keadaan mereka adalah kaum yang terlalu berpegang teguh dengan aqidah [kepercayaan] mereka, dan mereka adalah ahli Hujjah. Lantaran, Allah SWT menurunkan firman-Nya dari surah Al-Imran ayat 611

Melihat kepada perkataan Dr Yusuf Al-Qaradhawi ini, nyata bahawa mubahalah bukanlah perkara yang baik dan mudah dilakukan begitu sahaja, sebaliknya ia berlaku dalam perkara-perkara penting dalam agama sahaja.

KETIGA : KERAGUAN

Satu;

Mubahalah tidak berlaku dalam perkara jenayah. Ini kerana, perkara jenayah adalah melibatkan perkara yang berkait dengan mahkamah, sedangkan mubahalah tidak berlaku dalam mahkamah.

Dalam firman Allah tentang mubahalah [Al-Imran : 61], didapati mubahalah itu berlaku dalam perkara yang melibatkan pertembungan antara agama islam dengan agama kristian. Pertembungan antara agama, tidak pernah berlaku perdebatannya dalam mahkamah.

Dua;

Sumpah berlaku untuk mempertahankan diri, bukan untuk melakukan tuduhan kepada orang lain.

Nabi SAW ada bersabda;

Maksudnya;

datangkan bukti bagi orang yang menuduh, dan sumpah bagi orang yang dituduh
[At-tarmizi : 1261]

Jika bersumpah tidak dibenarkan dalam melakukan tuduhan, maka terlebih tidak boleh bersumpah untuk mengheret orang yang tertuduh.

Tiga;

Sumpah bagi orang yang dituduh seperti hadis di atas, adalah dengan perintah mahkamah. Sumpah yang berlaku diluar mahkamah, tidak termasuk dalam kandungan hadis yang disebutkan di atas.

Empat;

Bersumpah dalam masjid, hanya berlaku dalam bab Li’an. Dalam fiqh, Li’an bermaksud, “perkataan tertentu yang digunakan sebagai hujjah oleh orang yang terpaksa menuduh orang yang mencemarkan tempat tidurnya dan memberi malu kepadanya sebagai berzina”.

Dengan perkataan lain, Li’an bermaksud seseorang suami yang nampak isterinya berzina dengan lelaki lain, tetapi tidak dapat mendatangkan seramai empat orang saksi, maka hendaklah dia berkata, “Aku bersaksi demi Allah, aku berada di pihak yang benar terhadap dakwaanku bahawa isteriku [sebut nama dan bintinya] telah berzina”

Perkataan ini hendaklah diucapkan sebanyak empat kali. Dan pada kali kelima, dia hendaklah berkata, “Aku dilaknati Allah sekiranya aku berbohong”. [Al-Fiqh Al-Manhaji : 4/903]

Ia berdalilkan kepada Firman Allah;

Maksudnya;

dan orang-orang Yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada Syarak) bagi seseorang Yang menuduh itu hendaklah ia bersumpah Dengan nama Allah, empat kali, Bahawa Sesungguhnya ia dari orang-orang Yang benar * dan sumpah Yang kelima (hendaklah ia berkata): Bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika ia dari orang-orang Yang dusta”
[An-Nur : 6-7]

Sekian

Wallahu ‘Alam
Al-Bakistani

What Can Be Learnt From The Alcatel-Lucent Bribery Case?

Posted: 03 Jan 2011 09:52 AM PST

TRANSPARENCY INTERNATIONAL – MALAYSIA (MALAYSIAN SOCIETY FOR TRANSPARENCY AND INTEGRITY)(ROS: 1649) )

Letter to the Editor
3rd January, 2011

What can be learnt from the Alcatel-Lucent bribery case?

The settlement of US$137 million (RM413 million) by Alcatel-Lucent SA (AL) withthe US Securities and Exchange Commission and the Justice Department of chargesof bribery of government officials in Costa Rica, Honduras, Taiwan and Malaysia, isdamaging to the image of Malaysia. There are many issues of governance andcorruption to observe.

It was alleged that AL had paid bribes to employees of Telekom Malaysia Berhad(TM), a GLC (government-linked corporation) to obtain confidential informationrelating to a public tender for a contract worth US$85 million that AL won. AL hadpaid US$200,000 and US$500,000 to two consultants but they "did not appear torender any legitimate services to Alcatel Malaysia in connection with thesepayments." If these consultants did not provide legitimate services of value to ALthen what type of "services" did they provide? The use of "consultants" ormiddlemen/ facilitators, especially in closed or negotiated tenders raises strongsuspicion of corrupt practices. Many of them are RM2 companies with no relevantexpertise or experience or even the resources to offer the services which they aresupposed to provide.

In addition to possibly being conduits for bribes, in some cases, there are severallayers of consultants and/or sub-contractors. The actual contractor doing the workgets a fraction of the contract value and middlemen/facilitators get significantportions for facilitating the contract. The consequences of such procurement practiceare highly inflated prices, shoddy work, goods not delivered to specification inquantity and quality, etc

Although the regulators have espoused good governance especially for public listedcompanies (PLC) and while many have published beautifully drafted statements ofgood governance in their annual reports, actual measures to implement goodgovernance may still be lacking especially in procurement. TransparencyInternational Malaysia (TI-M) advocates a set of integrity tools that are often missingfrom PLC compliance measures. These are:

(1) Each PLC, GLC and government-owned enterprise to make a public anti-corruption pledge similar to the pledge signed recently on 9thDecember, 2010 by theheads of chambers of commerce and industry/ trade associations. This pledge is acommitment to comply with a set of good business principles including theimplementation of an anti-bribery policy in accordance with global standards.Furthermore, the enterprise shall do a periodical self-assessment as to its level ofcompliance preferably using an independent third-party assessor and the result ofwhich should be made public

(2) Implementing a public and open tender system for procurement and a set ofintegrity compliance tools especially the use of TI's Integrity Pact (IP) and a whistle blowing policy. An IP is a legally enforceable agreement signed between both thebuyer and the sellers with severe sanctions for defaults, such as termination ofcontract, black-listing, damages to the buyer and unsuccessful bidders. In IPs, thebuyer commits not to solicit bribes and to put in place all possible measures toensure its officials comply and the sellers commit to not paying bribes. Allcommissions and other payments paid directly or indirectly by the sellers must bedisclosed to the buyer. The best practice of IP requires all stages of the procurementprocess, including tender specifications, prequalification, appointment ofconsultants, tender evaluation and award, contract performance and post-contractevaluation, especially for large projects, to be monitored by an independent externalmonitor with the requisite integrity and relevant expertise. For example, Theupcoming MRT infrastructure project announced by the government would be anideal candidate to implement these important measures given its magnitude, costingRM 36 billion cost and will have a direct impact on the general public

Although regulations and governance measures may not completely eliminate fraudand corruption, TI's experience is that the measures mentioned above together withtop management setting the tone of integrity and zero tolerance of corruption, domitigate the risk significantly. Recently, multi-billion losses of PLCs and governmententerprises like those at Sime Darby Berhad and Port Klang Free Zone (PKFZ)highlight the urgent need for stronger good corporate governance. The regulators,boards of directors, CEOs, and political leaders must take heed. If not, there may bemore scandals to come!

Finally, in an article that appeared in our local media entitled " Getting corruptionright", Jagdish Bhagwati, professor of economics and law at Columbia University,said "But where substantial corruption can be unambiguously be found, as it oftencan, one must recognize that it is not a cultural given. On the contrary, it is the resultof policies that have fed it."

Datuk Paul Low Seng Kuan
President
Transparency International Malaysia

Pakatan Rakyat Tetap Teguh Pertahan Hak Kerajaan Negeri Selangor

Posted: 03 Jan 2011 06:57 AM PST

Petang tadi YAB Dato’ Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid memaklumkan kepada saya sejurus beliau selesai mengadap DYMM Tuanku Sultan Selangor bersabit perlantikan SUK negeri yang baru.

Difahamkan bahawa DYMM Tuanku Sultan tidak menitahkan supaya Kerajaan Negeri memperakui perlantikan SUK tersebut. DYMM Tuanku Sultan sekadar mengesahkan implikasi pindaan Perlembagaan (1993) yang menamatkan kuasa Raja dalam perkara berkaitan.

Kami menggesa supaya YAB Dato’ Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Selangor tegas mempertahankan hak negeri. Percubaan rakus Dato’ Sri Najib mengenepikan peraturan dan kebiasaan sejak Merdeka adalah tindakan terdesak setelah gagal merampas Kerajaan Selangor melalui kaedah ‘lompatan katak’ oleh para wakil rakyat.

Kepimpinan Pakatan Rakyat Selangor akan tetap mempertahankan hak kerajaan negeri dan kedaulatan DYMM Tuanku Sultan dari sebarang muslihat dan pelecehan oleh Dato’ Sri Najib.

ANWAR IBRAHIM

Sidang Media Biro Penerangan

Posted: 03 Jan 2011 03:10 AM PST

Sidang Media mengenai agenda Biro Penerangan dan Komunikasi KEADILAN untuk tahun 2011 akan diadakan esok pagi.

Dr. Muhammad Nur Manuty, Ketua Penerangan dan Nik Nazmi Nik Ahmad,Pengarah Komunikasi akan hadir di Sidang Media tersebut.

Tempat: Ibu Pejabat KEADILAN
Tarikh: 4 Januari 2011 (Selasa)
Masa: 11.00 pagi

DUN Tergempar Bagi Kembalikan Kuasa Sultan

Posted: 03 Jan 2011 02:32 AM PST

Dari Malaysiakini

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan mengadakan sidang dewan undangan negeri tergempar bagi meminda perlembagaan negeri bagi membolehkan mereka melantik setiausaha kerajaan negeri, penasihat kewangan dan penasihat undang-undang.

Keputusan itu diambil setelah perjumpaan Khalid dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Mestika, Shah Alam, hari ini di mana baginda bertitah beliau tidak mempunyai kuasa untuk menerima ataupun menolak perlantikkan yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

"Ini kerana kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis perlembagaan berlaku yang mana Undang-undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa persekutuan, kata Khalid pada sidang media yang penuh sesak dengan kehadiran wartawan.

Menurut Khalid, Baginda mencadangkan kepada kerajaaan negeri bagi membincangkan perkara berkenaan dengan SPA untuk mencari "jalan penyelesaian yang terbaik".
“Sultan Selangor mencadangkan supaya kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan SPA untuk mencari penyelesaian terbaik. Saya mengucapkan terima kasih kepada DYMM Sultan atas nasihat dan pandangan baginda.

Calon yang layak

“Justeru, demi kebaikan Negeri Selangor dan menjunjung titah Tuanku, Kerajaan negeri akan menulis surat kepada SPA bagi membincangkan semula calon yang layak, sesuai dan berkebolehan untuk mengisi jawatan tersebut,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, beliau tidak akan menghadiri upacara mengangkat sumpah oleh Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri yang baru yang dijadualkan pada 6 Januari ini.

“Sehingga penyelesaian muktamad dicapai antara kerajaan negeri dan SPA, maka kerajaan negeri tidak mahu terlibat dalam sebarang bentuk majlis atau keraian berkaitan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.

“Ini bermakna majlis angkat sumpah di hadapan Menteri Besar tidak akan diadakan dan Datuk Khusrin Munawi tidak akan hadir pada sebarang Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor sebagai ex-officio,” katanya lagi.

Sehingga kini, Khalid belum berjumpa dengan Khusrin meskipun bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor itu melaporkan dirinya hari ini.

2011: Padamkah Cahaya Kebebasan Media?

Posted: 02 Jan 2011 09:28 PM PST

Dari Merdeka Review

Menutup tirai 2010 dan membuka lembaran baru 2011 tidak sarat dengan maknanya bagi sesetengah orang walaupun banyak perkara menarik dijangka berlaku tahun 2011 dengan pelbagai ramalan tarikh pilihanraya umum ke-13 bagi Malaysia, kemungkinan berlakunya gelembong pasaran hartanah, berita baik untuk pekerja sektor swasta, prospek pertumbuhan ekonomi negara dan sebagainya.

Hal-hal sedemikian mungkin antara acara atau perkara baru yang dijangka berlaku, namun jangan pula dilupakan banyak isu-isu tertunggak yang turut sama terheret ke tahun 2011 kerana masih ada yang membelenggu, belum diselesaikan dan mengalami evolusi berterusan terutama kebebasan media yang masih menjadi duri dalam daging kerana rakyat dahagakan berita yang seimbang dari media arus perdana dalam usaha mewujudkan masyarakat yang kritis lagi kritikal menjelang tahun 2020 dengan Malaysia mencapai status negara maju.

Walaupun hari ini adalah lebih baik berbanding semalam dengan kewujudan beberapa portal berita dan akhbar bersaiz tabloid yang mengamalkan keterbukaan dan keseimbangan pemberitaan terutama hal-hal berkaitan politik Malaysia, namun kebebasan sebenar masih belum tercapai kerana parti-parti politik masih menguasai media arus perdana.

Selagi parti-parti politik menguasai media terutama akhbar arus perdana, maka selagi itulah rakyat pelbagai kaum akan disajikan dengan berita-berita yang tidak seimbang, jumud dan kadang-kala menyemarakkan api perkauman yang jika terus ditiupkan, maka bencananya akan menghancurkan negara atau setidak-tidaknya menarik negara terkebelakang.

Apa yang terngiang-ngiang di telinga penulis sehingga menyebabkan bulu roma meremang ialah bertiup kencang khabar angin yang membawa pengkisahan seorang lagi pejuang kesatuan sekerja dalam industri media negara yang begitu lantang dalam memperkatakan mengenai isu kebebasan media akan dikenakan tindakan oleh syarikat di mana beliau bekerja pada masa ini.

Beliau mungkin mengalami nasib yang sama seperti penulis yang bukan sahaja kehilangan pekerjaan ekoran mengeluarkan kenyataan sebagai pemimpin kesatuan sekerja, malah bakal mengalami trauma dan bahana dalam mendapatkan pekerjaan baru untuk menyara kehidupan dengan segala kesukaran dan keperitan akibat status buang kerja yang diraih.

Jika ini berlaku, maka negara boleh mengisytiharkan tarikh itu sebagai hari hitam kebebasan media kerana pemimpin kesatuan sekerja tidak lagi dibolehkan untuk bercakap tentang kebebasan media sedangkan antara asas perjuangan kesatuan sekerja dalam industri media ialah memperjuangkan isu kebebasan media sejak sekian lama dan demi profesionalisme kerjaya kewartawanan.

Apa gunanya ada kesatuan sekerja yang memayungi ribuan ahli-ahlinya jika mahu ia bergerak ala-ala persatuan tanpa mampu untuk membicarakan isu-isu nasional yang melibatkan kepentingan rakyat pelbagai kaum di negara ini terutama kebebasan media selain hanya bercakap mengenai kebajikan dan gaji ahli-ahli semata-mata.

Jika ini berlaku, satu lagi episod hitam dalam kebebasan media negara ini bakal berlaku buat kali kedua selepas 50 tahun semenjak peristiwa mogok Utusan tahun 1961 yang dikepalai oleh Said Zahari (gambar kiri) bagi menghalang penguasaan parti politik dalam akhbar keramat masyarakat Melayu itu yang menjadi ingatan dan kenangan buat pendokong kebebasan media.

Justeru, sebagai membuka tirai baru 2011, penulis ingin mengulangi peringatan mengenai keperluan untuk meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, supaya para penerbit tidak perlu lagi memohon lesen penerbitan akhbar dan majalah bagi memberi lebih ruang dan keterbukaan dalam penerbitan akhbar arus perdana.

Dalam semangat untuk terus berjuang ke arah kebebasan media yang lebih terbuka dan seimbang, sesekali wajarlah untuk terus menjenguk kepada aspek terpenting kalau bukan utama mengenai pemilikan akhbar-akhbar arus perdana oleh parti-parti politik, seperti UMNO memiliki Utusan Melayu (M) Berhad dan Kumpulan NSTP, MCA pula menguasai The Star manakala MIC menguasai saham dalam syarikat yang menaungi akhbar Tamil Nesan.

Rakyat Malaysia harus terus memujuk semua parti komponen BN untuk melepaskan pegangan dalam semua akhbar-akhbar arus perdana ini bagi merealisasikan impian kalau bukan angan-angan untuk melihat kebebasan media yang lebih seimbang, terbuka, bukan berteraskan perkauman dan mendapat perhatian oleh kebanyakan rakyat “atas pagar”.

Pada masa yang sama, pemimpin kesatuan sekerja di negara ini perlu terus dilindungi dari segala bentuk ancaman, ugutan serta tindakan yang boleh menamatkan kerjaya mana-mana individu kerana perjuangan murni ke arah kebangkitan bangsa yang lebih dinamik harus dipertahankan walaupun realitinya, setiap perjuangan itu ada risikonya tersendiri.

Bagi orang kebanyakan seperti penulis yang sedang menghadapi perbicaraan kes buang kerja oleh Utusan Melayu (M) Berhad yang baru mula didengar pada 21 Disember yang lalu dan bakal memasuki pusingan kedua pada 24 Januari akan datang, tahun 2011 tidak lebih dari sekadar kesinambungan untuk mencari keadilan untuk diri sendiri, kesatuan sekerja yang pernah dianggotai dan dunia kewartawanan tempatan secara amnya.

Jika diambil beberapa kes buang kerja sebelum ini yang biasanya mengambil masa sehingga tiga tahun melibatkan lebih 10 pusingan kesemuanya sebagai penanda aras, maka tahun 2011 ini hanya perjalanan seterusnya untuk mendapat pengadilan sewajarnya sebelum menjengah tahun berikutnya.

*Amran Ahmad ialah bekas Pengerusi NUJ Utusan Melayu.

1Malaysia One Israel, Sama Tapi Tak Serupa

Posted: 02 Jan 2011 09:21 PM PST

Oleh Mohd Rashidi Hassan

TAHAP pemahaman konsep 1Malaysia di kalangan rakyat meningkat 84 peratus, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Dato’ Seri Dr Rais Yatim.

Konsep 1Malaysia bukan alat politik, kata Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak.

Malah semasa berucap merasmikan Konvensyen Tritahunan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) baru-baru ini, beliau menafikan 1Malaysia sama dengan 1Israel.

Katanya, “Konsep 1Malaysia tidak diciplak dari negara lain…ini ciptaan saya sendiri.
Negara lain boleh ada satu itu, satu ini…tetapi tidak ada di dunia ada
“1Malaysia: Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan”.

Sementara Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Nazri Aziz masih menunggu Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengemukakan bukti yang mengaitkan Apco dengan konsep 1Malaysia.

Najib kata 1Malaysia adalah ilham beliau. Manakala bekas PM Israel, Ehud Barak juga mengilhamkan konsep 1Israel suatu ketika dahulu.

Berdasarkan penjelasan Najib, Rais dan Nazri, mungkin kita boleh terima bahawa 1Malaysia tidak serupa 1Israel yang digunapakai oleh Ehud Barak, untuk meraih sokongan rakyat kepada Parti Buruh pada tahun 1999.

Jelas di sini yang sama hanya penggunaan nombor 1 (One) di pangkal nama negara yang tidak serupa, iaitu Malaysia berbanding Israel.

Cumanya, Apco dikatakan menasihati Ehud Barak pada tahun 1999 manakala Umno-BN pada 2009. Jarak masanya 10 tahun.

Maknanya, ada yang sama, ada yang tidak sama. Dalam erti kata lain, ia sama tapi tak serupa.

Najib cuba menafikan 1Malaysia sebagai alat politik. Kalau beliau bercakap dengan Jakun di rimba, barangkali mereka percaya, tetapi rakyat Malaysia semuanya semakin cerdik.

1Malaysia diguna secara meluas oleh Umno-BN. Semasa Perhimpuan Agung Umno, baru-baru ini, diguna secara meluas 1Umno 1BN. Malah huruf I pada ejaan BN digantikan dengan nombor 1. Ia dieja dengan BAR1SAN NAS1ONAL.

Jika kita mengikut etika tatabahasa Dewan Bahasa Pustaka (DBP), ejaan sebegitu tidak sah. Kalau anak-anak kita masuk periksa, tulis ejaan BAR1SAN NAS1ONAL dah lama mereka failed.

Kalau dalam etika kewartawanan pun, mana-mana tulisan yang seperti itu, pasti dibakulsampahkan.

Apa pun, usahlah PM hendak nafi. Memang 1Malaysia menjadi alat politik BN. Kerajaan BN adalah politik, PM pun orang politik. Apa sahaja adalah untuk kepentingan politik.

Namun yang hendak dibahaskan di sini, isu asasnya ialah, damage atau kerosakan angkara Apco ini amat besar kepada negara.

Pertama, kerajaan Umno-BN menggunakan lebih RM77 juta wang rakyat untuk dibayar kepada Apco.

Kedua, kerajaan Umno-BN sudah mendedahkan rahsia negara kepada syarikat perunding asing, yang diterajui Yahudi.

Ketiga, angkara Yahudi Apco, politik Malaysia jadi huru hara dan kelam kabut.

Keempat, demi kepentingan politik, kerajaan Umno-BN melalui Nazri Aziz, lebih mempercayai keterangan Yahudi Apco daripada keterangan Anwar Ibrahim.

Faktanya, Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh, bersama tiga rakan yang lain digantung enam bulan daripada menghadiri sidang parlimen kerana membangkitkan isu kaitan Apco dengan ’1Malaysia’ dan ‘One Israel’.

Kerajaan Umno-BN sebenarnya cuba untuk lari daripada hakikat sebenar yang dipersoal rakyat, iaitu mengapa sebuah syarikat yang diketahui mempunyai hubungan kuat dengan perisikan Israel dibenarkan untuk menguruskan salah satu fungsi kerajaan yang paling berpengaruh, iaitu bidang komunikasi?

Kerajaan Umno-BN tidak harus lari untuk menafikan hakikat bahawa pembabitan Apco Worldwide dalam merencanakan dasar negara bukan perkara baru, ia bermula sejak September 2009.

Media talibarut Umno-BN cuba menyembunyikan hakikat bahawa penglibatan Apco dalam merencanakan dasar kerajaan amat membahayakan negara dan rakyat.

Media menyembunyikan hakikat bahawa Apco yang beribu pejabat di Amerika. Alamat penuhnya ialah 700, 12th Street, N.W, Suite 800, Washington DC 20005. Washington adalah pusat pelobi Yahudi

Yang jelas Apco tidak hanya terlibat dengan aktiviti Zionis dan pencabulan hak asasi sahaja, malah juga dengan aktivisme anti-Islam.

Dilaporkan secara jelas bahawa
Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Eksekutif Apco kebanyakannya adalah mereka berketurunan Yahudi

Manakala penasihat utama Apco ialah pakar-pakar yang pernah berkhidmat dengan rejim Zionis termasuk bekas Ketua Agensi Keselamatan Israel, Doron Bergerbest-Eilon; bekas duta Israel ke Jerman, Shimon Shein dan bekas duta Israel ke Amerika Syarikat, Itamar Rabinovich.

Pengarah Urusan Apco di Malaysia ialah Paul Stadlen, yang juga seorang berketurunan Yahudi, yang sebelum ini bertugas di pejabat Apco di London.

Justeru, masalah sebenar yang dipersoalkan ialah, selama ini Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel, justeru menggunakan khidmat perisik yang rapat dengan Israel adalah tidak bersesuaian dengan dasar negara.

Juga dipersoalkan rakyat, jika perisik atau syarikat perunding Apco memberikan nasihat komunikasi untuk tujuan politik kepada parti politik Israel, apakah bentuk nasihat yang sama tidak mungkin digunapakai di Malaysia.

Mungkin rakyat boleh menerima secara kebetulan 1Malaysia sama dengan 1Israel, Klinik 1Malaysia sama seperti Klinik 1Israel, tetapi rakyat sesekali tidak boleh menerima kehadiran Yahudi Apco.

Menggunakan khidmat Yahudi Apco untuk kepentingan politik Umno-BN adalah menyalahi undang-undang negara, tatasusila agama dan bangsa.

Apa faedahnya Umno-BN mempertahankan Yahudi Apco, sebaliknya bersikap keras dengan rakyat Malaysia dan melebarkan permusuhan sesama Islam.

Apa salahnya jika Umno-BN mengaku hubungan Yahudi Apco sebagai suatu kesalahan dan menghentikan segera khidmat Apco Worldwide.

Jika hubungan Umno-Apco diteruskan, mereka hanya menanti masa, untuk dikuburkan di pusara yang mereka gali sendiri.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Siapa Dalang UMNO-BN Di Istana Selangor?

Posted: 02 Jan 2011 09:17 PM PST

Dari Mohd Rashidi Hassan

RAKYAT mahu tahu siapakah yang bercakap benar, sama ada Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Dato’ Munir Bani atau Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Hussin dalam isu pelantikan Dato’ Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru.

Pelantikan Khusrin diumumkan oleh Munir Bani, selepas mendakwa, ianya dibuat selepas mendapat perkenan Sultan.

Manakala Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan rakan-rakan pimpinan kerajaan negeri, menolak Khusrin kerana pelantikan dibuat tidak dirujuk kepada beliau.

Khalid berkata beliau sudah mempunyai beberapa nama untuk dikemukakan bagi menggantikan Dato’ Ramli Mahmud, yang sepatutnya hanya tamat bertugas sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) pada 20 Mac 2011.

Namun Munir Bani mendakwa, Kerajaan Negeri lewat menghantar senarai calon untuk mengisi jawtan SUK tersebut.

Faekah dalam kenyataan balas kepada Munir menegaskan, tidak terdapat dalam mana-mana peruntukan yang menyatakan bahawa pelantikan SUK perlu dibuat dalam tempoh atau masa tertentu.

Tambahan pula, Kerajaan Pakatan Rakyat masih mempunyai banyak masa, kerana tugas SUK Ramli Mahmud hanya tamat Mac nanti.

“Pakatan Rakyat Selangor kesal dengan perkembangan mutakhir ini dan merasakan ia adalah tindakan yang didalangi individu tertentu yang mahu menggunakan istana demi kepentingan politik mereka.

“Isu Dato’ Khusrin Munawi ini timbul sejurus sebelum Umno mengumumkan Dato’ Seri Najib Razak kekal sebagai Ketua Perhubungan Umno Selangor,” kata Faekah.

Menurut Faekah, kerajaan Selangor telah menjalankan proses pemilihan pada 27 November 2010 dengan menubuhkan Panel Pemilihan yang sejajar dengan Nota Amalan Perkhidmatan Awam.

Panel yang diketuai oleh Speaker Dewan Negeri Selangor, Dato’ Teng Chang Khim serta dianggotai oleh dua Ahli Majlis kerajaan negeri iaitu Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali dan Dr Xavier Jayakumar, telah menemuramah enam calon dari lapan nama yang telah dicadangkan oleh Pejabat Setiausaha Negeri dan Pejabat Sumber Manusia.

Panel Pemilihan katanya telah menyenarai pendek calon-calon dan pada 17 Disember 2010, MB telah mempersembahkan nama-nama tersebut untuk pertimbangan Sultan Selangor bagi mengisi jawatan Setiausaha Kerajaan.

Justeru, ada beberapa persoalan pokok yang harus dirungkaikan akibat dari kemelut ini. Pertamanya, siapakah yang melantik Khusrin ke jawatan SUK?

Kedua, mengapakah Khusrin yang terkenal dengan kontroversi, dan dilihat menjadi pencacai Umno-BN dilantik secara tergesa-gesa?

Ketiga, walaupun dikatakan pelantikan Khusrin dan kakitangan kerajaan negeri pada jawatan tertentu di bawah kuasa Kerajaan Pusat, apakah Umno-BN tidak mengiktiraf MB Khalid sebagai ketua negeri yang sah disisi Perlembagaan?

Keempat, jika perkenan Sultan diperlukan dalam pelantikan SUK, apakah dari segi amalan, SUK mengangkat sumpah menerima tugas, dihadapan Sultan atau MB?

Kelima, nama-nama calon SUK sudah dipersembahkan pada 17 Disember 2010, mengapakah calon tersebut tidak dipertimbangkan?

Nampak sangat ada dalang-dalang tertentu dari PWTC cuba untuk mencetuskan masalah di Selangor.

Mereka tahu Khusrin adalah balaci untuk mengorek rahsia-rahsia kerajaan, seterusnya boleh menyalurkan maklumat untuk kepentingan Umno-BN.

Nampaknya Umno-BN cuba untuk mencetus krisis di Selangor sebagaimana berlaku di Perak, dengan berselindung di sebalik istana.

Modus operandinya sama. Iaitu dengan
memainkan isu bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor menderhaka kepada titah Sultan.

Tiada jalan lain untuk mencetuskan permusuhan yang dihasilkan daripada kebencian dengan mengunakan institusi Raja.

Jalan mudah untuk memperalatkan rakyat ialah dengan mengatakan pemimpin Pakatan Rakyat tidak menghormati Raja.

Istana juga kadang-kadang harus diperingatkan. Dakyah yang dimainkan Umno amat berbahaya. Ia boleh mencetuskan ketegangan kaum, khususnya orang-orang Melayu.

Raja-Raja Melayu, seharusnya berada ‘above’ (melangkaui) orang-orang politik, adil dan tidak memihak.

Sudah berulangkali diingatkan bahawa dalam sejarah negara yang merosakkan kedaulatan dan institusi Raja adalah pemimpin Umno-BN.

Pemimpin Pakatan Rakyat tiada rekod derhaka. Yang menderhaka dan ‘membinatangkan’ Raja, adalah pemimpin Umno, sebagaimana yang berlaku di Terengganu.

Ini berbeza dengan pemimpin Pakatan Rakyat di Selangor. Sama ada daripada PAS, KeADILan, mahupun DAP, mereka semuanya memberikan ketaatan yang tidak berbelah bahagi kepada Sultan.

Begitu juga rakyat Selangor yang terdiri dari kalangan pelbagai kaum dan agama. Mereka mendaulatkan Raja dan mematuhi segenap aspek yang ada dalam Perlembagaan Negeri.

Semua ini adalah proses demokrasi yang menjadi teras kepada pemerintahan. Harus ada kerjasama semua pihak bagi memastikan peranan dan bidang kuasa masing-masing dihormati, memelihara proses demokrasi serta mendaulatkan keluhuran undang-undang.

Semua pihak harus sedar bahawa Pakatan Rakyat adalah kerajaan yang sah, pilihan majoriti rakyat menerusi pilihan raya.

Pakatan Rakyat adalah kuasa rakyat, kuasa majoriti rakyat. Umno-BN adalah golongan minoriti.

Oleh kerana itu dalam spesifik dalam soal SUK yang dibicarakan ini, majoriti rakyat menolak pelantikan Khusrin.

Kita menolak Khusrin kerana beliau adalah ejen Umno, balaci dan barua Umno. Elok dia letak jawatan, bertarung dalam pentas politik secara terbuka. Usah jadi pegawai yang menjadi ‘duri dalam daging’ kepada kerajaan.

Sebagai harapan kepada pihak berkenaan, lantiklah orang lain sebagai SUK. Lantik pegawai yang non-partisan, agar beliau dapat berkhidmat untuk rakyat Selangor dengan adil dan saksama.

Tiada ulasan: