Selasa, 11 Januari 2011

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


Siasat ADUN Sri Muda: Polis Gagal Ikut Prosedur

Posted: 11 Jan 2011 12:50 AM PST


SHAH ALAM 11 JAN: Tindakan ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafie tidak hadir bagi siasatan di IPD Shah Alam hari ini kerana polis gagal melaksanakan prosedur dan notis dibawah seksyen 111 kanun tatacara jenayah.

Perkara ini dinyatakan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua sewaktu hadir menyatakan sokongan kepada Shuhaimi dan memberi penjelasan kepada media mengapa Shuhaimi tidak hadir hari ini.

"Saya harap polis tidak melibatkan diri dalam isu-isu politik. Polis harus bertindak profesional, menjaga keselamatan masyarakat, itu adalah 'priority' polis dan saya masih ingat IGP baru yang dilantik mengatakan 'priority' adalah keselamatan orang awam. Perkara yang melibatkan YB Shuhaimi tidak ada apa-apa kaitan dengan keselamatan awam," kata beliau.

Beliau seterusnya berkata, beliau dan rakan-rakan sepejuangan hanya akan bersetuju untuk menasihati Shuhaimi agar menghadirkan diri ke balai polis sekiranya polis mengeluarkan arahan di bawah Seksyen 111 Kanun Tatacara Jenayah dan keputusan ini diambil setelah berbincang dengan para peguam PKR.

Seksyen 111 Kanun Tatacara Jenayah memberikan kuasa kepada mana-mana anggota polis yang menyiasat sesuatu kes untuk mengarahkan mana-mana individu untuk hadir memberikan keterangan di hadapan anggota tersebut dan arahan perlu diberikan secara bertulis kepada individu berkenaan.

"Pada setakat ini tidak ada motis yang rasmi yang dikeluarkan untuk mewajibkan YB Shuhaimi untuk hadir ke balai polis hari ini, ini perkara pertama. Walau bagaimanapun bagi pihak PR, sesiapapun yang diperlukan untuk siasatan, kami sedia bekerjasama, tidak ada unsur kami menolak atau melarikan diri," jelas beliau lagi.

Semalam polis mencari Shuhaimi di kediamannya dan meminta Shuhaimi menghadirkan diri ke IPD Shah Alam pada pukul 2 petang hari ini.

Selain itu, beliau mencabar Umno-BN memberikan penjelasan berkenaan kain rentang yang mempersoalkan hak Sultan yang dilihat sebagai fitnah Shuhaimi.

"Saya, teman-teman saya mengesyaki, yang ada kepentingan dalam perkara ini adalah pihak Umno dan dan dengan cara yanng dibuat ini, saya mencabar supaya Umno Selangor untuk membersihkan imej mereka dan mengutuk tindakan ini bersama kita," tegas beliau.

Ini berikutan insiden di mana sejak pagi semalam, beberapa kain rentang yang mengandungi perkataan 'No to Royal' (Tidak kepada Raja) serta gambar Shuhaimi telah dinaikkan di sekitar Shah Alam oleh pihak tertentu dipercayai bertujuan memfitnah Shuhaimi.

Katanya lagi, polis sepatutnya menjalankan tugas menjaga ketenteraman awam, bukannya menjadi alat politik pihak-pihak tertentu dan beliau juga menuntut agar Ketua Polis Negara yang baru, Tan Sri Ismail Omar berpegang kepada janjinya semasa perlantikannya.

Petang tadi, Tian Chua beserta ADUN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar, ADUN Taman Medan, Haniza Talha, ADUN Rawang, Gan Pei Nei, Pengerusi Biro Kepengunaan serta sebagai wakil Ketua-ketua Cabang PKR Selangor, Yahya Sahri dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kota Raja, Azmizam Zaman Huri dan 200 ahli PKR hadir menyatakan sokongan kepada Shuhaimi.


Sumber: TVSNEWS

Isu SUK, Saya Hanya Dedah Kebenaran-Khalid Samad

Posted: 11 Jan 2011 12:45 AM PST


SHAH ALAM 11 JAN: Pendedahan berkenaan penyelewengan proses pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor hanya berlandaskan untuk mendedahkan kebenaran semata-mata, kata Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Katanya, pendedahan itu tidak langsung membabitkan masalah peribadi tetapi disebabkan ada satu usaha secara tidak bermoral merampas kembali negeri Selangor daripada Pakatan Rakyat.

"Kalau kerajaan negeri memilih Khusrin, beliau ditemubual dan nombor satu dari pada enam calon yang dicalonkan, saya tidak ada masalah, tetapi beliau adalah calon nombor enam daripada enam yang ditemubual dan beliau juga bukan pilihan kerajaan negeri.

"Dan beliau juga banyak kekurangan dari segi keupayaan untuk menyandang peranan SUK, ini bukan soal peribadi tetapi ini soal mencari calon yang terbaik untuk memegang jawatan SUK. Kalau beliau yang terbaik saya terima dan ini terbukti kerana kita jalankan temubual," katanya.

Terdahulu, Khalid mendedahkan konspirasi dalam pelantikan Khusrin sebagai SUK dengan mendakwa bekas SUK, Selangor Datuk Ramli Mahmud adalah dalang dengan memgemuka nama Khusrin kepada istana Selangor pada 3 Disember lalu tanpa pengetahuan Menteri Besar.

Khalid sebelum ini, sering menegur tindakan Khusrin sewaktu menjawat jawatan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor.

Antaranya Khusrin digesa meletakkan jawatan jika beliau tidak mampu mengasingkan kecenderungan politik dari jawatan yang dipegangnya kerana didapati melanggar titah Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan agar masjid dan surau-surau di Selangor tidak dipolitikkan.

Khusrin ketika itu, dilihat beria-ria menyokong permohonan rasmi Umno yang mahu menggunakan Masjid Al-Ihsan di Kampung Medan, Petaling Jaya untuk program bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


Sumber: TVSNEWS

Dewan Negeri Selangor Siap Sedia Pinda Perlembagaan

Posted: 11 Jan 2011 12:40 AM PST


SHAH ALAM 11 JAN : Pakar Perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata pihaknya sudah selesai memberikan pandangan dan nasihat serta kesan-kesan pindaan dalam draf yang disediakan Kerajaan Negeri Selangor bagi meminda perlembagaan negeri itu.

Aziz Bari ketika dihubungi Tv Selangor berkata, kerajaan negeri menyediakan draf pindaan dan Khalid sebagai Menteri Besar akan menjelaskan kepada Dewan mengenai kronologi dan isu sebenar dalam krisis pelantikan tersebut.

Sebelum itu, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim Khalid dilaporkan berkata, kerajaan negeri melantik Aziz Bari yang juga pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa dan peguam Datuk Param Cumaraswamy, bagi menyediakan draf pindaan Seksyen 52 Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Ujar Khalid, ia membabitkan cadangan untuk meminda perlembagaan negeri bagi mengembalikan kepada Sultan dan Menteri Besar, kuasa melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang.

"Menteri Besar juga akan menerangkan bagaimana kerajaan negeri menangani isu ini setakat ini serta menjelaskan kekeliruan supaya ahli Dewan dapat faham kedudukan sebenar.

"Kita cuma diminta memberikan nasihat dan menyediakan draf pindaan sahaja, yang lain itu merupakan keputusan dan pendekatan politik yang diambil oleh kerajaan negeri dan saya tidak campur tangan dan saya pun tidak tahu kerana perkara itu berada di dalam pengetahuan dan kebijaksanaan kerajaan negeri," jelasnya.

Cuma jelas Aziz selepas itu, mungkin ahli Dewan akan bertanyakan soalan dan mungkin usul tertentu yang akan dibawa oleh ahli Dewan dan terpulang kepada Dewan untuk menerima atau tidak.

Dalam kenyataan pejabat Speaker DUN Selangor hari ini, Datuk Teng Chang Khim telah mengarahkan setiausaha DUN supaya memaklumkan perkara itu kepada semua ADUN Selangor.

Sidang 24 Januari ini nanti diadakan mengikut Peraturan 10(3) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor.

Menurut kenyataan itu, Speaker memanggil mesyuarat tersebut selepas berpuashati dengan alasan yang dikemukakan oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, bahawa kepentingan awam berkehendakkan mesyuarat tersebut diadakan lebih awal dari tarikh DUN ditangguhkan.

Sumber: TVSNEWS

PRU - DUN Kedah Bayang Tidak Ikut Pusat

Posted: 11 Jan 2011 12:35 AM PST


ALOR SETAR 11 JAN : Datuk Seri Azizan Razak membayangkan negeri itu tidak semestinya membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan Pilihan Raya Umum (PRU) peringkat pusat , lapor Harakahdaily.

Menurut Menteri Besar Kedah itu, pembubaran DUN Kedah bergantung kepada keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang bersepakat untuk memutuskan sendiri tarikh PRU bagi negeri-negeri yang dikuasai.

Ketika ini PR menguasai empat buah negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

"Bagi kerusi DUN, kehendak kerajaan BN (menentukan tarikh pilihan raya umum) tidak semestinya menjadi ikutan (negeri)," kata beliau.

Bagaimanapun kata Azizan dalam kontek kerusi parlimen, PAS akan menyertainya tidak kira waktu bila pilihan raya itu akan diumumkan oleh kerajaan pusat.

"Kita tidak akan beri ruang sedikit pun kepada BN walaupun pilihan raya akan diadakan dalam masa terdekat. Tapi bagi negeri yang kita kuasai, ia bergantung kepada Majlis Pimpinan PR untuk memutuskan bila DUN akan dibubarkan," ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah.

Pembubaran DUN walaupun lazimnya dilakukan selepas pembubaran parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum dijalankan serentak tetapi Menteri Besar mempunyai kuasa untuk mengadakan pilihan raya negeri dengan mendapat perkenan Sultan.

Sebelum ini, Kerajaan Selangor turut menegaskan untuk tidak membubarkan DUN sekiranya kerajaan pusat mengadakan pilihan raya umum tergempar atau dalam masa terdekat.

Keputusan yang diambil hasil perbincangan pimpinan PR peringkat negeri itu antaranya mengemukakan alasan mahu menggunakan mandat lima tahun sepenuhnya bagi melaksanakan janji-janji kepada rakyat tanpa terikat dengan rentak Barisan Nasional.

Mengulas lanjut tentang tarikh pilihan raya umum yang sentiasa menjadi teka-teki di negara ini, Azizan menasihatkan pimpinan kerajaan BN supaya tidak lagi mengamalkan sikap demikian.

Kata beliau, rakyat hari ini tidak boleh diperbodohkan sepertimana yang dilakukan sebelum ini kerana sebahagian besar rakyat sudah celik politik malah menyedari apa yang berlaku di sekeliling mereka.

Selain itu kata beliau, teka-teki tarikh pilihan raya yang menjadi permainan BN langsung tidak menggusarkan Pakatan Rakyat (PR), sebaliknya BN yang takut untuk mengumumkan tarikh PRU sekiranya mereka merasa sukar untuk mendapat kemenangan.

Sumber: TVSNEWS

PR: Nafi Gantung Kain Rentang Isu SUK

Posted: 11 Jan 2011 12:30 AM PST


SHAH ALAM 11 JAN: Pakatan Rakyat Selangor hari ini menafikan mereka terbabit menggantung kain rentang yang didakwa menolak campur tangan Sultan dalam pentadbiran negeri itu.

Kain rentang tersebut yang digantung disekitar Shah Alam tertera tulisan berbentuk provokasi seperti 'Dimanakah Keadilan Sultan Dalam Isu Pemilihan SUK?, Siapa Lebih Berhak?" dipercayai ingin mencetuskan ketegangan antara pimpinan Pakatan rakyat di Selangor dengan Institusi Diraja.

Dalam sidang media di pejabat Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad menyifatkan tindakan itu dilakukan oleh individu yang tidak bertangungjawab dengan lambang Pakatan Rakyat jelas satu fitnah untuk tujuan memburuk-burukan imej dan mengeruhkan hubungan antara rakyat, pimpinan Pakatan Rakyat dan pihak istana.

"Kita menafikan banner-banner ini datang dari pihak kami (Pakatan Rakyat) dan dari isi kandungannya bercanggah dengan sikap Pakatan Rakyat dan kami jelas tidak mahu adanya sengketa dengan pihak istana dan ini terbukti atas kesanggupan Menteri Besar dan Exco untuk hadir dalam majlis angkat sumpah tempoh hari.

"Kita melihat lawan kita ialah Umno-BN dan bukannya pihak Sultan," katanya.

Khalid berkata, sekurang-kurangnya terdapat tiga kain rentang, ditemui di Seksyen 9, seksyen 13 dan di Bulatan Shah Alam.

Menurutnya lagi, dalam kain rentang tersebut tertera bendera ketiga-tiga parti gabungan Pakatan, dan tertulis biro penerangan Selangor.

Sementara itu, seorang ahli jawatankuasa PAS Shah Alam telah membuat laporan polis berhubung kain rentang tersebut.

Mohd Sofian Mohd Shariff membuat laporan tersebut di balai polis Seksyen 11, Shah Alam.

Sementara itu dalam sidang media yang sama wakil DAP, Ng Suee Lim berkata pihaknya sentiasa berpendirian menjunjung Pelembagaan dan kedaulatan institusi Diraja serta menyifatkan kain rentang tersebut adalah usaha Umno-BN untuk mencetuskan keretakkan hubungan antara Pakatan Rakyat dengan Pihak Istana.

"Saya beranggapan ini adalah satu lagi projek Barisan Nasional khususnya Umno yang begitu tertekan dengan 100 hari Pimpinan Pakatan Rakyat seperti yang diputuskan semasa Kovensyen Kedua Pakatan Rakyat di Pulau Pinang kerana ramai rakyat dapat menilai keikhlasan Pakatan Rakyat mentadbir negeri selangor, ini membuatkan mereka tidak senang duduk dan melaga-lagakan serta membakar api kebencian khususnya orang-orang melayu terhadap Pakatan Rakyat," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Cabang PKR Selangor, Yahya Sabri berkata provokasi seperti ini bukan perkara baru dan jelas ia dibuat untuk menjatuhkan pihak lawannya dengan fitnah dan tohmahan yang melulu demi kepentingan poltik mereka.

"Bagi kita provokasi ini bukan perkara baru, ia seperti apa yang berlaku di Johor, ketika Datuk Chua Jui Meng menjadi Pengerusi PKR Johor turut berlaku perkara seperti ini.

"Maknanya agenda ini dimainkan oleh Umno, dan kita cukup yakin ianya dimainkan oelh mereka, kalau setakat banner-banner ini kita sudah cukup masak," katanya.


Sumber: TVSNEWS

Pengerusi Baru Ugut Pecat Kakitangan FELDA Jika Sokong Pakatan Rakyat

Posted: 11 Jan 2011 12:25 AM PST


SHAH ALAM 11 JAN : Dalam ucapan sulungnya kepada kakitangan FELDA, Pengerusinya Tan Sri Isa Samad dilaporkan harakahdaily telah mengugut memecat mana-mana kakitangannya yang menyokong Pakatan Rakyat.

Ugutan itu kata Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan(DPPWP) Herman Samsudeen disampaikan dalam pertemuan sulung Isa dengan seluruh kakitangan Syarikat Kumpulan FELDA di Dewan Merak Kayangan, Jalan Gurney pagi tadi.

Dalam pertemuan pagi tadi, Isa dilaporkan turut mengakui bahawa BN kini kehilangan majoriti sokongan kalangan Generasi ketiga FELDA yang kini lebih menyokong perjuangan Persatuan Anak-Anak FELDA Kebangsaan (ANAK) yang dipengerusikan oleh Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat Mazlan Aliman.

Dalam satu kenyataan DPPWP) kesal dengan tindakan Isa Samad yang dengan angkuhnya mengugut untuk memecat mana-mana kakitangannya yang didapati menyokong Pakatan Rakyat.

Majoriti kakitangan FELDA yang hadir, berbisik sesama sendiri mengutuk kesombongan beliau yang mahu menunjukan kuasa itu. Mereka yang menyokong Barisan Nasional pun naik meluat dengan beliau.

Ugutan terbuka itu mengambarkan betapa terdesaknya Barisan Nasional untuk mengembalikan sokongan kakitangan dan seluruh peneroka FELDA kepada Barisan Nasional menjelang pilihanraya umum ke -13.

"Inilah budaya lapuk BN, bila terdesak mereka akan mengugut dan menekan kakitangan kerajaan dan agensi yang berkaitan supaya terus menyokong BN.

"Kalau 10 atau 20 tahun lalu, bolehlah beliau buat ugutan begini kerana pada masa itu rakyat tak celik undang-undang dan pelembagaan. Hakikatnya Isa tidak boleh sesuka hatinya memecat kakitangan FELDA yang menyokong Pakatan.

"Hak setiap kakitangan FELDA untuk menyokong mana-mana pemimpin dan parti yang disukainya dalam pilihanraya adalah hak yang dijamin Perlembagaan. Adalah kesilapan besar jika Isa, memecat kakitangan FELDA, dan beliau boleh diheret ke Mahkamah selepas itu," ujar beliau.

Beberapa pegawai kanan FELDA Holdings juga telah melaporkan bahawa pejabat-pejabat utama FELDA telah dimasuki oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi siasatan kes-kes yang dibongkar oleh ANAK baru-baru ini.

Kemenangan peneroka FELDA Kemahang Tiga dan FELDA Sungai Koyan dalam saman mereka tahun lepas juga turut memberikan tekanan kepada BN yang akhirnya mengantikan Pengerusi FELDA, Tan Sri Dr Yusof Noor yang dianggap terlalu lemah dengan Isa yang baru sahaja kembali menjadi ADUN undi Pos di Bagan Pinang.

"Kita menggesa supaya pihak SPRM meningkatkan pemantauan kepada organisasi FELDA dibawah pengurusan Isa, kerana rekod sudah membuktikan bahawa beliau bukanlah seorang pemimpin yang bersih.

"Skandal Rasuah beliau ketika menjadi Menteri Wilayah Persekutuan tidak mudah dilupakan rakyat. Begitu juga dengan rasuah yang beliau tebarkan sepanjang kempen di Bagan Pinang tahun lalu.

"Kenapa orang sebegini masih mendapat tempat dalam organisasi seperti FELDA. Apa agenda Najib sebenarnya?," soal beliau.


Sumber: TVSNEWS

Umno, PERKASA Guna Utusan Tuduh PR Derhaka-Anwar

Posted: 11 Jan 2011 12:20 AM PST


PETALING JAYA 11 JAN: Pemimpin Umno dan Perkasa menggunakan akhbar Utusan Malaysia untuk menuduh Pakatan Rakyat sebagai kononnya derhaka dengan Istana tetapi menyembunyikan penderhakaan nyata mereka terhadap institusi Raja.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keghairahan pihak berkenaan membuat laporan polis terhadap ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafei bersabit penulisan di blognya adalah contoh terbaru yang menyerlahkan sifat hipokrit mereka.

"Bahasa biasanya kepura-puraan, bahasa kasarnya kemunafikan. Kalau kenyataan Shuhaimi ini dianggap sebagai derhaka, macam mana dengan kenyataan kepimpinan Umno selama ini yang menyerang Raja-Raja seperti di Terengganu, di Kelantan dan dalam masa pindaan Akta Perlembagaan menarik kuasa Raja-Raja Melayu," kata Anwar.

Pada tahun 2008, Sultan Terengganu menjadi sasaran ahli Umno yang membantah perlantikan Datuk Seri Ahmad Said sebagai Menteri Besar negeri itu.

Tunjuk perasaan dan sepanduk yang menghina Istana Terengganu dianjurkan oleh Umno dan didukung penuh oleh akhbar-akhbar seperti Utusan Malaysia.

"Jadi ini tunjukkan ada dua Malaysia. Satu untuk mempertahankan kekebalan pemimpin Umno, Satu lagi untuk rakyat Malaysia yang lain," katanya lagi.

Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty berkata Umno harus mengikis amalan untuk melagakan Istana dengan musuh politiknya bagi mencari sokongan orang Melayu.

"Perkara ini sepatunya tidak lagi disensasikan oleh media milik Umno semata untuk modal politik, dalam keadaan rakyat semakin yakin dengan Pakatan Rakyat, terutama selepas konvensyen Pakatan Rakyat baru-baru ini," katanya.


Sumber: TVSNEWS

Program 100 Hari: Anwar Cabar Najib Debat

Posted: 11 Jan 2011 12:15 AM PST


PETALING JAYA 11 JAN: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat mengenai kewibawaan Program 100 hari Pakatan Rakyat yang hanya menelan belanja RM 19.2 bilion setahun, jauh lebih rendah dari ketirisan RM28 bilion akibat projek-projek yang diluluskan kerajaan Umno-Barisan Nasional.

Datuk Seri Najib semalam mendakwa program 100 hari itu yang menawarkan subsidi rakyat yang lebih tinggi, lebuhraya tanpa tol, imbuhan yang lebih baik untuk kakitangan awam serta pemansuhan undang-undang zalim, bakal membankrapkan negara.

Namun pakar-pakar ekonomi yakin program itu yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari pertama PR menawan Putrajaya adalah berwibawa kerana berpaksi kepada penjimatan wang rakyat jika pemberian kontrak kepada syarikat kroni dibanteras, manakala subsidi untuk syarikat korporat kroni dikurangkan.

Transparency International menganggar rasuah menyebabkan negara kerugian RM10 bilion setahun. Ketua Audit Negara, dalam laporan tahunannya mendedahkan ketirisan sahaja mengakibatkan Malaysia kerugian RM28 bilion ringgit.

Dalam sidang akhbarnya pagi tadi, Datuk Seri Anwar selaku Ketua Pembangkang berkata Najib begitu ghairah menggunakan media kawalan pemerintah untuk memadamkan fakta sebenar mengenai Program 100 Hari yang di persetujui pada Konvensyen PR di Pulau Pinang bulaan lalu.

Tuduhan bahawa PR bakal menjadikan negara muflis adalah dangkal tidak berpegang kepada hakikat dan fakta.

"Hakikatnya Umno-Barisan Nasional(BN) yang berhutang setiap tahun. Laporan Ketua Audit Negara dikeluar 25 Oktober 2010 menyatakan hutang negara sekarang melebihi 50 peratus buat kali pertama dalam sejarah. Hutang kerajaan 2009 meningkat kepada RM 362.9 bilion atau 53.9 peratus KDNK. Angka ini bertambah di bawah pentadbiran Datuk Najib," tegas Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat.

Anwar berkata program 100 hari bertujuan mengurangkan beban yang dihamparkan oleh Umno kepada rakyat marhaen yang semakin dihimpit denga kenaikan harga barangan asas dan pendapatan yang mengucup.

Kira-kira 40 peratus daripada rakyat negara ini, masih dalam lingkungan pendapatan RM1,500 sebulan, sebilangan besar daripada mereka aadalah kaum Melayu dan golongan bumiputera lain.

Beliau berkata pemimpin-pemimpin Umno begitu dangkal mempersoalkan janji PR untuk memberikan imbuhan tambahan RM500 kepada pendidik bagi mengiktiraf kepentingan profesyen itu tetapi berpeluk tubuh apabila Najib membayar RM77 juta kepada APCO, syarikat perunding pro-Zionis untuk memulihkan imejnya yang tercalar.

"Kita boleh senarai pelbagai fakta. Tidak baik untuk mempermain dan perolok program kita semata kerana nak bagi RM500 elaun tambahan kepada guru sedangkan mereka bayar RM 77 juta kepada Apco. Keutamaan inilah yang membimbangkan kita," kata Anwar.

Memberi pecahan kewangan program 100 Hari Pakatan Rakyat, Anwar berkata imbuhan tambahan RM500 kepada para guru akan menelan belanja sebanyak RM3.2 bilion, manakala subsidi minyak dan gas memasak RM8 bilion, dan penstrukturan sistem tol sebanyak RM 8 bilion.

Anwar berkata Najib harus tampil secara terbuka berbahas dengan beliau untuk memerinchi Program 100 Hari supaya rakyat boleh mendengar dan membuat keputusan terbaik demi masa depan mereka.

Beliau berkata apa yang jelas sekarang ialah kerajaan pusat memberikan syarikat kroni subsidi yang jauh melebehi subsidi yang diberikan kepada rakyat.

"Empat, lima syarikat kroni IPP dapat subsidi RM 19 bilion. Seluruh rakyat Malaysia dapat subsidi RM11 bilion. Kerajaan takut berdepan dengan syarikat kroni yang kaya, " kata Anwar.


Sumber: TVSNEWS

Tsu Koon Perlu Jawab Soalan 'Cepumas'

Posted: 11 Jan 2011 12:10 AM PST


GEORGETOWN 11 JAN : Mantan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Koh Tsu Koon perlu menjawab dua soalan 'cepumas' sebelum mempertikaikan pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat yang lebih Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT), kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng, lapor portal Harakahdaily.

Baru-baru ini, Tsu Koon tiba-tiba bersuara ingin membuat kejutan pada bulan Mac nanti untuk mendedahkan sesuatu agar rakyat tidak lagi mempercayai kerajaan yang wujud sekarang sebaliknya memberikan kepercayaan kembali kepada Barisan Nasional (BN) memerintah.

"Kerajaan Berjiwa Rakyat bukan sahaja berjaya mengamalkan dasar yang lebih telus sehingga dipuji oleh Badan Antarabangsa Anti Rasuah Terulung di dunia dan Ketua Audit Negara bahkan berjaya menengahkan beberapa pembaharuan yang selama ini tidak terfikir oleh BN.

"Kawan baik saya nak kejutkan apa lagi. Kita bukan buat salah pada rakyat kita buat yang terbaik. Apa kita nak takut," kata Guan Eng.

Katanya, yang perlu bimbang dan takut bekas ketua menteri itu ialah kerana di era pemerintahan BN dua kejadian yang sukar dilupakan iaitu kehilangan wang Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sebanyak RM230 juta yang sehingga kini tiada kesan.

"Bila dapat menguasai Pulau Pinang, MPSP hampir bankrap tambahan pula lesapnya wang RM230 juta yang boleh digunakan untuk pembangunan kawasan dan kegunaan rakyat.

"Satu lagi yang harus beliau (Tsu Koon) jawab ialah berkaitan skandal tanah Tan Hak Ju di Bukit Mertajam yang menyaksikan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat terpaksa membayar RM40 juta kepada mahkamah.

"Setakat ini Kerajaan Negeri telah membayar RM15 juta kepada mahkamah dan ada lagi bakinya yang banyak. Ia amat merugikan wang rakyat yang dapat digunakan untuk pembangunan rakyat dan kebajikan rakyat," tegas beliau.

Penjelasan itu, katanya sudah memadai untuk Tsu Koon bimbang kerana semua isu berkenaan berpunca daripada pentadbiran BN yang lebih ketara melakukan penyelewengan.

Lim juga tahu, BN akan menggunakan taktik ugutan, wang ringgit dan media untuk berhadapan dengan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum akan datang.

"Semua taktik BN kita boleh baca. Itulah yang dirisaukan oleh BN," katanya.


Sumber: TVSNEWS

Hutang Negara Bertambah RM83 Bilion Lagi, Anwar Ajak Najib Debat Terbuka

Posted: 11 Jan 2011 12:05 AM PST

PETALING JAYA 11 Jan - Sikap tidak bertanggungjawab pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semakin terserlah apabila kerajaan Umno-Barisan Nasional bakal menokok RM83 bilion hutang baru melalui penjualan 29 bon.

Menurut Ketua Oposisi Datuk Seri Anwar Ibrahim hutang baru kerajaan persekutuan bakal melonjak daripada paras RM362.39 bilion atau 53.7 peratus dari Keluaran Kasar Dalam Negara (KDNK) kepada RM445.39 bilion.

Sambil menyelar sikap hipokrit Najib menuduh Program 100 hari Pakatan Rakyat yang bakal dilaksanakan apabila menubuhkan kerajaan pusat yang baru kelak selepas Pilihan Raya Umum ke-13 nanti sebagai 'tidak bertanggungjawab' serta 'membankarpkan negara', Anwar berkata penambahan beban baru negara adalah malapetaka hebat yang menimpa Malaysia.

"Hutang kerajaan Malaysia bagi tahun 2009 meningkat kepada RM362.39 billion atau 53.7% dari KDNK. Malapetaka ekonomi ini berlaku di bawah pentadbiran Perdana Menteri sekarang sebagai Menteri Kewangan. Dalam tahun 2010, kerajaan melancarkan 19 program menjual bon yang membabitkan hutang tambahan bernilai RM58.1 bilion.

Tabiat berhutang Umno-BN akan diperhebatkan tahun ini. Pada 14 Disember 2010, Bank Negara Malaysia mengumumkan kerajaan akan menjual 29 bon tambahan dalam tahun 2011. Menurut anggaran Institut Penyelidikan RHB, penjualan 29 bon ini akan membabitkan hutang baru kerajaan persekutuan berjumlah RM83 bilion," kata Anwar kepada pemberita pada sidang media mingguan Biro Penerangan di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) di Tropicana pagi tadi.IMG_4600

Malah untuk merungkai permasalah ekonomi dan isu hutang negara Anwar yang juga Ketua Umum KEADILAN mencabar Najib untuk bersemuka dalam debar terbuka bagi membolehkan rakyat menentukan kedudukan
sebenar.

"Tuduhan beliau bahawa Janji 100 Hari Pakatan Rakyat akan menjadikan negara muflis adalah dangkal kerana hakikatnya, Umno-BN yang berhutang setiap tahun sehingga hutang negara menggunung. Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan pada 25 Oktober 2010 memberi amaran bahawa nisbah hutang negara kepada KDNK telah melepasi paras 50% buat kali pertama dalam sejarah negara.

"Makanya, alasan Perdana Menteri untuk menolak Janji 100 Hari Pakatan Rakyat perlu dikaji dengan berlatar belakangkan perkara-perkara ini. Malaysia sememangnya sedang menuju ke gerbang kemuflisan jika Umno-BN terus berhutang sewenangnya seperti sekarang - tetapi ia bukanlah disebabkan oleh Janji 100 Hari Pakatan Rakyat. Malaysia akan muflis akibat ketagihan Umno-BN kepada pembaziran dan rasuah yang berleluasa, demi mempertahankan sistem kroni kapitalisme yang didokong Umno-BN," tegas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Beliau berhujah rakyat sedar serta maklum senarai panjang kes rasuah besar, penyalahgunaan kuasa, penyelewengan yang membabitkan pemimpin Umno-BN dan kroni mereka yang diselindungkan daripada pengetahuan rakyat oleh media kawalan mereka.

"Kenyataan Perdana Menteri kononnya Janji 100 Hari Pakatan Rayat tidak dapat dilaksanakan atas alasan negara tidak berkemampuan membuktikan lagi Umno-BN berselindung di sebalik penguasaan media untuk memadamkan fakta. Maka memandangkan isu ini mendesak dan menyentuh kepentingan rakyat dan negara, kami syorkan diadakan satu debat terbuka.

"Contoh-contoh pembaziran Umno-BN sudah diketahui rakyat. Perdana Menteri terlampau taksub dengan bangunan 100 tingkat yang menelan belanja RM5 bilion, sedangkan isu perumahan mampu milik meruntun golongan berpendapatan rendah dan orang muda. Kerajaan UMNO/BN akan mengugut bahawa negara akan muflis setiap kali Pakatan Rakyat memperjuangkan imbuhan tambahan para guru, tetapi ia tidak rasa bersalah apabila meluluskan kontrak RM77 juta kepada Apco. Senarainya terlalu panjang untuk dihuraikan disini," kata beliau lagi.

Bagi menjawab tuduhan yang dilemparkan oleh Najib terhadap program berorientasikan rakyat, Anwar berkata Pakatan Rakyat hanya memerlukan RM19 bilion sahaja untuk melaksanakan kesemua 10 prpgram teras yang digarikan di dalam Buku Jingga.

Jumlah tersebut bersamaan keseluruhan subsidi yang diberikan kepada empat syarikat Penjana Tenaga Bebas (IPP) terbesar milik kroni.

"Oleh itu, tindakan pertama Kerajaan Pakatan Rakyat adalah melancarkan perang habis-habisan menentang rasuah di setiap peringkat, bermula dengan pemimpin-pemimpin kanan politik. Ini akan menyelamatkan RM28 bilion yang tiris dari Perbendaharaan setiap tahun akibat rasuah, seperti yang dianggarkan oleh Ketua Audit Negara.

"Selepas itu, Kerajaan Pakatan Rakyat akan menstrukturkan semula sistem subsidi untuk memansuhkan subsidi korporat yang hanya mengkayakan beberapa kerat kroni. Jumlah RM19 bilion subsidi korporat yang ditanggung oleh Petronas untuk membayar IPP milik kroni akan dipulangkan kepada Perbendaharaan. Kita juga akan menyemak semula sistem konsesi tol untuk memansuhkan bayaran pampasan RM4 bilion setiap tahun yang kini ditanggung kerajaan.

"Dua tindakan yang mudah ini akan memulangkan RM51 bilion kepada rakyat - lebih dari cukup untuk melaksanakan Janji 100 Hari Pakatan Rakyat yang jumlahnya hanyalah satu pertiga dari jumlah yang diselamatkan:

"Imbuhan khas perguruan berjumlah RM500 sebulan menelan belanja RM3.2 bilion setahun.

"Jaminan Pakatan Rakyat bahawa subsidi minyak akan dikekalkan untuk golongan berpendapatan rendah akan melibatkan penstrukturan semula sistem subsidi, supaya hanya golongan yang berkelayakan menikmati subsidi minyak. Kos subsidi di bawah sistem sebegini dianggarkan berjumlah RM4 bilion setiap tahun.

"Kerajaan Pakatan Rakyat akan meneruskan subsidi gas memasak, berjumlah RM4 bilion setiap tahun.

"Penstrukturan semula sistem tol di bawah PLUS dianggarkan menelan belanja RM23 bilion, berdasarkan harga pasaran yang ditawarkan oleh Khazanah dan KWSP. Kos tambahan yang perlu ditanggung kerajaan untuk mengambil alih operasi dari pemegang saham minoriti dianggarkan berjumlah RM8 bilion.

IMG_4602"Justeru, jumlah dana yang diperlukan untuk melaksanakan Janji 100 Pakatan Rakyat hanyalah RM19.2 bilion; yakni sama dengan subsidi korporat yang diberikan kepada IPP milik kroni setiap tahun. Jumlah ini adalah terlampau sedikit berbanding RM51 bilion yang hilang setiap tahun akibat ketirisan dan rasuah demi memastikan kroni gembira dan bersenang-lenang.

"Janji-janji lain seperti skim air percuma dan skim wi-fi percuma telah pun dilaksanakan di negeri-negeri Pakatan Rakyat. Kami telah membuktikan ia mampu dilaksanakan.

"Oleh yang demikian, Perdana Menteri tidak boleh berdolak dalih lagi kenapa Umno-BN tidak mahu melaksanakan Janji 100 Hari Pakatan Rakyat apabila rakyat tahu bahawa ia mampu dilaksanakan. Tabiat berhutang Umno-BN yang membebankan generasi akan datang adalah sangat tidak bertanggungjawab, apatah lagi apabila wang yang dipinjam tidak dibelanjakan untuk rakyat," kata Anwar yang memperincikan tindakan proaktif Pakatan Rakyat.

Sambil berkata beiau mahu debat tersebut diadakan seawal minggu depan, Anwar turut menyanggah perbandingan Malaysia dan Greece sekiranya program 100 hari Pakatan Rakyat dijalankan.

"Kita tidak mahu Najib berselindung disebalik monopoli media bagi memadamkan fakta yang dikemukakan oleh kita. Najin menyebut Greece - negara itu terjerumus dalam tahap kebankrapan dan kemuflisan kerana mempermainkan angka, menipu statistik bagi memberi gambaran ekonomi yang ampuh dan lunak walhal apa yang berlaku ialah kecurangan, rasuah dan bebanan hutang yang cuba dipadamkan.
"Kecenderungan yang sama dilakukan oleh Umno-BN di mana kenyataan yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat tidak dihebahkan bagi menggambarkan imej lunak kepada Umno-BN. Jadi bagi meleraikan permasalahan ini saya cadangkan demi kepentingan rakyat dan negara serta memandangkan pendekatan penyelesaian berbeza antara Pakatan Rakyat dan Umno-BN saya cadangkan debat terbuka mengenai isu ini supaya angka sebenar dapat didedahkan kepada orang awam

"Biar rakyat buat keputusan pilihan mereka secara objektif berdasarkan kepada fakta dan bukannya fitnah dan cubaan menyelewengkan angka.

"Dalam isu subsidi Pakatan Rakyat berjanji untuk menyenak semula sistem sediada kerana tidak ada alasan langsung untuk melindungi kroni apabila jumlah sebenar berdasarkan keperluan harga dan subsidi hanya 40 sen daripada setiap liter dengan berjumlah RM4 bilion sahaja tetapi tidak mampu diberikan oleh kerajaan kerana terikat dengan syarikat kroni yang kaya," jelas Anwar lagi.

Beliau berkata Najib sewajarnya menerima pelawaan beliau memandangkan Perdana Menteri yang memberi pandangan negatif terhadap program 100 Pakatan Rakyat.

"Saya bersedia kalau boleh minggu depan. Perdana Memteri yang memberi ulasan, menyerang serta memperolokkan angka dan data kita, menuduh pendekatan kita tidak bertanggungjawab walhal kita kemuka angka yang cukup kukuh, Jadi beliau patut tampil untuk memberi ruang kita mempertahan hujah kita pula

"Kalau hendak wakilkan Rais Yatim saya akan wakilkan Ketua Penerangan kita (Dr Muhammad Nur Manuty," kata Anwar sambil tersenyum.

Sementara itu Dr Nur Manuty berkata artikel akhbar Mingguan Malaysia yang menuduh Pakatan Rakyat mahu memansuhkan sistem raja berperlembagaan hanyalah usaha bagi memgaburi mata rakyat.

"Kita melihat tulisan editor akhbar tersebut adalah usaha yang tidak putus untuk mengaburi rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu. Isu ini sengaja direka dan disensasikan terutamanya oleh Berita Harian dan Utusan Malaysia untuk meraih sokongan ketika Umno kehilangan modal.

"Mereka sedang tekan butang panik untuk mendapatkan modal politik dan mengaburi mata rakyat. Dalam Konvensyen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang baru-baru ini dan juga dalam Buku Jingga ditekankan dasar dan ketetapan Pakatan Rakyat yang akan teruskan mendaulatkan segala peruntukan dalam Perlembagaan termasuk kedudukan Islam sebagai agama persekutuan, institusi raja, kedudukan istimewa orang Melayu serta mempertahankan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangasaan.

"Perkara ini sepatutnya tidak disensasi dalam keadaan rakyat semakin menaruh keyakinan kepada Pakatan Rakyat terutama selepas konvensyen," kata beliau.

Sumber: Suara Keadilan

Umno-BN Wujudkan Dua Undang-undang Berbeza Untuk Menteri, Rakyat

Posted: 11 Jan 2011 12:00 AM PST

Sam15Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menyelar kenyataan terbaru Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak yang mempertikaikan dakwaan ke atas Menteri Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim.

Antara lain Najib mempertikaikan kenapa dakwaan yang berlaku pada tahun 2007 dibangkitkan pada tahun 2011. Suka diingatkan, isunya bukanlah masa, sebaliknya isu yang timbul ialah salahlaku jenayah seksual yang didakwa telah berlaku dan tentunya secara tidak langsung boleh menyebabkan kekeruhan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Indonesia.

Isu ini pernah dikemukakan oleh MigrantCare, NGO yang bertanggungjawab mengenai isu kebajikan pekerja Indonesia di Malaysia pada tahun 2007, tetapi tidak ada sebarang tindakan oleh kerajaan pada ketika itu.

Tindakan Najib mengatakan bahawa 'Rais tidak boleh dihakimi sehinggalah siasatan dijalankan' juga adalah satu kenyataan yang sangat tidak bertanggungjawab !

Terbukti wujud dua set undang-undang yang berbeza untuk ahli Umno dan musuh Umno. Di saat Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang media, dinafikan hak bersuara, dikecam peribadinya di sebalik perbicaraan mahkamah yang lompong dan belum dibuktikan bersalah, tindakan Najib ini jelas bersifat dangkal.

Sekiranya benar sebagaimana kata Najib bahawa dakwaan ke atas Rais ini perlu disiasat, maka wujud kewajaran mendesak agar Rais digantung tugas atau direhatkan sementara daripada menjalankan tugas selaku ahli kabinet untuk mengelakkan sebarang 'conflict of interest'.

Malaysia tidak harus lupa dengan insiden penarikan diri Rais selaku calon Setiausaha Agung Komanwel pada tahun 2007 dahulu,kira-kira 5 bulan selepas dakwaan merogol amah beliau tercetus. Apakah ada rahsia di sebaliknya?

AMK mendesak agar Najib selaku Timbalan Perdana Menteri ketika itu menjawab persoalan ini pada kadar segera.


Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Tiada ulasan: