Isnin, 10 Januari 2011

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


Kronologi Pelantikan SUK Yyang Diputar Belit Oleh Umno-BN

Posted: 10 Jan 2011 04:00 PM PST

khusrin-mbBerikut adalah kronologi pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri:

26 Oktober 2010
PSM memberi Nota Amalan kepada Dato' Menteri Besar tentang prosedur pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri. Nota ini menyatakan bahawa:

i) Suruhunjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan menghantar senarai calon yang difikirkan layak ( Gred 54 ke atas ) kepada Menteri Besar.
ii) Menteri Besar kemudiannya memilih calon atau calon-calon yang
sesuai dan menyerahkan senarai pendek kepada DYMM Sultan Selangor.
iii) Setelah Tuanku berkenan memilih nama yang dicadangkan MB akan menyerahkan semula nama tersebut kepada SPA untuk tujuan penyediaan dokumentasi lantikan.

26 Oktober 2010
Pusat Sumber Manusia memberi nota amalan kepada Pejabat Dato' Menteri Besar tentang prosedur pelantikan Setiausaha Kerajaan yang baharu dan menyenaraikan 8 nama yang dicalonkan untuk pelantikan.

8 November 2010
Pejabat Menteri Besar menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan untuk memilih calon yang paling layak daripada 8 nama pegawai yang telah dicadangkan.


22 November 2010.
Jawatankuasa memulakan proses menemubual semua calon .

1 Disember 2010.
Mesyuarat EXCO bersidang. Dato' Ramli Mahmud tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai pelantikan Setiausaha Kerajaan yang akan menggantikan beliau.

2 Disember 2010
Mesyuarat MTES bersidang Dato' Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau.

3 Disember 2010
Jawatankuasa telah memaklumkan kepada pejabat Dato' Menteri Besar bahawa 3 nama telah dipilih untuk dilantik serta memberitahu bahawa 2 calon tidak mahu mengambil bahagian

8 Disember 2010
Mesyuarat EXCO bersidang. Dato' Ramli Mahmud tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau.

9 Disember 2010
Mesyuarat MTES bersidang Dato' Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau.

15 Disember 2010
Mesyuarat EXCO bersidang. Dato' Ramli Mahmud tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan menggantikan beliau.

16 Disember 2010
2pm: Mesyuarat MTES bersidang Dato' Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan menganti beliau.
9pm: Majlis Persaraan untuk Dato' Ramli Mahmud dan dihadiri oleh Dato' Menteri Besar serta Setiausaha Politik. Dato' Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau

17 Disember 2010
Dato' Menteri Besar menulis surat kepada Istana untuk memaklumkan DYMM Sultan Selangor tentang prosedur pemilihan yang dijalankan Kerajaan Negeri dan tiga calon akhir telah dipilih dan Dato' Menteri Besar terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan DYMM Sultan untuk pandangan dan nasihat. Ini selepas pemeriksaan teliti terhadap tiga calon ini.

20 Disember 2010
Dato' Menteri Besar menulis surat kepada Pusat Sumber Manusia untuk memaklumkan Menteri Besar telah menghantar tiga nama calon kepada DYMM Sultan Selangor dan belum menerima maklum balas. Surat berkenaan juga memberitahu Dato' Menteri Besar akan bercuti sehingga 30 Disember dan sebarang pengumuman mengenai Setiausaha Kerajaan Negeri perlu dirujuk kepada Menteri Besar.

21 Disember 2010
Istana menerusi Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor, Dato' Muhamad Munir Bani menulis surat kepada Setiausaha Sulit kepada Dato' Menteri Besar, Haji Mustapha. Bersama surat itu dilampirkan surat bertarikh 10 Disember 2010 yang dialamatkan kepada Dato' Ramli Mahmud sebagai balasan surat yang dihantar Dato' Ramli bertarikh 3 Disember. Surat 3 Disember itu memaklumkan kepada DYMM Sultan Selangor tiga calon yang layak. Manakala surat 10 Disember memaklumkan kepada Dato' Ramli bahawa DYMM Sultan Selangor telah berkenan dengan pelantikan Dato' Muhamad Khusrin Munawi. Surat itu juga menyatakan Dato' Ramli boleh membuat pengumuman pada 16 Disember 2010.


24 Disember 2010
Pejabat Menteri Besar menjawab surat bertarikh 21 Disember dari Dato' Mohamad Munir bahawa Dato' Menteri Besar tidak pernah diberitahu keputusan yang telah dibuat bertarikh 10 Disember 2010 itu. Sehubungan itu, Pejabat Menteri Besar memohon perkenan untuk mengadap DYMM Sultan untuk perbincangan.

27 Disember 2010
Dato' Menteri Besar menerusi surat memohon untuk menghadap DYMM Sultan untuk perbincangan.

3 Januari 2011
Dato' Menteri Besar menghadap DYMM Sultan Selangor. Dato' Menteri Besar juga menulis kepada SPA menyatakan Kerajaan Negeri menolak pelantikan Dato' Mohamad Khusrin dan tidak mengadakan majlis angkat sumpah menyimpan rahsia sehingga perkara ini selesai.

4 Januari 2011
Pejabat Dato' Menteri Besar menulis surat kepada DYMM Sultan memohon supaya majlis angkat sumpah ditangguhkan sehingga Kerajaan Negeri dan SPA menyelesaikan perkara ini.

6 Januari 2011
Dato' Menteri Besar dan barisan Exco hadir ke majlis angkat sumpah di Istana Bukit Kayangan sebagai taat setia dan kasih kepada DYMM Sultan dan DYTM Raja Muda tetapi tetap tidak menerima pelantikan Dato' Mohamad Khusrin.

Dikeluarkan oleh
SEKRETARIAT AKHBAR KERAJAAN NEGERI SELANGOR

ADUN Sri Muda Tidak Terpengaruh Dengan Provokasi

Posted: 10 Jan 2011 03:55 PM PST


SHAH ALAM 10 JAN: Adun Sri Muda Shuhaimi Shafiei berkata beliau sentiasa konsisten mendepani masalah dengan mengambil pendekatan tidak akan memberi reaksi berunsur ganas ataupun ugutan kerana ia akan mengerohkan lagi keadaan.

Shuhaimi berkata demikian ekoran tindakan ganas beberapa pihak yang menyimbah cat dan membakar gambarnya sebagai tanda protes berkenaan tulisan di blognya yang dianggap sesetengah pihak sebagai menghina Sultan Selangor pada 30 Disember lalu.

Ditemubual dalam Program Tinta Selangor di Tv Selangor petang tadi, Shuhaimi menyerahkan kes tersebut kepada pihak berkuasa dan menyifatkan tindakan ugutan dengan menyimbah cat di pejabatnya adalah sebagai satu tindakan kurang matang kerana terdapat banyak saluran yang betul boleh digunakan untuk meluahkan rasa ketidakpuasan hati atau sebagainya.

"Pada pandangan saya samaada ia dilakukan oleh orang luar ataupun orang dalam, saya serahkan kepada kebijaksanaan pihak keselamatan, apa yang saya mahu tegaskan ialah, perbuatan itu ialah perbuatan yang amat tidak bertanggungjawab dan cuba memberikan satu mesej bahawa seolah-olah saya melakukan sesuatu yang tidak disenangi oleh mereka.

"Tetapi persoalannya disini ialah, kalau kita tidak bersetuju kita masih boleh untuk mengemukakan pandangan kita secara yang lebih berkhemah dan saluran yang tertentu ataupun luah dalam bentuk point untuk kita perbahaskan," katanya.

Tulisan Shuhaimi di blognya pada 30 Disember lalu yang didakwa memberi gambaran Sultan Selangor bertindak sewenang-wenangnya ketika memperkenankan pelantikan setiausaha kerajaan (SUK) negeri - mengundang banyak reaksi negatif dan laporan polis.

Malah,dua NGO iaitu Gerakan Anti Penyelewengan Selangor atau Gaps dan Pertubuhn Pribumi Perkasa Malaysia atau PERKASA mahu Shuhaimi dihukum gantung kerana didakwa cuba mencetuskan "peperangan ke atas Raja-raja Melayu".

Bagaimanapun, Shuhaimi melalui Azmizam mendakwa isu itu telah dimanipulasikan.

Shuhaimi dalam ruang temubual selama 30minit ini menjelaskan insiden yang berlaku terhadapnya tidak sesekali mematahkan semangatnya untuk terus berjuang mengembalikan hak rakyat walaupun menjangkakan lebih banyak perkara yang tidak beretika bakal berlaku dalam kancah politik di Selangor.

"Saya menjangkakan lepas ini lebih banyak lagi perkara-perkara yang mungkin tidak beretika dilakukan semata-mata untuk menghalalkan cara mereka tetapi perlu juga saya perjelaskan apa yang berlaku di Pejabat DUN itu tidak menyekat saya untuk terus bersuara mengembalikan hak kepada rakyat," katanya.


Sumber: TVSNEWS

MB Selangor : Sidang DUN Tergempar Tetap Diadakan

Posted: 10 Jan 2011 03:50 PM PST


SHAH ALAM 10 JAN : Kerajaan Selangor akan tetap mengadakan sidang tergempar Dewan Undangan Negeri akhir bulan ini bagi meminda undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Katanya, kerajaan negeri sudah melantik Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof Datuk Abdul Aziz Bari, dan peguam, Datuk Param Cumaraswamy, bagi menyediakan draf pindaan Seksyen 52 Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Shah Alam selepas melancarkan Majlis Anti Pemerdagangan Manusia Negeri Selangor (MAPMAS) di Shah Alam hari ini.

Beliau ditanya mengapa kerajaan negeri ingin meneruskan sidang tergempar dewan bagi meminda undang-undang itu sedangkan kerajaan PKR Selangor tidak mempunyai 37 kerusi yang juga undi yang diperlukan daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi mendapatkan undi majoriti dua pertiga.

Daripada 56 kerusi DUN, pakatan pembangkang mempunyai 35 kerusi iaitu 14 PKR, 13 DAP, lapan PAS dan seorang ADUN Bebas manakala BN mempunyai 20 kerusi.

Abdul Khalid berkata, Param dan Abdul Aziz telah mencadangkan supaya perkara itu tidak dibincangkan di khalayak ramai sehingga dibincangkan di dalam dewan.

Ditanya sama ada cadangan pindaan itu akan dipersembahkan kepada Sultan Selangor, beliau berkata akan meneliti perkara itu dan ia bergantung kepada cadangan peguam.

Katanya, sidang dewan itu bertujuan mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam melantik ketiga-tiga pegawai tinggi dalam pentadbiran kerajaan negeri itu.-BERNAMA

Khalid : Pinda Undang-Undang Untuk Perbetul 'Kesilapan' Pentadbiran

Posted: 10 Jan 2011 03:45 PM PST


SHAH ALAM 10 JAN : Cadangan Pindaan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor ialah untuk membetulkan 'kesilapan' pentadbiran sehingga berlaku ketidakadilan kepada Kerajaan Negeri sejak 1993.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, adalah tidak wajar kuasa Sultan Selangor diambil alih oleh Umno demi memperkukuhkan kuasa Persekutuan ketika krisis Perlembagaan Persekutuan 1993.

Beliau dengan tegas akan terus memperjuangkan hal ini bagi membolehkan keadaan menjadi baik di masa hadapan.

"Drama ini akan berterusan. Tujuan saya ialah bukan saja selesaikan perkara ini tapi betulkan apa yang salah. Jadi tanggungjawab saya ialah memanggil sidang DUN dalam 2 minggu ini untuk bincang mengapa enakmen dan undang-undang iniyang ditarik Umno pada 1993 dan mengapa biarkan ia memberi ketidakadilan kepada pengurusan negeri," jelas Khalid.

Kemelut pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri dicetuskan dengan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan pelantikan itu tanpa mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri.

Justeru Khalid menyatakan kerajaan Selangor akan membuat beberapa usul akhir bulan ini untuk memastikan kuasa pelantikan tiga pegawai kanan perkhidmatan awam negeri — Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang dan Pegawai Kewangan Negeri kembali ke tangan Sultan dan kerajaan Selangor.

Khalid turut mempertikaikan tuduhan Umno yang menyatakan beliau derhaka kepada Sultan dalam isu ini walhal, Umno-lah yang telah meminda Perlembagaan dan menghapus kuasa Sultan sejak tahun 1993.

"Umno yang menariknya (kuasa itu). Dia dah tarik dan sekarang baru dia cakap bila kami memberitahu Tuanku Sultan, terus dia mengatakan jangan derhaka kepada Sultan. Siapa yang derhaka?", soal Khalid ketika berucap dalam Majlis Pidato Perdana dan Solat Hajat menyelamatkan Selangor anjuran PAS malam tadi.

Khalid menegaskan bahawa beliau komited dengan rancangan beliau.

Malah Khalid mencabar Umno untuk menyokong pindaan itu jika mereka benar-benar mendukung institusi DiRaja Selangor.

"Kita kena tengok belang Umno samada dia sokong Sultan atau tidak. Kita kena tengok samada dia benar. Kata depan tuanku, Ampun Patik harap di ampun tapi dibelakang langsung tidak dipeduli," tambah Khalid lagi.


Sumber: TVSNEWS

Pejabat ADUN Sri Muda disimbah cat merah

Posted: 10 Jan 2011 03:35 PM PST


Pejabat ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafieidi - yang dilanda kontroversi tulisan di blog yang dianggap sesetengah pihak sebagai menghina Sultan Selangor - disimbah cat merah awal pagi ini.azmizam zaman huri 161110Menurut pembantu khasnya Azmizam Zaman Huri, cat merah memenuhi pintu depan pejabat tersebut di Kota Kemuning, dekat Kota Raja, dikesan kira-kira jam 6 pagi tadi oleh seorang kakitangan pejabat yang bermalam di situ.

"Bagaimanapun kita tidak nampak orang (yang disyaki) sekitar kawasan ini," katanya. Azmizam (kanan) yang juga naib ketua Pemuda PKR (AMK) berkata, pihak pejabat kemudiannya membuat panggilan telefon memaklumkan kepada pihak polis. "Kira-kira jam 8 pagi pihak polis tiba dan membuat garisan kuning di sini. Kita tunggulah hasil siasatan. Di sini pun ada CCTV (kamera litar tertutup)," kata Azmizam.

Nafi along Tulisan Shuhaimi di blognya pada 30 Disember lalu - yang didakwa memberi gambaran Sultan Selangor bertindak sewenang-wenangnya ketika memperkenankan pelantikan setiausaha kerajaan (SUK) negeri - mengundang banyak reaksi negatif dan laporan polis. NONEMalah, dua NGO - Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) dan Pertubuhn Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mahu Shuhaimi dihukum gantung kerana didakwa cuba mencetuskan "peperangan ke atas Raja-raja Melayu". Bagaimanapun, kelmarin wakil rakyat muda itu, melalui Azmizam mendakwa isu itu telah dimanipulasikan. Ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini, Azmizam juga berkata, pihaknya akan membuat laporan polis berhubung perkara itu petang ini, dijangka di ibu pejabat polis daerah Shah Alam. "Dalam masa yang sama, kami juga merancang membuat laporan polis terhadap Utusan Malaysia yang didakwa memfitnah bahawa YB Shuhaimi menderhaka kepada Sultan Selangor," katanya. Ditanya sama ada pihaknya mengesyaki tindakan itu sebagai reaksi kepada tulisan Shuhaimi di blog, Azmizam enggan membuat sebarang jangkaan. NONE"Ini satu ugutan terhadap YB. Tetapi sama ada ia berkaitan dengan tulisan di blog, saya tidak boleh komen apa-apa. Kita tunggu siasatan polislah," kata beliau yang juga ketua AMK Kota Raka. Menafikan ia melibatkan along, Azmizam memberitahu, Shuhaimi tidak pernah menerima 'ugutan' sebegitu sebelum ini.

Sementara itu, Bernama melaporkan bahawa ketua polis Shah Alam Supt Zahedi Ayob mengesahkan polis telah menerima satu aduan berhubung kejadian tersebut.


Sumber: Malaysiakini

Tiada ulasan: