Khamis, 27 Januari 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Ceramah Maulid Nabi 19 Feb 2011 Senawang

Posted: 26 Jan 2011 08:07 PM PST


CERAMAH MAULID NABI

Tarikh : 19 Februari 2011 , Sabtu
Masa : 7.45 mlm , selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang
Penceramah : Ustaz Mohd Khairil Anuar bin Mohd Wafa, Ketua Pemuda PAS N.Sembilan

Semua Dijemput Hadir

Nasib malang Nelayan Melayu di negeri tegar UMNO BN

Posted: 26 Jan 2011 07:14 PM PST


Sungai Timun terletak di DUN Kota dalam Parlimen Rembau. Ahli Parlimen Rembau ialah Ketua Pemuda Umno Malaysia , YB Khairy Jamaluddin, orang Rembau, DUN Kota, mengundi di Sekolah Agama Gadong. Dah lama sangat nelayan Melayu di Sungai Timun ini menghadapi pelbagai masalah. Tapi, sonyap jo, almaklumlah kawasan Selamat UMNO , Dulu, Kini dan Selamanya. Kalau kawasan Rembau pun tak terjaga, apa lagi di DUN Tenang, DUN Merlimau dan DUN apa lagi lepas ni.

JETI PANGKALAN NELAYAN RUNTUH
Sinar Harian 27 Jan 2011

SUNGAI TIMUN, Rembau - Sebahagian jeti pangkalan nelayan di sini, yang dibina dua tahun lalu, runtuh selepas beberapa bulan jeti itu ditutup untuk keselamatan nelayan dan orang ramai.

Peniaga kedai makan, Nor Alina Arif,34, berkata, ketika kejadian dia sibuk memasak menyiapkan pesanan pelanggan, namun dikejutkan dengan keriuhan orang ramai mengatakan jeti runtuh.

Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 9.20 malam, semalam dan ketika itu ada seorang pemancing berada di kawasan jeti berkenaan.

"Namun, pemancing terbabit sempat melarikan diri apabila terdengar bunyi kuat dan menyaksikan kejadian itu. Mujurlah tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku," katanya kepada Sinar Harian.

************
NELAYAN KECEWA KERJA NAIK TARAF
Sinar Harian 30 Julai 2010

SUNGAI TIMUN, Rembau - Ahli Persatuan Nelayan Sungai Timun melahirkan rasa tidak puas hati berkenaan projek menaik taraf kawasan teduhan kedua berikutan timbul beberapa masalah sehingga mengganggu aktiviti harian nelayan.

Pemangku Sementara Persatuan Nelayan Sungai Timun, Yahaya Othman berkata, teduhan kedua dibina disebabkan jumlah bot nelayan semakin bertambah. Teduhan berbumbung itu berfungsi sebagai tempat meletak bot nelayan dan mengelakkan bot
ditenggelami air terutama ketika hujan lebat.

************
MENARA CONDONG
Berita Harian 28 Mei 2010

Dataran Kejat Pangkalan Sungai Timun baru siap 3 tahun retak

LUBOK CHINA: Pembinaan menara pandang di Dataran Kejat Pangkalan Sungai Timun, di sini, sangat menarik dan menjadi landskap tarikan pelancong, namun malangnya kemudahan yang baru berusia tiga tahun itu kini retak dan condong sekali gus membahayakan keselamatan orang ramai.

Tinjauan Berita Harian ke dataran yang dibina di atas sungai dengan disokong banyak tiang (seperti pelantar yang lebar) itu, mendapati kebanyakan tiang terbabit sudah condong, manakala dua laluan keluar masuk yang mencantumkannya dengan daratan pula mengalami keretakan lebih 10 sentimeter.

************
SUMBER DITARAH, NELAYAN TERJEJAS
Sinar Harian 1 Feb 2010

LUBOK CHINA - Kewujudan sempadan Sungai Linggi dan Timun sempadan Melaka-Negeri Sembilan membantu kira-kira 300 nelayan meneruskan pencarian sumber rezeki setiap hari.

Walaupun pembangunan baru bakal diwujudkan di sungai tersebut, namun nelayan bimbang ia akan menjejaskan ekosistem sumber rezeki berteraskan udang galah, udang kertas dan pelbagai spesies ikan di situ.

Tinjauan Sinar Harian kedua sungai tersebut mendapati, rata-rata nelayan, terutama di Kampung Paya Lebar, Ramuan China Besar dan Rembau, Negeri Sembilan kecewa dengan penebangan hutan bakau di sekitar Sungai Linggi - Sungai Timun.

Mereka mendakwa, hutan bakau mula diterokai sebuah syarikat swasta dilantik Kerajaan Negeri Sembilan bagi memajukan kawasan tersebut sebagai pembangunan pelancongan baru.

Sumber :
http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8681665.asp
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8007950.asp
http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2010/07/nelayan-kecewa-kerja-naik-taraf.html
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6523743.asp
http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2010/02/nelayan-melayu-rembau-tertindas-hutan.html
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melaka_NegeriSembilan_Menaracondong/Article
http://amkns.blogspot.com/2010/05/dulu-projek-runtuh-sekarang-condong.html

Tokong dapat RM500,000, Melayu MEREMPAT di Pontian, Johor

Posted: 26 Jan 2011 04:08 PM PST

Berita Harian 27 Nov 2010. LABIS: Kerajaan Johor meluluskan peruntukan RM500,000 bagi membantu pembinaan dewan serbaguna Tokong Yong Hock Kiong, Jalan Labis di sini, bagi kemudahan aktiviti persatuan tokong itu di samping kegunaan masyarakat setempat.

Dari Blog Singalautmetro
KISAH SEDIH KELUARGA MISKIN PAPA KEDANA DI PONTIAN, JOHOR

Wednesday, January 26, 2011

KITA BACA PERLAHAN-LAHAN, KEMUDIAN KUNYAH HALUS-HALUS. KEMUDIAN SIMPAN DALAM HATI CERITA ANAK MELAYU INI!

SEPASANG kembar berusia 18 tahun dan kakak mereka yang berusia 20 tahun, di Kampung Jalan Haji Tahir, Tanjung Piai, Kukup, Pontian, terpaksa membuang jauh-jauh impian untuk menjadi anak Melayu yang berpendidikan tinggi kerana berdepan kehidupan sulit kedua-dua ibu bapa yang sakit.

Si kakak, Norasiah, anak sulung pasangan Rosli Mohd Amin, 46 dan Norsidah Ahmad, 41, bergenang air mata bercerita sebuah keterpaksaan melupakan cita-cita menjadi seorang guru demi dihamparkan kemiskinan hidup keluarganya itu.

"Saya terpaksa melupakan impian semuanya kerana kesusahan keluarga. Saya buat keputusan untuk tidak meneruskan pengajian selepas tamat SPM di SMK Sri Kukup.

"Saya tak tergamak melihat ayah dan ibu menderita. Jika mereka boleh menjaga saya dan adik-adik saya sejak kecil, kenapa pula kami tidak boleh menjaga mereka (ketika dalam keadaan susah dan sakit sekarang)" demikian antara kata-kata Norasiah ketika NST menemui mereka pada satu majlis gotong-royong yang dianjurkan oleh penduduk untuk memperbaiki rumah keluarganya yang telah uzur.

Penduduk kampung yang simpati di atas kesusahan hidup keluarga berkenaan telah berjaya mengumpul derma sebanyak RM4,000 bagi membiayai kos membeli barangan memperbaiki rumah keluarga Norasiah.

Norasiah juga memberitahu kedua-dua adik kembarnya, Mohd Razak dan Norizan, terpaksa berhenti sekolah selepas tamat tingkatan tiga lima tahun lalu.

"Saya faham pelajaran amat penting (untuk masa depan) tetapi adik-adik tiada pilihan terpaksa korbankan pelajaran mereka demi menjaga aya dan ibu.

"Saya berharap sangat akan ada seseorang (dalam dunia ini) yang sudi membantu agar kedua-dua adik saya kembali menyambung pelajaran mereka kerana saya tidak mampu membayangkan masa depan mereka tanpa pendidikan yang tinggi," kata Norasiah saya petik dan olah dari laporan NST.

Untuk pengetahuan, ayah mereka, Rosli kini hanya bekerja kampung dan mengidap sakit misteri, manakala ibu mereka sedang dirawat di Hospital Sultan Ismail kerana mengidap barah usus.

Nah...apa yang boleh dikatakan tentang kehidupan ini. Barangkali Ahmad Maslan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri boleh meluangkan sedikit masanya di Tenang untuk melawat keluarga Norasiah ini.

Kita tidak mahu menyalahkan sesiapa, tapi teringat pesan datuk nenek moyang saya dulu bahawa katanya, Melayu tidak akan miskin, masih segar dalam ingatan ini.

Salam dan maaf buat Ahmad Maslan.

Posted by SINGALAUTMETRO at 6:40 PM
http://singalautmetro.blogspot.com/2011/01/kita-baca-perlahan-lahan-kemudian.html

Peruntukan RM500,000 bina dewan tokong dilulus

2011/01/27
LABIS: Kerajaan Johor meluluskan peruntukan RM500,000 bagi membantu pembinaan dewan serbaguna Tokong Yong Hock Kiong, Jalan Labis di sini, bagi kemudahan aktiviti persatuan tokong itu di samping kegunaan masyarakat setempat.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Perancangan Kerja Raya dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Ahmad Zahri Jamil, berkata peruntukan itu dipersetujui Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman ketika berjumpa dengan ahli jawatankuasa tokong berkenaan sebelum ini. "Saya bagi pihak kerajaan negeri berharap sumbangan ini membolehkan dewan serbaguna dibina untuk kemudahan aktiviti tokong selain dapat dimanfaatkan masyarakat setempat," katanya pada pertemuan dengan ahli jawatankuasa tokong terbabit di sini, semalam. Hadir sama, calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Mohd Azahar Ibrahim; Pengerusi Tokong Yong Hock Kiong, Datuk Tan Thian Lai dan ahli jawatankuasanya.

Thian Lai yang ditemui berkata, pembinaan dewan serbaguna tokong berusia 78 tahun itu sudah dimulakan sejak tiga bulan lalu dengan keseluruhan kos dianggarkan hampir RM1 juta termasuk pembelian peralatan.

"Jawatankuasa tokong amat gembira dengan sumbangan kerajaan negeri yang prihatin dengan keperluan khususnya masyarakat Cina di Tenang," katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PeruntukanRM500_000binadewantokongdilulus/Article

Tiada ulasan: