Anak Muda Kampung Nak Senang |
- Tiada yang sudi ajar Orang Asli agama Islam, tunggu pilihanraya agaknya
- Kisah sedih peniaga wanita di N.Sembilan, ingat TUNISIA
- Banyak lampu jalan rosak di Seremban, MPS, JKR apa buat?
- Gejala sosial kronik di Terengganu Darul Iman
- Presiden Tunisia diguling sebab seorang rakyat bakar diri, tapi di Malaysia
Tiada yang sudi ajar Orang Asli agama Islam, tunggu pilihanraya agaknya Posted: 25 Jan 2011 09:09 PM PST Kesian nasib Orang Asli yang memeluk agama Islam di Negeri Sembilan ni, di Jelebu pula tu. Mungkin Dato Jeneral Jamil Khir selepas pilihanraya di DUN Tenang dan DUN Merlimau boleh datang DUN Klawang atau Parlimen Jelebu lepas tu dengan semua kakitangan JAKIM untuk memberi kefahaman Islam kepada mereka ini. TIADA USTAZ DATANG MENGAJAR Sinar Harian 26 Jan 2011 KUALA KLAWANG - Bantu dan bimbinglah mereka ke jalan yang benar, kata Tok Batin masyarakat Orang Asli Kampung Kelaka, Aden Geboi. Beliau berkata demikian apabila memikirkan keadaan anak buahnya yang memeluk agama Islam ketandusan ilmu agama. Walaupun beliau tidak seagama namun tanggungjawab memastikan anak buahnya yang memeluk Islam perlu dijalankan sebaiknya. Aden berkata, sebelum ini, ada ustaz datang mengajar agama di surau berdekatan, namun sejak tujuh bulan lalu, mereka tidak datang lagi. "Ustaz berkenaan datang mengajar mengaji, ilmu Fardu Ain dan sebagainya kepada Orang Asli yang memeluk Islam. "Perkara ini penting dan perlu diberi penekanan serius agar mereka tidak hanyut akibat tidak dibimbing dengan baik dan sempurna," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini. Beliau berkata, seramai 17 masyarakat Orang Asli di sini, memeluk Islam dan mereka perlu diberi tunjuk ajar yang sewajarnya dari masa ke semasa. "Sebelum ini, saya sudah mengajukan masalah berkenaan kepada beberapa pemimpin tempatan namun sehingga kini tidak tahu apakah tindakan yang diambil. "Oleh itu, diharap pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dapat turun padang ke kawasan ini bagi membimbing masyarakat Orang Asli di sini," katanya. Menurutnya, banyak perkara yang perlu mereka ketahui terutama isu berkaitan pengurusan jenazah, ilmu rumah tangga, pembahagian harta dan sebagainya. "Ilmu seperti ini perlu diterapkan sebaiknya agar masyarakat Orang Asli yang beragaman Islam dapat mengamalkan ajaran, selain mengelakkan mereka terpesong," katanya. http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8678449.asp |
Kisah sedih peniaga wanita di N.Sembilan, ingat TUNISIA Posted: 25 Jan 2011 09:00 PM PST Jangan jadi macam Tunisia cukuplah. Puncanya pihak berkuasa Tunisia menagmbil tindakan ke atas peniaga, akhirnya Presiden Tunisia tumbang ! TUNISIA ! TUNISIA ! TUNISIA ! Kisah peniaga sayur yang tertindas sebabkan kejatuhan Presiden Tunisia di http://amkns.blogspot.com/2011/01/presiden-tunisia-diguling-sebab-seorang.html Peniaga rugi besar kedai roboh Sinar Harian 26 Jan 2011 KUALA PILAH – Ibarat jatuh ditimpa tangga. Begitulah nasib malang yang menimpa ibu tunggal, Ramnah Soan, 53, kerana bahagian depan kedainya roboh gara-gara angin kuat empat hari lalu selepas disaman Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pada November lalu. Ramnah berkata, tindakan menukar tiang besi daripada tiang batu sedia ada kerana menerima saman PBT. "Saya terima saman pada 29 November lalu dan kira-kira jam 4 petang, hari yang sama, saya terus menghubungi pihak berkenaan untuk mengetahui punca sebenar disaman dan ingin memohon rayuan mengurangkan jumlah saman disebabkan tidak mampu. "Pihak berkenaan meminta saya hadir keesokan harinya dengan surat rayuan dan alhamdulillah, saya dapat kurangkan saman daripada RM500 kepada RM100 sahaja," katanya yang sudah berniaga sejak 2005. Menurutnya, dia juga harus merobohkan tiang batu dalam tempoh dua bulan daripada tarikh disaman. "Alasan diberikan adalah mana-mana peniaga tidak boleh membina bangunan kekal batu-bata dan satu tiang batu pun tidak boleh dibina di mana-mana kedai kerana premis bukan kedai kekal. "Saya patuh dengan arahan ditetapkan tetapi kecewa kerana masih terdapat kedai yang tidak dirobohkan sedangkan ia adalah bangunan kekal dengan menggunakan batu-bata," katanya. Rambah berkata, masalah timbul apabila kedainya roboh kerana angin kuat dan keadaan itu menjejaskan sumber pendapatannya. "Ia membebankan saya kerana perlu melakukan kerja baik pulih. "Jika tidak merobohkan tiang batu, kedai saya mungkin boleh bertahan berpuluh-puluh tahun tetapi apabila memasang tiang besi, ia hanya mampu bertahan dua minggu sahaja," katanya. Menurutnya, bahagian tepi kedai dan kedudukan tanah agak tidak rata, selain angin kuat memburukkan keadaan. "Saya bukan :golongan orang berada. Sekarang saya perlu menangguhkan perniagaan kerana tiada duit membina semula bahagian depan kedai. "Dahulu, saya bina tiang batu dengan kos RM2,500 dan kini mahu membersihkan sisa runtuhan memerlukan kos RM800 pula," katanya yang mempunyai dua anak. Sementara itu, Ramnah berkata, kejadian angin ribut itu berlaku jam 1 tengah hari ketika beberapa pelanggan menjamu selera. "Ketika kejadian, saya tiada di kedai kerana pulang ke rumah di Sungai Dua Kecil. Hanya ada pekerja dan seorang anak. Secara tiba-tiba sahaja, angin kuat lalu merobohkan tiang besi yang baru sahaja diganti beberapa minggu lalu. "Keadaan tanah yang senget dan bebanan kayu yang berat menyebabkan tiang besi mudah tumbang. Mujur tiada kecederaan berlaku kerana pelanggan sempat melarikan diri," katanya. Dalam pada itu, Ramnah turut merayu mana-mana agensi mahupun sesiapa yang sudi menghulurkan bantuan membaik pulih kedainya kerana mengalami kesempitan wang. http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8677286.asp |
Banyak lampu jalan rosak di Seremban, MPS, JKR apa buat? Posted: 25 Jan 2011 05:18 PM PST Terlalu banyak aduan diterima dari masyarakat sekitar, terlalu, terlalu banyak lampu jalan tidak berfungsi sekitar Seremban dan Senawang. Aduan ke pihak berkuasa secara lisan, secara bertulis, secara online telah dibuat, namun belum nampak apa-apa tindakan. Apa semua agensi kerajaan sedang sibuk di DUN Tenang dan DUN Merlimau ke ? Ada lampu jalan yang sampai penutupnya nak jatuh pun, tak dibaiki. Agaknya nak tunggu penutup tadi jatuh, kena penunggang motosikal, mati, baru nak buat tindakan. Lampu jalan ini amat penting untuk keselamatan, mengelakkan kemalangan dan jenayah. Bil Cukai pintu, cukai tanah bukan main awal hantar. Tapi servis macam…. Tolonglah, jangan sampai orang Seremban mengamuk. |
Gejala sosial kronik di Terengganu Darul Iman Posted: 25 Jan 2011 05:17 PM PST Berita Harian 26 Jan 2011 623 anak tak sah taraf di Terengganu tahun lalu KUALA TERENGGANU: Seramai 623 anak tidak sah taraf dilahirkan di negeri ini tahun lalu, dipercayai akibat pergaulan bebas terutama di kalangan wanita Islam. Lebih mengejutkan, daripada jumlah itu kadar tertinggi dicatatkan pada Mei tahun lalu dengan 72 kelahiran, diikuti 60 kelahiran pada September. (Juga baca artikel Pantai SEKS di Terengganu di http://amkns.blogspot.com/2010/11/terengganu-seks-dadah-jenayah.html ) Berdasarkan perkiraan kasar, pasangan terbabit dipercayai melakukan perbuatan terkutuk itu sembilan bulan sebelum kelahiran, iaitu sekitar akhir Ogos dan Disember atau lebih tepat lagi pada sambutan Kemerdekaan Negara dan Tahun Baru. Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Terengganu, Ghazali @ Suhaimi Muhammad, berkata jumlah kelahiran anak tidak sah taraf itu dicatatkan di sembilan pejabat JPN Terengganu membabitkan bayi pelbagai agama daripada pasangan tempatan dan bukan warga negara. Katanya, pejabat JPN Kuala Terengganu mencatatkan jumlah anak tidak sah taraf tertinggi dengan 188 kelahiran diikuti Besut (102), Dungun (78), Setiu (68), Kemaman (63), Hulu Terengganu (43), Marang (30), Al-Muktafi Billah Shah (28) dan Kerteh (23). "Melihatkan perangkaan ini, ia jelas sangat menggerunkan kerana menandakan gejala sosial semakin kronik. Lebih menyedihkan, majoriti bayi dilahirkan beragama Islam dan tidak diketahui siapa bapa sebenarnya. "Senario ini juga secara tidak langsung membuatkan JPN menjadi beban kepada masalah sosial dan boleh menyebabkan berlaku masalah lain di kalangan masyarakat terutama membabitkan masa depan bayi terbabit. "Jadi, kita meminta kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri dan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk bersama membanteras pergaulan bebas bagi mengelak mereka terjerumus ke lembah maksiat dan melahirkan anak luar nikah," katanya selepas Majlis Penganugerahan Taraf Kewarganegaraan Malaysia di pejabat JPN Terengganu, di sini, semalam. Seramai lima orang menerima sijil warga negara mengikut Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan dan lapan lagi mengikut Perkara 19(1)(a) Perlembagaan Persekutuan dengan lapan berasal dari Kemboja serta masing-masing satu dari Indonesia dan India. Ghazali berkata, walaupun anak luar nikah mendapat keistimewaan sama rata dari segi kemudahan kesihatan dan pendidikan, namun bayi berkenaan berdepan risiko masa depan tidak menentu. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Gejalasosialkronik/Article |
Presiden Tunisia diguling sebab seorang rakyat bakar diri, tapi di Malaysia Posted: 25 Jan 2011 04:23 PM PST Presiden Tunisia yang 23 tahun mempimpin negara akhirnya digulingkan oleh rakyatnya sendiri pada Jan 2011 hanya disebabkan isu seorang pemuda yang ada ijazah komputer, menganggur, menjual sayur kemudian gerai sayurnya disita pihak berkuasa, lalu pemuda tadi kecewa dia membakar dirinya. Baru seorang bakar diri di Tunisia, tumbang Presiden. Tapi di Malaysia dilaporkan 6 hari kes bunuh diri setiap hari, tapi semua pihak senyap. Tak ada perasaan langsung rakyat Malaysia. Tak percaya, baca wanita di Muar minum racun kerana kesempitan hidup di bawah ini. PRESIDEN TUNISIA DITUMBANGKAN TUKANG SAYUR Mohamed Bouazizi nekad bakar diri setelah dagangannya disita polisi. Rakyat pun marah. Adalah Mohamed Bouazizi, seorang tukang sayur, yang memicu kemarahan rakyat atas sang penguasa. Dia masih muda, usianya 26 tahun. Lelaki itu nekad membakar diri, setelah barang dagangannya disita polisi di kota Sidi Bouzid pada 17 Desember 2010. Berhari-hari dirawat di rumah sakit, Bouazizi akhirnya meninggal pada 4 Januari 2011. Bouazizi adalah wajah rakyat Tunisia yang menderita. Negeri itu dilanda krisis pangan. Lapangan kerja sulit, dan rakyat hidup dalam politik yang tak peduli pada kritik. Tak banyak pilihan bagi pemuda seperti Bouazizi. Lelaki itu adalah tiang keluarga, dan dia harus menghidupi ibu dan adiknya. Itu sebabnya, Bouazizi bekerja apa saja, termasuk menjadi penjual sayur dan buah. Tak jelas benar latar pendidikannya. Stasiun berita CNN menyebut pemuda itu sebagai sarjana komputer. Lulus kuliah, Bouazizi sulit mendapatkan pekerjaan seperti sarjana lainnya di Tunisia. Itu membuat Bouazizi terpaksa mengasong, menjual sayur dan buah. http://us.headlines.vivanews.com/news/read/200452-presiden-tunisia-ditumbangkan-tukang-sayur WANITA TERTEKAN TEGUK RACUN Harian Metro 14 Jan 2011 LEDANG: Penyesalan seorang ibu tunggal beranak tiga yang nekad membunuh diri dengan meminum racun rumpai, tetapi berubah fikiran dan menghubungi rakan supaya diselamatkan gagal menyelamatkan dirinya apabila dia meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar. Mangsa berusia 41 tahun menetap di Taman Mulia dekat Bukit Gambir di sini, meninggal dunia di HPSF kira-kira jam 1.30 tengah hari Isnin lalu iaitu tiga jam selepas dimasukkan ke hospital itu. Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi Isnin lalu, mangsa yang tertekan selepas berpisah dengan suaminya kira-kira enam tahun lalu dan terpaksa menyara tiga anak bersekolah mengambil jalan singkat dengan meneguk racun rumpai jenis Paraquat. Difahamkan, mangsa sempat berbual dengan rakannya selepas minum racun menceritakan tekanan hidup yang dihadapi sejak bercerai dengan suaminya beberapa tahun lalu. Ibu tunggal terbabit menyuarakan kesukarannya hidupnya mencari pekerjaan lebih baik kerana usianya yang lanjut dan tidak mempunyai pengalaman bekerja. Mangsa yang tinggal berjauhan dengan keluarganya itu hidup bersama tiga anak remaja berusia belasan tahun sejak ditinggalkan suami. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Wanitatertekantegukracun/Article/index_html BERAKHIRNYA NASIB SEORANG PRESIDEN PADA 7 November 1987 Presiden Tunisia yang pertama, Habib Bourguiba digulingkan oleh Perdana Menteri yang baru dilantik, Jeneral Zine el Abidine Ben Ali yang mengambil alih kuasa. Pada bulan Januari 2011 - setelah 23 tahun berkuasa, Presiden Ben Ali digulingkan oleh rakyat yang membantah pengangguran begitu meningkat di kalangan rakyat, rasuah dan kenaikan harga pelbagai barang keperluan rakyat. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0123&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_10.htm&arc=hive REMAJA TUNISIA BERTINDAK GANAS BANTAH TINDAKAN POLIS TUNIS 20 Dis. 2010 - Polis wilayah bandaraya Tunisia melepaskan gas pemedih mata bagi meleraikan ratusan belia yang bertindak liar dengan memecah cermin-cermin kedai dan merosakkan kereta-kereta semalam, kata para saksi. Para pegawai bagaimanapun enggan mengulas mengenai kejadian ganas itu. Jarang berlaku rusuhan di Tunisia, salah sebuah negara paling makmur dan stabil di utara benua Afrika yang mempunyai kira-kira 10 juta penduduk itu. Saksi-saksi berkata, ratusan beliau telah berkumpul di bandaraya Sidi Bouzid, kira 200 kilometer ke barat daya ibu kota Tunis lewat kelmarin. Menurut mereka, golongan belia marah dengan kejadian remaja lelaki, Mohamed Bouazizi bertindak membakar dirinya kerana membantah tindakan polis merampas buah-buahan dan sayuran jualannya di warung jalanan. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1220&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_02.htm&arc=hive IMELDA MARCOS DUNIA ARAB KETIKA kecil, wanita cantik kelahiran Tunisia bernama Leila Trabelsi ini menjalani kehidupan seharian yang biasa sama seperti kanak-kanak lain. Menginjak dewasa, Leila berkerja sebagai pendandan rambut. Dari situlah beliau berkenalan dengan, Zine el-Abidine Ben Ali, lelaki yang kemudian bergelar Presiden Tunisia dan menjadi suaminya. Sejak itu, Leila, 53, yang mana namanya membawa maksud 'kecantikan rambut hitam' mengamalkan kehidupan cukup mewah baik dari segi pakaian, barangan aksesori dan kelengkapan kediaman. Umpama cerita fantasi, Leila yang dahulu hanyalah seorang wanita biasa, menjadi perhatian seluruh dunia, dikenali ramai dan memiliki kehidupan mewah. Ekoran 'kerakusan' Leila terhadap kehidupan mewah, rakyat Tunisia memberinya jolokan 'Imelda Marcos dari dunia Arab'. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0126&pub=utusan_malaysia&sec=Feminin&pg=fe_01.htm&arc=hive KES BUNUH DIRI DI MALAYSIA SEMAKIN SERIUS- SISTEM PENDIDIKAN PERLU PERUBAHAN Dalam Negara ini mengikut statistik, purata 6 orang bunuh diri setiap hari , 2500 orang setiap tahun dan 50,000 kes cuba bunuh diri setiap tahun. Apakah ini memberi gambaran bahawa Negara ini sedang berhadapan dengan ramai rakyat yang tidak stabil jiwanya. Kes bunuh diri seorang kanak-kanak beberapa hari yang lalu sepatutnya membangkitkan rasa insaf dan menyedari betapa seriusnya keperluan untuk kita menilai semula sistem penilaian kecemerlangan dalam pendidikan kita yang ada. http://temanteras.wordpress.com/2007/11/21/kes-bunuh-diri-di-malaysia-semakin-serius-sistem-pendidikan-perlu-perubahan/ BUNUH DIRI KEMATIAN KEDUA TERTINGGI DI MALAYSIA PULAU PINANG 28 Dis. – Gejala bunuh diri dijangka menjadi faktor kedua tertinggi menyumbang kepada jumlah bilangan kematian di negara ini selepas penyakit kardiovaskular dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang. Pensyarah Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. See Ching Mey berkata, angka itu diperoleh daripada laporan Kementerian Kesihatan yang dibuat pada tahun ini. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1229&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_07.htm SUICIDE PROTEST HELPED TOPPLE TUNISIAN REGIME On Dec. 17, a young fruit seller set himself on fire in front of the Sidi Bouzid regional council in central Tunisia. Exactly four weeks later Mohamed Bouazizi's act of desperation toppled the repressive regime that had ruled for 23 years. http://www.thestar.com/news/world/article/922279--suicide-protest-helped-topple-tunisian-regime |
You are subscribed to email updates from Anak Muda Kampung Nak Senang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan