Anak Muda Kampung Nak Senang |
- Alangkah baik kalau ada Pilihanraya Kecil di Port Dickson
- Jejantas di Malaysia tak selamat, risiko kes jenayah
- Makin ramailah rakyat doakan wakil rakyat mereka mati
Alangkah baik kalau ada Pilihanraya Kecil di Port Dickson Posted: 23 Jan 2011 07:50 PM PST Naik taraf segera surau sesak Sinar Harian 24 Jan 2011 Taman Seri Tanjung , Port Dickson – Surau Taman Seri Tanjung yang mampu menampung seramai 200 jemaah dalam satu masa di sini selain menjadi nadi utama penduduk sekitar juga sering menjadi tumpuan pengunjung antarabangsa. Pengerusi surau, Wahab Ismail berkata, berdasarkan kedudukan surau yang terletak berhampiran beberapa hotel di sini menjadi tumpuan pengunjung hotel bagi menunaikan solat. (Artikel sebelum ini Makin ramailah rakyat doakan wakil rakyat mereka mati di http://amkns.blogspot.com/2011/01/makin-ramailah-rakyat-doakan-wakil.html ) Malah menurutnya, sepanjang Ramadan, suraunya sentiasa penuh dan sesak berikutan pengunjung hotel yang turut serta menunaikan solat tarawih berjemaah di sini. "Imam dari negara Arab yang bercuti di sini juga sering menawarkan diri untuk mengimamkan solat sunat. "Begitu juga dengan aktiviti yang dilakukan di sini dan kami mengalu-alukan kehadiran pengunjung luar," katanya. Wahab menambah, walaupun sering menerima kunjungan jemaah, surau ini juga tidak lari dari berhadapan dengan pelbagai masalah seperti struktur bumbung yang sudah rosak. "Bumbung surau sering bocor menjadikan surau banjir setiap kali dan menyebabkan jemaah yang hadir tidak selesa. "Masalah ini sudah berlarutan sejak tiga tahun lalu dan walaupun sudah dibaiki, ia kembali bocor," katanya. Wahab turut berkata, tandas surau juga sudah tidak boleh digunakan lagi dan perlu dibaiki segera agar keselesaan pengunjung ke rumah ibadah ini dapat dijamin. "Pihak surau bercadang menurap halaman surau ini bagi memudahkan menjalankan pelbagai aktiviti. "Setiap kali aktiviti diadakan, khemah terpaksa dipasang bagi menampung jumlah pengunjung yang ramai tambahan pula, ia juga berhampiran dengan balai raya," katanya. Menurutnya, semua kekurangan dan kemudahan yang perlu dibaik pulih memerlukan belanja besar dan berharap ada pihak sudi menghulurkan bantuan. "Dengan adanya penambahbaikan itu akan menjadikan surau ini lebih mesra pengunjung dan memberikan keselesaan untuk menunaikan ibadah serta pelaksanaan aktiviti kemasyarakatan," katanya. Menurutnya lagi, surau tersebut turut menjadi tumpuan empat perumahan berdekatan berikutan ketiadaan institusi ibadah yang terdekat di taman perumahan tersebut. "Selain pengunjung hotel bersebelahan taman ini, empat lagi penduduk taman perumahan di sekitar surau ini turut mengimarahkan surau ini sama ada dalam melaksanakan solat mahupun aktiviti mengimarahkan surau yang lain," katanya. http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8660997.asp |
Jejantas di Malaysia tak selamat, risiko kes jenayah Posted: 23 Jan 2011 07:49 PM PST AWAS WARGA KOTA: 23 JEJANTAS PEJALAN KAKI DI KUALA LUMPUR 'TIDAK SELAMAT' SEBANYAK 23 jejantas pejalan kaki di sekitar ibu kota dikatakan berada dalam keadaan tidak selamat untuk pejalan kaki kerana amat terdedah kepada bahaya ragut dan jenayah jalanan. Jejantas itu menjadi amat berbahaya kepada pejalan kaki, terutama yang menggunakannya secara bersendirian disebabkan keadaannya terlindung oleh papan tanda dan ketiadaan lampu yang menyebabkan ia menjadi pelabuhan bagi peragut untuk berlabuh, mencari mangsanya. Ketua Biro Anti Jenayah dan Keselamatan Awam parti Gerakan, Lim Teck Ang, mendedahkan perkara ini dan langkah sedang diambil oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk menukar semula kedudukan jejantas itu kepada jejantas yang selamat digunakan. Beberapa langkah mesti diambil bagi tujuan itu termasuk menurunkan papan tanda yang melindungi pejalan kaki dan pemasangan lampu supaya ia menjadi terang dan boleh dilihat oleh orang lain. Antara jejantas yang kurang sihat untuk keselamatan pengguna setakat ini ialah di Jalang Pahang, Jalan Genting Klang, Jalan Gombak off Jalan Chong Hwa dan Batu 5, Jalan Ipoh, MRR2, Abdullah Hukum, Jalan Pantai Baru dan Bangsar.-thestar http://singalautmetro.blogspot.com/2011/01/awas-warga-kota-23-jejantas-pejalan.html Artikel berkaitan : UMNO LETAK KAIN RENTANG DI JEJANTAS di http://amkns.blogspot.com/2011/01/keselamatan-jejantas-umno-dan-pbt-tak.html JEJANTAS MAUT DI SEREMBAN di http://amkns.blogspot.com/2011/01/jejantas-maut-1malaysia-di-seremban-mps.html Monday January 24, 2011 KL cops declare 23 pedestrian bridges 'unsafe' KUALA LUMPUR: Twenty-three pedestrian bridges and a busy walkway in the city have been declared unsafe by the police. City police has come out with a list detailing the bridges which need attention – mainly for lack of lighting and visibility which were ideal for crime. This has stung the Kuala Lumpur City Hall into action, with the local authority saying the bridges will be repaired or upgraded within two weeks. Federal Territories Gerakan anti-crime and public safety bureau chief Lim Teck Ang, who disclosed this, said advertisement boards fixed to the bridges would be removed as they were blocking users' view. "Lights will also be replaced or installed to ensure the bridges are well lit at all times," he added. Lim, who had highlighted the problem to city police, said the roof of several bridges were too low. "City Hall will replace them to allow more lighting and visibility,'' he added. "Eleven of the bridges were deemed too dark, seven were covered by advertisement boards and trees with the rest not well-maintained," he added. The bridges included those in Jalan Pahang, Jalan Genting Klang, Jalan Gombak (Off Jalan Chong Hwa and Batu 5), Jalan Ipoh, MRR2, Abdullah Hukum, Jalan Pantai Baru and Bangsar. The walkway identified was the one linking KL Sentral to the Brickfields monorail station. Lim said frequent complaints were received from commuters using bridges near eight LRT stations. http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/1/24/nation/7856826&sec=nation |
Makin ramailah rakyat doakan wakil rakyat mereka mati Posted: 23 Jan 2011 04:10 PM PST Nampaknya semakin ramailah rakyat mendoakan wakil rakyat di tempat mereka mati apabila mereka memerlukan bantuan atau sumbangan. Semua masjid di DUN Tenang dapat RM100,000 serta semua surau dan sekolah agama dapat bantuan. Tapi lihatlah sendiri masjid yang dah nak roboh di Pahang tempat Perdana Menteri sendiri dau Surau Maahad Ahmadi di Gemencheh tidak jauh dari DUN Tenang di bawah ini. Apa gunanya suruh wakil rakyat kerap menjalani pemeriksaan kesihatan jika rakyat di kawasan mereka sentiasa mendoakan kematian wakil rakyat mereka. Suruhlah rakyat di kawasan mereka mendoakan kesihatan wakil rakyat mereka. Pilihanraya kecil di mana pula selepas di DUN Merlimau? PAHANG, JUARA MASJID ROBOH? Penduduk Kampung Kuala Sat, Hulu Tembeling memohon kerajaan negeri membina sebuah masjid baru menggantikan masjid kayu berusia 60 tahun yang usang serta tidak mencerminkan rumah ibadat mempunyai persekitaran ceria. Kisah lanjut di http://amkns.blogspot.com/2010/12/pahang-juara-masjid-roboh.html LIHATLAH KEDAIFAN SURAU DI N.SEMBILAN, JOM BANTU. Kisah sepenuhnya di http://waghih.blogspot.com/2010/01/lihatlah-kedaifan-surau-di-nsembilan.html RM1.13 JUTA UNTUK MASJID, SURAU DI DUN TENANG LABIS: Peruntukan RM1.13 juta akan diagihkan kepada lapan masjid, sembilan surau dan lapan sekolah agama di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, kata Datuk Seri Najib Razak. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/RM1_13jutauntukmasjid_suraudiDUNTenang/Article/index_html "Lapan masjid akan menerima peruntukan RM100,000 setiap satu untuk penambahbaikan, sembilan surau masing-masing menerima RM30,000 dan lapan Sekolah Agama Rakyat di kawasan ini akan menerima RM1.13 juta," katanya. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0119&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm PELBAGAI DERITA RAKYAT PAHANG DI BAWAH INI : http://amkns.blogspot.com/2010/06/dah-50-tahun-penduduk-kuantan-tiada-air.html KISAH BENAR WAKIL RAKYAT TERIMA SURAT RAKYAT DOAKAN MEREKA CEPAT MATI di http://amkns.blogspot.com/2010/04/rakyat-doakan-wakil-rakyat-mereka-cepat.html |
You are subscribed to email updates from Anak Muda Kampung Nak Senang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan