Selasa, 18 Januari 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Pelik sungguh, Kuala Pilah kurang tempat letak kereta

Posted: 17 Jan 2011 10:21 PM PST

Pelik sungguh, macamlah Kuala Pilah tu kota metropolitan hinggakan tempat letak kereta pun tak cukup hinggakan banyak peniaga tutup kedai. Agaknya kerajaan negeri nak lantik konsultan dulu untuk cari jalan penyelesaian. Lepas lantik konsultan, keluar tender, lepas tu lantik kontraktor, lepas tu senyap. Tunggulah Pakatan Rakyat ada wakil rakyat di Kuala Pilah barulah kelam kabut Umno agaknya.

**********************
Tangani segera masalah parkir
Sinar Harian 18 Jan 2011

KUALA PILAH – Masalah tempat letak kenderaan di Pekan Kuala Pilah sudah lama diperkatakan dan terbaru, seramai 50 peniaga di Jalan Dato' Undang Johol menyuarakan hasrat mereka dengan memohon penyediaan tempat letak kenderaan yang lebih sistematik, di sini.

Wakil peniaga, Jacky Chong berkata, Ahli Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) pernah memaklumkannya, satu perancangan teliti giat dilaksanakan bagi mengatasi masalah kekurangan tempat letak kenderaan di Pekan Kuala Pilah.

"Mereka kata, sebuah jambatan akan dibina melalui Jalan Tun Yen, seterusnya menjadikannya sebagai jalan sehala di pekan ini.

"Setakat ini sudah dua kali pihak berkenaan membuat tinjauan mengenai perkara ini tetapi sehingga kini masih belum ada apa-apa tindakan yang diambil," katanya.

Jacky berkata, sekitar 2008, Menteri Besar ketika itu telah berjumpa dengan persatuan kaum Cina di Dewan Dato' Bahaman Samsudin pada majlis keramaian.

"Beliau telah mencadangkan supaya garisan kuning di Jalan Dato Undang Johol ketika itu ditukar kepada garis putih sebagai tanda boleh meletakkan kenderaan di sepanjang jalan, sekali gus mengurangkan masalah kekurangan tempat letak kereta.

"Pihak berkuasa turut memberi kelonggaran kecuali pada cuti umum iaitu Sabtu dan Ahad kerana mengundang kesesakan lalu-lintas serta menghalang kelicinan perjalanan sekiranya meletakkan kenderaan di sepanjang jalan berkenaan," katanya.

Menurutnya, walaupun telah diberi kelonggaran namun segelintir masyarakat masih takut meletakkan kenderaan mereka di situ kerana bimbang disaman atau denda.

Katanya, akibat sukar mendapat tempat meletakkan kenderaan, hanya 23 kedai sahaja yang masih beroperasi berbanding 92 buah sebelum ini.

"Keadaan ini menjejaskan perniagaan mereka dan ada juga beberapa peniaga tekad menutup perniagaan masing-masing.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8635938.asp

MIC minta PLKN cuti 3 hari Thaipusam, Raya Haji cuti 4 hari

Posted: 17 Jan 2011 04:42 PM PST

Eloklah MIC amat prihatin akan nasib bangsa mereka yang beragama Hindu yang menyertai PLKN agar diberi cuti 3 hari untuk sambut Thaipusam kerana ianya acara keagamaan yang amat penting bagi mereka. Raya Haji sepatutnya diraikan 4 hari siapa pula yang nak minta? Mana pergi pemimpin Islam/Melayu, pembesar Islam/Melayu, persatuan dan parti Islam/Melayu, kerana Raya Haji adalah acara keagamaan jauh lebih penting, Raya Haji 4 hari, sedangkan Raya Puasa hanya 1 hari.

MIC Minta Pelatih PLKN Keturunan India Diberi Cuti 3 Hari Untuk Thaipusam. KUALA LUMPUR, 17 Jan 2011 (Bernama)
Berita penuh di http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=557350


500 juruterbang Malaysia menganggur, kata ekonomi baik

Posted: 17 Jan 2011 04:09 PM PST


Kata ekonomi Malaysia baik, pulih, bagus, harga getah naik. TAPI, macamana terdapat 500 graduan juruterbang atau pilot yang sedang menganggur sekarang ini. Bukan sehari dua dah menganggur, tapi dah setahun ke dua tahun mengganggur. Berapa ramai antara juruterbang menganggur ini orang Melayu? Adakah mereka perlu membayar pinjaman semasa belajar jadi pilot? Tak pe, boleh jadi juruterbang pokok getah agaknya. HIDUP RAKYAT !

***********************
The Star Tuesday January 18, 2011
Graduate pilots hit hard by job shortage

ABOUT 500 pilots earned their wings and aimed for the sky – only to see their dreams come crashing. The reality is that there are few openings and the job shortage has hit them hard.

Most of these pilots, who graduated from the eight flying schools in the country, have been without a job for between one and two years.

Other developments:

While the schools produced between 300 and 400 pilots annually in the last five years, their total intake for a year can reach up to 800.

The biggest airline operator – Malaysia Airlines — only takes in about 100 pilots or so and its priority is its own trainee pilots.

The problem of surplus pilots will be further compounded when more join the group this year.

Don't be idle, take courses to keep flying skills intact, Department of Civil Aviation flight operations director Capt Datuk Yahaya Abdul Rahman tells fresh pilots.

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/1/18/nation/7820639&sec=nation

Tiada ulasan: