Anak Muda Kampung Nak Senang |
- Bina jejantas tak perlu Menteri, YDP Majlis ada Kuasa
- Menteri Umno Sabotaj Projek Jejantas Semenyih?
- Bangunan hantu dan maksiat di Melaka
- Nasib Islam di Melaka, terdesak rumah jadi surau
- Umno salahguna jejantas di Seremban, bahayakan pelajar
Bina jejantas tak perlu Menteri, YDP Majlis ada Kuasa Posted: 10 Jan 2011 01:40 AM PST Rupa-rupanya untuk buat jejantas ni bukannya perlu ahli politik ke, Menteri ke untuk meluluskannya. Yang Dipertua Majlis Perbandaran sudah cukup untuk permohonan membina jejantas, terutama berhampiran sekolah. Pemikiran rakyat selama ini telah dipesongkan, kalau nak apa-apa mesti melalui saluran politik. *************** Jejantas di SMK Bukit Mewah dibina Utusan Malaysia . SEREMBAN 24 Mei - Seramai 2,600 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Mewah di sini tidak lagi perlu menggadai nyawa menyeberangi Jalan Tok Ungku setelah sebuah jejantas siap dibina untuk kemudahan mereka awal tahun depan. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Datuk Abd. Halim Abd. Latif berkata, pembinaan jejantas yang menelan belanja RM500,000 itu akan dimulakan pada Ogos ini dan mengambil masa selama tujuh bulan untuk disiapkan. Sehubungan itu, Abd. Halim berkata, kesemua sekolah di sekitar bandar ini yang memerlukan jejantas diminta mengemukakan permohonan atau cadangan kepada MPS untuk tindakan selanjutnya. http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0525&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_07.htm |
Menteri Umno Sabotaj Projek Jejantas Semenyih? Posted: 09 Jan 2011 07:53 PM PST Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan ? Rakyat didahulukan untuk apa? Untuk anak rakyat mati kemalangan? MENTERI KERJA RAYA SABOTAJ PROJEK JEJANTAS SEMENYIH? Petikan dari Blog PSM Semenyih Menteri Kerja Raya sabotaj Projek Jejantas Semenyih – inilah kesimpulan yang boleh dibuat ekoran Menteri tersebut tidak mahu atau sengaja melengah-lengahkan memberi kelulusan kepada Jejantas di Pekan Semenyih.Yang pelik adalah semua proses untuk membina jejantas ini siap kecuali lampu hijau Menteri berkenaan. Bantahan dibuat dengan memegang baner yang berjudul "Jangan tunggu sehingga nyawa berlayang" Bina Jejantas sekarang. Bantahan dekat 50 orang ini turut mendapat sokongan orang ramai yang membunyikan hon. Dalam ucapan Sdr. Shamsol memberitahu bahawa pihak yang bertanggungjawab membina jambatan ini adalah JKR dan mungkin ada unsur sabotaj oleh kerajaan Pusat untuk melengah-lengahkan pembinaan ini memandangkan ia diusahakan oleh Pakatan Rakyat. Jika jejantas ini dibina ia akan memberi manfaat kepada lebihkurang 5 ribu murid sekolah dari 5 sekolah di kawasan tersebut. Selain itu, ini merupakan jalan utama KL-Seremban dan keadaan jalan menjadi sangat sesak setiap kali pelajar dan orang ramai melintas jalan tersebut dan ia amat membahayakan. Keadaan menjadi lebih rumit ketika waktu kesibukan . Difahamkan juga pernah berlaku kemalangan setiap bulan di tempat itu sehingga meragut nyawa sekali. Menurut JKR, Menteri tersebut sudah diberitahu pada bulan Ogos tetapi dalam setiap mesyuarat bulanan Infra, JKR hanya berkata tak ada maklumbalas dari Menteri. Jangan kerana kepentingan politik, nyawa rakyat tergadai. Artikel penuh di http://psmsemenyih.blogspot.com/2011/01/7-januari-menteri-kerja-raya-sabotaj.html "Namun apa yang menyedihkan sehingga kini pihaknya masih tidak mendapat sebarang jawapan daripada Menteri Kerja Raya," katanya. Tambahnya, sewajarnya, di sesebuah pekan terutamanya yang terdapat sekolah di kawasan tersebut mempunyai jejantas. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0108&pub=utusan_malaysia&sec=Kota&pg=wk_03.htm&arc=hive |
Bangunan hantu dan maksiat di Melaka Posted: 09 Jan 2011 06:17 PM PST 'Bangunan hantu' Berita Harian 10 Jan 2010 Gelanggang sukan terbengkalai tempat lepak mat gian MELAKA TENGAH: Sebuah bangunan yang dulunya dirancang menjadi gelanggang badminton dan skuasy di Kampung Solok Musai, Bukit Baru, dekat sini terus terbiar sejak 20 tahun lalu dan disyaki menjadi tempat anak muda melakukan kegiatan maksiat dan aktiviti tidak bermoral, sehingga meresahkan penduduk. Berikutan itu, pihak berkuasa dirayu memantau tempat berkenaan, sekali gus mengambil tindakan sesuai bagi memastikan masalah itu tidak terus berlarutan sehingga menjadi kudis dalam masyarakat di kampung berkenaan. Tinjauan Berita Harian di kawasan berkenaan baru-baru ini, mendapati bangunan terbabit agak usang dan menjadi tempat beberapa barangan terbuang, sekali gus menimbulkan keadaan tidak selesa kerana ia berdekatan bangunan Perbadanan Perpustakaan Negeri Melaka (PERPUSTAM) yang sering menjadi tumpuan pelajar. Keadaan gelanggang skuasy dan badminton di tingkat bawah bangunan tidak terurus, kelihatan berbahaya berikutan silingnya yang sudah reput, manakala di kawasan lantai pula ada sisa siling reput dipercayai sudah lama gugur, selain botol arak dan puntung rokok yang bersepah di situ. Kewujudan sebuah tilam buruk di tingkat atas bangunan yang dipercayai digunakan penagih dadah untuk melepaskan gian atau pihak tertentu melakukan aktiviti tidak bermoral, memburukkan lagi keadaan, selain persekitarannya yang dipenuhi lalang yang tumbuh meliar. Penduduk, Jali Dalip, 54, berkata bangunan berkenaan terbiar sejak sekian lama kerana masih ada beberapa infrastruktur yang tidak siap seperti lantai dan pintu. "Saya tinggal di sini sejak bangunan ini belum dibina lagi dan apabila projek berkenaan berjalan dan kemudian terbengkalai, tidak ada pihak yang menguruskan tempat berkenaan atau menyelenggara, sekali gus menjadikannya seperti 'bangunan hantu' yang terbiar tanpa sebarang kegunaan yang boleh dimanfaatkan orang awam terutama belia di kawasan ini. "Saya tidak pasti mengapa bangunan itu gagal disiapkan sepenuhnya, mungkin kerana ada beberapa kesulitan pihak pengurusan seperti masalah kewangan sehingga menjadi begini," katanya. Jali berkata, gejala sosial membabitkan belia yang menjadikan bangunan usang itu sebagai lokasi mereka menagih dadah, vandalisme dan maksiat, menimbulkan perasaan tidak senang penduduk. "Saya pernah melihat penagih dadah melepaskan gian di situ, selain ada yang menjadikannya tempat memadu asmara tanpa gangguan pihak berkuasa, manakala dindingnya pula diconteng remaja nakal. "Masalah ini perlu ditangani segera bagi mengelak ia terus berlarutan dan mempengaruhi golongan muda lain yang melihat kejadian tidak bermoral itu berleluasa kerana kedudukannya agak tersorok daripada pandangan ramai," katanya. Jali turut mengesahkan ada pihak dikatakan berminat membeli bangunan itu tetapi tidak menjadi kenyataan sehingga sekarang. Sementara itu, Mohd Said Isa, 40, turut berharap pihak berkuasa terbabit mengambil tindakan segera berhubung kedudukan bangunan yang sudah terbiar lama itu bagi mengelak ia terus menjadi lokasi golongan muda menjalankan aktiviti tidak sihat. "Kami berharap tindakan dilakukan bagi mengelak tempat ini terus menjadi pusat anak muda melakukan kegiatan tak bermoral," katanya. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/2011011006174220110110061742/Article |
Nasib Islam di Melaka, terdesak rumah jadi surau Posted: 09 Jan 2011 06:05 PM PST Terdesak rumah jadi surau Sinar Harian 9 Jan 2010 TAMAN REMBIA SETIA - Sejak lima tahun lalu, penduduk di sini menunaikan solat fardu secara berjemaah di sebuah rumah ihsan penduduk yang merelakan rumah sewanya itu diguna pakai sebagai surau kepada penduduk taman itu. ( Sila baca artikel Bangunan Majlis Agama Islam Melaka dijual ke Taukeh Cina? di http://amkns.blogspot.com/2010/10/bangunan-majlis-agama-islam-melaka.html dan Pelajar pertahan sekolah tahfiz di pukul samseng di Melaka di http://amkns.blogspot.com/2010/09/pelajar-tafhiz-melayu-di-pukul-samseng.html ) Ketiadaan surau di taman terbabit mendesak penduduk taman berkenaan bersuara menuntut hak mereka kerana kemudahan sepatutnya lengkap di sebuah taman perumahan hanya menjadi angan-angan penduduk selama ini untuk menunaikan ibadah. Sebanyak dua kali permohonan dilakukan pihak atasan taman itu kepada pihak yang berkaitan, namun hanya mengundang kekesa-lan apabila sehingga kini masih belum ada tindakan diambil untuk menubuhkan surau di taman terbabit. Sementara itu, Pengerusi Taman Rembia Setia, Mohd Nurzamani Musa berkata, dia kesal dengan sikap sesetengah pihak yang menga-baikan kebajikan penduduk dekat sini yang memerlukan kemudahan surau untuk aktiviti keagamaan. "Saya sangat berharap pihak berkaitan mengambil tindakan segera dengan ketiadaan surau di taman ini. Susah kami di sini hendak lakukan pelbagai aktiviti keagamaan seperti ceramah agama, tadarus al-Quran dan kelas agama untuk penduduk. "Kami bernasib baik apabila ada ihsan daripada penduduk yang sudi memberikan kebenaran menggunakan rumahnya untuk dijadikan tempat kami menunaikan solat berjemaah dan sebarang aktiviti, jika tidak sunyi taman ini tanpa aktiviti keagamaan," katanya. Penduduk ditemui, Rahmat Bakar, 46, berkata, penduduk taman berkenaan sangat memerlukan surau untuk menunaikan solat berjemaah. Rahmat yang juga Pengerusi Surau Sementara Taman Rembia Setia itu turut melahirkan rasa kesal dengan ketiadaan surau terbabit bukan sahaja membataskan kehadiran penduduk untuk menyertai aktiviti keagamaan, sebaliknya bulan Ramadan suram tanpa tempat menunaikan tarawih yang selesa. "Jika mahu diikutkan, jumlah penduduk taman yang akan hadir menunaikan solat berjemaah seramai 300 orang, namun ketiadaan surau yang selesa di taman ini hanya memuatkan 50 jemaah sahaja yang memaksa mereka keluar untuk ke masjid. "Surau ihsan ini bukan sahaja mendapat sambutan golongan dewasa taman ini, sebaliknya kanak-kanak turut hadir mengikut ibu bapa mereka menunaikan solat di sini dengan keluasan yang ada tidak memadai untuk seluruh penduduk. Menurutnya, tambah menyedihkan apabila terpaksa memasang khemah untuk menunaikan solat. http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8597146.asp MELAKA KAWASAN SELAMAT ! DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK MAHU UMNO SERTA SEMUA SAYAP PARTI MENGADAKAN LEBIH BANYAK PROGRAM BERBENTUK MENDAMPINGI RAKYAT DI KAWASAN-KAWASAN YANG DIKUASAI PEMBANGKANG DAN BUKANNYA DI KAWASAN SELAMAT - UTUSAN MALAYSIA 17 OKT. 2010 http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1018&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm&arc=hive |
Umno salahguna jejantas di Seremban, bahayakan pelajar Posted: 09 Jan 2011 04:11 PM PST Umno di Seremban pun sama macam Majlis Perbandaran Seremban. Tak faham-faham program Bandar Selamat di mana jejantas sepatutnya tidak dipenuhi dengan papan-papan iklan yang boleh melindungi laluan dari pandangan awam. Ini memudahkan aktiviti jenayah ragut, aktiviti penagihan dadah dan sebagainya. Jom kita ke jejantas depan Sekolah Kebangsaan Paroi. Dah koyak rabak kain rentang Umno pun Majlis Perbandaran Seremban tak buat apa-apa tindakan. Apa , tak percaya. Lihat saja gambar-gambar di bawah. Sila klik pada gambar untuk besarkan imej. 4) Laluan Awam Tidak Terlindung Atau Terhalang Dari Pandangan Awam Jejantas tidak dipenuhi dengan papan-papan iklan yang boleh melindungi laluan dari pandangan awam. Ini memudahkan aktiviti jenayah ragut, aktiviti penagihan dadah dan sebagainya. Sebarang iklan di jejantas hendaklah di paras yang tidak menghalang penglihatan (seperti di paras bumbung). PROGRAM BANDAR SELAMAT LANGKAH PENCEGAHAN JENAYAH YANG PERLU DILAKSANAKAN DI PERINGKAT PIHAK BERKUASA TEMPATAN Diterbitkan oleh : Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan http://www.townplan.gov.my/ Juga baca artikel sebelum ini :Papan iklan 1Malaysia di Seremban membahayakan pelajar sekolah di http://amkns.blogspot.com/2011/01/papan-iklan-1malaysia-di-seremban.html Juga artikel Kain Rentang ucapan Hari Raya Idil Fitri Wakil Rakyat Pakatan di Seremban dicabut oleh Majlis Perbandaran Seremban di http://pasns.blogspot.com/2010/09/banner-hari-raya-hanya-mampu-bertahan.html |
You are subscribed to email updates from Anak Muda Kampung Nak Senang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan