Selasa, 4 Januari 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Sekolah Amat Daif di Sabah tapi Kapalselam RM3.4 B

Posted: 03 Jan 2011 10:20 PM PST

Inilah nasib rakyat Sabah. Kapalselam negara yang bernilai berbillion ringgit terletak di Sepanggar. TAPI Sekolah Kebangsaan di Sepanggar dahlah DAIF, 9 kelas dikongsi 612 pelajar. Apakan daya Sabah negeri kubu kuat BN. Datuk Seri Najib Tun Razak Mahu Umno Serta Semua Sayap Parti Mengadakan Lebih Banyak Program Berbentuk Mendampingi Rakyat Di Kawasan-Kawasan Yang Dikuasai Pembangkang Dan Bukannya Di Kawasan Selamat.

PUTERI UMNO SABAH RAYU KEMUDAHAN SK GENTISAN DINAIK TARAF
4 Jan 2011

KOTA KINABALU, (Bernama) - Pergerakan Puteri UMNO Sabah merayu Kementerian Pelajaran segera menaik taraf kemudahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Gentisan di Sepanggar, dekat sini yang dalam keadaan daif dan serba kekurangan.

Ketuanya Musliati Moslimin berkata keadaan sekolah, yang tidak kondusif untuk dijadikan sebagai tempat belajar, memerlukan pembaikan segera bagi membolehkan murid belajar dalam keadaan selesa dan selamat.

"Sekolah yang dibina sejak tahun 1965 ini dengan bangunan kayu sudah tidak mampu menampung jumlah pelajar yang semakin bertambah setiap tahun. Kita amat mengharapkan perhatian dan tindakan pihak berkenaan (Kementerian Pelajaran) memandangkan permohonan bagi menaik taraf sekolah ini sudah lama dikemukakan.

"Kita tidak mahu pelajar terus dibiarkan bersesak-sesak dan pada masa yang sama mengharapkan pencapaian pelajaran mereka terus bertambah baik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kembali Ke Sekolah di SK Gentisan, Sepanggar bersama Puteri UMNO Sabah, hari ini.

Pada majlis itu, seramai 80 pelajar kurang mampu menerima beg sekolah sumbangan Puteri UMNO.

Musliati berkata hanya terdapat sembilan bilik darjah yang dikongsi oleh 612 pelajar sekolah untuk sesi pagi dan petang, dan sekolah itu memerlukan tambahan tiga buah bilik darjah bagi menampung pelajar yang semakin bertambah setiap kali persekolahan dibuka.

http://bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=554068

BN gagal selesai masalah 300 sekolah usang, sekolah tumpang

Posted: 03 Jan 2011 07:33 PM PST

Kerajaan tidak selamatkan sekolah usang - Harakahdaily

PETALING JAYA, 4 Jan 2011 : Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan kerajaan Umno BN memang tidak pernah merancang untuk menyelamatkan sekolah-sekolah usang walaupun sedia tahu ianya melibatkan keselamatan dan nyawa anak-anak serta guru-guru.

(Adakah anak-anak kesayangan anda terlibat dengan bangunan sekolah usang, sekolah tumpang, sekolah tak siap-siap, sekolah melimpah, sekolah sempit, sekolah khemah, sekolah kabin? )

( Jangan lupa baca artikel sebelum ini Muhyiddin GAGAL Selesai Isu SEKOLAH TUMPANG di http://amkns.blogspot.com/2010/12/muhyiddin-gagal-selesai-isu-sekolah.html )

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri (TPM) merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam laporan Sinchew Digest, semalam yang mendakwa seolah-olah kerajaan tiada kemampuan untuk membiayai kos pembaikan RM30 juta buat setiap 300 buah sekolah usang yang kini telah diklasifikasikan sebagai 'menghadapi risiko keruntuhan', adalah sesuatu yang amat memeranjatkan.

Ini, katanya kerana jumlah RM30 juta buat 300 buah sekolah usang itu hanya akan melibatkan peruntukan sebanyak RM9 bilion walhal kementerian telah diperuntukkan sebanyak RM36 billion sepanjang 2011 ini.

Katanya, kenyataan TPM ini seolah mengiyakan sikap tidak ikhlas kerajaan lanun Umno BN selama ini apabila dengan awal-awal lagi hanya memperuntukkan RM6 bilion buat pembangunan berbanding RM29 billion menanggung kos pengurusan Kementerian Pelajaran.

"Saya yakin, jika ketirisan berjumlah RM340 billion, iaitu sebanyak RM100 bilion telah berlaku sepanjang 22 tahun di era Tun Mahathir, dan ketirisan RM240 bilion sepanjang 5 tahun pemerintahan PM berikutnya seperti yang dilapor Brian Wain dapat dikawal dan dikesan semula, pastinya masalah kekurangan peruntukan ini tidak akan berlaku," katanya yang juga ahli Parlimen Ampang dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Maka, bagi menjaga keselamatan anak-anak dan para guru yang belajar dan bertugas di 300 buah sekolah usang ini, beliau menggesa agar TPM sedia bekerjasama dengan Kementerian Kewangan, Jabatan Audit, SPRM, PDRM dan badan berkaitan lain untuk segera mengesan semula semua wang ketirisan sebanyak RM340 billion ini, agar dapat menampung kos pembaikan RM9 billion ini.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30158:kerajaan-tidak-selamatkan-sekolah-usang&catid=1:utama&Itemid=50

Tiada ulasan: