Ahad, 2 Januari 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Hantu makhlus halus serang DUN Tenang Johor

Posted: 01 Jan 2011 05:35 PM PST

Dari Blog Singalautmetro. 1 Jan 2011- SEGAMAT: TENANG SEMAKIN TIDAK TENANG: LADANG BUKIT DATOK TENANG STATION, LABIS DISERANG HANTU BATERI!!!! INI kisah gempar yang sedang berlaku di sebuah ladang getah berdekatan Tenang, di kawasan pilihanraya kecil yang akan berlangsung 30 Januari ini. Lebih 450 penduduk yang mendiami rumah ladang di kawasan itu pelik dan kebimbangan berikutan kejadian hujan batu dan bateri, menyerang perumahan mereka sejak dua bulan lalu.

Pelbagai jenis batu seperti gravel, batu landasan keretapi dan bateri lampu suluh kini menyerang dinding dan tingkap kaca rumah mereka, sehingga banyak di antaranya pecah. Kesemua objek itu datang dari satu arah dan kejadian ini berlaku sambil disaksikan anggota polis!

Seorang penduduk, Ellan Senaya, 32, memberitahu HARIAN METRO, kejadian pelik itu berlaku sejak dua bulan lalu, dipercayai ada kaitan selepas seorang pengamal perubatan dikatakan menangkap makhluk halus dan memenjaranya di dalam botol. Botol itu kemudian ditanam berdekatan sebuah perkuburan India tidak jauh dari kawasan perumahan terbabit.

"Pada awalnya penduduk tidak menghiraukan kejadian itu kerana menyangka ia perbuatan budak nakal dan hanya mengenai bumbung serta melibatkan enam rumah sahaja" katanya.

Bagaimanapun, kata Senaya lagi, sejak akhir-akhir ini ia menjadi-jadi dan balingan pebagai objek keras itu telah banyak memecahkan cermin tingkap rumah penduduk.

Malah ia bukan sekadar omong kosong, apabila kejadian yang membimbangkan itu turut disaksikan beberapa anggota polis. Seorang anggota polis dari Balai Polis Tenang, dilihat terpaksa memakai topi keledar ketika tiba di tempat kejadian jam 12 tengah malam semalam.

Apabila anggota polis itu cuba menyiasat arah datang objek itu, semakin banyak pula cermin tingkap penduduk pecah akibat lontaran bertali arus!

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abdul Aziz Mohd Ali, bagaimanapun menasihatkan penduduk bertenang buat sementara ini dan berwaspada serta tidak membuat sebarang spekulasi kerana polis sedang menyiasat kejadian itu daripada pelbagai aspek.

Sumber :
http://singalautmetro.blogspot.com/2011/01/segamat-tenang-semakin-tidak-tenang.html

Tiada ulasan: