Sabtu, 1 Januari 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Jejantas Maut 1Malaysia di Seremban, MPS memalukan PM

Posted: 01 Jan 2011 05:24 AM PST

Jejantas amat penting untuk melintas jalan, lebih-lebih jalan yang sibuk di bandar Seremban. Lagi penting kalau jejantas tersebut digunakan oleh pelajar sekolah rendah , iaitu Sekolah Kebangsaan Ampangan , Seremban yang terletak teramat hampir dengan jejantas. Tapi sayang, pihak bertanggungjawab tidak mementingkan keselamatan pelajar, yang penting ialah papantanda 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Tak percaya? Tengoklah sendiri jejantas tersebut yang tidak terurus langsung. Bumbung jejantas tersebut bukan sahaja nak roboh, tapi dah roboh atapnya, dah melayang entah ke mana. Bukan saja mencacatkan pemandangan, tapi tidak selesa digunakan oleh pelajar sekolah.

Dah tahu jejantas tersebut memalukan, yang amat menggelikan hati ialah terdapat papantanda yang besar yang masih baru yang diletakan di kedua-dua belah jejantas iaitu papantanda 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan yang berlambangkan Majlis Perbandaran Seremban.

Lebih ajaib huruf 1 pada 1Malaysia tersebut betul-betul selari dengan bumbung jejantas yang hilang.

Apakah MPS sengaja hendak memalukan slogan ilham Perdana Menteri Malaysia?

Jejantas seharusnya tidak ada papantanda atau apa-apa halangan penglihatan, kerana ianya membahayakan pengguna yang tersorok dari pandangan umum, yang memudahkan kes cabul pelajar sekolah, ragut dan sebagainya.

Buat memalukan orang Seremban saja papantanda tersebut.

Gambar di bawah ini diambil pada Sabtu 1 Januari 2011 jam 9.15 minit pagi. Sila klik pada gambar untuk besarkan imej.





Tiada ulasan: