Jumaat, 31 Disember 2010

Zulkifli Noordin

Zulkifli Noordin


SENAMROBEK: DAP YANG CELAKA!

Posted: 30 Dec 2010 11:25 PM PST

(Pak Jangoat pun tumpang semangkuk jugak!!)

Salam 2 all.

Kelakuan biadap dan melampau pemimpin-pemimpin DAP akhir-akhir ini semakin menjadi-jadi. Terbaru perbuatan biadap dan kurang ajar Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang secara terang-terang menghina kesucian institusi masjid. Ini bukan kali pertama Teo berkelakuan biadap. Bulan Ogos lepas, Teo memasuki kawasan solat utama Surau Al Huda, Taman Kajang Sentral tanpa menutup aurat, malahan memakai pakaian yang langsung tidak sesuai dengan kesucian tempat solat. Kebiadapan Teo ditegur oleh Sultan Selangor dan Baginda menitahkan dengan amaran supaya perkara ini tidak berulang lagi.

Namun kebiadapan kepemimpinan DAP tidak mengenal batasan. Sekali lagi Teo mencabar kesucian institusi masjid apabila melakukan acara senamrobik (ke senamrobek? senamjoget?) dengan berpakaian ketat diperkarangan Surau Taman Maju Ceras, Balakaong dalam acara Karnival Ma'al Hijrah yang diadakan. Bukan sahaja pakaian yang ketat dan menampakkan tubuh, tetapi juga acara senamrobik yang bercampur lelaki dan wanita diperkarangan sebuah masjid!

Isunya bukan soal membawa kafir kedalam masjid atau perkarangan masjid. Kerana ada pak jangoat yang dah melampau tahap kebingungannya mempertahankan tindakan biadap pemimpin DAP ini dengan berlandaskan kepada sunnah Rasulullah. Memang benar Rasulullah membawa kafir kedalam masjid. Malahan masjid menjadi markas utama Rasulullah. Tetapi Rasulullah membawa kafir kedalam masjid untuk berdakwah, bukan untuk berjoget apatah lagi berpakaian menjolok mata! Apakah para pak jangoat dah begitu buta sehingga tidak tahu lagi nak membezakan yang mana hak dan yang mana batil, yang mana Islam yang mana tidak!

Alangkan Queen Elizabeth, Raja England terpaksa bertudung menutup aurat semasa dibawa melawat Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi baru-baru ini, dan itupun tidak sampai keruang solat utama dimana umat Islam sujud dan ruku'. Begitu juga Michelle Obama, Wanita Pertama Amerika yang memasuki kawasan Masjid Istiqlal di Jakarta semasa lawatan Presiden Obama ke Indonesia baru-baru ini, beliau lengkap bertudung dan berpakaian sopan.

Teman melihat akhir-akhir ini keghairahan kepimpinan DAP keluar masuk masjid surau menyamai modus operandi mentor mereka Lee Kuan Yew pada tahun 50an dan 60an. Dalam cubaan mendapat sokongan Melayu kepada kepimpinan Kuan dan PAP, Kuan Yew menjadi lebih Melayu daripada Melayu. Suaru masjid dan rumah tangga orang Melayu habis diredahnya. Akhirnya ada Melayu yang terpukau dan tertipu memberi sokongan kepada Kuan Yew dan PAP. Padahnya akhirnya Melayu hilang sebuah pulau!

Ada juga Melayu yang buta sejarah mendabik dada menyokong Kuan Yew dan PAP secara membabi buta, konon cerita Lee Kuan Yew & PAP bina banyak masjid dan surau sekarang. Yang Melayu bodoh ni pun satu, dok seronok dapat surau dan masjid, tetapi dia lupa yang Melayu dah hilang satu negeri! Begitulah mudahnya bangsa Melayu diperbodoh dan dikalkatukan. Bagi sebijik dua masjid, hang nak ambik negeri lantaklah.

Macam kita tengok di Selangor, Melayu dok seronok dapat masjid surau, dapat pegang jawatan nazir dan jawatankuasa, boleh panjat tangga mimbar yang tak pernah dirasa sebelum ini, punya seronok apa nak jadi dengan negeri kome punya pasal lah yop. Sampai nak haramkan arak kat kedai serbanika pun tak mampu. Dulu sampai rimbok meja patah kerusi nak tutup kilang arak, jangan ada sebijik botol arak pun kat rak kedai kalau dapat kuasa-begitu ikrar dan janji sebelum berkuasa! Sekarang, dah dapat jadi nazir masjid pun cukuplah. Tu pun tak terjaga, sampai kafir harbi la'natullah boleh sampai memijak tempat dia sujud ruku' dek kerana nak sedikit habuan! Sampai kafir harbi boleh senam joget dan merobek kesucian masjid hanya untuk tujuan politik.

Teman tengok takde pulak si Teo atau mana-mana pemimpin DAP makin dekat dengan Islam sejak berkawan dengan Pak Jangoat ni. Sebaliknya Pak Jangoat pulak yang makin lama makin lupa diri meninggalkan perjuangan Islam! Dakwah jauh sekali. Ramai yang lebih sibuk berebut jawatan nak jadi pengerusi dan ahli lembaga pengarah syarikat, sampai main tarik-tarik serban. Yang dulu haram sekarang semua halal. Hasil arak dah boleh pakai, talaq tiga bini jadi gadaian politik, nama ALLAH pun dah halal kafir pakai?!

Teman tidak persalahkan Teo 100%, kerana dia seorang kafir harbi. Memang ALLAH dah sebut mereka tidak akan redho dengan Islam. Pada teman, kejadian yang berlaku adalah bukti betapa keangkuhan dan kebiadapan kepimpinan DAP terhadap umat Islam dan institusi Islam sekarang. Walaupun sudah ditegur, walaupun sudah diberi amaran, tetapi keangkuhan dan kebiadapan kepimpinan DAP terhadap Islam dan institusi Islam kian melampau. Pada teman, dan teman ulang balik gesaan lalu, DAP ni adalah parti cauvinis dan rasis yang wajib diharamkan! Tiada dolak-dalik lagi, tetapi itulah hakikatnya. Selagi dibiar DAP ini bermaharajalela, selagi itulah sentimen anti Islam dan anti Melayu akan terus dieprmainkan.

Dan yang paling malang, ada segelintir dikalangan pak jangoat yang sanggup menjadi barua dan balaci mereka. Golongan yang memperhambakan diri kepada habuan dunia. Kemaruk untuk berkuasa dan memegang jawatan menyebabkan mereka menjadi kelakatu yang lupa cahaya gemerlapan kuasa itu adalah punca kehancuran mereka. Teman tahu ramai dikalangan ulama', kepimpinan dan ahli akar umbi PAS yang tidak senang melihat gelagat segelintir Pak Jangoat yang merosakkan parti.

Kepada silent majority ulama', kepimpinan dan ahli akar umbi PAS ini, nasihat teman ialah kembalilah kepada perjuangan Islam, bersihkanlah PAS daripada anasir-anasir dan makhluk perosak yang sedang menjahanamkan PAS. Para pak jangoat ini adalah penyembah Anwar, pemimpin yang ditabal oleh bininya sebagai anugerah tuhan. Ketaksuban mereka kepada pemimpin anugerah tuhan ini sehingga memperlekehkan ulama' dan kepimpinan PAS sendiri. Janganlah kerana nila setitik, habis susu sebelanga. Bangkitlah, dan kembalikan martabat perjuangan Islam. Jangan dipersia-siakan keringat, airmata dan darah pejuang dahulu. Jika tidak malu kepada ALLAH dan Rasul pun, sekurang-kurangnya malulah kepada para syuhada dan pejuang terdahulu.

Ingatlah, DAP ni memang parti yang celaka! Kepimpinan DAP adalah kepimpinan yang celaka! Cuba tengok cara Karpal Singh memperkudakan isu Anwar homoseks & meliwat. Dia yang dedahkan kegiatan homoseks dan liwat Anwar di Parlimen pada 22.10.1997, dia yang dedahkan bukti Anwar peliwat & homoseks semasa berucap di Federal Hotel, dia yang desak Anwar bertaubat dan undur diri selepas pembohongan 16 Sept terbongkar; tahu-tahu dia yang jadi loyer Anwar dalam kes liwat terhadap Saiful. Apa bukti lagi yang mahu ALLAH tunjukkan. Nak tunggu bala ALLAH turun atas kepala baru nak insaf dan menyesal!? Kembalilah kepada Al Quran & Sunnah, kembalilah kepada Islam. Masih belum terlambat untuk memperbaiki hablumminallah, dan jika itu dijaga, ALLAH akan pastikan hablumminannas insyallah. Yakin dan percayalah. Intan surullah hayan surkum, wayubbit aqdaa makuum -bantulah agama ALLAH, pasti ALLAH akan membantu kamu!

Wallahua'lam & wassalam.


Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
22 Muharram 1432
31 Januari 2010

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Program di Istanbul

Posted: 31 Dec 2010 07:11 PM PST

Sidang Bank Islam Al Barak berakhir petang semalam. Ahli-ahli Lembaga diberi taklimat khusus mengenai peningkatan mendadak kegiatan bank di Turki.

Semalam juga hari terakhir saya di Istanbul, justeru mengambil peluang ke masjid Fateh Sultan. Sempat juga menziarahi masjid dan maqam Sultan Selim. Saya terharu tatkala menerima undangan alim-ulama besar Turki, Sheikh Emin Sarac dan berpeluang solat di tempat khas bersama beliau dan teman-teman lain termasuk bekas mufti besar Lutfi Dorgan dan Prof. Osman Catag.

Shiekh Emin mendoakan kesejahteraan bersama dan juga mendoakan berlaku pembaharuan di Malaysia.

Kemudian syarikat pembinaan Yilmaz yang sedang menyelenggara projek pemulihan Kompleks Masjid Fateh Sultan memberikan taklimat khas kepada saya. Semua kontraktor besar yang terlibat dengan projek pemerintah ditugaskan memulihara warisan : samada masjid ataupun muzium.

Pimpinan AKP, parti pemerintah di bawah pimpinan Reccep Tayib Erdogan, Perdana Menteri Turki mengundangkan ke sesi khas di pejabat mereka di Istanbul. AKP dikagumi sebagai parti yang tuntas pegangan mempertahan demokrasi dan prinsip negara hukum, tegas mempertahan kepentingan negara Turki di samping menyuarakan hak rakyat Palestin.

Sebelum kembali ke Malaysia, saya sempat mengunjungi Pusat Penyelidikan Islam Darul Hikmah.

ANWAR IBRAHIM

Mengorak Langkah Masa Depan, Politik Berlandaskan Nilai

Posted: 31 Dec 2010 12:20 AM PST

Kenyataan Media
Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh

Saya mengharapkan agar 2011 akan menjadi tahun perubahan, tahun yang akan dianugerahi keselamatan dan keadilan untuk rakyat Malaysia di seluruh dunia.

Saya percaya, rakyat Malaysia akan bersama-sama menjadikan perubahan dalam sistem pentadbiran negara suatu realiti menerusi Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Perubahan sedemikian akan berupaya melahirkan kestabilan demokrasi, memastikan tadbirurus baik negara dan merealisasikan Buku Jingga Pakatan Rakyat.

Pemilihan saya sebagai Naib Presiden Parti Keadilan baru-baru ini telah menggerakkan fokus saya terhadap The Way Forward, Mengorak Langkah Masa Depan demi memastikan parti ini kekal berpegang pada nilai-nilai yang akan sentiasa berkembang, menjadikan ia sebuah parti yang berintegriti, adil dan saksama terhadap anggotanya dan rakyat Malaysia keseluruhannya. Saya percaya, ini adalah tanggungjawab politik saya agar kita bersama-sama istiqamah dalam melakukan perubahan, terus membangunkan KEADILAN dan juga negara yang  kita warisi, bersama-sama rakan seperjuangan kita dalam Pakatan Rakyat, PAS dan DAP. Melaksanakan apa yang wajar dan memastikan bahawa pengorbanan anggota parti dan juga rakyat sekaliannya tidak dipersia-siakan.   Untuk sentiasa mendahulukan kepentingan bersama dengan mendokong  prinsip dan nilai yang kita yakini bersama.

Untuk melangkah ke hadapan, pencapaian sehingga kini, dan pengajaran daripada masa lalu perlu dinilai semula, seterusnya membentuk masa hadapan yang berpandukan realiti politik semasa, di mana rakyat kini semakin celik dan  jelas tentang hak dan tanggungjawab mereka dalam menegakkan sebuah kerajaan yang bersih, telus dan adil. Sebagai sebuah parti politik yang ingin menjadi harapan baru rakyat, sewajarnyalah KEADILAN juga jelas tentang perjuangan dan halatujunya, bukan semata-mata jelas mengenai lawan dan persaingan terhadapnya.

Langkah masa depan bagi KEADILAN adalah dengan memenuhi harapan untuk menyerlah sebagai tautan terkukuh dalam komponen parti Pakatan Rakyat, agar kepercayaan rakyat tetap utuh terhadapnya, dengan itu rakyat akan rela memberi mandat kepada KEADILAN, menerusi Pakatan Rakyat bersama rakan-rakan PAS dan DAP, untuk mentadbir Putrajaya dalam usaha memenuhi tuntutan Agenda Reformasi, yang merupakan tujuan asli perjuangan KEADILAN. Agenda Reformasi mendokong prinsip-prinsip pencerahan politik, ketuanan dan pemberdayaan rakyat serta kewujudan sebuah masyarakat dan negara madani di Malaysia. Sebagai Naib Presiden KEADILAN, saya akan memberi sepenuh komitmen untuk membina portfolio yang berkaitan dengan pembangunan politik berasaskan nilai ini. Adalah diharapkan politik berasaskan nilai ini akan menjadi dasar kepada sistem, kepolitikan dan gerakan politik dalam KEADILAN.

Justru, marilah kita menyambut tahun baru ini dengan penuh optimis dan keyakinan diri, berlandaskan kepada apa yang telah dicapai dan akan kita capai bersama.

Fuziah Salleh
Naib Presiden
Parti Keadilan Rakyat

Program Dato Seri Anwar Ibrahim Tawan DUN Tenang, Johor

Posted: 30 Dec 2010 09:54 PM PST

3 Januari 2011 (Isnin)

Masa – 8.30 – 12.00 Malam

Lokasi 1 – Pejabat JDM PAS
Pekan Air Panas, Labis

Lokasi 2 – Bilik Gerakan UPU
Felda Cemplak, Labis

Penceramah-

1) YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
2) YB Salehuddin Ayub
3) YB Boo Cheng Hau
4) YB Tien Chua
5) YBhg Dato Seri Chua Jui Meng
6) YBhg Dato' Dr Mahfodz Muhammad
7) YBhg Sdr. Mazlan Aliman
8) YBhg Sdr. Shamsul Iskandar Mohd Akin

Selangor Mohon Keadilan, Kuasa Lantik SUK

Posted: 30 Dec 2010 09:48 PM PST

Dari Malaysiakini

Kerajaan Selangor kini menyerahkan kepada Ilahi untuk “mencari keadilan dan kebenaran” dalam kemelut yang timbul rentetan dalam pelantikan setiausaha kerajaan negeri (SUK) baru negeri itu.

Usaha itu dilakukan melalui satu majlis solat hajat yang dihadiri kira-kira 100 orang di kediaman rasmi menteri besar di Shah Alam malam semalam setelah cubaan mengadakan perbincangan dengan Sultan Selangor sebelum ini menemui jalan buntu.

Bercakap dalam majlis ringkas itu, menteri besarnya Tan Sri Khalid Ibrahim berkata solat hajat berkenaan bertujuan untuk mengembalikan kuasa pemilihan SUK kepada kerajaan negeri.

“Kita mahu kuasa diberikan kepada kerajaan negeri (dan kita juga mahu) perubahan supaya Selangor telus dalam usaha mentadbir rakyat di negeri ini,” katanya ketika berucap di hadapan hadirin dalam majlis berkenaan.

Tambahnya, kerajaan Selangor telah membuat persediaan untuk memastikan pemilihan pegawai SUK itu akan dapat bersama-sama memperjuangkan hasrat pentadbiran negeri tersebut.

“Calon itu mesti mengikut tatacara dan enakmen kerajaan negeri dan saya telah meminta pegawai kerajaan negeri memberi nama calon.

“Akhirnya saya telah menerima lapan nama yang layak untuk proses pemilihan jawatan itu,” katanya.
‘Tak tahu kena bersaing hantar nama’

Khalid berkata panel jawatankuasa temuduga itu antaranya terdiri daripada exco kerajaan Selangor Dr Hassan Ali dan Dr Xavier Jayakumar yang telah mengemukakan tiga nama kepada Sultan Selangor.

“Yang kita pilih adalah mereka yang berpengalaman dan kepakaran khususnya bidang ekonomi serta menyesuaikan diri dengan jawatan dilantik.

“Saya tak diberitahu kena bersaing untuk hantar nama,” katanya yang mengulas satu kenyataan daripada Istana Selangor sebelum ini yang mengakui menerima tiga nama calon untuk mengisi kekosongan itu tetapi “sudah terlewat.”

Kenyataan daripada setiausaha sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani itu juga menyebut, Sultan Sharafuddin Idris Shah telahpun memperkenan pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai SUK yang baru, seperti dilaporkan.

Turut hadir dalam program solat hajat itu ialah ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad, exco kebajikan dan hal ehwal wanita Selangor Rodziah Ismail, ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad dan pengarah komunikasi pejabat menteri besar Selangor Badrul Amin Baharom.

Pemborosan RM12 Juta Dan Keselamatan Bumi 1Malaysia

Posted: 30 Dec 2010 09:41 PM PST

Dari Merdeka Review
Oleh Ooi Heng

Bahawasanya negara yang kini di bawah pentadbiran Perdana Menteri yang dikaitkan dengan kes Altantuya oleh Wikileaks telah menyaksikan pertumbuhan pembandaran yang ketara semenjak 1990-an; bahawa penduduk di kawasan bandar telah bertambah pada kadar purata 4.6% setahun sepanjang tempoh 1990 hingga 2000 tetapi peningkatan tersebut menurun kepada 2.2% sepanjang tempoh 2000 hingga 2009, maka si Perdana Menteri terpaksa menunjukkan teladan dengan menerbangkan diri sebanyak 274 hari semenjak mengambil alih tampuk pentadbiran pada April 2009 dan membelanjakan hampir RM9 juta untuk menggalakkan penghijrahan besar-besaran penduduk desa ke bandar dan mempamerkan gaya perbelanjaan pemimpin 1Malaysia kepada penduduk bandar.

Aku percaya penduduk desa yang rata-rata melayari laman sesawang tercari-cari bahan bacaan atau bahan berita dalam bentuk penulisan Bahasa Melayu, apabila terbaca pendedahan yang dibuat oleh Senator Syed Husin Ali (gambar kiri) mengenai gaya perbelanjaan Perdana Menteri yang berperut buncit, tidak kurang terperanjatnya berbanding dengan otak durianaku semasa meneliti butiran berkaitan!

42 urusan rasmi menelan hampir RM9 juta

Butiran lanjut yang didedahkan oleh Senator di Dewan Negara menunjukkan dengan jelas sekali bahawa Perdana Menteri berperut buncit telah membelanjakan sebanyak RM8,724,894.91 wang rakyat untuk urusan rasmi 42 kali sebanyak 274 hari di luar negara. Maksudnya sehari sebanyak RM31,840.50 telah dibelanjakan!

Sebelum penduduk desa dan kampung Cina Tenang di dalam Daerah Segamat sempat mempelajari gaya perbelanjaan Perdana Menteri berperut buncit, si “Menteri Melancong” dari planet melancong telah membuktikan bahawa Perdana Menteri berperut buncit bukan satu-satunya pemimpin Barang Naik (BN) yang mempamerkan gaya perbelanjaan yang begitu memboroskan.

Apabila diteliti jawapan yang diperolehi Ahli Parlimen Batu Tian Chua (gambar kanan) pada 19 Oktober 2010 dan dibandingkan dengan jawapan yang diperolehi Senator dua bulan selepas itu, otak durianku mendapati pola perbelanjaan yang sama dipamerkan oleh kedua-dua Perdana Menteri dan Menteri Melancong.

Jika lawatan luar negara pertama Perdana Menteri 1Malaysia ke Thailand pada 10 April 2009 – seminggu selepas beliau mengambil-alih pentadbiran – menelan belanja sebanyak RM78,507, lawatan luar negara pertama Menteri Melancong ke China pada 23 April 2009 pula menelan belanja sebanyak RM84,810.

Jika Perdana Menteri berperut buncit telah membelanjakan sebanyak RM8,724,894 wang rakyat untuk urusan rasmi di luar negara, Menteri Melancong pula membelanjakan sebanyak RM3,262,363 wang rakyat untuk urusan rasmi di luar negara. Jumlahkan kedua-dua angka di atas maka kita dapat hampir RM12 juta.

Peluang 20 ribu orang terbang KL-Phuket

Tahukah berapa ramai penduduk desa yang dapat menerbangkan diri ke luar negara selama lima hari jika wang rakyat sebanyak RM12 juta digunakan oleh Perdana Menteri berperut buncit dan Menteri Melancong untuk membiayai harga tiket penerbangan penduduk desa melalui perkhidmatan AirAsia sekitar 28 Disember 2010 hingga 3 Januari 2011?

Jawapannya: Untuk penerbangan Kuala Lumpur-Phuket, Thailand, wang rakyat sebanyak RM12 juta dapat menampung penerbangan penduduk desa sekurang-kurangnya 20 ribu orang! Atau untuk penerbangan Kuala Lumpur-Hangzhou (Shanghai), China, wang rakyat sebanyak RM12 juta dapat menampung penerbangan penduduk desa sekurang-kurangnya 17 ribu orang!

Hal ini bermaksud, jika sekiranya Perdana Menteri berperut buncit tidak mempamerkan gaya perbelanjaan yang memboroskan semenjak memulakan lawatan pertama beliau ke Thailand, Menteri Melancong juga tidak mempamerkan gaya perbelanjaan yang memboroskan semenjak memulakan lawatan pertama beliau ke China, maka beribu-ribu penduduk desa dapatlah menikmati pengalaman menerbangkan diri ke Thailand atau China.

Penerbangan ke luar negara antara kriteria kualiti hidup

Dewasa ini, penerbangan ke luar negara merupakan antara kriteria kualiti hidup dunia 1Malaysia. Menurut jawapan Perdana Menteri kepada soalan Ahli Parlimen Pulai Nur Jazlan Mohamed bertarikh 19 Mac 2009, Indeks Kualiti Hidup Malaysia (MQLI) telah menetapkan sebelas komponen yang mencorakkan kualiti hidup penduduk Malaysia merangkumi komponen-komponen berikut:

1. pendapatan dan pengagihan
2. persekitaran kerja
3. pengangkutan dan komunikasi
4. kesihatan
5. pendidikan
6. perumahan
7. alam sekitar
8. kehidupan keluarga
9. penyertaan sosial
10. keselamatan awam
11. kebudayaan dan hiburan

Sementara bumi 1Malaysia kini diselubungi suasana kematian penduduk 1Malaysia dan penduduk bukan 1Malaysia akibat kemalangan bas satu per satu, kita tidak lagi mengharapkan keselamatan awam dari segi kemalangan jalan raya dapat dijamin oleh Kerajaan 1Malaysia secara berkesan selagi Puspakom dibenarkan memiliki status monopoli dan gaji minimum yang berpatutan untuk sektor pemandu bas tidak ditetapkan tanpa dilengah-lengahkan lagi.

Kini, dalam sanubari kita, yang lebih meyakinkan bukanlah keselamatan jalan raya dunia 1Malaysia yang penuh dengan babak-babak kematian yang dahsyat tetapi keselamatan udara “above bumi 1Malaysia” yang menjadi mod pengangkutan pilihan Perdana Menteri berperut Buncit dan Menteri Melancong. Penerbangan AirAsia yang tergolong dalam komponen ketiga “pengangkutan dan komunikasi” yang mencorakkan gaya hidup berkualiti tanpa mengira perbezaan warna kulit, darah bangsa atau fahaman agama. 1Malaysia tidak memainkan peranan dalam hal ini.

Berdasarkan gaya perbelanjaan boros Perdana Menteri berperut buncit dan Menteri melancong, aku pasti pemimpin 1Malaysia setuju dengan hujah otak durianku bahawa keselamatan jalan raya tidak terjamin dalam dunia 1Malaysia. Keselamatan jalan raya terjamin hanya “above bumi 1Malaysia”.

Menurut Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK 10), “terdapat hubung kait yang rapat antara corak pembangunan dengan kemajuan ekonomi. Kemajuan ekonomi membolehkan rakyat menikmati kualiti hidup yang tinggi. Dari segi yang lain, rakyat dan aktiviti ekonomi akan tertumpu ke arah tempat yang berdaya maju, seterusnya membentuk pertumbuhan kluster yang menjana faedah melalui pengaglomeratan ekonomi, produktiviti dan inovasi. Menyedari hal ini, Kerajaan akan menyusun strategi untuk pertumbuhan tertumpu di konurbasi bandar.”

“Above bumi 1Malaysia”

1Malaysia kini dicorakkan oleh gaya perbelanjaan Menteri Melancong yang boros lagi memboroskan. Ini merugikan Perdana Menteri berperut buncit yang beria-ia mahu mempromosi strategi APCO-1Malaysia melalui penerbangan beliau sebanyak 42 kali dan sebanyak 274 hari “above bumi 1Malaysia”.

Sesungguhnya, Aku yang berperut buncit ingin menyarankan kepada Perdana Menteri berperut buncit: Jangan lupa dibuang Menteri Melancong ke planet melancong dalam rombakan kabinet akan datang dengan kadar segera dan memberikan peluang penerbangan kepada penduduk desa dan kampung Cina dari Tenang, Segamat.

Percayalah otak durianku, ini strategi jangka pendek terbaik untuk pertumbuhan tertumpu di konurbasi bandar. Penduduk desa yang berpeluang menerbangkan diri akan berhijrah ke bandar bagi menikmati kualiti hidup bandar yang above piawaian bumi 1Malaysia. Dengan berbuat begitu, aku percaya penduduk desa lambat laun akan berhijrah secara besar-besaran ke bandar dan membantu menjayakan salah satu daripada matlamat RMKe-10. Tak perlu perkhidmatan APCO-1Malaysia, semua penduduk bandar yang pernah mengalami penghijrahan tahu akan strategi ini.

Pesanan khusus otak durianku untuk penduduk desa dan kampung Cina Tenang, Segamat. Sekiranya Perdana Menteri Berperut buncit dan Menteri Melancong tidak meminta maaf atas pemborosan RM12 juta malahan terus-menerus mengamalkan gaya perbelanjaan boros menggunakan wang rakyat sebanyak RM12 juta, baik kita semua berhijrah ke bandar Singapura dan berjumpa dengan Perdana Menteri Singapura menanyakan kesahihan komen pegawai-pegawai diplomatik Singapura khususnya Bilahari Kausikan yang mengatakan bahawa: “Masalah utama Malaysia adalah tiadanya pemimpin yang berwibawa. Najib Razak (gambar kiri) perlu menang dalam pertarungan politik untuk mengelakkan didakwa”.

Yang menghairankan, Bilahari Kausikan masih mengetuai rombongan perwakilan Singapura dalam Mesyuarat Pasukan Pelaksanaan Bersama Malaysia-Singapura pada 22 Disember 2010 berhubung isu tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) tanpa menghadapi bantahan sekeras-kerasnya daripada pemimpin 1Malaysia!

*Ooi Heng ialah Pengarah Eksekutif Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU)

Najib Di Selangor Dan Uniknya Tenang

Posted: 30 Dec 2010 09:35 PM PST

Dari Harakah
Oleh Ahmad Lutfi Othman

Inikah bentuk transformasi politik Najib Razak? Apa ertinya jika sekadar menggantikan tiga pengerusi perhubungan Umno negeri dengan timbalan mereka? Ekoran itu, apa sebenarnya perubahan yang bakal dinikmati rakyat? Apa kena-mengena pergolakan dalaman Umno dengan impian warga Malaysia yang mahukan kehidupan lebih makmur, adil dan Islami?

Tuntutan agar sistem politik yang lebih berintegriti, bertanggungjawab, terbuka, telus, demokratik, menggalakkan partisipasi rakyat, tidak meminggirkan suara minoriti, perubahan menyeluruh proses pilihan raya, kebebasan bersuara, dan seterusnya senarai panjang yang perlukan reformasi segera, langsung tidak disentuh Najib. Pengumuman Tengku Adnan Tengku Mansor itu hanya merupakan sebahagian persiapan Umno mempertahankan sisa-sisa kuasa, dan tiada hubungan dengan transformasi politik negara.

Di kala semua negeri-negeri lain diketuai anak tempatan, bagaimana pula dengan tindakan mengekalkan Najib di Selangor dan pelantikan Isa Abd Samad sebagai Pengerusi Felda? Awal-awal lagi Isa menjelaskan misi utamanya sarat dan tebal dengan motif politik, bagi mengekang pengaruh pembangkang. Tunggulah karenah bekas menteri yang pernah disabitkan dengan amalan rasuah politik dalam pemilihan Umno itu, yang kini mendapat kepercayaan Najib bagi mempertahan kubu terakhir Umno di kawasan Felda.

Ketiga-tiga naib presiden Umno diminta melepaskan jawatan penting di Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu, namun Najib sebagai pengerusi Umno di Selangor masih mempertahankan kedudukannya. Apakah ia bermaksud negeri termaju itu merupakan sasaran utama Umno-BN, yang tidak dapat tidak mesti ditawan semula dalam PRU13, walau dengan apa cara sekali pun? Ataupun timbalan pengerusi, Noh Omar belum cukup bersedia memikul tanggungjawab besar, selain dibimbangi tindak-balas pengikut Dr Khir Toyo jika Najib menyerahkan posisi strategik kepada Menteri Pertanian itu?

Apa pun, keputusan mempertahankan Najib di Selangor menunjukkan dengan jelas keseriusan Umno untuk menebus semula kekalahan BN yang memalukan pada Mac 2008. Selangor adalah lubuk emas yang tidak boleh dibiarkan lama berada di bawah seteru politik BN. Laluan ke Putrajaya tambah meyakinkan jika negeri-negeri maju dan kaya seperti Selangor kekal dikuasai Pakatan Rakyat. Justeru, usah terkejut dengan “permainan paling kotor” yang bakal dipersembahkan Najib di Lembah Klang.

Kontroversi perlantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor yang baru, Mohd Khusrin Munawi, membayangkan “komplot” terancang BN itu. Pandangan Menteri Besar, Abd Khalid Ibrahim langsung tidak dipedulikan, malah tidak dimaklumkan pun.

Rombakan kepemimpinan Umno di Perlis lebih melucukan, sekali gus menonjolkan pertelingkahan serius. Bekas menteri besar, Shahidan Kassim yang dilantik timbalan Dr Md Isa Sabu awal-awal lagi menegaskan: “Jika tanya pasal gandingan, bagi saya itu suatu yang mustahil terutama untuk bekerjasama dengan individu yang saya lihat sebagai ‘menyamun’ jawatan saya sebelum ini.”

Meskipun Ahmad Bashah Md Hanipah diberi kepercayaan mengetuai misi merebut Kedah daripada Pakatan Rakyat, yang jelas pengaruh bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad dalam pentadbiran Najib nampak menyerlah apabila Mukhriz Mahathir menjadi orang no. 2 di sana. Mukhriz tidak mempunyai apa-apa jawatan penting di peringkat Umno bahagian, tetapi dijangka akan ditonjolkan sebagai pesaing Menteri Besar, Ustaz Azizan Abd Razak. Serentak dengan itu, dipercayai beberapa pemimpin Umno negeri yang dikaitkan dengan Abdullah Ahmad Badawi bakal melalui laluan sukar.

Ahmad Said di Terengganu mungkin lega seketika namun pengikut Idris Jusoh dipercayai tidak semudah itu untuk menyerah kalah. Terengganu merupakan negeri yang sentiasa menyaksikan pertarungan sengit PAS-Umno sejak merdeka. Konflik dalaman mana-mana parti berkenaan boleh menjadi faktor besar dalam menentukan siapa menerajui kerajaan negeri.

II.

Sesi permukiman Harakah berjalan lancar Sabtu dan Ahad lalu. Penalis yang diundang bersikap terbuka dan terus-terang. Tanpa selindung, mereka melontarkan pandangan kritis dan teguran keras menusuk. Sememangnya harapan buat Harakah cukup tinggi terutama apabila menyedari akhbar di negara ini sentiasa dikongkong oleh akta yang menekan dan kepentingan politik elit penguasa.

Cabaran PRU13 menuntut bukan saja kesungguhan luar biasa petugas Harakah, tetapi juga kesediaan mereka untuk berubah dan memperbaiki kesilapan. Perkembangan pantas dunia maklumat akan meninggalkan mereka yang lembab, jauh di belakang. Kesempatan terbaik tidak selalu datang, dan sekiranya ia gagal dimanfaatkan dengan cepat dan cekap, Harakah akan dihukum sejarah.

Akhbar tanpa wibawa, dan yang dipertikai kredibilitinya, tentu gagal berperanan dengan berkesan, meskipun angka jualannya tinggi. Perang media kini semakin sengit dan kompleks. Usaha mempengaruhi pembaca, terutama kecenderungan mengundi, merupakan tugas cukup sukar. Sudut pandangan kita tidak mudah ditelan lagi, walaupun oleh ahli parti dan pembaca setia, sebaliknya terpaksa melalui proses saringan ketat.

Kesalahan yang dilakukan berulang-kali, termasuk dalam hal-hal yang dianggap kecil, seperti kesilapan ejaan dan susunan ayat berterabur, mempunyai pengaruh besar dalam melunturkan keghairahan pembaca. Kami amat menyedari hakikat persaingan dunia siber dan kematangan pembaca untuk memilih hanya yang terbaik.

Saya turut menerima pandangan pembaca melalui emel. Ternyata ramai yang mahukan Harakah bingkas menerajui gerakerja reformasi. Banyak kekeliruan yang gagal dijelaskan dengan baik. Isu-isu penting sering berlalu dan hilang begitu sahaja. “Kami mahukan liputan Harakah yang mudah untuk menangkis fitnah media BN, dengan dibantu fakta dan hiasan menarik,” kata seorang peminat.

“Buat jadual bagi memudahkan pemahaman pembaca. Utamakan isu rakyat, jangan sendatkan dengan aktiviti Pakatan sahaja. Gambar biar jelas dan ada hubungan dengan berita, jangan tangkap muat. Banyak tajuk Harakah lembik tak bermaya, belajar daripada media Indonesia. Akhbar perlukan perancangan teliti, usah ambik mudah,” seorang pembaca lain berkomentar panjang.

III.

Buku ‘Islam dalam Perlembagaan Malaysia’, tulisan Prof Dr Abdul Aziz Bari, cukup lama tersimpan di rak tanpa sentuhan. Karya terbitan Intel Multimedia and Publicatiion (2005) itu seperti tidak dipedulikan sehinggalah saya mengulas tentang ucapan Karpal Singh di Konvensyen Kedua Pakatan Rakyat tempoh hari. Apabila Pengerusi DAP itu menyentuh hal Negara Islam, saya segera teringatkan idea Aziz bahawa Islam masih boleh dilaksanakan di negara ini melalui kerangka Perlembagaan. Satu idea yang cukup menarik dalam konteks realiti politik Malaysia.

Buku setebal 160 halaman ini mempunyai kekuatan tersendiri untuk memaku pembacaan saya. Huraiannya terhadap beberapa peruntukan Perlembagaan mengenai Islam, seperti Perkara 3, berbeda dengan pandangan yang biasa kita dengar. Beliau turut tidak bersetuju Malaysia dilabelkan sebuah negara sekular biarpun ia belum memenuhi ciri Negara Islam.

Ungkapan “Islam ialah agama bagi Persekutuan …” seolah-olah mengisyaratkan negara ini mempunyai agama atau anutan tertentu seperti seorang manusia. Aziz turut mencatatkan: “Perlembagaan tidak menyebut bahawa undang-undang syariah tidak boleh dilaksanakan.” Ditegaskan bahawa Perlembagaan yang ada tidak perlu dibuang hanya untuk melaksankan Islam. Ini kerana perlembagaan mempunyai mekanisme penyesuaian.

Pihak berkuasa negeri, katanya, boleh melaksanakan undang-undang jenayah Islam tetapi ia memerlukan pindaan Perlembagaan bagi (a) meminda Perlembagaan dan mengecualikan jenayah di bawah undang-undang Islam daripada bidang kuasa Persekutuan dan (b) menaikkan atau mengubahsuai undang-undang yang membataskan bidang kuasa mahkamah syariah tadi. Huraian beliau seterusnya segar dan tersusun.

Di antara tajuk-tajuk dalam buku ini ialah Islam di dalam Kerangka Perlembagaan Malaysia; Peranan Islam Melalui Kerangka Perlembagaan dan Perundangan Malaysia: Potensidan Masalahnya; Halangan Pelaksanaan Hukum Jenayah Islam di dalam Perlembagaan; Murtad dalam Konteks Kebebasan Beragama di Malaysia.

Aziz juga menjelaskan bahawa hujah-hujah yang mendakwa sifat sekular Perlembagaan itu sebenarnya tidak muktamad. Banyak undang-undang yang telah diluluskan bagi pelaksanaan Islam termasuk Akta Bank Islam 1983. Perhatikan analoginya: “Kalau Perlembagaan — sebagaimana yang disebut Suruhanjaya Reid — yang hendak mendaulatkan demokrasi boleh menerima undang-undang yang antidemokrasi, mengapa Perlembagaan tidak boleh menerima Islam tidak boleh menerima Islam, yang tidak ditentangnya secara jelas?”

Buku berharga RM20 ini memang memerlukan penelitian agak serius, namun penjelasannya mudah diikuti. Ia mungkin dapat menjawab beberapa persoalan yang sering dibangkitkan dalam polemik kaedah pelaksanaan Negara Islam di Malaysia. Sama ada memang benar Perlembagaan itu menjadi halangan utama atau ia sedia diubahsuai sekiranya ada keazaman politik yang tinggi?

Seperti diakui Aziz: “Meskipun ruang yang ada agak terhad kepada pelaksanaan undang-undang Islam, ia masih belum dimanfaatkan sepenuhnya.” Tulisan pakar perlembagaan ini elok untuk dibahaskan dengan lebih lanjut.

IV.

Pilihan raya kecil Tenang mempunyai keunikan tersendiri. Ia diadakan di negeri yang dahulunya dikenali sebagai kubu terkuat Umno. Kini PAS sudah ada dua wakil dalam Dun Johor. Konstituensi campuran di kawasan desa ini bakal menyaksikan, apakah kemenangan BN di Hulu Selangor, Batu Sapi dan Galas adalah trend yang menakutkan Pakatan Rakyat atau akan terhenti di Labis?

(Peratusan komposisi pengundi di Tenang itu, jika diaplikasikan kepada situasi di Lembah Klang ataupun suasana di Perak atau Kedah, ia pasti memihak Pakatan Rakyat).

Melalui siri PRK, PAS mempertahankan Bukit Gantang, merampas Kuala Terengganu, melepaskan Galas dan kekal kalah di Bagan Pinang. Di kala setiap parti giat melakukan persiapan, Tenang bakal membawa implikasi menarik menjelang PRU13. PAS memikul amanah dan panji-panji Pakatan. Misi ke Putrajaya terbuka kepada tafsiran yang begitu luas selepas 30 Januari nanti.

Di Semenanjung, hanya Johor tetap dianggap negeri selamat buat BN. Walaupun Melaka belum mempunyai Adun pembangkang Melayu, namun sekiranya Negeri Sembilan dapat “dilanggar” Pakatan (selepas majoriti dua pertiga BN dinafikan dalam sidang Dunnya dalam PRU12), Ali Rustam mungkin terpaksa mengangkat bendera putih, apatah lagi pengaruh DAP di kalangan masyarakat Tionghua Melaka begitu kental.

Tenang juga mempunyai hubungan sentimental yang cukup signifikan dengan MCA. Bekas presidennya, Ling Liong Sik selama empat penggal menjadi Ahli Parlimen Labis. Kini Presiden MCA, Chua Soi Lek, yang terpaksa menyerahkan kerusi itu kepada anaknya pada 2008, berdepan cabaran getir. MCA yang tewas teruk dalam PRU12 sama sekali tidak boleh mengizinkan Tenang mencalarkan lagi imejnya, apatah lagi di tangan PAS.

Soi Lek pasti sudah siap dengan perencanaan rapinya dalam pertarungan paling kritikal ini. Walaupun calon BN adalah daripada Umno, tetapi yang paling terkesan dengan keputusan nanti adalah MCA.

Pengundi Melayu yang berpusat di kawasan Felda turut diuji. Percubaan pertama Isa Samad dinantikan. Beliau pasti mahu menunjukkan kejaguhannya kepada Najib. Namun, siapa menduga peneroka Felda Melayu di Johor akan membuat kejutan di Tenang? Ya, cukup banyak sudut menarik yang boleh diulas nanti. Jumlah pengundinya tidak ramai, sekitar 15,000 tetapi undian mereka boleh merubah lanskap politik negara, atau … ia sekadar rutin biasa sahaja?

Wee Choo Keong

Wee Choo Keong


Happy New Year to all Malaysians

Posted: 31 Dec 2010 11:40 AM PST

May I take this opportunity to wish all the readers of this blog, my friends, and other Malaysians a Happy New Year and stay in good health. For those “balik kampung” folks please drive safely.  Selamat Tahun Baru kepada semua rakyat Malaysia. Makmur 2011!

HEBAT! KIBARAN HEBAT JALUR GEMILANG DI STADIUM BUNG KARNO

Posted: 30 Dec 2010 07:33 PM PST

Apa lagi yang mampu diucapkan oleh kita rakyat yang cintakan tanah air ini, apabila kita melihat anak-anak muda kita bermati-matian mempertahankan jalur gemilang dari terus dihina oleh perasaan dendam kesumat penyokong pasukan  Negara tetangga hanya semata-mata ingin melihat pasukan mereka terus  menjadi juara di Stadium Bung Karno. Terharu kita melihat jiwa bersih anak muda bernama [...]

Dari RAKYAT Kepada RAKYAT

Dari RAKYAT Kepada RAKYAT


KEMELUT GLC KEDAH

Posted: 30 Dec 2010 05:47 PM PST

Wee Choo Keong

Wee Choo Keong


Happy New Year to all Malaysians

Posted: 31 Dec 2010 11:40 AM PST

May I take this opportunity to wish all the readers of this blog, my friends, and other Malaysians a Happy New Year and stay in good health. For those “balik kampung” folks please drive safely.  Selamat Tahun Baru kepada semua rakyat Malaysia. Makmur 2011!

HEBAT! KIBARAN HEBAT JALUR GEMILANG DI STADIUM BUNG KARNO

Posted: 30 Dec 2010 07:33 PM PST

Apa lagi yang mampu diucapkan oleh kita rakyat yang cintakan tanah air ini, apabila kita melihat anak-anak muda kita bermati-matian mempertahankan jalur gemilang dari terus dihina oleh perasaan dendam kesumat penyokong pasukan  Negara tetangga hanya semata-mata ingin melihat pasukan mereka terus  menjadi juara di Stadium Bung Karno. Terharu kita melihat jiwa bersih anak muda bernama [...]

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Gobala & Badrul Akan Tinggalkan PKR?

Posted: 31 Dec 2010 01:53 AM PST

dipetik daripada msomelayu.blogspot.com

RIBUT dalam cawan PKR nampaknya belum berakhir. Bila ia akan berakhir sukar untuk diramalkan. Apakah ia akan berakhir apabila riwayat parti itu akan berakhir? Berakhirnya riwayat PKR maka berakhirlah segala ribut dalam cawan. Begitukah?

Kalau terjadi demikian alangkah malangnya nasib PKR?

Walaupun berbagai usaha untuk menstabilkan PKR tetapi tidak menjadi. Parti 'tiga kepala' ini benar-benar memusingkan kepala Penasihat Umumnya, Anwar Ibrahim. Sehebat-hebat Anwar nampaknya bukan mudah untuk beliau mententeramkan keadaan. Sebenarnya bukan saja Anwar tetapi kalau orang lain juga memiliki parti sepertinya payah untuk diatasi.

Kemampuan PKR bertahan dan muncul sebagai politik ketiga terbesar negara ini selama 10 tahun ini pun dikira satu kejayaan besar kepada Anwar dan pendokongnya. Belum tentu kalau orang lain memimpin parti berkapala tiga seperti PKR mampu mempertahankanya selama itu. Mungkin masuk tahun ke lima ia sudah memberai di tengah jalan.

Sebenarnya ketahan PKR hari ini kerana kekental Anwar Ibrahim yan tidak mudah berputus asa kandatipun berbagai cara diusahakan musuhnya untuk menghancurkan kerjayanaya dan juga PKR.

Seorang demi seorang ahli parti itu meninggalkan PKR. Kebanyakan meninggal bukan kerana perjuangan PKR atau perjuangan Anwar tetapi kerana mereka kecewa apabila mereka gagal mendapat apa yang diidamkan. Contohnya bila gagal untuk jadi pemimpin, mereka akan meninggalkan PKR sambil berjalan meninggalkan PKR mereka membuang najis di tengah jalan macam orang mabuk arak.

Kononnya mereka tinggal PKR kerana tidak percaya kepada perjuangannya itu adalah alasan semata-mata. Apa yang berlaku mereka tidak konsisten dan percaya kepada diri sendiri. Masakan mereka menyertai PKR tanpa membuat kajian dan penilaian ke atasnya. Jika ini berlaku maka jelas mereka menyertai itu hanya kerana terikut arus saja. Orang yang berjuang mengikut arus bukan pejuangan tulen, tetapi pencari makan di tepi gelanggang siasah.

Sehari dua ini saya tengok ada dua orang kuat PKR akan meninggalkan parti itu. Gelahat mereka membayangkan akan tindakan mereka itu. Mereka ialah Gobalakrishan dan Badrul Hisham Shahrin. Kedua mereka baru kalah dalam pertandingan merebut jawatan. Adalah dijangka mereka akan membuat pengumuman keluar PKR pada 19 Januari ini sempena pelancaran parti pimpinan Zaid Ibrahim. Tunggulah!

2011 : Janji PR 100 Hari Bawa Malaysia Yang Dinamik

Posted: 31 Dec 2010 01:47 AM PST


SHAH ALAM 31 DIS: Kepimpinan Pakatan Rakyat menggesa warga Malaysia memilih kerajaan lebih adil dan sentiasa menjunjung tinggi prinsip perlembagaan demokrasi bagi menawarkan kehidupan lebih produktif dan saksama.

Penguasaan kerajaan Pakatan Rakyat ke atas empat buah negeri sejak tahun 2008 membuktikan peningkatan dalam sektor ekonomi melalui pengurusan cekap dan telus seraya menawarkan rakyat lebih nilai.

Ketua Wanita Keadilan, Zurida Kamaruddin dalam kenyataan media berkata, Janji 100 hari Kerajaan Pakatan Rakyat menuju Putrajaya menjadi iltizam untuk terus menjana momentum menawarkan suatu perubahan yang pastinya terarah kepada pembentukan sebuah Malaysia baru yang dinamik.

Justeru kata beliau lagi, rakyat harus terus menolak kerajaan Umno-Barisan Nasional yang sering membebani rakyat melalui kenaikan harga barang selain memanipulasi sistem negara untuk kepentingan politik.

Tambahnnya Ahli Parlimen Ampang itu lagi, 53 tahun pemerintahan penuh konflik dan pembaziran wang rakyat oleh Umno-Barisan Nasional merupakan alasan kukuh untuk rakyat menolak kerajaan itu pada Pilihnaraya Umum Ke-13 tidak lama lagi.

Tahun 2011 yang bakal menjelma memberi inspirasi baru kepada kerajaan Pakatan Rakyat untuk terus membela masib seluruh warganegara Malaysia seterusnya memegang tonggak pemerintahan negara menerusi janji kerajaan Pakatan Rakyat kepada rakyat Malaysia.

Polis sedia hadapi pilihanraya serentak

Posted: 31 Dec 2010 01:40 AM PST

Polis Diraja Malaysia (PRDM) sentiasa berada dalam siap siaga termasuk menghadapi kemungkinan pilihan raya umum ke-13 dan pilihan raya negeri Sarawak diadakan serentak, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Hussin Ismail hari ini.

Beliau berkata polis akan memastikan proses demokrasi berjalan dengan lancar dan pada masa yang sama menjaga keselamatan dan ketenteraman awam sekiranya perkara seumpama itu berlaku.

Katanya polis Sarawak telah merangka perancangan rapi bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memastikan proses pilihan raya negeri akan datang berjalan dengan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

Penggal sekarang bagi para anggota Parlimen akan berakhir awal 2013 manakala pilihan raya negeri Sarawak perlu diadakan sebelum Julai 2011.

ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG

ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG


CATAT PELABURAN TERTINGGI : P. PINANG, SELANGOR DISARAN JADI CONTOH

Posted: 30 Dec 2010 03:19 AM PST

SHAH ALAM 30 DIS: Dua negeri ditadbir Pakatan Rakyat Pulau Pinang dan Selangor disaran dijadikan contoh kerana berjaya mencatat pelaburan tertinggi pada tahun 2009 yang lalu.

Laporan bebas Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU) 2010) itu menyebut jumlah dividen dan keuntungan mencatatkan angka tertinggi sejak tahun 2005.

Dikeluarkan semalam KPRU 2010 mengiktiraf prestasi pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Selangor yang mendapat penilaian dan pengiktirafan yang baik berbanding negeri Johor, Pahang dan Melaka yang ditadbir sekian lama oleh Barisan Nasional.

KPRU yang memetik laporan Ketua Audit Negara 2009 yang menunjukkan betapa kerajaan Pulau Pinang mencatatkan keuntungan pelaburan sejumlah RM 5.09 juta dalam masa kelembapan ekonomi melanda seluruh dunia, mengatasi negeri-negeri lain.

Timbalan Ketua Menteri (2) Pulau Pinang, Prof. P. Ramasamy menjelaskan kejayaan Pulau Pinang bertitik tolak dari polisi mengelak pembaziran dan pelaksanaan pelbagai program khas untuk rakyat.

"Kita juga tahu pelaburan asing juga meningkat walaupun keadaan ekonomi global lembap akibat beberapa faktor. Jadi saya rasa kerajaan Pakatan Rakyat adalah berasaskan rakyat dan beri perkhidmatan baik kepada rakyat.

"Memang pentadbiran Pulau Pinang lebih cekap, lepas tiga tahun kita berjaya jimatkan wang, dulu saya rasa mana ada kerajaan negeri Barisan Nasional(BN) jimatkan wang. Jadi wang yang kita jimatkan kita salurkan kepada rakyat melalui program," katanya.

Kajian KPRU mendapati bahawa kedudukan kewangan Pulau Pinang secara keseluruhannya adalah baik dengan melakukan beberapa pengubahsuaian dalam aktiviti perolehan, bentuk perbelanjaan yang benar-benar berhemat tanpa menjejaskan kebajikan rakyat negeri itu.

Hasilnya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengakhiri tahun kewangan 2009 dengan lebihan sejumlah RM77.34 juta menjadikan lebihan dana terkumpul berjumlah RM538.95 juta, lebih baik dari negeri tadbiran kerajaan Barisan Nasional.

Dalam pada itu, laporan KPRU juga menunjukkan pengurusan kewangan Selangor yang jauh lebih kukuh berbanding Pahang dan Johor walaupun mencatat deifisit.

Gabungan hasil kedua-dua buah negeri BN itu adalah sebanyak RM1,243 juta berbanding dengan hasil Negeri Selangor sebanyak RM1,764 juta, tetapi gabungan defisit adalah sebanyak RM120.95 juta, iaitu lebih kurang satu kali ganda lebih tinggi daripada defisit Selangor yang berjumlah RM65.96 juta.

Laporan Ketua Audit Negara sebelum ini mengesyorkan supaya Selangor meneruskan perbelanjaan berhemat dan terus berusaha mengutip baki pinjaman boleh dituntut di samping usaha berterusan terhadap kutipan tunggakan bayaran pinjaman boleh dituntut, manakala Johor dan Pahang disyorkan perlu mempertingkat dan memperkukuhkan lagi prestasi kewangan (Johor), dan perlu mengamalkan perbelanjaan berhemat (Pahang).

Menurut Ramasamy, ini merupakan bonus kepada rakyat di negeri Pakatan Rakyat yang berpeluang membandingkan antara pentadbiran mereka dengan pentadbiran Barisan Nasional dahulu.Malah beliau yakin rakyat bakal terus memberikan mandat jika kerajaan negeri terus memperbaiki sistem penyampaian dan kecekapan pengurusan.

"Dulu rakyat tak boleh banding, dulu satu kerajaan sahaja, BN. Sekarang rakyat boleh banding, biar tengok kerajaan PR, boleh buat keputusan. Ini adalah satu kebaikan politik yang telah datang kepada rakyat dan saya rasa kalau kerajaan negeri PR boleh tingkatkan kecekapan dan sistem penyampaian, kita boleh dapat mandat sekali lagi," jelasnya.

Menurutnya lagi, hasrat Pakatan Rakyat tetap untuk menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum akan datang bagi meningkatkan lagi keupayaan mereka dalam membela nasib rakyat.
Kita mahu tawan Putrajaya, kita mahu juga berkuasa di Federal. Banyak kuasa terletak di tangan Persekutuan, kita tak boleh laksanakan apa yang kita ingin," katanya."

KEDAH online

KEDAH online


SUK mula tugas angkat sumpah depan MB

Posted: 30 Dec 2010 08:07 PM PST