PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN |
- Gobala & Badrul Akan Tinggalkan PKR?
- 2011 : Janji PR 100 Hari Bawa Malaysia Yang Dinamik
- Polis sedia hadapi pilihanraya serentak
Gobala & Badrul Akan Tinggalkan PKR? Posted: 31 Dec 2010 01:53 AM PST dipetik daripada msomelayu.blogspot.com RIBUT dalam cawan PKR nampaknya belum berakhir. Bila ia akan berakhir sukar untuk diramalkan. Apakah ia akan berakhir apabila riwayat parti itu akan berakhir? Berakhirnya riwayat PKR maka berakhirlah segala ribut dalam cawan. Begitukah? Kalau terjadi demikian alangkah malangnya nasib PKR? Walaupun berbagai usaha untuk menstabilkan PKR tetapi tidak menjadi. Parti 'tiga kepala' ini benar-benar memusingkan kepala Penasihat Umumnya, Anwar Ibrahim. Sehebat-hebat Anwar nampaknya bukan mudah untuk beliau mententeramkan keadaan. Sebenarnya bukan saja Anwar tetapi kalau orang lain juga memiliki parti sepertinya payah untuk diatasi. Kemampuan PKR bertahan dan muncul sebagai politik ketiga terbesar negara ini selama 10 tahun ini pun dikira satu kejayaan besar kepada Anwar dan pendokongnya. Belum tentu kalau orang lain memimpin parti berkapala tiga seperti PKR mampu mempertahankanya selama itu. Mungkin masuk tahun ke lima ia sudah memberai di tengah jalan. Sebenarnya ketahan PKR hari ini kerana kekental Anwar Ibrahim yan tidak mudah berputus asa kandatipun berbagai cara diusahakan musuhnya untuk menghancurkan kerjayanaya dan juga PKR. Seorang demi seorang ahli parti itu meninggalkan PKR. Kebanyakan meninggal bukan kerana perjuangan PKR atau perjuangan Anwar tetapi kerana mereka kecewa apabila mereka gagal mendapat apa yang diidamkan. Contohnya bila gagal untuk jadi pemimpin, mereka akan meninggalkan PKR sambil berjalan meninggalkan PKR mereka membuang najis di tengah jalan macam orang mabuk arak. Kononnya mereka tinggal PKR kerana tidak percaya kepada perjuangannya itu adalah alasan semata-mata. Apa yang berlaku mereka tidak konsisten dan percaya kepada diri sendiri. Masakan mereka menyertai PKR tanpa membuat kajian dan penilaian ke atasnya. Jika ini berlaku maka jelas mereka menyertai itu hanya kerana terikut arus saja. Orang yang berjuang mengikut arus bukan pejuangan tulen, tetapi pencari makan di tepi gelanggang siasah. Sehari dua ini saya tengok ada dua orang kuat PKR akan meninggalkan parti itu. Gelahat mereka membayangkan akan tindakan mereka itu. Mereka ialah Gobalakrishan dan Badrul Hisham Shahrin. Kedua mereka baru kalah dalam pertandingan merebut jawatan. Adalah dijangka mereka akan membuat pengumuman keluar PKR pada 19 Januari ini sempena pelancaran parti pimpinan Zaid Ibrahim. Tunggulah! |
2011 : Janji PR 100 Hari Bawa Malaysia Yang Dinamik Posted: 31 Dec 2010 01:47 AM PST SHAH ALAM 31 DIS: Kepimpinan Pakatan Rakyat menggesa warga Malaysia memilih kerajaan lebih adil dan sentiasa menjunjung tinggi prinsip perlembagaan demokrasi bagi menawarkan kehidupan lebih produktif dan saksama. Penguasaan kerajaan Pakatan Rakyat ke atas empat buah negeri sejak tahun 2008 membuktikan peningkatan dalam sektor ekonomi melalui pengurusan cekap dan telus seraya menawarkan rakyat lebih nilai. Ketua Wanita Keadilan, Zurida Kamaruddin dalam kenyataan media berkata, Janji 100 hari Kerajaan Pakatan Rakyat menuju Putrajaya menjadi iltizam untuk terus menjana momentum menawarkan suatu perubahan yang pastinya terarah kepada pembentukan sebuah Malaysia baru yang dinamik. Justeru kata beliau lagi, rakyat harus terus menolak kerajaan Umno-Barisan Nasional yang sering membebani rakyat melalui kenaikan harga barang selain memanipulasi sistem negara untuk kepentingan politik. Tambahnnya Ahli Parlimen Ampang itu lagi, 53 tahun pemerintahan penuh konflik dan pembaziran wang rakyat oleh Umno-Barisan Nasional merupakan alasan kukuh untuk rakyat menolak kerajaan itu pada Pilihnaraya Umum Ke-13 tidak lama lagi. Tahun 2011 yang bakal menjelma memberi inspirasi baru kepada kerajaan Pakatan Rakyat untuk terus membela masib seluruh warganegara Malaysia seterusnya memegang tonggak pemerintahan negara menerusi janji kerajaan Pakatan Rakyat kepada rakyat Malaysia. |
Polis sedia hadapi pilihanraya serentak Posted: 31 Dec 2010 01:40 AM PST Polis Diraja Malaysia (PRDM) sentiasa berada dalam siap siaga termasuk menghadapi kemungkinan pilihan raya umum ke-13 dan pilihan raya negeri Sarawak diadakan serentak, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Hussin Ismail hari ini. Beliau berkata polis akan memastikan proses demokrasi berjalan dengan lancar dan pada masa yang sama menjaga keselamatan dan ketenteraman awam sekiranya perkara seumpama itu berlaku. Katanya polis Sarawak telah merangka perancangan rapi bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memastikan proses pilihan raya negeri akan datang berjalan dengan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini. Penggal sekarang bagi para anggota Parlimen akan berakhir awal 2013 manakala pilihan raya negeri Sarawak perlu diadakan sebelum Julai 2011. |
You are subscribed to email updates from PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan